May 25, 2017 / 13 Comments

Bubur Pedas Sarawak

contest, lazada

Musim Ramadhan biasanya semua dari kita akan ada makanan 'wajib' masing-masing. Since tahun ni aku tak berpeluang buka puasa di tanah air sendiri, maka hanya mengenang resepi pun dah cukup untuk aku hilang rasa terliur nanti. (Haraplah tak kempunan...😅)

Sebelum aku mulakan entri ni, suka aku menjemput semua rakan blogger untuk merebut peluang memenangi hadiah yang menarik dari Lazada. Boleh pergi ke link ini untuk sertai. The more the merrier right? 

Untuk contest minggu pertama anjuran Lazada ni, dia bertemakan: Delicious Ramadhan. 
Peserta perlu bagi resepi makanan kegemaran sewaktu iftar. Tak kiralah korang suka makan apa, tapi dia hanya wujud time bulan puasa je. Bulan lain, dia macam kureng sikit...haaa...

Okay habis sudah intro aku. 

##

Makanan feveret aku yang wajib ada time puasa adalah Bubur Pedas. Ini bukan bubur sebarang pedas tau. Sapa orang sarawak mun sik pernah cerik bubur pedas tok, lekaslah cerik. Iboh angkat bahu mun orang tanyak giney rasa bubur pedas sarawak tok. 

bubur, pedas, sarawak

Bubur pedas paling sedap opkoslah hasil air tangan umi terchenta! Sedih woo, tahun ni tak dapat merasa bubur pedas ni...😭

Okay, jujur cakap aku pun hanya reti sediakan bahan dan makan saja. Untuk masak tu, memang kena bersifu dulu dengan umi. Bukan tak pernah tengok umi buat, cuma ingat time tu jerlah. Bila dah lama tak makan dan tak tengok orang masak tu, dia macam ada semut dalam memori. 😅

Resepi Bubur pedas Sarawak versi umi.

Bahan-bahan:

Minyak masak
Bumbu bubur pedas
Cili kisar
Campuran bawang kisar
Daging
Air rebusan daging

Fucuk
Baby corn
Cendawan butang
Black fungus

Pucuk timun
Kacang panjang
Pucuk midin

Santan
Suun
Garam
Maggi cukup rasa (optional- boleh diganti dengan Knorr Pasti Sedap)
Ajinomoto (optional)

Cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan periuk dan masukkan minyak kedalam periuk. Kemudian, masukkan bawang yang telah dikisar diikuti dengan cili kisar. Tumis sehingga baunya naik dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging yang telah dipotong dadu. Kemudian, barulah dimasukkan bumbu bubur pedas tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga rata. Masukkan dua cawan air rebusan daging.
  3. Setelah bumbu bubur pedas sudah separuh masak, tambahkan lagi air rebusan daging sehingga bumbu tadi masak sepenuhnya.
  4. Tambahkan fucuk, baby corn, cendawan butang dan black fungus kedalam periuk dan kacau rata.
  5. Setelah bumbu bubur pedas dan bahan yang lain sudah masak, masukkan pula pucuk timun, pucuk midin dan kacang panjang. Kacau sehingga rata.
  6. Lebih kurang lima minit kemudian, tambahkan santan kedalam periuk dan kacau perlahan bagi mengelakkan minyak pecah. 
  7. Masukkan garam, Maggi cukup rasa dan juga sedikit ajinomoto untuk menambahkan lagi rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan suun yang telah dipotong kedalam periuk dan gaul rata. Setelah suun masak, kacau kesemua bahan secara rata untuk memastikan rasanya stabil. 
  9. Sedia dihidang!
*extra - boleh juga tambahkan udang ke dalam bubur pedas, jika anda mahu rasanya lebih sedap.

##

Antara bahan/barang yang boleh didapati di Lazada sepanjang pembuatan bubur pedas ini adalah:

MAGGI Cukup Rasa

maggi, cukup rasa

Yang penting periuk untuk memasak tu mestilah tidak terlalu nipis dan tidak tebal. Bagi hasilkan campuran rempah bubur pedas serta bahan yang lain tu sekata dan tidak cepat hangit bila dibiarkan terlalu lama. 

Kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak, bolehlah menggunakan periuk ni. 

Lazada

Biasanya umi akan buat guna periuk ni untuk dijual dibazaar. Siapa yang duduk disekitar Miri bolehlah beli nanti. (promote lagi!)

Lepas tu, kalau nak bagi tahan lama dan bagi bubur tu lambat sejuk, bolehlah simpan dalam periuk porcelain ni. Umi punya kaler kuning. Kalau tak habis dimakan time iftar, malam tu cariklah periuk kaler kuning. Ada rezeki tu, adalah lagi...

lazada

Untuk sesiapa yang tak pernah rasa bubur pedas ni, bolehlah cuba memasaknya dengan menggunakan resepi asli umi. Syhhh....jangan bagi tau umi yang aku dah bocorkan secret recipe beliau. At least aku tak bocorkan sukatan dan kuantiti yang diperlukan. 😅

Enjoy cooking!
Related Posts

13 comments:

  1. Sodapnya, baca bun terliur suda. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangankan awak, saya pun asyik telan air liur sepanjang buat entry...hahahahha
      ^_^!

      Delete
  2. tak pernah makan, bolh cuba nanti
    good luck ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you!
      lepas ni bolehlah cuba ^_^

      Delete
  3. teringinnya nak try. nmpak sedap tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki try nanti, bolehlah try busyra...
      sedap!

      Delete
  4. lamak dah sik makan yaaaaa. kelak time puasa confirm peg bazaar carik tok haha. good luck kak! kmk dari hariya maok join tapi siktauk mok ngkah resepi apa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong r kitak gi bazaar sia masih jumpa gik bubur pedas. kamek neda...huhuhuhhu

      cuba molah resepi umai ka, sup lumek ka...nang nyaman mun ada gmbr sekali...melelah!
      ^_^

      Delete
  5. was about to ask you what is fucuk.. so I google it first... nampak sangat tak masuk dapur hohohohoohohohoh XD mcm nak try buat... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehhe....senangkan dah ada google. lepas ni pergi kedai runcit ke pasar, mesti dok ingat fucuk. nampak je fucuk teringat entri ni...hhehehheheh
      try lah, mana tau jadi. dah jadi nanti jangan lupa orang disini ya! XD

      Delete
  6. Sebenarnya first time siqah dengar nama menu ni. Nampak sedap je tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya? haaa...lepas ni kalau dengar takdelah janggal sangat. jangan lupa try tau kalau ada jumpa lepas tu review... :)

      Delete
  7. Iskh mengugat iman resepi SA..
    LZ pernah dengar bubur pedas tapi tak pernah rasa.. Kena buat sendiri baru dapat rasa 😁

    By the way, good luck SA 😊

    ReplyDelete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery