Home

March 16, 2017 / 6 Comments

Awas! Kawasan licin.


Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora.

Zon kawasan licin berlaku apabila kita mula takut pada gelinciran. Gelincir yang menyebabkan kita takut juga pada kejatuhan. 

Jatuh.
Istilah yang paling kelakar bila seseorang itu sudah berpaut pada tempat yang kukuh tapi masih jatuh tergelincir!

Ini metafora.
Semua orang takut akan jatuh. Lebih lagi gelincir tanpa sengaja. Walau pautannya sudah kukuh, ia tidakkan mampu untuk menampung. 

Pernah jatuh? 
Maksud aku, kalian 'gelincir' dan 'jatuh' ke dalam 'gaung' hati tak bernama.

Kalian takkan merasakannya hinggalah kalian sudah hampir ke kerak bumi. Tika itu bahangnya sudah mula terasa. 

Ini metafora, 
untuk mereka yang pernah 'gelincir' tapi masih bertahan dari terus 'terjatuh'.

Kiasan bagi orang yang takut untuk mengeksperesikan sukanya pada orang dan mengambil langkah untuk terus mengelak "kawasan licin".

Usah disalahkan "lantai yang licin" atau faktor jalan menjadi basah jika sendiri yang gagal mengawalnya. Mahu dimarah "tukang mop" atau "hujan"? 
###
Related Posts

6 comments:

  1. Akak selalu 'jatuh' namun akak 'bangkit' semula.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...syukur masih dapat bangkit semula..:D

      Delete
  2. aduhh ayat ktk tok best bena dibaca xD tersirat maksudnya. hmmm. kadang selalu jak mcm tok. even dah berpaut kononnya tek, tapi lastnya gugok juak. nak salahkan org lain sik dpt juak. salah sendirik sbb sik kuat. gia kan? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu..yalah tek! bena ya. selamatnya, elakkan kawasan licin. =)

      Delete
  3. Kalau jatuh, mesti kena bangun semula! Yeahh! :)

    Suka ayat Sofie yang last perengan tu :) Tersirat makna di situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus siqah! harus...siapa lagi nak tolong bangunkan kalau bukan diri sendiri...

      hehehhe...terima kasih siqah! :D

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery