Asam payau...

April 29, 2017

Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi?

Setiap hari aku akan ulang frasa ni. Dari rumah ke kelas. Walau dengan penuh mujahadah. Then, dari kelas pergi kerja. Aku ulang lagi. Disebabkan aku perlu memaniskan muka sebaik mungkin dalam bidang ini. (Alah, mana-mana kerja pun perlu senyumlah...) Sehingga aku boleh mengukir senyum dengan sebenarnya. Seperti ini...😊 

- senyum tak susah bukan?

Jadi, aku semat dan pahat dalam diri :- 

I love my life. I will make my own mission come true. Aku yakin! Pasti boleh! Takbir! Allahuakbar!

Dan alhamdulillah hari-hari yang aku lalui itu seperti lancar. Kalau ada cela pun, aku rasa semacam boleh terima. Semacam mudah untuk berlapang dada. Dan yang itulah menyebabkan aku punya minda berdialog lebih dari mulut. Hah!

##

Sekarang ni, aku guna iPhone 4. Pemberian umi aku. Itupun selepas samsung Y aku merajuk dan mintak pencen. Masalah phone aku adalah dia sangat tak compatible dengan apps yang memerlukan ios8. Jadi, bila ada apps yang perlukan ios8 untuk update, phone aku jadi ketinggalan. 

Banyak benda tak boleh guna. Kalau boleh guna pun, mesti ada masalah sikit. Lepas tu, kawan aku yang sangat "cerdik" bagi cadangan. 

"Aku rasa, kau tak payah tukar phone. " kata beliau penuh yakin. 
"Habis, kena tukar apalah?" tanya aku penuh naif.
"Kau cari pakwe!" 
"Apa kaitan dowh?!" No correlation at all!

Terasa macam minda sempit pulak bila jadikan 'itu' sebagai jalan penyelesaian. Kau tak rasa macam tu ke? hahahaha

##

Ramai bertanya; "kerja sambil belajar, tak penat ke? Mesti mu penat kan?" 
Dan aku pun tersenyum. Iya, tidak...tidak pun tidak...

Cuba tanya, benda apa yang tak penat dalam dunia ni? Kalau berehat terlalu lama pun, penat juga...#mereput lah, #pishang lah...

Jadi, penat yang berbaloi adalah penat yang kita akan dapat hasilnya. Walau bukan sekarang, tapi untuk masa depan. Depan...

##

Bila kita dah buat sesuatu keputusan, kita mesti belajar untuk menerima dan menyayangi jalan itu sebaik mungkin. Pahit, kelat dan masamnya jalan itu adalah bonus untuk kita menjadi lebih matang. Ada masa terasa terlalu payau hingga bisu. Tapi, percayalah...setiap yang susah pasti ada kemudahan. Itu janji Tuhan...

Live well or live hell, your call...For the better or the worse, we have no choice except to love our own life story...

Hiduplah jalan yang tak pernah ditempuh oleh ramai orang. Memang ia bersemak samun, tapi itulah jalan menuju ke sungai yang ramai tak nampak. Dari aliran sungai itu kelak kita akan berlayar mencipta sejarah dan menunaikan segala impian yang telah lama kita pendam. 

sofieadie.com

#loveurlifeliveurlife 

Carpe diem my friends!

Mencarik Rindu...

April 24, 2017

Kerja gila.

1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur selamat.

2. Lima tahun tak jumpa, terasa semacam tak kenal mereka. Ah, mereka semua sudah bertukar status. Bertanya pada aku, kau bila? Aku tersengih buta...

3. Demi rindu 11 tahun, aku pecut ke Seremban. Bersama kawan dari Bawah Bayu. Terubatkah rindu itu? Dua jam mana cukup....

sofieadie.com,

Mencarik takut.

Siapa kata aku berani untuk merempuh perjalanan sejauh itu untuk pertama kalinya pegang stereng? Sumpah aku tak berani. Tapi, aku yakin...diri aku yang jauh dalam sanubari itu, tekad dan semangatnya kuat. 

Maka, terbitlah kerja gila...

Kena hon?
Hah! Usah diperkatalah...Aku tak boleh nak marah. Aku tau, itu salah aku...Kalau orang tak hon, bila lagi hon nak mainkan peranan?

Tawar rasanya pertemuan kali ini. 
Bukan tak teruja, bukan tak rindu...cuma terasa ada jurang. Cerita hendak ditukar pun terasa hambar. Kau, hanya inginkan kawan dan pendengar untuk cerita yang kau peram. 

Aku? 
Aku hanya mahu bertemu sekadar sua muka. Sebagai tanda aku masih hidup dan masih prihatin akan kewujudan kalian pada suatu tika. Tapi, sayang semua itu hanya merobek luka yang pernah terbina. Jadi, aku hanya tersimpul senyum melihat kalian ketawa suka. 

Cerita aku perlukan pendapat. Cerita aku perlukan nasihat. Aku tidak suka cerita kosong tanpa isi. Paling kurang aku dengar dahulu dan lain masa aku akan cuba amal. Tapi, sayang...isi yang ku harap hanya separuh, selebihnya...terasa angin. Kembung perut, mual...

##

Kalau kalian bertemu dengan seseorang yang kriterianya mencukupi apa yang kalian pernah impikan, apa yang kalian akan buat?

Aku masih berkira bukan kerana philophobia tapi kerana pepatah "easy come, easy go..". 

Dan, prinsip yang aku semat..."Untuk jadi yang pertama, kena menjadi yang pertama..."- Tiada istilah ex, bekas atau sewaktu dengannya-

Sebab itu aku tak pernah bermain hati. Demi menjaga keistimewaan itu...

Prinsip tidak pernah makan tuan bukan?

Syarat aku mudah..
-Dia ada seadanya dia...-

Tapi, orang tetap kata aku cerewet. 

- "Kawan, sebab hati itu tiada spare part, aku pun tiada plaster yang utuh untuk merawatnya. Ia ada satu cuma. Itu sebab aku jaga sehabis mungkin. Kalau bukan kita yang bela hati ini, siapa lagi?" -

##

Sekarang ini, aku perasan satu benda. Diri aku semakin berat mulut. Semakin malas bercerita secara lisan. Kerana lidah itu serupa samurai, aku pilih untuk bisu. 

Ingin aku cerita panjang seperti penulisan aku, tapi aku gagal mencari ayat. Jadi, setiap kali bertemu, aku hanya mampu bisu...

##

Mencarik rindu,
bunyinya sayat dan berat...
terasa makin dibongkar, makin banyak yang terpendam..

Mencarik rindu, 
kerana tidak mampu memberi pesanan pada angin lagi.

Rindu dicarik, perlahan seperti kapas. 

Untuk kalian, aku ucapkan terima kasih. 😊

Menakutkan!

April 20, 2017

Sebagai seorang AMBIVERT, menjadi VIRAL itu bukanlah suatu idaman. Bahkan ianya amatlah menakutkan! Seriously!

Takut, viral

Sampai rasa macam nak delete blog. Tapi, mungin tidaklah sampai ke tahap tu. Sebab blog is my air. Menulis itu nafas aku. Sama jugak macam lagu. Okay, hari ni aku bukan nak bahas pasal udara, nafas, hidup bagai...tapi ada satu benda ni menghantui aku sehingga rasa macam...

Lepas ni, aku tak boleh jalan tanpa tujuan. Walau sekadar window shopping...
Lepas ni, aku kena jalan dengan lebih tawadhuk lagi...
Lepas ni, aku tak boleh nak hyperact tak tentu hala...
Lepas ni, ...

##

Pertama, aku syukur sangat orang dah kembali sebarkan tentang penipuan mak cik tu yang semakin meliar. Sebab, kalau tak tersebar meluas, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang akan tertipu oleh cerita dia yang dah basi! (Wah! concern-nya aku...😏)

Kedua, aku syukur sebab walaupun aku tak up entry baru, tapi aku still punya readers. Tapi macam tak best jugaklah...sebab orang yang selalu baca entri aku, semua dah busy...Aku bukanlah gila readers atau viewers (Walaupun suka tengok orang baca entri kita yang panjang lebar dengan penuh emosi...) tapi...bila ia terlalu ramai...ianya menakutkan...

Pelik ke untuk rasa takut bila orang ramai baca blog kita?

Sis LZ yang bagitau aku...beliau kata entry aku dah viral. Viral? Like viral, viral? Nein!..Tetiba rasa takut...

Dahlah, kawan aku bagitau..blog-blog yang post benda viral pun dah masukkan entry aku. Gambar mak cik tu, dah ada yang edit dan sebarkan dengan lebih luas lagi. Cantik punya gambar aku ambik. Tapi, aku delete dah. Buat jadah apa nak simpan. Bikin panas dan bazir space lappy saja.

What if, this situation happen to you? Adakah korang pun akan rasa takut? 

##

Aku tahu, itu adalah pengalaman aku. Tapi kawan aku kata, entri aku tu seolah aku ni jenis orang yang banyak giler cakap...Tapi, aku tak macam tu...Aku cakap dalam bahasa tulisan je...Hanya kerana entri itu, aku punya scale ambivert terus merudum ke introvert...huhuhuhuhu

Lepas tu, boleh pulak lecturer aku cakap, aku ada OCD....Aku bukan OCD, cuma aku tak boleh tengok kerja yang dibuat dalam keadaan yang tak kemas. Aku tak boleh tengok benda yang tak sistematik dan tak ikut waktu. Everything must be on time. Itupun aku rasa macam dah kurang dari dulu. Tapi, bukan OCD...T^T

Menakutkan!

Plus, orang yang kind of suka pada viral sedang ambil kesempatan untuk naikkan pageviews mereka! Ada credit, gua tak kisah. Gua pun tumpang sekaki, at least diorang tolong sebarkan dengan lebih luas lagi. Tapi kalau dah ciplak for the whole entry without any credit tu, itu memang PANAS!

Gara-gara mak cik TBS...

April 18, 2017

Kecoh giler blog aku sejak dua menjak ni. Maunya tak terkejut bila tengok readers sehari tu mencecah lebih dari seribu orang! Pelik bin Ajaib sungguh!

Rupanya, kes mak cik TBS yang menipu tu masih hangat dan giat diperkatakan oleh warga fesbuk dan ramai yang share link tersebut...

mak cik pau

Kecoh jugak ruangan komen. Boleh dikatakan, hampir semua pernah jadi mangsa mak cik tuh! Sampai aku pun turut simpati, sebab diorang bagi lagi banyak dari aku. Aku yang kasi 50 hinggit ni pun boleh seminggu tido tak lena, inikan yang bagi 200!

Aduh...aku rasalah kan, mak cik tu dah cukup kaya dah kot nak pindah keluar ke negara lain...

Yelah, mana tak nya...cuba bayangkan sehari dia kelentong 10 orang, seorang kasi minimum 50. Ada pulak yang kasi 200. Puratanya seorang tu pasti akan bagi 100 lah katakan. 

10 x 100 = 1000
30 x 1000 = 30 000

Dah macam gaji golongan professional dah ni! 

Mak cik memang "professional" lah dalam kelentong orang...πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Walaupun sebelum ni kisah mak cik ni pernah menjadi viral, tapi masih ramai lagi yang menjadi mangsa. Salah sorangnya, aku lah...padahal sejak zaman 2015, dah tiga tahun mak cik ni jalankan operasi...ish ish ish...serik lah pun. Pasni, nampak je orang macam ni, kita pun kena main peranan jadi sama gila...

Aku punya bahang pasal mak cik ni automatik jadi naik pasai pelik kenapa mak cik ni masih bergerak liar dan bebas? 

Ada komen dari fesbuk yang aku dapat, dia kata dah buat laporan polis. Kita tunggu ajelah berita penangkapan mak cik tersebut. Nak kecoh lagi, masuklah dalam 999. Ha! mungkin insaflah sikit kot! (Itupun kalau mak cik tu rasa nak insaf...)

Wallahu a'lam...

Doakan aje yang baik-baik..semoga dia jumpa jalan pulang..

Semoga semua mangsa mak cik ni, lebih berjaga-jaga dengan tragedi begini dan harap tak berulang lagi kepada orang lain...

Bintang

April 15, 2017

Ada apa pada bintang?

star, bintang

* ** *** ☆ ☆☆ ☆☆☆ ★ ★★ ★★★ 🌟 🌟🌟 🌟🌟🌟 πŸ‘ˆini simbol bintang dalam versi komputer.

Semua bintang. Tapi sama ke?

Untuk yang pernah konvo, korang mesti faham maksud bintang ni. Satu bintang itu memberi lambang pada CGPA yang kita kumpul. Dan aku pun dah lupa sebenarnya pasal bintang itu walau masa awal diploma dulu aku terkejarkan sangat demi tiga butir bintang. 

Tapi, aku ni jenis manusia angin monsunnya cepat benar berubah. Cepat benar pasang dan surut. Bila dah penghujung, aku terus give up. Kerana situasi yang buat aku fikir berjuta enam kali untuk teruskan bidang yang sama.

Hasilnya?

Satu bintang. 🌟

Syukur. Alhamdulillah.

Sebenarnya, 90% dari pembelajaran masa diploma dulu aku dah lupakan. Semacam tak layak untuk ambil skrol tamat diploma nanti. Semacam tak layak untuk menyarung topi lambang ilmu itu atas kepala kelak. Sebab memang zero!

##
Basic geomatic - from whole to the part- okay yang itu masih ingat. 

Q: Macam mana nak mulakan traverse dekat tempat baru? 

A: Paling basic r kan, cari at least tiga batu atau dua batu dengan satu solar observation. Then baca back sight and foresight.

Then, adjustment. Erm, erm...bowditch, transit. 

Geodesy? Remote sensing and gis? erm...

Kena study balik lah kot. huhuhuhu
##

Ni yang rasa macam tak mau datang konvo nih! Huwaaaa!!!

Sabar, sabar...konvo tetap pergi. Aku masih ingat semua benda yang aku belajar. Cuma aku perlu selongkarkn kotak hitam aku, kasi ingat semula. 

Pergi konvo sebagai tanda terima kasih di atas segala usaha gigih dan jerih perih bergelap sepanjang diploma. Apa kau ingat geomatik ni boleh sentiasa putih ke? Paling tidak kulit tak hitam pun, kasut gerenti banyak kali tukar. Tu belum termasuk lagi peluh yang menitis sepanjang buat LP. Kalau ditadah tu, barangkali boleh dijadikan bekalan masa kemarau. πŸ˜‚

Tahniah kepada yang menerima dua dan tiga bintang. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tahniah juga untuk diri sendiri sebab berjaya mengharungi situasi yang penuh liku dan mencabar. Walau beribu kali cakap nak quit, alhamdulillah sampai juga ke konvo ye...

So, gais...mana yang ambil geomatik or apa jua bidang yang menjadi pilihan korang, tak kira dalam dunia akademik atau dunia realiti...JANGAN PERNAH GIVE UP.

Sikit je lagi usaha nak bagi nampak jutaan bintang dan emas..teruskan walau terpaksa mengalirkan air mata kerana terpaksa dan mujahadah yang amat..

Senang kan nak cakap? InsyaAllah pesanan ini untuk diri aku jugak. Hajat aku, perkara lalu jadikan pemangkin masa hadapan. 

Tiada siapa boleh menebak masa hadapan. Selagi kita usaha, peluang dan kejayaan pasti sentiasa terbuka. 

Arau, see you next month! 

Tak sabarnya nak balun kuey teow kungfu tom yam!!!!!!!!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
###

Satu ke dua ke tiga bintang, yang penting aku ada 9 bintang yang tersemat kukuh dalam hati 😊. 
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Tiga sisi

April 11, 2017

Alhamdulillah masih berpeluang hidup dan membebel dekat laman yang kian pudar warnanya. Hah! So, hello there! Dah lama rasa tak borak dan chit chat dengan laman putih ni. 

sofieadie property

Tiga sisi. πŸ”ΊπŸ”»

Sisi Satu
Awal April hari tu, syukur dapat rezeki untuk bekerja sebagai part-time. Ya, ya ramai tanya:- 
"Kerja sambil belajar ni tak penat ke? Boleh ke nak fokus dalam kelas?"

Untuk minggu pertama, aku sengih dan diam sambil jawab dalam hati; 'Nak seribu daya, tak ndak seribu dalih..'

Tapi, sungguhlah bila kita sibuk dengan rutin belajar waktu pagi, malam pulak kerja, balik rehat, buat revision sikit semua tu, automatik kita lebih pandai jimat masa daripada perkara yang dulunya pernah jadi rutin kita. 

Masuk minggu pertama kerja, aku terlalu careless ke ntah apa yang buat aku ter-me-rosakkan barang kat tempat kerja. Deng it! Time tu rasa macam, 'loser giler aku nih!'. Tapi itulah yang dikatakan, 

"Kesilapan adalah guru yang paling berkesan".

Sisi Dua
Sebagai pelajar yang baru menghadapi dunia teori hartanah ni bagi aku, ianya sangatlah mencabar. Sebab bidang ni, kita memang tak boleh sandar pada teori semata-mata. Kita kena keluar, tengok dan perhati kawasan persekitaran kita. Baru senang untuk faham. 

Sem ni ada subjek akaun. Aku jujurlah cakap, setakat debit credit tu reetilah sikit, tapi bila masuk dak equity, revenues bagai, aku mulalah macam tadah air guna bakul. Aigoo! Rasa macam nak cari tuto personal untuk subjek akaun saja. Please lah! Tetiba rasa macam fizik dan kimia zaman ritu lagi senang. Hahaha. 

Siapa expert ajar akaun untuk newbie macam aku yang memang zero knowledge dalam perakaunan ni, mohonlah suggest cara berkesan untuk memahami akaun selain daripada buat latihan dan baca buku. Tolonglah...

Masa zaman tak faham ekonomi dulu, aku dok layan youtube je kasi faham. Pastu, hadamlah.then buat teori sendiri. Pasni kena research belajar akaun melalui youtube gak ni...

Sisi tiga
Blogger chipsmore. Ha ha ha...memandangkan aku fokus pada dua sisi kat atas tadi, maka aku pun lupa yang aku ada blog. πŸ˜… Pastu, ada hati lagi nak tukar template baru. Tunggulah raya nanti. Ada rezeki kita tukarlah k..

Tajaan cerita kat blog makin kurang bila otak mula sepi dan seakan merajuk. Huh...perahlah kuat mana pun otak untuk cari kata pemula bagi sebuah perenggan, kalau mode menulis ke laut, memang tak akan pernah menjadi der...

Usahkan entri blog, artikel zalora pun ke laut labu oiii! Nampak gayanya, tinggal suam-suam kukuk ajelah ye....

End of sides

p/s: Hopefully musim teater nanti banyak buat pada hari rabu. Sebab rabu gua off day ma!

###
zaijian!

Gamophobia

April 05, 2017

Gamophobia.
Orang kata maksud dia adalah seseorang yang fobia pada komitmen seperti perkahwinan. Gamo itu maksudnya "kawen" dan phobia itu "fobia". 

Kalau dilihat senarai jenis phobia ni, memang semua benda akan ada namanya yang pelik-pelik sehinggakan kita rasa nama tu adalah sekadar rekaan semata-mata. Seperti crystal-mo-phobia....

Jumaat lepas aku tengok teater "Polos" by Anomalist Production. Lepas je aku tengok teater tu, aku rasa aku macam dah faham apa misi yang aku nak capai selepas ni. Target, sasaran aku seolah dah semakin jelas. Bak kata orang putihnya, "crystal clear"! 

Ah, crystal pun boleh!
Dalam crystal ada tangisan rupanya. No wonderlah ada phobia.

Berbalik pada gamophobia ni, dia adalah fobia yang takde ubat dan penawar. Sebab dia adalah penyakit psikologi yang mana kalau kita nak buang sakit tu, kita kena diri kita kena kuat semangat untuk melawan semua rasa-rasa itu. 

Rasa apa itu aku sendiri tak tahu. Mungkin kita tak perasan pun selama ni kita ada phobia yang pelik-pelik. Tapi, bila diberi pendedahan dalam bentuk teater, aku rasa...rupanya aku adalah salah satu pesakit bagi phobia jenis ini. Macam tipu dan dusta kan?

Ya, ya, ya...
Orang yang couple tapi bila diajak kahwin dia tak nak = gamophobia
Orang yang takut pada komitmen perhubungan = gamophobia
Orang yang tak percaya pada cinta = ? (Philophobia)

See? -Okay, tak jelas. Fine!-

Hari tu jugak, aku terbaca satu artikel ni, dia kata...orang yang takut pada cinta ni adalah orang yang terlalu fikirkan tentang yang dia takut. Dia takut disakitkan, dia takut untuk ditinggalkan selepas dah selesa dengan orang tu. Dia takut...dan segalanya tentang takut. Biarpun semua benda yang dia takut tu dia tak pernah pun alami sendiri. Semuanya dari apa yang dia lihat, dia dengar dan dia baca. Jadi kenapa nak alami?

Maka wujudlah philophobia dan juga gamophobia. 

Serius lah? Fobia ni boleh rosakkan diri kita secara fizikal ke?
Benda fobia ni adalah kuasa minda. Seperti Ramlee Awang Mursyid kata; "Apa yang difikir itu ada..."

Jadi, bila kita fikir kita fobia pada cinta, maka minda kita akan menghantar mesej kepada seluruh "rakyat  jelata"nya dengan menidakkan semua "anasir luar" yang boleh menyebabkan "kerajaan" dia tewas. Strategi berjaya! Syabas!

Cyeh! Hanya kerana sebuah teater, kau terus mengaku ada gamophobia. Gila! Like seriously??

Kau, kalau dah berdekad hidup tapi masih tak percaya pada sebuah perhubungan lagi-lagi perhubungan serius, itu nama dia apa? 

"Baguslah kau tak berkawan dengan orang, zaman sekarang ni susah nak cari yang betul-betul serius."

Termangu.

Idaman mahu tinggi melangit, goals berlambak sana sini, "tiang" yang wajib pun masih goyah, mana bola mau masuk.

Diam lagi. Gamo-phobia...
Simptom dia semua orang boleh cari. Taip je sepuluh huruf ni, gerenti google kan kasi jawapan. Cuba tanya diri, fobia pelik ni ada kat aku atau aku buat-buat dia ada? 

Hurm...buat-buat je.

Sebenarnya mana ada gamo ke philo bagai. Itu rekaan minda yang bekerjasama dengan hati menolak anasir luar dengan jitu tapi gagal. Pastu salahkan phobia. Always has something to blame. 

###

Ulasan tentang teater "Polos" ?

- Untuk watak Nabil.
Hidup tak perlu pada cinta manusia lain untuk jadi pelengkap. 
Kalau selama ni kau single, lepas tu tetiba nak sibuk ada pasangan sebab tengok orang lain ada pasangan walhal kau langsung takde niat pun untuk serius, aku nasihatkan baik kau back-off. 

- Untuk watak Sharif
Cinta bukan landasan pada insiden curang.
Sebab kau rasa kau mampu sebarkan cinta kau, kau boleh berlaku curang. Fahaman mana ni?

-: Jangan pernah menjadi pendengar pada seseorang yang telah berkahwin. Takut sesuatu yang tidak kita jangka berlaku. Lagi-lagi dengan situasi zaman serba canggih macam ni.

Tapi kan, apa yang kita tak suka itulah nanti yang kita akan buat. Tanpa kita sedar. Kita rasa ianya okay, tapi sebenarnya tidak.

Overall, aku kasi 4.5/5 sebab teater ini aku berjumpa jawapan bagi segala persoalan yang aku sendiri tak tahu benarkah itu soalan yang aku tanya.

Dari segi persembahan dan pelakon, Anomalist Production tak pernah mengecewakan peminat teater. 

###

free stock photo

Jangan kata aku tak warning. Benda hati jangan dibuat main. Sakit dari hatilah munculnya penyakit fizikal. 

Kebiasaan kita adalah ketidak selesaan orang lain dan keselesaan kita juga adalah ketidak senangan bagi orang lain. 

Dalam istilah "berkawan", selalunya siapa yang akan "Jatuh" dulu? 

p/s: Jangan tipu hati sendiri.
© SOFIE ADIE. Design by FCD.