Hey 2017, it's time to Sayonara

December 28, 2017

Ada orang cakap 2017 will teach us to be strong. 
Dan ianya amat benar. 

So, ini adalah entri kedua bagi bulan Disember dan barangkali merupakan entri terakhir bagi tahun 2017. How fast times flies....huhuhu terasa baru semalam 2007. Terasa baru kelmarin Mawi dan Ekin berkahwin. Baru hari tu Tunku Mizan jadi Sultan. Baru merasa Islam Hadhari sesaat lepas...

Rupanya semalam yang kusangka itu sudah sedekad berlalu. Biasalah...dah berlalu baru terasa cepat, bila sedang melaluinya...tak merasa pun cepat atau lambat. Yang penting ia berlalu...๐Ÿ˜Œ

2017.
Ada suka, duka, air mata, perih keringat yang mungkin hanya dikongsikan pada diri sendiri. Simpan sebagai bara yang sampai bila takkan terpadam. Cerita itu, kita sisipkan sebagai pengalaman paling berharga yang tak mungkin dapat dibeli. 

Okaylah, ada sesetengah perkara yang aku tak dapat tunaikan mahupun laksanakan bagi tahun ni...contohnya:-
- tahun ni takde sebarang contest yang aku anjurkan. Since tahun lepas merupakan #lastgift, so that it is...lastgift.
- penundaan transformasi kepada wordpress. Again...
- renovate rumah
- tukar telefon idaman
- misi mencari cinta

Tu je kot! Tapi takpe...memandangkan ada benda lain yang dapat aku complishkan disebalik incomplete mission tadi.
- kerja sambil belajar
- belajar lebih dalam tentang financial freedom
- kereta (setelah tiga bulan lebih jadi pengguna uber dan grab car)
- telefon baru (walaupun bukan telefon idaman)
- grad dan jejak arau untuk kesekian kalinya...
- makan dekat Dollly dim sum

Itu je? Hahahahaha banyak je lagi kalau nak disenaraikan tapi itulah yang paling berharga. Oh, lupa nak mention, tahun ni jugak keluarga aku menerima dua orang ahli baru. Welcome to our legacy brothers!

Dan title aku tahun depan akan bertukarlah dari kakak kepad mak chik. Yolah, dengar-dengarnya, dua orang anak buah akan menyusul tahun depan. Maigadd!!!! Terasa benar tahun 2020 dah hampir. So, are we prepared well to celebrate 2020?

Isu blog;
Pastu tahun ni, blog aku agak bising dengan isu mak cik tbs (nightmare) pasal katanya dia masih giat lagi. Wallahualam sebab aku dah lama tak naik public transport selain dari uber and grab. Apa nak jadi, jadilah mak cik. Dah setahun berlalu. Aku pun dah malas nak fikir pasal mak cik. Banyak lagi benda lain yang boleh improvekan IQ dan EQ aku ni.

Yang kelakarnya, dah tahun kedua aku degree dalam Pengurusan Hartanah, tapi blog ni masih menjadi rujukan bagi adik-adik geomatik. So, alhamdulillah ada seorang yang dah 19 tahun berpengalaman dalam arena Geomatik sudi menawarkan diri beliau untuk sebrang persoalan yang bakal geomatik surveyor sering bertanya. So, in future aku masih lagi menaip tentang geomatik lebih banyak dari isu hartanah. Maklumlah, sifu hartanah terlalu ramai dari sifu geomatik. Tapi, untuk perkongsiaan degree dalam hartanah di UiTM tu, mungkin aku akan share lah sikit-sikit. Mana yang aku dapat tolong.

Ilham aku nak menaip dah bersepai entah kemana dah tadi. Elok-elok dah kemaskan ayat sastera dalam kepala. Alih-alih dah hilang...Dua tahun lepas aku ada buat misi gila. Namanya misi mencari cinta. Hahahahah lepas tu, tunda lagi. Since, banyak lagi komitmen yang aku perlu utamakan. Kata aku lagi satu, dia dah malas nak mengharap dengan perkara itu semua. Habis belajar nanti pandailah dia fikir. Kata dia...aku akur ajelah.

So, 2018...are we friend right? 

Flower, land

Nanti jumpa kita borak k!

See ya when I see ya!

p/s: see, sapa kata taip entry blog ni senang, ni dah empat jam masih lagi tak publish. #saluteblogger

Aku dan blogger #4

December 12, 2017

Holla dear my fellow readers, how you have been so far? Is it great? 
Life of 2017 really tough! Doesn't it? hahaha, I can tell that...so, have you being consistent towards your blog writing 'thingy'? 


Nay....as you see, aku pun timbul tenggelam macam orang tadak blog lagaknya. Tapi takpe, asal kita tulis dari rasa, ia akan tetap selamanya hidup saat mata membaca dan akal mencerna. Sebab menulis tanpa jiwa ni, mesej takkan sampai. Biarpun intonasi setiap orang itu tak senada, tapi paling kurang mereka faham yang aku sedang bicara secara alaminya...

Pergh! itu dia punya intro panjang lebar baq ang!!
Series ni aku sambung lagi. Untuk kali yang ke-4. Bermakna, sudah 4 tahun aku meneraju dunia blogging tanpa bersembunyi dibalik codename PC1667csf. ←codename yang pernah diguna hasil dari menonton Police Story lakonan Jackie Chan and Nicholas Tse. Good old times huh?

Kalau korang masih first time baca series ni, you're welcoming to read the previous series too ๐Ÿ˜Š

Untuk tahun ni, aku boleh summarized kan yang aku jarang update worthy content for the reader. Nampak sedikit tak berilmiah ya blog ni. Hahaha. Tapi, pengalaman tu, senantiasalah aku share. Bab review pun dah berkurang. Sebab? Tak tahulah...mungkin tak kena dengan jiwa kot! Huhuhu

Satu hal aku terpaksa tunda dalam memperluaskan lagi jajahan blog ini. Ada beberapa isu teknikal dan kewangan terpaksa dianjak kehadapan. 

Dari segi blog designing:- 
aku malas nak ubah lagi. Sebab rasa selesa dan kena dengan jiwa untuk design ni. Nak cari lain memang kena ambik masa lamaaaaa gilerrrr

Dari segi post entry paling meletup tahun ni; 
entri mak cik tbs. Femes betullah mak cik tu. Akulah salah satu yang menyumbangkan kefemesan dia. *facepalm*

Entri ilmiah yang lain yang berkemungkinan masih berguna bagi generasi baru;-
'Best ke belajar geomatik?' 
BEST!!!←Kata orang yang tukar programme bila sambung degree๐Ÿ˜…
Bestlah sebenarnya, cuma aku lebih suka variasikan pengalaman, itu yang tukar. 

Pengalaman paling wow sepanjang berblogging?
- Dapat jana pasif income 

Lagi? Erm...kalau aku tak aktif kat blog, aku banyak interaksi dengan blogger dekat instagram. So, to all blogger out there, let's spread our blog-bond through instagram ๐Ÿ˜Ž . Cumanya, ig aku ni tadaklah banyak gambar sendiri. Coz, mungkin aku sejenis manusia yang tidak suka melihat gambar sendiri. Huhuhuhu 

So that's it! Any other story I will add it up later. Karang makin bertambah pulak entri tak berilmiah. 

See you when I see ya!

#doakanyangterbaik #hidupblogger #rindublogzamanblackgold #darknessgivelifemeaningful 

p/s: dalam entri mak cik tbs tu, aku ada mention pasal air ribena yang hamba Allah kasi. Dan air tu masih elok tersimpan dalam peti harta sofie. insyaAllah panjang umur, 2026 aku cerita pasal air tu. ๐Ÿ˜‚

The reason...

November 21, 2017

Kadang bau asap rokok itu nikmat. 
Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang dilampiaskan oleh sang penyebar asap rokok itu turut hilang.
Rasa seperti...kalau dengan merokok itu aku boleh lupakan masalah barang seketika, 
aku pun mahu menyedutnya.
Tapi, bila bayarannya adalah nyawa...
aku termangu seketika...


Berbaloikah harga masalah itu dibayar dengan nyawa?
Berbaloi!
Kalau ia dapat mengelakkan aku dari sakit tekanan jiwa kerana tidak melampiaskan rasa.
Bezanya sakit itu nampak atau tidak saja.
Penghujungnya sama...
Dua-dua akan sakit

Kalau masalah itu terhapus bersama kepulan asap rokok, 
barangkali sudah beribu rokok aku hisap.
Tapi, nyatanya tidak.
Itu hanya ilusi...
Hakikat yang hampir semua orang tahu...
Menyelesaikan masalah dengan masalah tidak akan menjadi selesai.....

Berulang bunyinya...

Alasan. 
Mungkin dia punya alasan. 

Hukum?
Siapa aku mahu menghukum. 
Getus dalam hati tapi ternyata dari awal aku sudah menghukum.
Alpa. Aku memang alpa.

Mahu meluah rasa disebalik kepulan asap rokok itu mungkin lebih senang. 
Mungkin. mungkin saja sebab paling kurang asap lindungi kebenaran yang cuba disampaikan.
Tapi, sampai bila mahu kaburi kebenaran di balik asap?

Hakikat, yang semua orang pentingkan diri.
Aku. Katakan pada aku yang aku bongkak. Egocentric!
Aku pinggirkan tanggungjawab yang Dia suruh jaga demi buang masalah yang seketika cuma?
Alasan gila!

Reason..
Aku belajar sebab jahil itu merbahaya...
Aku kejar masa kerna tidak punya waktu
Ya, aku ego dan tamak untuk kejar semuanya...
sebab siapa mahu hidup hanya sekadar hidup?

Objektif hidup kita mungkin tak serupa...
Tapi aku tahu kita mahu destinasi yang sama.
Biar apa jua alasannya...
Aku hanya mahu kita bersua disana...
Bahagia...

Mirror of Society

November 11, 2017

Mirror itu cermin. 
Semua orang tahu cermin fungsinya memberi pantulan kepada apa sahaja yang ada dihadapannya. Jarang benar cermin berfungsi untuk menipu pada pantulan.

mirror, thought

Society, masyarakat...itu plural. Ramai.
Tapi satu individu yang dikelompokkan digelar sebagai masyrakat. 

Maka, cermin bagi sesebuah masyarakat itu....adakah individu? 

Hari tu kecoh satu isu dimana seorang mahasiswi dianiaya dengan suatu perkara yang mengaibkan. Takut! Takut rasanya mahu menjejak kaki ke situ walau jaraknya masih dalam radius 5km dari tempat aku. Apa sudah jadi pada mangsa dan pemangsa?

Ceritanya, mangsa masih trauma dan pemangsa berjaya dijejak daan ditangkap. Seram dowh! Sumpah seram! Apa sudah jadi pada #Malaysiamasihaman ??

Bila agaknya isu perogol, penjenayah, peragut, perompak, pencuri, dan segala masalah sosial akan berhenti? Sedih betullah macam ni....tak pasal-pasal aku dan menghitamkan kawasan tu...

Malaysia masih aman. 
Ada segelintiran individu yang tak layak memegang status manusia yang bertopengkan haiwan masih berkeliaran mahu musnahkan keamanan Malaysia. Atau individu tersebut langsung tidak menghargai keamanan yang diberi selepas berpuluh tahun kemerdekaan? Apa nak jadi pengemis dunia? 

Sedih...sedih dan takut dan marah dan...tak tahu nak rasa apa. Cuma kena sentiasa bersiap siaga dan waspada pada kemungkinan yang kita tak tahu. 

Mirror of society...
Sekarang ni musim mengawankah?
Kes begini seakan menjadi satu siri. Siri seram bagi kaum Hawa.
Dan bila mana lelaki berpesan; "Yang perempuan tu, jangan dok jalan sorang-sorang. Pakai baju tak usahlah dok menjolok mata...'

Dan tampil seorang siswi mengupas, 'kenapa bila isu begini terjadi, lelaki selalu letakkan isu pada pemakaian?' 

Dan debat berpanjangan seakan isu Perkara 153. Sampai ke sudah tidak berpenghujung.

Masih amankah Malaysia?
Bila tengok pada statistik kes rogol di Malaysia ni, ia masih lagi dalam zon yang amat menakutkan! Seram sampai rasa, aku duduk bersama manusia atau binatang?๐Ÿ˜ถ

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala bencana dan fitnah dunia akhir zaman ini.
Akhir zaman,
zaman manusia sudah tidak segan silu bahkan berbangga dengan dosa...
Naudzubillah min dzalik...

doa,
sumber
Akhir kalam bagi entri ni, iringi langkah dengan mohon perlindungan dari Dia. Dia yang tahu segalanya. Kerna dunia hari ini, tiada jaminan untuk kita selamat tanpa pengawasan Dia. 

p/s: pesan pada diri yang setiap pergerakan itu semua atas izinNya. 

Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

November 09, 2017

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?

Review, buku,

Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebuah fiksyen
Bila fiksyen, dia adalah rekaan. 
Bila rekaan, maksudnya ia hanya sebuah ilusi yang dicipta oleh penulis...(hopefully)

Itu yang aku harap. Agar buku ini bukanlah dari sebuah kisah benar yang terlalu sadis dan tragis. Tapi kebarangkalian untuk berlaku secara realitinya, ia bukanlah mustahil.

Bagi pendapat peribadi akulah, buku ni seolah membuka parut lama yang darahnya sudah terhenti. 
Ia seperti mengingatkan aku pada suatu zaman yang tak semua akan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan.


Seakan satu trend...yang 'fasa itu' semua orang ada. Sikit atau banyak, lama atau sekejap,...semua kita simpan dan lipat kemas dalam memori yang tak semua layak tahu. Sebab bila mereka tahu, presepsinya seakan menyerong. 

Buku itu telah buat aku bertanya pada ramai orang;
"Minyak dan air boleh bersatu ke?"

Ada yang jawab, boleh. Ada jawab tidak.

Boleh, sebab dia termasuk kategori psycopath. 


Blur kejap. Apa kaitan minyak, air dan psycopath? 
Dia ni lah kan....faham ke tidak soalan?

Boleh ke? Tanya aku lagi...
"Minyak dan air bergabung larutnya seperti bancuhan gula?"

Kadang itu ujian untuk dia. Mak kami pernah habaq, keistimewaan itu boleh jadi ia satu rahmat atau istidraj...Naudzubillah min dzalik!

####

Itu review aku terhadap buku Hiatus tulisan Budak Tomato.
Ayat dia masih menarik. Macam ada sedikit gaya Pingu Toha. Bila baca terasa sesat didunia tanpa sempadan masa...

Best ke tak?
Define 'best'...๐Ÿ˜Ž

Tapi, aku cadangkan korang baca Esc. dulu baru baca buku ni. Sebab dari Esc. korang dapat tahu prosesnya. Proses perkembangan cerita...mungkin!

Tapi, aku setuju dengan pendapat Nina, yang Esc. tu lagi best dari Hiatus. ๐Ÿ™Œ

Sebab Hiatus dia bagi 'rahsia' untuk kita simpan terlalu besar. Sampai aku tak rasa lagi ia sebuah rahsia...

Kalau siapa yang dah khatam buku ni, aku rasa korang pun mesti banyak persoalan yang bermain di benak kan? Rasa macam speechless...kagum tapi dalam masa yang sama kecewa. Kecewa dan terkilan. Mungkin?


Tetiba aku ingat satu pesanan ni;

terimalah penyampaian daripada sesiapa sekalipun walau dia bukan alim ulama selagi perkara itu benar...bukan lihat pada si penyampainya, tapi lihat pada isi yang disampaikan...

Bila penghujung buku ni, aku terasa macam baca tulisan Ismi Fa Ismail pulak. Mungkin Ramlee Awang Murshid juga..

Kenapa aku cakap macam tu? Bacalah karya diorang, insyaAllah korang faham kenapa aku kasi review Hiatus diganding bersama Minyak dan air...

As an avid reader, aku bagi Hiatus 3.5/5

Dah, aku kena cuci otak dulu sebelum aku sambung ke bacaan yang seterusnya....

See ya when I see ya! Thanks for spending your precious time just to read "a-not-related" review.

p/s: what is rong with the blogspot exactly?? Nak balas komen pun tak dapat ๐Ÿ˜ž

How to balance a life as student vs part-time worker

November 06, 2017

Happy. life

Masuk bulan November ni, genaplah lapan bulan aku kerja sebagai part-time. Aku masih ingat lagi semua proses jatuh bangunnya nak stabilkan hidup dua tiga sisi mengalahkan Oliver Queen! Susah! sangat susah sampai ada satu masa tu aku nak give up belajar. Dan satu masanya pulak aku rasa nak berhenti kerja!๐Ÿ˜

Gila! 
Kerja gila semua tu hanya main dekat kepala je. Nak buat secara realitinya, mahu gempar dunia. (drama terlebih) Tapi serius...semua tu, Alhamdulillah dengan berkat doa umi ayah, seorang aku ini masih lagi gagah melayar perahunya yang dulu hanya tinggal sekeping papan. Mahunya takde pelampung, boleh lemas aku. Dahlah tak pandai berenang. Terkapai-kapai sampai air masuk hidung...perit!

Sampai, hilang identiti diri. huhuhuhu 

Hari ni aku sajalah nak kongsi pengalaman lapan bulan hidup dua sisi ni. (tu tak termasuk menstabilkan life as a blogger tu...so, jangan hairanlah blog aku ni suam-suam kuku...)๐Ÿ˜…

1- Be prepared
Sebelum sesi kuliah atau semester bermula, aku biasanya akan duduk untuk dua ke tiga jam demi menyusun dan menyelenggara jadual hidup. Bukan jadual kelas je kena susun, jadual bila nak off kerja, bila kena full, dan jadual luar jangkaan macam kelas ganti dan kem bagai...semua kena masuk siap-siap dalam planner. 

Sem ni aku guna konsep satu buku nota untuk semua subjek. Termasuklah weekly planner. Senang! Buku tulah aku usung kemana-mana. Hatta kat tempat kerja sekalipun. 

Incase kalau ada program Uni anjurkan atau secara mengejut, semuanya aku akan roger pada partner tempat kerja dan bos aku. Cuma ada satu hari tu aku demam tahap petala ke-14 sampai terpaksa emergency off. 

2- Be flexible
Kadang tak semua jadual kelas tu on time. Ada yang cancel, ada yang tunda dan macam-macamlah. So, bila situasi ni berlaku, biasanya aku akan qada' tido! ๐Ÿ˜‚hahahaha....tapi kalau time tu aku rasa macam nak study kat library, memang aku akan lepak kat library. Nak ikut jadual 100% tu, memang idokler....

Sebabnya, satu kita tak enjoy the journey. Kita rasa semua benda beban. Padahal benda tu seronok je dibuat. So, bila ada kerja kena buat, buat cepat-cepat...sebab takkan ada masanya dah nak bertangguh.  Since kat tempat kerja aku macam relax sikit, aku suka bawak segala assignment or bahan bacaan kat situ. Nak tak nak, kena belajar untuk fokus dalam situasi hingar.

3- Betulkan niat
This should be a number one priorities dalam hal ni. Betulkan balik semua niat. Kenapa nak kena belajar? Kenapa nak sesibukkan diri dengan kerja part-time kalau semua dapat ditanggung dengan mudah? Kenapa nak berjerih payah kalau 'syurga' itu depan mata? Kenapa dan kenapa...semua kena tanya hari-hari.

Awal misi aku nak kerja part-time adalah sebab nak bebas dari isu kewangan usai habis belajar kelak. Misi aku nak ada semua aset selain segulung ijazah. Misi aku nak support umi ayah pergi haji dan umrah. Sebab tu aku beria benar kumpul duit. 

Nak bagi umi ayah bangga yang anaknya ini jua setara Oliver Queen. Bahkan lebih hebat lagi. Ngeh ngeh ngeh....insyaAllah. Yang penting, Lillahita'ala....

Keperluan vs kehendak = Aku perlu belajar sebab aku perlu pada ilmu untuk memenuhi segala kehendak. Pendidikan adalah pelaburan paling berharga. 

4- Ready for change
Yeah, aku masih percaya yang aku ni ambivert. Sampailah satu hari tu, entah kenapa aku tetiba buat semula kajian personaliti hari tu, aku dapat introvert. Now, I am an introvert. But, I have to change in order to be successful. I have to change because that is how successful people do. They ready for any changing. 

Berada di takuk lama memang seronok. Sebabnya selesa. Rasa selamat. Tapi sampai bila? Sampai satu tahap aku kena juga serap pepatah "Berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian...." dalam realiti hidup. 

Perit tu usah dikatalah...tapi manisnya bila kita tahu yang Dia sentiasa ada untuk kita....
Dan itulah turning point kita. Dari biasa jadi luarbiasa sebab kita percaya pada ubah diri akan ubah nasib. 

5- Love your life, Enjoy your life!
Ini penting sebab takde orang dah nak sayangkan hidup kita ni melainkan kita sendiri. Tak boleh nak harapkan jugak yang kita akan berjumpa the other significant untuk sayangkan hidup kita. Ah! itu semua drama! Belajar untuk cintakan hidup sendiri. Sebab tak semua orang mampu...heheheheh

Aku suka belajar dan suka pada tekanan tapi tak bermaksud aku suka memberi tekanan pada diri sendiri. Aku suka kerja, sebab aku suka pada pengalaman dan proses. 

Wuish, jangan memain tau walau sekadar kerja jual casing, pasang tempered glass orang pun...banyak benda yang kitaorang belajar. Paling besar sekali kerja ni ajar aku "able to work under pressure". Ini susah nak buat. Biasanya letak dalam resume benda alah ni sekadar nak cukup syarat Tapi kali ni tidak. Memang bermacam pressure dah buat. Walau air-cond mall tu suhu paling rendah, kitaorang boleh berpeluh. Bayangkanlah...๐Ÿ˜ฎ

Enjoy the process! Itu pun sudah cukup. Dia akan ajar satu pada kita, everybody is somebody servant...be humble, always....

So, are you a student and part-time worker who still find a way to stabilize your life? This is for you.

"You are the greatest human that ever live! Extra salute if you're blogger. hehehehehe" 

####

Seronok bhai dapat extra pengalaman hidup. Awal panjat batu memang susah. Tangan kebas, kaki tak percaya tangan, tangan menidakkan kemampuan kaki. Masa tulah proses paling jerih. Tapi, bila dah sampai at the top of the wall....rasa macam tak nak turun sebab view dia sangatlah cantik. Kalau boleh nak terus mendaki sampai ke bintang sana. Tapi pandang langit, jangan lupa tanah....

Tinggi mana pun kita boleh capai, takkan mampu melawan tingginya kasih Tuhan pada kita. Tuhan tu Maha Baik Dia sampai rasa macam, nikmat Tuhan yang mana lagi aku dustakan....

Okaylah...apa pun korang buat...buatlah yang terbaik. Jadilah yang terbaik untuk diri. Berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain. Dan bersangka baiklah dengan perancangan Tuhan. He knows the best! Have a faith...

See you when I see ya! Thanks for spending your time here and have a unforgettable day!
#doakanyangterbaik ๐Ÿ˜‰

Dear, future , me
Thanks book for being there... ^_^ (ignore the grammatical error)

5 things that changed my life perceptions...

October 25, 2017

Semalam aku cakap nak tengok Tombiruo. Ah! itu semua omong kosong bila mana aku ternampak suatu booth yang bisa menukar kitaran hidup aku pada masa hadapan (kemungkinan). Cerita dia mungkin aku akan ulas panjang esok.

decision, life

Untuk hari ni, aku just nak share tentang 5 benda utama yang telah ubah persepsi hidup aku. (Amboi! ayat kemain kau!) Yeah, yeah...aku tahu ianya bunyi seperti plastik, tapi percayalah...tanpa 5 benda ni, aku tak tahulah aku ni dah cukup sifat jadi manusia atau sekadar jamadat...yang hidup tanpa sebarang purpose. Atau mungkin lebih teruk dari tu...

1- Novel Soalnya Hati
Dari dulu sampai sekarang, dari zaman tulis diari kucing sampai ke logo Paris, hanya novel ni lah yang aku agung-agungkan. Dia dah ubah persepsi aku tentang hidup dan survival di universiti. Buku yang menyebabkan aku gila pada perang. Maksud aku semua info berkaitan perang, movie perang...siap letak lagi dekat buku besar-esar tulisan; "Peace No War".

Ah, itu diari zaman hingusan dulu memang penuh dengan quote...and thanks to the author because your book has helped me to become a new person that I didn't even think that I can be...

2- Buku "Goodbye Things: Towards minimalist living" by Fumio Sasaki.
Sumpah! Kau tau apa jadi pada barang aku lepas baca dua chapter buku ni? Iyap! semua aku dah buang. Tak sangka selama ni aku banyak perap sampah rupanya! 65% dari barang aku adalah barang yang "i think it'll be useful later". Really???

Even a decade after that pun aku takkan tahu yang aku ada barang seberguna itu jika aku hanya simpan..dan simpan. Adoyai! Dan suatu hari aku cari balik nota zaman diploma dulu, tak jumpa. Walhal, aku lupa yang aku pernah guna falsafah Imam Ghazali yang "Ilmu fi sudur la fi sutur"... haish...research pasal satellite dan GIS tu....deng it!

So, hidup minimalist ni bukanlah erti kena hidup zuhud keterlampauan. Dia cuma kena tahu beza benda penting dan benda perlu...Tapi, takpe...aku ada minda yang cerdas untuk ingat semua research itu.

3- Drama "Age of Youth 1&2"
Drama ni banyak ajar aku tentang sudut pandangan manusia lain dan macam mana kita nak survive hidup kongsi rumah dengan orang yang luar dari cara hidup kita. Kadang aku rasa semua orang okay dengan kita bila kita dah buat yang terbaik untuk rumah tu, tapi rupanya tak cukup baik untuk orang lain.

Dia ajar, nak selesaikan masalah kena duduk berbincang..bukan cerita belakang. Benda takkan selesai kalau dibincangkan bukan pada tuannya. Paling penting, enjoy the moment while we still young and energatic...

4- Series "13 Reasons Why"
Cons cerita ni dia terlalu banyak budaya barat. Hahahaha budaya barat bhai...seperti orang timur tak buat pulak budaya tu. Tapi, tulah citer mat saleh ni, kalau takde satu dua scene tak semengah tu memang tak sah. Mesej dah cukup baik, jalan cerita kemas dan penuh twist...tapi tu lah...

Tapi, apa yang penting...cerita ni dia ajar cara kita tengok orang dari sudut mereka bukan dari sudut peribadi kita sendiri saja. Memanglah bagi kita dia terlalu bodoh nak perhatian sampai perlu bunuh diri. Tapi, ada kita kisah kalau dia tak bunuh diri? Null! We say we care, but we didn't take any action...we care but didn't care enough...

Sedihkan kalau kita dapat tahu orang yang paling rapat dengan kita selama ni seek for help. Sebab dia dah drown in her own blood. Deep and sink into darkness yang kita anggap tak penting. Mungkin kita terlepas pandang...makanya,

buatlah baik dengan semua orang sebab kita tak tahu apa yang dia sedang hadapi....

5- Kelas Investment (core subject with 5 credit hours)
Setiap kali masuk kelas ni, aku rasa aku noob dan ketinggalann zaman. Setiap kali masuk je lecterur bagi kuliah, otak aku menerawang tentang how bad is bad about the economy's problems nowadays? Peluang aku nampak bersepah, tapi kenapa dia macam ada hilang sesuatu je. Ada je silap....ada je yang akan menyebabkan aku rasa macam terlalu tua untuk mula melabur atau menabung hanya selepas habis belajar.

Tapi, kesedaran ni dia macam angin kentut (sorry for the term). Sebab orang hanya bising tentang bau tu hanya seketika cuma. Kalau bau kuat, bisinglah pasal busuk. Tapi, kalau bunyi kuat, orang lari sekejap cuma. Dan semua balik pada normal macam takde apa berlaku. Orang tahu masalah itu hanya bila 'kentut' melanda. Krisis ekonomi yang viral. Tapi ada orang berhenti hangout dengan orang yang kentut ni tadi? Takkan?

Itu yang aku musykil tu...dan kawan aku cakap; ia bergantung pada individu itu sendiri. Haila...this class ha, really mixed up my life decision...until now...

###

Aku pernah ajak kawan aku pergi dengar talk pasal kesedaran kewangan dan cara atasi masalah tu (lebih kurang macam tulah tajuk dia). Sadisnya, semua bagi feedback yang sangat tidak memberangsangkan. Macam mana nak bagi orang jadi jutawan kalau kita kasi peluang pun dia tolak? Hatta nak kasi masa depan dia cerah pun dia matikan api...takkan nak tunggu terhantuk baru terngadah?

5, 10 tahun untuk diri sendiri pun berkira. Susahkan?

Okaylah...lain pulak isunya nanti. Saya takmaulah risaukan masa depan orang, kalau itu yang mereka mahu. I just give a future imagination if we didn't take any action for our own wealth and even health. Kalau olang tidak mau apa boleh buat lorh?

So, see ya when I see ya.

p/s: kalau nak disenaraikan semua persitiwa dan perkara yang ubah cara hidup dan bentukkan siapa kita hari ni, memang tak habis nak taip bhai! 

Pistachio Baskin Robbins??

October 24, 2017

Panas panas gini makan aiskrim memang sedap. Lagi-lagi kalau dapat offer dari Digi. Ah! jangan risau ni bukan entri berbayar dari pihak digi mahupun baskin robbins. Ini hanya cerita tentang peliknya rasa aiskrim pistachio!

ice cream, baskin robbins

Siapa pernah rasa perisa ni?
Ergh! Macam ubat rasa dia. Aku bertahan sampai habis sebab kacangnya saja. Sebab kacang pistachio! Kaler dia? Sepertinya menarik, tapi....orang kata kaler makanan yang cantik dan pelik ni, rasa memang out! Totally out! Untuk yang anti ubat, aku sangatlah tak galakkan korang ambil perasa ni. 

Tapi, tak sedap pun...habis bhai! Gambar pun tak sempat nak ambik. Panas punya pasal. Semua benda balun macam tak ingat dunia. Tapi, satu je yang best...dia tak manis! Yeay! Perasa lain mungkin sedap...tapi Manisnya ya ampun.....dua bulan minum air kosong bagi neutralisekan balik gula tu. Hahahahahah

Entri ni pasal Pistachio Baskin Robbins je ke? Tak ilmiah langsung! Tapi, bolehlah nak kasi korang tahu...kalau pi Baskin Robbins tu, cakaplah nak rasa Pistachio ni, then staf tu akan kasi korang rasa sesudu...dah tak sedap, jangan ambik. Habis cerita.

Kes aku ni, main nampak kacang, tak kisah dah cream dia rasa apa. Janji ada kacang. Hantu kacang punya pasal. (ada ke orang nak makan aiskrim ni lepas dia rasa? huhuhuhu...kawan aku kata term normal life aku terlalu janggal bagi dia...๐Ÿ˜ต)

Esok, cadangnya nak pi layan Tombiruo...tapi takde geng. Takde geng pun jalan saja....janji Ejim gua support!!!!

p/s: hari tu nampak anaqi dengan syira ayob....tapi tak nampak pulak zahiril adzim....teringinnya nak ambil gambar diorang....

see ya when i see ya!

7 Lies I keep repeating on myself

October 23, 2017

Holla there! It's been a century I didn't write any post. Piuh! Say farewell to the long hiatus and mid-sem break. ๐Ÿ™Œ

So, cerita dia....seperti biasa. Tak ada yang menarik. Pergi kerja, balik kerja, buat assignment, layan drama, layan movie, baca buku...ah! What a life.....

Aku cakap hari tu nak update entri dua kali seminggu. Sepertinya GAGAL! hahahahahah...(-_-) As a part-timer on everything....there's 7 LIES I always tell myself in order to live a happy life...

1- I'm gonna do this starting today....
Yeah, pada hari yang ceria, panas berangin, mood baik...bagi aku istilah ini tiada masalah. Bagi aku, mantra ini sangatlah membantu untuk jalani hari dan sudahkan semua kerja yang tergendala dikala mood tidak begitu rajin. And it's totally work for me! Aku harap sangat penipuan ini berkekalan sehingga aku berjaya kelak. 

2- Hari ni nak up entrilah...
Haa...yang ini ha, paling banyak kali aku tipu. Dari semalam punya kelmarin lagi aku bagitau diri sendiri, 'aku nak up entri pasal ni lah', 'aku kena up entri pasal itulah'.... dan berakhir dengan TIADA ENTRI LANGSUNG! hahahaha

3- Semua kerja tu senang je...
Kalau aku buat dari sekarang. Semua kerja memang senang bila aku buat sikit demi sikit dan tiada sebarang penangguhan. So far, alhamdulillah tiada bertangguh. Dan mantra senang tu sangatlah membantu, een dia susah rasa macam senang je. So, sesiapa yang rasa cam susah dalam nak siapkan assignment tu, gunalah mantra ni. Mind set kita laju je siapkan tak sampai sehari. Ni mungkin tak tipu...

4- Nak datang awal...
Dia punya awal tu, masih di zon atas pagar. Tak cukup awal. Tapi istilah 'at least' tu lah yang bahaya bila nak tunaikan hajat datang awal ni. Stop lying around people! (I'm talking to myself...ignore it)

5- Esok nak puasa.
Sampai ke sudah tak puasa. Mentang-mentanglah puasa sunat, main-main ek...puasa ganti tu dah habis belum cik kak? Takkan nak tunggu puasa tahun depan baru kalut nak ganti? huhuhuhu...aiy, aiy maam!

6- It's gonna be okay.
I think it's really gonna be okay. As long as I keep on track. 

7- Berhenti makan benda manis...
Digi buat promo Baskin Robbins lagi!!! Sekali ni je nak makan manis....pehlis...coklat? nope! dan tetiba aku menuju ke Chat Time dan beli coco smoothies sebab nak ais dan crunchy oreo punya pasal... fail!


rant, life,

Aku pernah terbaca yang orang kata, kalau nak ubah tabiat tu, mula-mula memang kena berlakon dulu, pastu lama-lama nanti dia akan jadi kebiasaan. Tapi, tak bagusnya bila terlalu banyak sangat penangguhan. Senang cerita kalau nak buat suatu benda tu, buat je. Tak perlu tunggu esok, lusa sejam atau lima minit lagi...bangun, dan terus buat. Katakan tidak pada 'NANTI'

Amboi....kasi semangat dekat orang kemain na...takdelah, ni aku kasi semangat untuk diri sendiri gak ni. So, lepas ni, minggu kuliah dah start macam biasa. Macam normal, student life dan lambakan assignment akan terus melanda dan menerjah sampailah tahun depan. Doakan yang terbaik dan paling penting teruskan usaha!

Apa aktiviti sepanjang cuti mid sem hari tu?? ๐Ÿ˜
  1. Marathon Age of Youth 1 & 2
  2. Layan movies non stop sampai muntah hijau
  3. Paling baik...baca artikel untuk research.. huhuhuhu
  4. Siapkan assignment...

Dahlah merepek macam ni...entah benda apa lagi yang aku nak tipu demi up satu entri...see ya when I see ya!

p/s: bila dah lama tak menulis entri yang cheerful rasa cam hambar sia....mungkin sebab dah lupa macam mana rasa teruja dan 'hidup' kot....huhuhu

chiao!

Analogi Kereta Lembu

October 08, 2017

Kerap pulak lecturer Investment aku guna analogi kereta lembu dalam kelas beliau. Aku yang setia menadah telinga ni, lama-kelamaan jadi terserap sekali dalam konsep ni.

falsafah ekonomi

Konsep ni sebenarnya menceritakan kondisi ekonomi dalam sesebuah negara. Dia ada tiga perkara yang terlibat; tukang bawa lembu, lembu dan kereta sorong yang beroda. Apa yang kelakarnya adalah, kereta lembu ni dia dah lama rosak. Sebab salah arah dari si tukang bawak lembu ni tadilah. Sebab tu kereta roda tu, barai...hancur teruk. 

Dalam ekonomi, dia ada satu prinsip yang menyatakan semua orang akan membelanjakan wang mereka bagi menghasilkan kitaran ekonomi yang baik. Kalau orang tak 'membuang' duit mereka dengan beli belah atau apa jua cara buang duit, kebarangkalian ekonomi tidak akan stabil. Duit itu mestilah berputar. Dia tak boleh statik. Kalau statik, takde apa pembaharuan yang akan berlaku.

Sebagai pelajar, konsep tu tersangatlah benar. Kalau tak habis dibuang pun habis disimpan dekat tempat yang pandai buang duit dan dapat hasilkan pulangan pada masa hadapan. Tapi, berapa kerat je yang buang duit diorang untuk masa depan dan pulangan yang tak pasti?

Shopping mall masih lagi meriah walau banyak kedai dah tutup. 
Para peniaga kata, kondisi ekonomi Malaysia semakin teruk.
Tapi, sepertinya tiada siapa ambil serius seratus peratus dalam hal menjimatkan perbelanjaan, sebabnya duit tu lambat laun akan habis jugak. Kata orang, besar periuk besarlah keraknya...

Apa yang aku kurang faham adalah, macam mana 'roda' boleh bergerak sewaktu lembu dan tukang bawak lembu itu leka tiduran? Jalan pun terhuyung hayang.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya yang silap? Aku rasa ada part yang aku kurang jelas tapi melalui pemerhatian, seakannya jelas pulak analogi ni.

'Saya tak suruh awak aplikasikan apa yang saya ajar, cuma saya nak beritahu pada awak semua, apa yang saya ajar dan yang awak belajar semua ni adalah berkait rapat dengan RIBA. Interest...'

Haila....macam mana nak jernihkan balik sungai yang telah tercemar? macam mana nak 360 kan balik sistem ekonomi di Malaysia? 

Tu lah, kena banyakkan mengkaji lagi. Terasa cetek sangat ilmu ni. Dunia dari presepsi hartanah terasa pesat dan sangat menggerunkan. Benda ni macam menarik tongkat yang Bumi sedang guna untuk menampung bebannya. Apa akan jadi pada Bumi kalau semua orang bersungguh 'merampas' tongkat tu?

Bumi 'jatuh'? 

Wallahua'lam....

p/s: tetiba nak cari balik buku falsafah bodoh-bodoh. Sape pernah baca buku tu, mesti terasa semua falsafah dia benar belaka....even bodoh-bodoh...

Aku chow dulu untuk entri paling merapu hari ni. Nak gerakkan kereta lembu punya pasal, aku terpaksa ikut lembu membajak esok pagi. 

Till then!

Handling the downhill

October 02, 2017

downhill, upside down,

Sejak dua menjak ni aku rasa aku malas nak layan orang. Hahahahah. Bukanlah malas sangat, cuma tertakluk pada orangnya bagaimana. (Acah macam semua orang nak layan kau je kan? perasan da!) Takdelah...bendanya aku lebih suka diam dari berbahas tentang topik yang aku tak minat. 

Tapi tulah, sejak dah menginjak dewasa ni, banyak pulak benda yang kita rahsia. Rahsia sebab rasa benda tu tak perlu jadi isu dan tak penting pun dalam lipatan sejarah. Entah ada ke tidak aku ni dalam lipatan sejarah nanti...huhuhu 

Oh, aku lupa nak 'Hey, October!', sebab oktober adalah bulan paling sibuk untuk buat research bagi segala assignment. Nasib baik semester ni banyak kerja individual...piuh! Macam biasa, aku kena mesti belajar dengan lebih cepat dan pantas sebabnya nak stabilkan tiga sisi kehidupan itu sungguhlah tidak semudah yang dijangka. 

Tipulah kalau aku tak rasa nak berhenti langsung dengan hidup bersudut dan bersegi macam ni. Tapi tulah, orang cakap;

'if you do what its easy, your life would be hard, but if you do what is hard, your life would be easy...' 

dan semestinya aku pilih yang susah itukan. Tapi, tu lah...kena alienated, kena pandai bawak diri, kena dan terpaksa beramah mesra even itu bukan aku punya kepakaran...kena buat muka tak malu...kena sakit, kena...hah macam-macam sampai kau sendiri pun kemungkinan akan menuduh aku 'culture shock' disebabkan struggling yang aku buat. Ye ke aku struggle? ha ha ha

Benda ni macam paradoks tau bagi rakyat marhaen. Sama jugak macam konsep pelaburan. Mana ada low risk high return. Nak high return kenalah berani tanggung risiko tinggi...

entahlah...sebab fikir semua ini hanya sementara, tu lah aku biarkan diri ni diam je. Menjadi observer, listener, bagi semua benda yang berlaku. Pulak orang label kita the man know nothing and do nothing. Seriously??

So, korang yang mana rasa macam terjatuh dalam gaung tak bertali atau lemas tanpa pelampung tu, janganlah cepat sangat nak jadi macam Hannah Baker. (Letakkan kesalahan pada orang lain.."they care but not cared enough" tu quote yang amat bahaya walau ada benarnya. Dan kebarangkalian semua orang termasuk dalam kategori tu.. ) please, please and please let me tell you that you are stronger, braver and smarter than you think...kunci dia percayalah pada diri walau takde sesiapa yang percayakan kita. 

How I handling my downhill?
  • Dengar lagu Barbie. Shooting Star. Believe me this song really soulful!

  • Buat segala kerja yang aku patut buat. Jangan sesekali bertangguh! 
  • Jadi rasional dengan tidak menjadi bahan buli kepada perasaan kasihan atau simpati.
  • Enjoy little things!

Nampak macam mudah kan? tapi tidak sebenarnya kawan-kawan. Cerita aku sekarang banyak sangat puzzle yang bersepah. So, kalau aku buat movie 14 reasons why, mungkin lagi complicated dari kes Hannah dan Clay. hahahahah (nampak tak penangan cerita tu dasyat yang amat?)

So, the things is...aku buat entry acah-acah motivasi sebab aku nak bagitau yang... 

semua dark phase, downhill or drowning yang kita lalui itu, semua orang juga tempuhi. Jadinya, indahkanlah dunia ini dengan saling hormat menghormati....kita tak tahu siapa yang bakal jadi Alex Standall atau Justin Foley atau Jeff....atau si Hannah...yang penting jangan bagi rasa menyesal selubungi hidup...

Be brave soul! 

Happy Monday!

Happiness is...meet my favorite author

September 29, 2017

book happy

Cerita dia takdelah sehangat isu dobi. Tapi cukup membuat aku teruja hingga ke-tahap dewa sembilan belas. Serius, inilah first time aku face to face siap bersalam dan ambik gambar bhai! Salam tu penting. Terasa aura seorang penulis dowh...sampai aku rasa speechless. Hahahaha...sumpah tergamam dowh! Dahlah aku balik kelas terus masuk kerja. Dengan perut laparnya, aku bantailah makan roti dulu. Tetiba...aku nampak seseorang yang cukup familiar dalam imaginasi otak aku. 

Walaweh!!! Aku jumpa dengan kak Shai bhai! Kak Shai aka Nurul Syahida, my authentic author! Cayalah....sampai sekarang aku tak percaya aku dah jumpa beliau depan mata. DEPAN MATA! 

Baca tulisan kak shai selalu buat perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Terasa macam sambil baca, kena buat research jugak. Sambil baca, kena mark quote. Haila, sungguhlah novel dia buat aku jadikan Pyan sebagai benchmark aku. 

Kalau tak kenal Pyan tu, aku tak taulah. Bukan Pyan Gemersik Kalbu okay! Ini Ammar Sufian si pemilik PHA. Tukang masak dekat cafe. Well, clichenya...yang menyebabkan aku lebih suka usha orang yang bekerja balik tabir. Aku lebih menghargai orang sekeliling...

Dasyhat tak dasyhatnya penangan penulisan kak shai terhadap jalan hidup aku. Hampir macam tak logik untuk dipercayai. Tapi aku percaya dan pegang dengan kata-kata RAM; "Apa yang difikir itu ada..."

(Masih tak percaya yang aku dapat meet up dengan kak shai..OMG! Rasa ketaq tu tak hilang weh. Macam jumpa retis tu.) Well, aku masih bebudak lama yang lebih teruja meet up dengan penulis dari pelakon.

Sebabnya, hari tu ada jugak Hafidz Roshdi tumpang tanya kedai Tomaz dekat mana, petang sebelum DFKL, tapi budak baru punya pasal, aku jawab tak pasti. Hahahaha...lepas tu, nampak Nazim Othman...nampak dia lalu jelah. Pastu, Elyana, Tomok, Zahiril Adzim..tak ramai pun retis yang aku jumpa. Sikitnya masih boleh dibilang dengan jari. (Point dia aku nak bagitau yang penulis lagi awesome!)

Yang Zahiril Adzim tu, aku menyesal giler tak ambik gambar. Paling kurang, autograf ke an..tapi tulah, aku hormat privasi diorang. Maklumlah time tu dalam kedai makan. Shushi King...sushi king...sedih betullah rasa. Takpelah...gue nggak ada rejeki dong! huhuhu #stilltaklehmoveon

So, the happiness is when I meet my favourite author. #idola #masihteruja. Terima kasih Tuhan atas pertemuan singkat ini. 

Kak Shai, jutaan terima kasih diatas semua karya yang akak garapkan. Cerita akak dan watak yang digambarkan, sedikit sebanyak telah memberi impak dalam hidup seorang saya pada hari ini. Cerita akak buat saya terminat sejarah, perang, gusti?, "pffth"... Semoga rezeki akak sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dari Ilahi. -Amin!-

autograph
first thing first bila jumpa orang famous, adalah asking for an autograph

Muka teruja + unbelievebale + tergamam tak sudah!
###

So, that's it! Kegembiraan seorang peminat novel adalah bila bertemu dengan penulisnya. Tergamam dan terpaku masih tak hilang. Sungguhlah aku perlu tingkatkan interpersonal...haila haila....

Kalau korang rajin nak belek entri lain yang aku pernah kisarkan mengenai kak shai dan watak garapan serta buku beliau, sila-silalah jenguk ๐Ÿ˜Œ;

Kawan aku yang kenalkan novel kak shai ni pun dah kahwin. Mungkin dah ada dua orang anak. Lama giler tak jumpa...alkisahnya yang menyebabkan dia tanya aku pasal pernah ke tak baca novel 'Soalnya Hati' adalah masa tu tengah makan bihun goreng yang ada tauge....maka bermulalah sesi penceritaan. (budak asrama zaman dulu mungkin faham betapa terujanya bila dapat kawan yang rajin ceritakan balik novel dan movie dengan penuh perasaan. Maklumlah, asrama yang aku duduk dulu mana boleh baca/tengok cerita cintun cintan ni.. Melalaikan!๐Ÿ˜)

Berakhirlah sudah kisah pertemuan kami dengan pembelian satu earphone dan dua casing. Aku tak niat pun nak suruh kak shai beli. Serba salah pulak aku jadinya. Tapi rezeki usah ditolak dong! Lagi sekali terima kasih kak shai! and sorry for the awkward moment...huhuhu sebabnya sungguhlah saya ni masih gagal untuk bersosial. hahahahahah

##

p/s: Dan, pyan...if you out there...ah! (Tak usah berangan lagi...) but I'm still hoping that someone like Pyan really exist...๐Ÿ˜‡

dulu akaun fb lama ada dah jadi friends kak shai dengan nama yuhaadie. Then, ada faktor pembaharuan, akaun fb lama aku dah delete, ganti dengan yang sekarang (yang macam skema dah aku nengoknya) yang itu baru aku tak friend lagi kak shai. Dan aku baru realise benda tu. Lol! Fungsi fb aku just untuk kasi fanpage ada admin. Titik.

Chow lu, aku pun dah tersengguk-sengguk menaip. Esok full...dan aku tengah curious apasal sejak dua menjak ni url pelik-pelik dari rusia and us jadi reference link? WTH???๐Ÿ˜ก

New semester all again

September 25, 2017

Sepatutnya aku update setiap minggu. 
Sepatutnya hari isnin dan khamis aku update baru.
Sepatutnya...
Itu semua benda yang aku patut buat minggu lepas. Tapi...macam biasa, aku tak buat. Macam biasa, aku cipta alasan.

rainbow, happy


Tapi takpe, as long as aku masih teringat dan masih plan untuk update itu bagi aku suatu perkara yang bagus. Hahahahahah... (Please don't ever do this if you want to be a successful blogger ๐Ÿ˜‰)

Cerita dia, minggu lepas aku selesaikan urusan pendaftaran subjek bagi semester baru. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sekarang dah masuk minggu ketiga, so macam biasalah...fasa pemberian dan pembahagian assignments serta pemilihan ahli kumpulan.

Tapi, the other side of my life...ugh it's very intense! Sebabnya;
  1. Phone kawan aku hilang. Time tu dia tengah serve customers
  2. Aku time tu memang tak sedar apa yang telah berlaku. Yang aku tahu, dia ada customers. Titik.
  3. Dia datang dekat aku tanya phone dia. How should I know? That's her phone. And I got a "o, o" thought.
  4. Aku buat tindakan seperti mangsa yang pernah hilang telefon: call nombor dia.
  5. First call ada orang angkat. Bunyi motor lebih kurang camtulah. Seterusnya, talian telah pun dimatikan.

Fyu..

Apa yang korang fikir, itulah yang aku buat. - Aku kasi pinjam handphone aku yang berfungsi sebagai mp3- since aku tak suka nak guna banyak nombor...

Tapi, sejurus aku pinjamkan dia telefon tu, aku nampak dia lain. Aku tak tau kalau yang itu perasaan aku saja atau memang dia yang berubah...ya, itu telefon lama. Tapi legend dan klasik. telefon tu dia kind of kaca, yang pernah pecah teruk. Dan disebabkan bos aku baik hati, dia dah pun tukarkan secara percuma untuk pekerja dia. Sejak itu aku tak pernah buka casing.

Aku nampak dia buka casing. o...kay...aku pun tegur dia kenapa buka casing? dan dia cakap saja. Saja? ha ha ha... dengar cerita bos dia, hari ni dia dapat phone ganti yang baru. So, dia dah boleh pulangkan kot phone aku tu. #lega (i'm still learning to live with the society...๐Ÿ˜ฃ

Aku memang niat nak tolong pinjamkan sekejap. Tapi, disebabkan peminjaman itu, dia seolah 'lain', ah...sungguhlah aku tak berkenan.. -i thought, maybe this is the last time aku boleh tolong orang dari segi peminjaman barang...#serikgilerbhai!-

End of story.

Cerita lain pulak, aku dah mula layan cerita horror. Cayalah! Aku yang dulunya tak layan horror, boleh craving for horror movies?? Dan, adalah beberapa cerita yang aku marathon minggu lepas;

  1. Annabelle 
  2. Annabelle: Creation
  3. Evil dead
  4. The Mummy
  5. L.I.F.E
  6. 13 Reasons Why
  7. The Exorcist (1973)
  8. An autopsy of Jane Doe
  9. Babadook
  10. ....next...

Paling aku tak boleh puas hati sekali adalah cerita Jane Doe tu. Aku tak puas hati sebab...how? macam mana nak bagitau yang hidup bahawa mayat itu jahat?? argh!!!

Cerita horror semua aku layan kat luar kawasan rumah. Hahahaha (masih lagi kurang berani..huhuhuhu)

Lagi?
Doakan yang terbaik untuk new semester and...ALL THE BEST untuk semua dan sesiapa yang membaca entri ini...

p/s: please recommend cerita horror yang tip top...๐Ÿ˜Ž (orang kata untuk menghilangkan ketakutan kita kena hadapinya...tapi aku tak mintaklah hadap face to face...mintak dijauhkan....alasan lain, saja try genre baru...)

The Healer: How I handle my dark phase

September 11, 2017

life, smooth

Semester baru nak start. Itu semua student dah maklum. Lagi-lagi bagi student UiTM. Seronok cuti nampak? Cuti dah habis. Jangan risau. Tak lama lagi pun banyak cuti.

So, setiap kali sem baru masuk. Banyak perkara yang diluar jangkaan akan berlaku. Antaranya:

  • Terpaksa buat kerja dua kali ganda dari biasa demi memahami subjek yang dah lama tinggal
  • Kesukaran untuk mencari teammates yang sefahaman
  • Betrayal yang kita sendiri tak jangka
  • People take you for granted
  • Pokai
  • dan lain-lain lagi perkara yang aku pun tak boleh nak jangka....

So, seperti dua semester lepas, setiap kali situasi begini berlaku, aku akan ulang dengar dua video motivasi yang aku download dari youtube. Setiap kali dengar dia akan bagi impak yang berlainan. 
  • First dengar untuk ingatkan diri balik. 
  • Second sebab aku rasa aku perlukan kata semangat. 
  • Third, sebab aku hampir give up! LOL!

Nak buat diri ter-inspirasi ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Lagi-lagi bila kita dah mula selesa dengan "zon selesa". Itu sangatlah parah! Zon selesa memang seronok. Tapi, tanpa kita sedar dia akan mematikan 'sikap ingin tahu' atau 'curiosity' seseorang itu. Memanglah 'curiosity kill the cat'. Tapi, dari situlah kita akan dapat pengajaran dan pengalaman yang remarkable. 

Plus, dapat pengalaman extra dan limited edition ni, bukan semua orang boleh dapat. So, bila ada peluang depan mata, cubalah terima dengan tabah. Pahit itu normal. Tanpa pahit manusia mati. 

Dua video tersebut adalah;

1- Never Give Up


2- Through Hell



I know it's hard to fight the battle without any inspiration. Lagi-lagi kalau kita sendiri tak tahu macam mana nak 'bangun' tanpa sakitkan orang lain. 

Dunia hujung jari. Need extra motivation? Just hit the button google and search for it. Everything you need is already in there for you to use it wisely. Lama-lama kawan yang kita ada hanyalah 'maya' semata-mata. Huhuhuhu. 

Ada satu fasa itu kita tak punya kekuatan untuk bangkit, apa yang kita perlu adalah sedikit catalyst dan booster. Dan bagi aku the healer untuk terus kuat sehingga hari ini adalah dua video ni. (banyak lagi yang aku dengar, tapi semua tak setanding dua video ni.)

Do the work while listening to these two videos, make me wanna work harder. 

The Healer ni banyak bentuknya. Luangkanlah masa untuk refresh balik misi kita. Lima minit reflection boleh buat hidup kita kembali balik pada track yang asal. Nampak macam tak penting, tapi small things matter dude. Diri kita akan rasa perubahan tu bila kita mula spent lima minit untuk reflect balik diri sendiri.

How I handle my "dark phase"?
  1. Duduk dalam gelap for a while. ๐Ÿ˜… (namalah dark-phase...)
  2. Write it down- write something that makes me feel weak, low self-esteem, anxiety...
  3. Turn on the music- starting with the hardcore, then soulful, after that...these two videos.
  4. Let it go- It's okay to cry. I always tell myself, If I do not cry while achieving something, that's mean I'm not trying harder
  5. All is well. Allah always be there for all of us. Hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan...
  6. Tidur- the best healer! 


Dah macam pakar motivasi pulak hari ni ๐Ÿ˜…. So, apa pulak cara korang untuk kekal inspirasi? Mana tau cara korang aku tak pernah cuba lagi an. 

p/s: honestly, I rarely open up my issues to people. But if I tell you, that's mean I really trust you...

The Borrower

September 06, 2017

Semua orang yang hidup dalam dunia ini adalah seorang borrower@peminjam. Termasuk aku yang sedang menaip ni. Nyawa yang kita punya hari ini adalah pinjaman dari Dia. Nafas yang kita hirup, udara yang kita sedut dan segalanya yang diberi semua punya asbab.

Apa dia adab sebagai seorang peminjam?
- menjaga dengan sebaik mungkin dan patuh pada tuan empunya bila tiba masanya.

Itu adab kepada Dia, Tuhan yang Esa. Serupa juga jika meminjam barang dengan manusia. Semua ada had dan batasnya. Cukup masa, sila pulangkan semula.

Sebagai seorang manusia, aku sendiri pun akur yang kadang aku pun terlupa pada adab sebagai peminjam. Tidak dinafikan itu...selagi nama manusia, nasaya itu semua lupa.

Tapi, aku bukan nak bahas isu pinjaman dari Tuhan. Sebab aku sendiri banyak lagi kelemahan dari segi itu. Cumanya aku mahu fokus pada isu pinjam dari manusia. Sebab aku pun manusia, incase ada yang ingat aku bukan satu dari homosapien. ๐Ÿ˜‘

So, let's check it out antara adab-adab sebagai peminjam (yang paling basic):

  1. Minta izin sebelum menggunakan barang orang lain
  2. Pinjam dalam waktu yang ditetapkan.
  3. Jaga barang yang dipinjam itu sebaik mungkin. 
  4. Pulangkan barang dalam kondisi yang asal/lebih baik
  5. Pulangkan barang tersebut sebagaimana anda meminjamnya. Jangan bagi orang ketiga yang pulangkan. Tidak molek itu.
  6. Jika diminta barang itu lebih awal dari tempoh yang anda ingin pinjam, sila patuh tanpa bantahan. Mungkin tuan dia lebih memerlukan.
Kalau barang tu ada perubahan dari segi kuantiti, macam mana pulak nak ganti? Contohnya nak pinjam pemadam, liquid paper, sabun basuh baju or yang sewaktu dengannya.
  • Yang ini orang kata jangan guna istilah pinjam. Sila minta dengan baik dan berpada-pada. Kalau pinjam, kita sendiri tak tahu nak ganti macam mana. Sebab kita nak guna sikit saja.
  • Melainkan korang memerlukan dalam kuantiti yang banyak, yang itu mungkin boleh ganti dengan yang baru.
  • Biasanya kalau barang itu berupa bentuk makanan, baiklah korang ganti atau buat sistem barter. Standardlah kalau student nak buat sistem barter.

Kalau nak pinjam printer, kira macam mana pulak?
- Sila bayar harga yang tuan dia kasi. Kalau guna kertas sendiri mungkin lebih murah. Sehelai seposen saja. Kalau tuan dia kata halal, tu kira rezeki.

Kalau pinjam data?
- As long as tuan dia tak merungut tentang kelembapan data tu, dan korang cuba nak bayar separuh depa tak kasi, itu kira rezeki. Kalau korang baik hati, bayar sajalah separuh. 

Isu pinjam barang ni masih berleluasa tak kiralah dari zaman tadika sampailah zaman kerjaya...cuma benda yang dipinjam tu je yang berbeza. Paling femes, pinjam duit. Haaa...yang itukan, jangan sampai tuan dia kata 'aku tak halalkan duit yang kau pinjam' sudah. Bayarlah cepat-cepat. 

Malulah tuan dia kalau terpaksa minta hari-hari. Common sense tu kasi polish sikit. Jangan karat sangat. Dunia hari ni penuh dengan peluang menjana pendapatan. Hatta tidur pun boleh buat duit. Jadi gunakanlah peluang tu dengan sebaik mungkin. Tapi, sebagai pemula, dinasihatkan kerja keras sikit untuk dapatkan modal sendiri tanpa pinjam modal dari orang lain. Kalau dapat elak, elakkanlah...

Cara paling senang dapat duit?
Melaburlah. Tanamlah duit tu dekat tempat yang berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lebih baik. 

Lambat?
Remember the quote: "Yang terbaik selalunya datang lambat" dan "Sabar itu indah"

Mana ada benda senang untuk senangkan? 
Pinjam memang senang. Nak pulangkan tu naudzubillah. Janganlah macam tu, dah kira menganiaya tu...doa orang teraniaya boleh jadi makbulnya.

Ubahlah gaya hidup dari seorang peminjam kepada seorang yang bebas. Bebas dari belengu pinjaman. Hidup dalam pinjam meminjam ni, tak bebas. Seriously...Pinjam tu bagus kalau kita patuh segala adabnya. Senang dunia kalau semua orang punya common sense seperti emas. 

As to conclude the entry of the borrower, I would like to forgive me my nonsense, as I also forgive the none of those that think they talk sense - Robert Frost

crowd

You're invited to ZCOOP Magazine!

September 05, 2017

Kebelakangan ni kalau korang perasan, terlalu banyak peluang dibuka kepada blogger. SushiVid, review barang, review website, review and review dan review lagi. Tapi kali ni, ada peluang lagi besar kepada blogger yang minat menulis!

zalora, magazine

Zalora Magazine @ ZCOOP magazine telah membuka peluang besar kepada blogger untuk menulis artikel di dalam majalah diorang. Kalau korang suka tulis tentang tips, gaya hidup, petua, perkongsian pengalaman travel dan sewaktu dengannya, korang sangatlah digalakkan untuk grab peluang ni. 

Sebenarnya aku pun salah seorang contributor bagi Zcoop Magazine, ๐Ÿ˜Žsebab tu aku nak semua rakan-rakan blogger aku turut merasai kemeriahan menjadi contributor di ZCOOP Magazine. (emangnya gue jarang menaip artikel untuk mereka kerna idea gue kureng bernas untuk dimasukkan dalam makalah itu dong...hehehehe)

Tapi, kalau korang tak nak tulis artikel banyak-banyak pun boleh. Sebab program ni Zalora letakkan syarat yang sangat mudah. 

Syarat dia:-
  1. Seorang blogger
  2. Minimum 30 blog post
  3. Minimum satu entri setiap dua bulan
Senangkan? Lepas tu, kalau korang memenuhi kriteria blogger kat atas, korang hanya perlu buat dua artikel dalam masa tiga bulan!

Reward?
Artikel korang akan terpampang dalam Zalora @ ZCOOP magazine

Pernah bercita-cita nak jadi penulis artikel dalam majalah tapi tak pernah tercapai?
Haa...inilah peluang korang untuk asah skil menulis korang. Menulis semua orang boleh, tapi nak bagi penulisan tu kekal dan berkesan, memang kena ada skil. 

Kalau korang berminat nak menceburkan penulisan korang dalam majalah ni dengan lebih lanjut, korang boleh email dekat nurul.aini@my.zalora.com

InsyaAllah, setiap yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Kalau tak usaha, manakan dapat hasilnya, iya dak?

Till we meet again! 
Jadi blogger, tido pun insyaAllah masih boleh buat duit. 
#doakanyangterbaik and #happyblogging !๐Ÿ˜Ž

p/s: segan nak ngaku yang aku ni contributor zcoop magazine. lol! hahahaha can i just work behind the stage? #dilemabudakambivert 

Hello September!

September 01, 2017

Salam Aidil Adha buat semua. Moga hari ni lebih baik dari semalam dan hari sebelumnya. Amin!

Masuk hari ni, adalah hari terakhir aku bercuti dan bersenang lenang di Miri. Yup! Aku balik  miri empat hari saja. Untuk meraikan majlis perkahwinan kakak yang ketiga, semalam..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kitaorang sempat lagi lepak makan KFC dan tengok sunset dekat Tanjung Lobang. What a nice view to remember...maklumlah duduk sana mana ada nak enjoy the sunset sangat. Kerjanya dalam bangunan saja, masuk pagi. Balik malam confirm lah dah gelapkan?

So, senja memang tak terasa bila waktunya...

Thank God August dah berlalu. Bukan sebab apa, tapi sungguhlah aku terasa lama benar Ogos kali ni. Mungkin terlalu banyak insiden yang berlaku sehingga aku terasa Ogos terlalu panjang. Dan lemau nak habiskannya...๐Ÿ˜ช

Tak lama lagi semua student akan masuk pengajian seperti biasa. Ada yang baru masuk tu, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam menyambung pelajaran. Aku pulak baru nak masuk tahun kedua ijazah. Tak terasa ambil ijazah. Rasa macam masih diploma lagi..๐Ÿ˜…

Malam ni punya flight delay katanya. So, aku kenalah berkemas awal. Balik bawak satu beg saja. Malas nak bawak banyak -banyak.

See you next journey ya!

sunset, view, tanjung lobang

p/s: wake me up when september end...

Merdeka! Merdeka! Sale on Lazada

August 25, 2017

contest, lazada

Bulan Ogos terkenal sebagai bulan kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Sayangnya, bulan Ogos bukanlah bulan favorite aku. Hahahahah. Sebab banyak-banyak bulan, yang paling best tetap bulan Disember!

Okaylah, berbalik pada tujuan entri ni dibuat, aku ingin jugak mencuba nasib bagi contest yang dianjurkan Lazada kali ni. Walau dalam aku tak suka bulan Ogos ni, Lazada tetap pujuk aku untuk suka pada Ogos dengan promosi Merdeka! Merdeka! Sale  (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) dengan diskaun istimewa sebanyak 80% bermula dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos

Jadi, bagi memeriahkan lagi musim merdeka + raya haji ni kelak, suka aku menjemput semua rakan blogger untuk join contest ni. 

So, here are the main part of the entry;

Q: What do you love about being Malaysian?
A: The varieties of foods! No one can argue about the Malaysian foods. Walau jauh mana pun kita duduk, the smell of sambal belacan jugak yang bisa mencairkan liur. Kerabu mangga, ayam tandoori...bab makan kat Malaysia ni, kalau ada alah memang tak seronok nak merasa semuanya. 

Lagi satu yang paling aku suka adalah keprihatinan yang diberikan oleh negara terhadap rakyatnya. Walau masih banyak lagi bocor dan lepas pandang, so far Malaysia masih aman, buat aku syukur giler.

Q: Who is your favorite local brand?
A: Touch n Go!, Khind, Karya Seni, Silky Girl, Pelangi. 

Q: Two products from Malaysian brands that you love?
A1: From Karya Seni, yang paling aku suka adalah "Jodoh itu Milik Kita" karya Sara Aisha! I really love her writing. Cara penyampaian jalan cerita yang menarik, psiko, pengorbanan dan mainan emosi terlalu padat dalam sebuah naskah ni. Aku baca berulang kali pun masih mampu sengih sendiri. OMG! 

Sara aisha, jodoh itu milik kita

A2: Dari Silky Girl pulak, barang yang paling aku suka adalah minyak wangi dia. Walaupun bersaiz kecil, tapi bau dia..i really love it! Sampai sekarang masih setia dengan minyak wangi Silky Girl. Mampu milik dan bau yang tahan lama.

perfume, silky girl

###


So this is the end of the entry, kalau korang nak merasa menang dalam contest ni, apa kata mulakan dengan join contest ni. Pemenang dipilih secara random. Kalau dah join, chance nak menang tu ada, tapi kalau tak join langsung, macam mana nak dapat voucher dari Lazada kan? 

Dapat atau tidak itu belakang cerita yang paling penting kita mencuba. So, are we ready to shopping on Lazada Merdeka! Merdeka! Sale with special discount 80%? If yes, then let's grab the chance!

All the best to all the contestants and enjoy shopping!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.