May 08, 2017 / 8 Comments

They gonna kill me!!!

Kill, sofieadie

10:12 pagi aku tersentak dari tidur! 

Dan "Oh, Shit!" lebih laju aku ungkapkan dari 'Alhamdulillah' sejurus mata terbuka!

OMG! OMG! Matilah aku, matilanak matilah!!!! Oh Tuhan dah kenapa aku tak sedar ni! Huwaaa!!! Mana sempat nak mandi semua ni..OMG! OMG! 

Istighfar dah separuh nyawa aku ucap. "Kenapa aku boleh tak sedar" usah ditanyalah berapa kali aku ungkap.

10:15- Dan tanpa lengah aku terus menggapai tuala berkejaran ke bilik mandi dalam masa lima minit aku dah berlari mengejar uber dan siap bagi arahan suruh dia guna highway dan bawak selaju mungkin. 

10:30- Aku lari lagi masuk ke lokasi sepatutnya aku sampai sejam yang lalu. Oh Shit! (again.....)

###

Itu peristiwa "gelabah satu jam" aku dipagi 7 may 2017. 
070517 terpahat dalam diari dengan tajuk besar "OH SH*T!"

Hidup aku sebagai part-timer seakan sudah berakhir bila aku terlambat menjalankan tanggungjawab yang mudah. Ya, ianya sebenar sangat mudah! 

Aku sepatutnya buka kiosk SEBELUM PUKUL 10. 

Tapi, apa yang aku takutkan, telah pun berlaku. 14 jam yang lalu (ketika entri ini ditaip). Aku sampai depat kiosk pun masa tu dah pukul 10:30 pagi! Sejam lewat dari biasa...

Sedih dan takutnya hanya Tuhan yang tahu. Betapa kencangnya adrenalin aku mengalir pun tiada siapa dapat teka. Seolah tercabut nyawa dari jasad. They really gonna kill me this time....

"Sofie, if pihak pengurusan kompleks tidak menghiraukan rayuan bos untuk pengecualian saman ni, bos will cut your salary..."

Itu mesej dari bos. 

Terasa macam hari-hari yang berlalu aku kerja hanya untuk membayar ganti rugi. Itu belum masuk bayaran uber aku selama seminggu. Pergi balik, dah melayang rm20...untuk sehari...

Itu hidup seorang sofie. Sofie yang sangat takut pada istilah terlambat walau sesaat, telahpun memecah rekod dengan kelewatan selama satu jam!

Walau sale berjaya hit target untuk 070517, aku tetap rasa...rasa seakan ada sharp shooter yang akan sepaikan jiwa aku..bila-bila saja...

Orang hari Ahad, goyang kaki wat lek wat cool layan tb, aku sibuk jadi pelari tak berbayar. Semput nafas kau! Makan?? Heh, pukul 12 baru aku ingat yang aku tak makan apa-apa lagi..Makan nasi? Aku pun lupa bila kali terakhir aku benarkan nasi melalui usus aku...

They will kill me...
The end of sofie adie's life...

Huhuhuhuhuhu....

##

hawk, legend,

Kerana misi 2020, aku rela...
Kerana 2020 tinggal 3 tahun, aku biarkan..
Walau jiwa aku semakin lebur...
Aku tahu, leburan jiwa itulah yang akan menjadi asas untuk membina empayar.
Dan aku percaya, disini lahirnya seorang legenda..

Aku senyum jua. 
Terima kasih kalian yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya hidup seorang sofie..
May Allah ease our way.

#seeuat2020
Related Posts

8 comments:

  1. feel free to visit my blog
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. kmk tauk gilak camne rasanya ya hahaha kmk pun salu aher bangun,rasa macam jantung mok terkeluar jak bila ngga jam time bangun ya hahaha. sikpa kak,sabar jak,ilek2 hehe stay strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahha...anang rasa gelabah alu nak? adoyai mauk tercabut jantung rasa...sib sik tercabut...
      yalah...hope sikpayah kena bayar...
      insyaAllah..thanks tashira! :)

      Delete
  3. Replies
    1. masi gik kerja aih...
      first time jadik...-_-...huhuhuhu

      Delete
  4. ohmy kena saman. seramnya rasa. if me, mmg berhari hari rasa mcm mayat hidup je. btw, i'll be oh shit first too. not proud of that lol.

    hopefully everything went well dear.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur tak kena saman lagi. first time terjadi..syukur sangat...hope tak berulang lagi peristiwa ni...

      amin!

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery