April 18, 2017 / 13 Comments

Gara-gara mak cik TBS...

Kecoh giler blog aku sejak dua menjak ni. Maunya tak terkejut bila tengok readers sehari tu mencecah lebih dari seribu orang! Pelik bin Ajaib sungguh!

Rupanya, kes mak cik TBS yang menipu tu masih hangat dan giat diperkatakan oleh warga fesbuk dan ramai yang share link tersebut...

mak cik pau

Kecoh jugak ruangan komen. Boleh dikatakan, hampir semua pernah jadi mangsa mak cik tuh! Sampai aku pun turut simpati, sebab diorang bagi lagi banyak dari aku. Aku yang kasi 50 hinggit ni pun boleh seminggu tido tak lena, inikan yang bagi 200!

Aduh...aku rasalah kan, mak cik tu dah cukup kaya dah kot nak pindah keluar ke negara lain...

Yelah, mana tak nya...cuba bayangkan sehari dia kelentong 10 orang, seorang kasi minimum 50. Ada pulak yang kasi 200. Puratanya seorang tu pasti akan bagi 100 lah katakan. 

10 x 100 = 1000
30 x 1000 = 30 000

Dah macam gaji golongan professional dah ni! 

Mak cik memang "professional" lah dalam kelentong orang...👏👏👏

Walaupun sebelum ni kisah mak cik ni pernah menjadi viral, tapi masih ramai lagi yang menjadi mangsa. Salah sorangnya, aku lah...padahal sejak zaman 2015, dah tiga tahun mak cik ni jalankan operasi...ish ish ish...serik lah pun. Pasni, nampak je orang macam ni, kita pun kena main peranan jadi sama gila...

Aku punya bahang pasal mak cik ni automatik jadi naik pasai pelik kenapa mak cik ni masih bergerak liar dan bebas? 

Ada komen dari fesbuk yang aku dapat, dia kata dah buat laporan polis. Kita tunggu ajelah berita penangkapan mak cik tersebut. Nak kecoh lagi, masuklah dalam 999. Ha! mungkin insaflah sikit kot! (Itupun kalau mak cik tu rasa nak insaf...)

Wallahu a'lam...

Doakan aje yang baik-baik..semoga dia jumpa jalan pulang..

Semoga semua mangsa mak cik ni, lebih berjaga-jaga dengan tragedi begini dan harap tak berulang lagi kepada orang lain...
Related Posts

13 comments:

  1. Adoii makcik tokkk. Terer juak nya ngepau org :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. mok polah giney...huhuhuu..memang pro punya level..

      Delete
  2. Hrp makcik tu sdr akn kslahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin...doakan saja yang terbaik...

      Delete
  3. alahai makcik, i wonder apa penerimaan family makcik tu of her...

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Lama tu operasinya.. tak tertangkap la pula ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelikkan?? saya pun geram jugak bila tengok mak cik ni bebas menipu...

      Delete
  5. Apa kata ada yg terer mengenakan Makcik ni pulak ...nak tgk mau x Makcik ni menghulurkan duit dia yg berkepuk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa....siapa nak volunteer diri dia? saya confirm serik dah...huhuhuhu

      Delete
  6. haritu saya ada terbaca cite ni, viral kat fb dan twitter. tak sangka cite ni asalnya dri entry blog akak.

    saya selalu gak balik rumah sorang2 n transit kt kl sentral, tpi syukur tk pernah jumpa lagi dgn golongan yg kuat tipu duit org ni. harapla diorg insaf T__T org2 camni yg buatkan kita jadi takut nk menderma/tolong orang lain, nnti kena tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhuu...saya pun pelik sebenarnya...tapi takdelah pelik sangat sebab ramai yang kena...hopefully semua yang baca lebih berhati2

      harap dia insaf. amin...

      betul tu, sekarang nak memberi pun saya dah tak ringan tangan...T_T

      Delete
    2. huhuhuhuu...saya pun pelik sebenarnya...tapi takdelah pelik sangat sebab ramai yang kena...hopefully semua yang baca lebih berhati2

      harap dia insaf. amin...

      betul tu, sekarang nak memberi pun saya dah tak ringan tangan...T_T

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery