March 09, 2017 / 16 Comments

Music...describe everything...

Sepatutnya aku letak title post ni dengan tajuk: Jenis muzik yang aku akan dengar. Tapi, bila aku dah mula nak bebel pasal something, aku tahu ianya akan berhujung dengan 'kemerapuan-yang-tak-sudah"! Jadinya, aku pun meletakkan isu ni sebagai tajuk. -end of the intro-

wallpaper,

Biasanya, dan ianya bukan hanya dialami oleh aku seorang saja bahkan hampir semua orang juga; dimana mereka akan mendengar sesuatu berdasarkan rasa yang mereka sedang alami. Macam sekarang, aku tengah mood 'malas'nya -naudzubillah min dzalik!- jadi aku pasang lagu yang boleh bagi aku aura untuk rajin. Seperti list lagu dari band Starset. 

Untuk jadikan isu dan juga senarai ini pendek, aku akan letakkan sekali dengan video diorang. So, kalau korang nak recommendkan aku lagu ke apa ke an, korang bolehlah jadikan entri ni sebagai rujukan. (apa kau ingat, kau tu artis yang orang akan fikir pasal kau ke? cheh!)

1- Lagu untuk mood kacau dan rasa macam boleh lost ke "dunia dimana membunuh orang itu tidak berdosa"

Aku tak maksudkan secara nyata. Itu hanya imaginasi yang sukar dimengerti hinggalah kau sendiri alami. Aku kenal lagu macam ni bila liriknya lebih sense dan lebih dekat dengan pendengar. Macam aku.


Dan biasanya, kepuasan untuk lagu begini tak ramai yang minat. 

2- Bila lost dalam "dunia deepthought" 

Dia kadang aku suka yang tanpa lirik. Hanya irama dan alunan muzik yang menterjemahkan rasa. Ianya kadang lagi sedih dari yang punya lirik yang sedih. Tak...dia bukan sedih tau, dia macam takde rasa apa-apa. Dia "hilang"!


Biasanya ianya sesuai untuk menenangkan aku. Seolah memujuk diri saat terjelepuk...dan bila suatu benda yang sukar untuk diluahkan. Sebab takut pemikiran saat ini akan mencemar reputasi akan datang...jadi, cara terbaik hanya biarkan diri aku "hanyut"...


3- Windy feeling

Aku tak tahulah...tapi lagu ini macam lepas aku keluar dari dunia "lost" aku tadi, lagu inilah yang akan kembalikan hari-hari aku....dia tak bagi semangat yang tinggi pun, cukuplah dia ada untuk temani...


4- Bila jiwa Islamik menyapa...

Aku akan pasang playlist nasyid zaman yang pernah aku hidup suatu tika dulu. Lagu dari kumpulan ni..akan bawak aku lari ke dua dekad yang lalu. Nasyid yang liriknya akan sental jiwa aku yang penuh lagha.


Kadang, aku rasa...aku masih 'tidak hidup' pada masa sekarang. Atau kata lainnya, aku lebih banyak hidup pada masa lampau dan masa depan. Hingga masa sekarang, aku tidak endah. Sebab suatu hari nanti, aku pasti akan ingat masa sekarang dan hargai masa depan. Jadi, masa sekarang aku banyak habiskan dengan apa yang aku rasa aku tak dapat buat pada masa akan datang dan apa yang aku tak dapat tunai pada masa lepas...

Kesimpulannya, dengan muzik, aku boleh time-travel. Forward and backward without any cost. 

Apa ke aku takde lagu happy-happy untuk buat semangat kemas rumah ke apa? yang boleh didengar oleh semua orang dan diterima pakai muziknya?

Alaaa...kalau nak yang itu dengar radio sudahlah...tapi, bab radio punya channel ni pun aku cerewet gak. Yang mana banyak iklan, asyik pusing lagu sama tu...kirim salam ajelah..

So, channel apalah yang aku dengar?
- Best fm
- Cats fm
- Traxx fm

Tapikan, aku okay je kalau time aku dok cari channel tu, tetiba pasang lagu yang aku minat, aku akan dengarlah sampai ke sudah radio tu. Tak kisah sebenarnya...mana-mana pun okay..asalkan time tu mood aku nak dengar radio...-boleh tahan keling jugak aku ni ye? hahahaha-

###

If you want to know someone mood, look at their playlist. They don't listen to it randomly. They do have an undescribed strong reason that can't tell directly to us -The people- 
Related Posts

16 comments:

  1. Nice ah entry kak sofie 👍👍👍 manusia memang tidak dpt dipisahkan dgn muzik. Bagai perasaan yg tdk dpt diungkap dgn kata2, muzik jd penterjemahnya. 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tomo!! :D setuju dengan tomo...no music no life huh?

      Delete
  2. Akak dengar lagu melalui mp3 jea, tak berapa suka sangat dengar radio sekarang nie sebab banyak bercakap dari putarkan lagu.. Masa sekolah menengah dulu, radio la yang menjadi peneman akak untuk study..Mula2 ummie akak tak bagi dan tarik balik radio tapi bila tengok result ujian merosot dua bulan berturut2, ummie akak kembalikan radio tue dan akak kembali ke jalan yang lurus.. hihi even sampai sekarang pun akak masih mendengar lagu untuk buat keja seharian di rumah, malam pulak dengar lagu sekejap dalam dua jam lepas tue akak akan tukarkan ke alunan Al-Quran dari tengah malam sampai pagi.. Kadang2 lepas maghrib pun akak akan pasangkan mp3 Al-Quran hingga ke Isyak.. =) And musics makes me feel more alive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...radio sekarang bukan banyak cakap je, iklan pun berlambak...jenuh nak dengar benda sama.

      masa sekolah dulu2, radio dia takdelah banyak sangat cakap, tu yang saya pun boleh jadikan ia sebagai peneman..heheheh
      buat kerja takde lagu or music, rasa macam hening giler!

      Delete
  3. Lagu yang kena dengan jiwa..kita akan dengar tanpa istilah jemu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pc...tapi bila tak kena, memang rasa serabut habislah...

      Delete
  4. Replies
    1. iyap! ada jugaklah minat lagu bahasa lain...tp mostly bi..

      Delete
  5. kalau dngar lagu yang soft dan tak kuat tu best.. hati tak kacau sngt. hehe

    ReplyDelete
  6. kmk suka music :D suka dengar lagu. kinek mood layan genre 'folk' hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...layan dak folk tok nyaman jak telinga dengar...:D

      Delete
  7. sy jenis yg cepat bosan dengan sesuatu muzik. setiap minggu, mesti akan dengar muzik & lagu yang berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar radio. selalu putarkan lagu secara random.

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery