May 20, 2017 / 6 Comments

Datang dan Pergi

Holla there!
Lama kan terasa menyepi kali ni. Ahah! Maklumlah dari utara ke selatan menaiki kenderaan mahunya tak lelah badan. (chis! padahal penumpang je pun...)😅

sofieadie convo team

So, apa feel perasaan dah jadi alumni UiTM Kampus Arau ni?
- 😭 Rasa sedih woo...gua tak tau bila lagi dapat jejak arau...huhuhuhu Sebab semacam dah takde alasan untuk sesuka kesana. Yelah, takde benda nak uruskan dah...
- 😊 Gembira sebab dah grad. Syukur walau sekadar satu bintang...

Lagi?
Masa konvo tu, aku ambik cuti lima hari dari bos. Dan semacam ada orang mencari pulak bila aku takde. Ahahahaha bapak perasan nakmatiey! Okaylah, opkoslah bos yang cari sebab takde aku, susah dorang nak handle shift. Mana tau partner tempat aku kerja tu tetiba ada emergency ke apa...
Macam waktu puasa nanti, dia tak dapat datang dua hari Mujur time tu, cuti puasa...dapatlah aku ganti.

Paling best time konvo hari tu?
- 😁 Excited! Sebab dapat jumpa kawan lama...yang belajar kat sana. (I means kawan lama dari sekolah menengah dulu...)
- 😏 Tak tau nak feel apa, bila dapat gather sekejap dengan classmate zaman diploma...awkward? hurm...biasa je kot...huhuhuhu
- 😆 Happy! Sebab dapat buat mini gathering dengan family setelah dua bulan tak jumpa...dan tak tau bila dapat jumpa lagi...huhuhuhu (iya..puasa dengan raya aku tak balik. Raya dekat Dolly Dim sum je nanti...insyaAllah) - siapa nak join team perantau ni, sila roger...@yuhaadie
-Dah jangan tanya aku balik ke tak raya tahun ni...-hahahahaha-

Lima hari untuk lunas rindu pada makanan kat Arau tu, terasa macam tak cukup pulak. Tambahan, banyak pulak gerai yang tak bukak. Adoi! Geram pulak rasa...sebab kita dah datang dari jauh, dia boleh pulak tutup....sedih mai!!

Shala pizza pun tutup. Huhuhuhu..

Sebagai kenang-kenangan, aku belilah sandal kat sana...maklumlah sandal yang aku pakai hari tu dah teramat dhaif! Orang pun tak mau jalan sebelah aku T_T

Hentian dalam perjalanan?
-Gombak-Selayang- Kampar- Kedah- Arau-

Yang pi kedah tu aku tak bleh bla. *(cerita takde kaitan dengan konvo)
Ayah aku, beliau kangen bangat ketemu sama anak buahnya. Kitaorang (aku dan adik aku) memang tak pernah rapat dengan cousin kitaorang yang ni. Maklumlah, zaman dedulu diorang orang Labuan. Zaman tu, diorang cakap, siapa tak pandai cakap Labuan tak boleh kawan dengan diorang. Opkosle aku failed cakap labuan. 'R' pun pelat 'ghoti'...Maka, gagallah aku menjadi kawan diorang sampai lah sekarang. Hahahahaha

Tu lah, masa kicik-kicik, budak ni perkara main pun dia akan anggap serius tau. Kalau orang cakap tak nak kawan dengan kita tu, maksudnya tak sekufulah tu...-ni cerita zaman ritulah...-

##

Memandangkan result UPU dah keluar, seperti biasa blog ini akan menjadi rujukan kepada junior yang berjaya ditawarkan dalam kursus geomatik. TAHNIAH UNTUK KALIAN! Paling teruja bila adik kepada kawan aku yang dari sabah juga dapat kos ni (adik kepada blogger ayuni sara).. hehehehe ada jugak sebab untuk aku jejak arau nih...

Kepada adik Ashikin, Faiz, dan Zahirah yang pernah minta pendapat secara personal tu, kami ucapkan selamat maju jaya dalam bidang geomatik! Kepada semua bakal graduan Sains Geomatik 2020, jumpa kalian di puncak 2020!

Jangan segan silu tanya kami tau...#alumnidahweh

##

lp, in memoir

Pada Arau kami merantau,
Meneguk selautan ilmu,
Dari Arau kami pergi,
Menabur bakti pada pertiwi....

###

Bayangan masa depan itu dicanting oleh perbuatanmu pada masa kini...-sa-
Related Posts

6 comments:

  1. Tahniah dah grad diploma! Sedihnya kne tinggalkan kawan2,entah bilalah nk jumpa lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mazni! tu lah kan...life go on and on...

      Delete
  2. Congrats, semoga terus success..
    Last day jumpa kawan-kawan mesti lepas ni rindu..
    Al-maklum masing-masing dengan kehidupan sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankS LZ!
      Hah, part tu laju je dorang nak plan reunion...itu pun kalau semua dapat join...
      tu lah...semua dah ada life memasing tu yang jadi halangan...

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery