Mulia...

October 31, 2016

Manusia sering merasa dirinya mulia dari seseorang yang lain pabila dia tidak ketahui asal usul seseorang itu...
Apakah benar darjat dunia itu tingginya boleh dibangga hingga ke langit ketujuh?

bangunan, tinggi, kapal terbang

Sifat yang semakin terhakis di kota hiruknya tak bersuara
Bisiknya tak bernada...

Takut!
Takut terjebak...
Naudzubillah...

Jaga hati, jaga iman
Pekakkan telinga bukan menutup pada kebenaran,
Tapi menghindari dari pelbagai hasutan

Butakan mata celikkan hati
Walau sukarnya hingga terpaksa jatuh berulang kali..

Percayalah..
Manisnya itu kitakan perolehi

Bila?
Aku sendiri pun masih ternanti..

Sabarnya berbaloi dengan perit yang dilalui..
Aku, kau, mereka...
Bersama kita bersatu menjadi mulia disisi-Nya..

Amin...

al-quran, buku, kitab, islam

The worst meet up ever!

October 30, 2016

Inilah yang berlaku bila kau cuba nak bagi peluang dekat sesuatu perkara baru. Aku benci giler perasaan time tu. Bahangnya, sampai sekarang kot rasa! Siapa tak bengang oii?? Dah lah first meet kot! Aku pun tak tahu nama kau siapa, nama tempat kau pun tak pernah aku dengar, tup tup kau layan kitaorang macam tu…apa kau ingat kitaorang takde maruah ke apa? Sudahlah nak mintak tolong orang, tapi cara macam nak carik musuh baru…apa da?!

meet, perjumpaan, orang ramai,

Okay, okay bertenang sofie, bawak bertenang…jangan marah…tarik nafas, lepaskan segala emosi bersama helaan yang keluar. Take a deep breath, cuba kawal emosi macam Oliver Queen handle team dia. Cuba cerita dari mula apa yang berlaku…betul ni nak tahu? 

Okaylah,…cerita dia macam ni…

Satu hari tu, time aku dengan sorang kawan ni, M (bukan nama sebenar) tengah tunggu bas untuk balik ke kolej. Masa tu kitaorang baru balik dari satu event hartanah ni. Tetiba si M tu ternampak satu iklan yang mengatakan ‘Blogger needed’. Aku masa tu tak nampak pun iklan tu. Maklumlah guna marker je tulis. Pastu M cakaplah kat aku,

“Cubalah mana tahu, tu peluang kau ke apa. Ambik je nombor tu…” 
pastu aku pun ikutlah apa yang dia suruh. Sebab betullah apa yang dia cakap kan.

Then, satu hari yang lain pulak, aku pun terdetik nak wassep orang tu. Tanpa aku tahu gender. Okay, mula aku assume perempuan. Dari dp wassep tu, aku dapat agaklah dia berkecimpung dalam arena kecantikan..beauty, spa, saloon gitu whateverlah!

Mula, aku ragu-ragu jugaklah. Betul ke apa yang aku buat ni? Review saloon? Kau nak ke? Hurm…adalah berhari jugak aku pikir. Urgh! Cuba ajelah, tak cuba mana nak tahukan! So, pada hari selasa lepas, pergilah aku dengan ditemani kawan yang lain.Hint dia kasi untuk cari tempat dia adalah; ‘bertempat di atas kedai 11, tepi klinik AZ, dekat dengan H dan KP..’

Dan bila aku tanya; "apa nama kedai you?"

Dia macam tak menjawab soalan. Kat situ, adalah dalam 20 minit kitaorang mencari tempatnya. 

Disebabkan maklumat yang diberi tak clear. (Langsung!) Bila kitaorang sampai kat satu kedai 11 (yang deret dengan KP) ni, kitaorang salah tempat. Tanyalah pekerja situ, 

‘kedai 11 kat sini ada berapa?’ dia jawablah empat. 
‘Yang dekat H tu dekat mana ek?’ dan pekerja tu bagilah direction dekat kitaorang. 

Mak aih! Jauh lagilah nampaknya tu…Dari lima bintang, aku dah tolak 2. 

  1. sebab maklumat diberi tak tepat. 
  2. disebabkan maklumat tak tepat, kitaorang terpaksa pusing jauh menghabiskan minyak dan masa!

Sesampainya kitaorang kat sana, terus habis segala bintang. Zap!! Macam tu je…iya, aku tahu kau pun expect kitaorang gempak kebabom untuk review tempat ko, tapi disebabkan cara kitaorang macam student sengkek dimata kau, kau layan macam nothing je kan?

Mana pergi greeting? Tak ada. 
Sorry?! Pun taka da. Sediakan air apatah lagi, memang dalam mimpi ajelah kot!

Dia cakap pun serupa macam tak nak cakap je…mula-mula tu sabarkan ajelah. Sebab dia suruh tunggu ‘kawan dia untuk interview’. Pffth! Kau yang suruh datang pukul 5, pastu suruh tunggu macam tunggul…memang taklah cerita dia aku nak review bebagus. Lepas setengah jam macam tunggul, siap diorang gelak ketawa dalam bilik tanpa ambil peduli kitaorang yang dah kebosanan kat luar, apa lagi kitaorang pun blah!

Hati ni sebal, berbuku dan bengang giler! Kalau dalam term English untuk dia tu, aku akan refer sebagai ‘shemale’. Terkejut jugakla memula...tapi tak terfikir pulak sampai …..(aku takdelah nak marah sangat, tapi disebabkan dia melibatkan kawan aku yang lain menjadi mangsa, dia macam tak adil kat situ...sedih!)

Silap aku jugaklah. Itulah kadang tak semua peluang kita patut cuba. Ada waktunya menolak itu lebih baik dari merana pada masa kelak...

Dunia akhir zaman. Geleng kepala ajelah…bagus jugak aku blah…memang agak tak sopan, tapi ada ke patut tinggalkan customer kat luar tanpa seorang pun penjaga ? At leastkan, at least…kau terangkan apa yang patut kitaorang buat dengan detail, ini tidak…nak promote tempat sendiri pun macam main-main. Tak serius!

Pengajaran kat sini adalah, jangan sesekali berurusan dengan orang yang tak pernah serius dan penuh sifat materialistic. Jangan kerna kami bersandal tidak ber-high heel, kau fikir kami tidakkan 'tinggi'? Tinggi kualiti bukan terletak pada kasut…terima kasih untuk pengalaman ini.  
******
Benarlah kata orang, semakin tinggi bangunan, semakin luruh pekerti, semakin maju bandar, semakin jatuh bahasa…

Semoga dijauhkan dari semua perkara yang menyebabkan kita lupa diri. Tetapkanlah hati kami agar sentiasa lurus atas jalanMu. Amin…

Dan sejak pada hari tu, aku dah tak percaya pada iklan sebegitu...serik!

Thanks for reading my worst emotional entry...

Farewell October!

October 28, 2016

Aku tahu, orang dah mula tertanya...mana aku yang dulu? aku yang suka berhujah tentang hidup, tentang apa yang berlaku terhadap sekeliling dia, terhadap benda kecil hatta span pun nak dibahaskan...(padahal takde orang kisah pun....hahahaha)

Aku pun rindu..sayangnya setiap kali ilham untuk "me-rant-ing" itu datang, musuh tradisi aku merangkap sahabat untuk aku hidup; (masa) selalu dengki. Makanya, semua ilham itu telah tersumbat ke salur pencernaan sehingga setiap kali selepas makan aku terpaksa membuangnya. T___T

Aku dah penat! aku dah penat untuk pendamkan semua rasa itu. Dah sebulan aku buat auto publish dan setiap kali tu jugak aku rasa jiwa tak tenang. Rasa macam entri aku dah expired macam roti yang tak dimakan seratus tahun! Rasa macam aku penipu. Penulis yang menipu rasanya dengan menajakan entri lama. Aku benci rasa itu. Ianya buat aku rasa serba tak kena...serba salah dan rasa tak jujur...

Padahal benda tu bukan orang tahu pun...samada auto publish ke, dah expired ke apa...tapi aku tetap tak tenang...dan aku tahu semua orang busy...tapi tetap bagi entri segar setiap hari...aku ni yang dok risau sibuk...kononnya lah nak fokus bagai...padahal, asal bukak je lappy connect to wifi...benda pertama dibukak lepas email adalah blog! Chiss! berdebah kau yuha!

kl sentral, nu sentral, jalan raya, kereta, bangunan
Ini view masa visit site sambil 'minum air'

Dan, keaslian entri itu aku akan pulangkan minggu ini...ya minggu ini...aku akan post setiap kali aku rasa jiwa kacau...setiap kali ada ilham dan setiap kali perubahan angin monsun melanda...

Sekarang, semua orang balik. Sebab nak tolong jiran buat maruku...(kalau balik nanti takde maruku siaplah...)- okay...sebenarnya tidak pun- itu hanya lawak hambar kepada yang balik even cuti weekend takde penambahan pun sebenarnya... tapi aku syukur...sebab at least aku dapat ketenangan jiwa...

Hah! tenanglah sangat...so far hari ini aku rasa damailah...tinggal kat bilik sensorang, ditemani OST Anohana, dan bayu malam yang tak pernah sampaikan salam aku pada A...sebab bayu tahu A dah ada orang lain...dan aku disini patah dahan...choi!!! -jangan percaya..ini statement angin semata-mata...-

Life sekarang?
-tak busy pun- sebab masih lagi boleh layan Arrow, Gotham dan The Flash season baru macam biasa...cerita yang buat aku sedar sebenarnya hidup itu bukan hanya ada kita seorang...bukan lemahkan jiwa tapi teguhkan. -hujah untuk menolak drama yang digilai ramai...- urgh!-

So far, hidup korang pulak macam mana? 

Aku tak tahu kalau aku ada bertembung dengan korang ke tidak...sebab dah tiga minggu lepas, aku banyak main sekitar kl sentral, ampang,...macam tu lah..mostly aku jalan seorang. Sebab aku lebih selesa begitu. Bahaya? Iya, aku pun risau...tapi kalau jalan beramai itu serupa aku jalan sendiri, baiklah aku jalan sendiri...lagi satu, memang takde orang nak temankan...busy + kegawatan ekonomi...-takpe aku faham itu...-

Kenapa aku tak guna gambar sendiri untuk mengambarkan situasi yang berlaku? -bahaya...-
Ingat tak pada dunia cermin? Dimana apa yang kita tunjuk adalah pantulan kepada apa yang kita sembunyikan....- Alasan! sebab selalunya masa peristiwa tu berlaku aku dok ralit hayati suasana...apa kata orang 'Carpe Diem'? 

Masih lagi belum puas untuk hanyut dalam aksara. Perasaan ini dah lama sangat aku pendam hingga jadi pekasam yang baunya mungkin ambil masa seminggu untuk hilang. Sebenarnya banyak cerita...aku nak ceritakan betapa bengangnya hidup bila waktu tidur diganggu selama seminggu, betapa banyaknya monyet yang nak hidup berjiran dan betapa ramainya kawan aku bernama afiq hingga makhluk yang aku gelarkan 'nabiyusuf' itu pun bernama Afiq! Apakah tiada nama lain??? Dalam banyak-banyak nama kenapa Afiq?!

(Fiq, kalau kau terbaca entri ni or entri akan datang yang guna nama kau ke apa, sila jangan perasan...sebab kau ni mudah sangat perasan...dah dah gi main jauh-jauh nu dengan kpop...)

Itulah orang pesan, jika ada idea jangan pernah pendam...sebab once dia datang, dia takkan ada lagi ulangan...kalau ada pun dah tak sama rasanya macam kali pertama dia terjah...

Ha, lagi satu cerita....hari tu aku nak derma darah...tapi tak dapat dek kerna darah cair T_____T...excited ni nak derma...tapi tak lepas...sayangnya lahai...at least aku dah tahu darah aku AB! yeay!!


Okaylah tu je kot entri merapu meraban lepas geram ni...jangan risau aku akan kurangkan bahasa yang sukar diterjemah dek akal...mungkin ada tapi once a week la kot...

Jangan lupa bulan 12 ni ada contest dari aku ^_^...insyaAllah...hadiah dah ada tinggal pemenang je lagi takde...(nak beli kasut toys story!!!- okay ni kena cerita lain ni...tak cukup cerita kat sini...)

sushi, air, sakae sushi
Hantu sushi punya pasal...mula je sepinggan...
k chow lu! pape roger!

calm snow-i see star-

1027:2710

October 27, 2016

2710
Empat tahun berlalu..
Tanpa khabar tanpa berita
Tanpa suara, tanpa cerita...
Kau hidup kau, aku hidup aku..

Hari ini khabarnya, hari istimewa dalam hidup kau..
Tapi, aku buat tidak endah
Kau siapa dalam kalendar hidup aku?
*sengih sumbing...*

lilin, cahaya,

Selama ini kau simpan tarikh keramat kerana kau tak mampu bersua
Kau hipokrit!
Penakut dengan diri sendiri...

Cukup!
Aku tak mahu menuduh lagi...
Biar hanya aku yang tertuduh..

Empat tahun seperti semalam..
Kau dah banyak berubah...aku?
Masih ditakuk lama.

Berubah?
Mungkin ya mungkin tidak...

1027
Rahsia? Tiada!
Aku sudah lama beralih arah...
Kerna aku tahu aku bukanlah terbaik didunia..
Mungkin dimata kau juga....
Hakikat itu aku tidak pernah menolak...

Benar, ia benar...
Jangan cuba kau menafikannya...
Semoga kau berjumpa dengan bahagia yang kau cari...
Selamat hari lahir untuk kau, dan kembar...
2710..

.kek, birthday, ulang tahun

Kawan...

October 24, 2016

Kawan itu...
Tidak dihitung pada waktu gembira,
Tapi dibilang pada waktu berduka

Kawan itu..
Satu datang, belum tentu yang dulukan hadir...

Pahit itu kau telan seorang,
Kerana kau sudah tidak percaya...

Mereka faham tapi tidakkan memahami
Seperti jua mendengar, namun seperti angin lalu...

kawan, sahabat, teman, rakan

Kawan kadang dijadikan sekadar suka-suka,
Bila sedih, terus cari yang baru..

Kawan itu,
Tiada yang sempurna...
Manusia tanpa silap itu mati namanya...
Manusia dan silap ibarat ciptaan yang tidak dapat dipisahkan...

Seperti jasad, pelengkap hidup adalah roh
Roh tanpa jasad, hantu digelar orang...
Jasad tanpa roh, mayat istilahnya..
Kau yang mana?

Aku punya jasad, aku jua miliki roh...
Namun aku tiada jiwa...
Jiwaku melayang mencari sesuatu yang dulunya pernah hadir...
Namun hilang disaat aku perlukan..
Atau, akukah yang membuangnya?

Kawan...
Memanggil aku kawan kepada kawan kau, tidak menjadikan kau jua kawan aku,
Kita ada sempadan yang perlu dihormati...

Sempadan dalam berkawan?
Aku tidak pernah membacanya dalam mana rujukan...
Memang tiada, kerna aku yang menciptanya...
Kau yang membina jurang, kau jua yang menggali lubang..
Tapi nanti..kau yang mengadu sendirian...
Apa yang kau mahu sebenarnya?
Kawan atau lawan?

kenalan, kawan, member, kamceng

Kawan...
Jika aku alpa, 
Tamparlah aku dengan realiti...
Yang sebenarnya...
Aku tidak layak miliki walau seorang insan yang bergelar kawan...

Puisi Senja di bandaraya...

October 20, 2016

Puisi?
Aku tidak memanggil ia puisi
Aku panggil ia coretan.
Coretan hati yang lara
Masih tidak bertemu penawarnya...

Siapa kata bandaraya itu puncak keamanan?
Siapa kata hidup di kota boleh mendamaikan jiwa?
Dari kacau bilau menjadi huru hara lagi adalah...

bangunan, tinggi,

Patutlah setiap bandar memerlukan super hero...
Seperti Gotham; ada Batman
Di Star City; mereka ada Team Arrow
The Flash? Milik Central City...
Di kota ini, siapa yang ada?
Aku?
Hah! ketawa sumbing...ha ha ha

Aku tertanya jua dari hari pertama aku melangkah untuk hidup di kota ini..
Dulu kau fikir, jiwa akan tenang dengan melihat hutan batu...
Dulu....dulu pada waktu yang aku rasa hutan batu kan bergoyang sama seperti pepohon bila ditiup angin..
Tapi tidak...itu hakikat.

Kini, udara dihirup sudah bercampur debu
Dihidu terus ke paru
Adapun bersih dan segarnya,
hanya seketika...tidak lama..

Omelan ini kau masih panggil puisi?
Bagi aku sekadar luahan hati..
Yang tak betah duduk di bandar mahupun di desa

Bandar,
Terlalu banyak persaingannya
Ada nama, ada harta, rupa dan keterampilan,
Kau berjaya...

Di desa,
Cukup kau menjaga antara satu sama lain..
Tapi,
itupun aku gagal...

rumah, desa, halaman, tenang, cahaya

Jiwa kau yang tak tenteram,
Kau salahkan bandar..
Tidak cukup bandar kau cuba salahkan desa..
Apa yang kau mahu sebenarnya?
Mati?

Amal masih tidak cukup, ada hati mahu mati..
Habis, kau ingat semua yang telah pergi itu mahu mati?

Kau, bersama mentality kau sudah terlalu jauh...
Baik kau betulkan sebelum kadaan menjadi semakin teruk
Kau tahu caranya, aku hanya ikut sahaja...

Kau mahu ke kanan,
dunia cermin menggambarkan ke kiri....
Tiada salah tiada betul, kau yang merekanya...
Kau jadikan hujah itu sebagai pemisah kau dengan dunia luar...

Hakikatnya, kau yang meroboh jambatan itu...
Jambatan perubahan yang pernah kau bina sebelum melangkah ke kota...
Kini hancur!

Kau termenung luar jendela,
Memerhati hutan batu untuk bergoyang bersama pohon...
Tiada lagi hijau daun,
Tiada jua tiupan angin segar..
Yang ada hanya pandangan kosong tanpa jiwa yang terus melayang entah ke mana...

Aksara

October 17, 2016

Aksara...
Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat,
Tidak semua kata boleh didengar awam
Walau tiada niat menyinggung
Tanpa memahami konteks,
Konsep disalah tafsir
Penyampaian telus dirasa menyindir

aksara, huruf

Kuasa aksara tanpa suara
Tidak semua mampu faham
Mungkin ada yang faham
Namun huraiannya berbeza
Definisinya sudah tidak sama

Aksara bukan irama
Dari muzik tanpa membaca lirik terus ramai pengikut
Kerana melodinya merdu walau liriknya hanya satu...

Aksara bisu tanpa pergerakan
Hanya mata yang memandang
Lidah dibiar simpan
Telinga tekun mendengar suara alam

Aksara menari dalam minda...
Minda dikeluar sekadar meluah rasa
Namun tidak menyangka..
Aksara jua bisa musnahkan dunia
...

Ramai...

October 13, 2016

Dalam ramai,
pasti ada yang merasa sendiri
Rasa itu bukan mereka yang pinta
Ia hadir kerna merasa jiwanya lara...

Lara tak terubat tanpa sebarang penawar
Dia kecewa hingga merasa ke hempedu pahitnya
Beribu ubat pun takkan boleh merawat rasa itu...

balon, udara, laut, sendiri

Dia tenggelam dalam dunia khayalannya
Seperti dunia cermin
Dikala orang ramai berjalan ke hadapan
Dia semakin melangkah ke belakang
Pabila orang menuju ke kiri
Dia pula ke kanan

Rawan tak bertepi
Cuba diusir sejauh mungkin
Namun semakin menghantui
Hati sudah tiada perisa
Tiada pewarna...

Terasa mahu sendiri
Namun takut dikata pentingkan diri
Bila ramai,
Merasa kecil hingga ke dasar bumi...

sedih,

Sayu...
Sedih tak berair mata
Namun hati terhiris luka
Dan tenggelam dalam darah imaginasi yang dicipta oleh minda...

Perfect = Sederhana

October 10, 2016

Jika orang kata perfect itu sempurna tanpa sebarang kecacatan, habis kenapa manusia normal yang cukup sifatnya masih merasa diri mereka tak sempurna? Walhal, mereka tidak cacat!

Perfect
Merangkumi semua aspek dalam diri aku, kita dan semua orang. 

bunga, putih, ungu, cantik

Orang takkan nilai perfect hanya dari satu sudut. 
Orang akan menilai dari semua penjuru. 
Kalau bentuknya oktagon, kelapan sudut itulah akan diterokai mereka...

Jika benar tanpa silap...baru Perfect!

Gila!
Itu aku akan kata...
Mana ada manusia tanpa cela dan silap. 
Mungkin ada, mungkin wujud, tapi kita bukan penilai yang layak. 

Kita, tiada lebih tiada kurang. 
Aku ada apa yang kamu tiada dan aku tiada apa yang kamu ada...

Nampak sempurna dimata, kerna kita yang mahukannya begitu..
Kita memilih dan memutuskannya...

Kalau sesuatu benda itu sudah sempurna tahap dewa pun, 
Jika hati kita tidak senang,
Kita akan memilih untuk menganggap benda itu miliki kecacatan..
Tidak fizikal, kita akan pertikaikan mental..
Mesti ada...

Maka, Perfect bagi aku adalah, SEDERHANA...

Jika ia manusia, sempurnanya... aku akan lihat dari personalitinya terlebih dahulu...
Jika ia satu pembelajaran, sempurnanya aku nilai dari kefahaman...
Jika ia sebuah buku, sempurnanya pada garapan cerita dan penyampaiannya...

Sempurna = Bersahaja = Jadi diri sendiri...

Sempurna adalah abstrak...kadang dikategorikan sebagai subjektif..
Sama seperti cantik..
Kita akan menilai dan mengambil kira pelbagai faktor untuk mengkelaskannya...
Kerna, sempurna dimatamu, tidakkan sama dengan sempurna dimataku...

Cantik.
Dibawah cabang cantik, akan bercambah kepada pekerti, bicara, kebolehan...dan lain...

Nobody perfect...
Kita hanya minimize-kan kesilapan dari semasa ke semasa, 
Tanpa silap, tidakkan belajar..

Tiada manusia sempurna tanpa silap
Kerana, silap ibu kesempurnaan...

dandelion, putih,

Kelam Kelibut!

October 06, 2016

Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar tak sedar...dah habis bulan pertama. Hari ni...(pada masa aku menulis post ni...), dah masuk minggu ke-5. Yang bermaksud, perang sudah bermula!

Takbir!
Allahu akbar!
Takbir!
Allahu akbar!

sibuk, takde masa, busy

Allahu...tak terkejar dek akal untuk catch up semua benda. Gitulah hidup student ye kawan-kawan. Semua benda nak dikejar. Akademik, rohani, fizikal...memang kena stabil dan seimbang. (InsyaAllah...) Hilang satu, cacatlah kita...cacat tu, tak dapat dilihat...tapi dapat dirasa...rasa kosong!

Terlalu fokus pada akademik, tanpa ambil pusing soal rohani, mungkin aku akan lebih mudah untuk alpa, leka, cuai dan kemungkinan besar...hilang tunjang utama yang menjadi pemegang untuk aku berdiri teguh pada hari ini.

Fokus pada rohani....insyaAllah dapat fokus pada hal akademi...

Fizikal?
Sudah tunggang terbalik bagai rak nak terbalik menampung segala buku atas kepala, maunya cacat jiwa...maka aku kena sediakan ruang untuk tenangkan balik kondisi tubuh..

Tarik nafas dalam-dalam, sedalam tenggelamnya kapal van der wijck...

Pukul 2 pagi, mata masih menatap segala tugasan yang ditulis pada papan putih. Semua masih belum bertanda. Menunjukkan satu pun tugasan tidak diselesaikan sepenuhnya sepanjang hujung minggu...

- sabtu; pergi pds.
- ahad; pds lagi..
- senin; laundry, kemas kini time table...pastu...jadi tourist guide tak bertauliah...(padahal sendiri pun masih tercongak-congak setiap kali naik public transport...)

Isnin kelas pack. Selasalah satu-satunya hari untuk pulun otak. Stabilkan mana yang tertinggal pada hujung minggu...syukur masih bernafas walau terpaksa bersesak...Terasa jugaklah betapa kelam dan kabutnya bila hidup tiada perancangan...

Bukan tak ada, cuma tak ikut...sendiri buat, sendiri langgar...apa daa...

Okay..done bebel...aku tabiklah kepada student yang berjaya harungi semua cabaran dengan tenang...aku patut belajar teknik tu...ya...aku perlu belajar teknik bertenang...tak semua kerja aku dapat langasaikan dalam sehari...tapi sedikit, sedikit...lama-lamakan habis jua

Jawapannya, istiqomah beramal...

Istiqamah =  consistent

Sungguh benar...perkara paling susah dibuat adalah...beramal secara berterusan setiap hari tanpa jemu...

Tepuk dada, tanya iman..

Sebelum berakhir, sudilah kiranya kalian menonton video tugasan seorang dari kawan saya (yang asal dari you tube...). Topik dia pasal K-culture. Dia kongsikan pendapat dan presepsi mengenai dunia hiburan korea...FYI, dia juga termasuk dalam korean-fans...^_^!


dan aku dapat rasakan, lambat laun, aku pun terpaksa mempromote video tugasan sendiri jugak nanti...ngeee T_T! 

Thanks for reading! 

Cuti Muharram dan Awak Sungguh "Perfect"

October 03, 2016

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H.
Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam.

Hari ni, baru aku ada peluang untuk 'me time'. Dua minggu selepas cuti seminggu hari tu, memang terasa hidup dalam fast lane. (Welcome to the real Rat Race sofie!)

Cuti Muharram. 
Kawan aku ajak jadi tourist guide. Ajar dia cara pergi ke KLIA. Sebab menurut beliau, dia tak nak menyusahkan orang setiap kali nak balik Langkawi menggunakan kapal terbang Air Asia, ataupun MAS airlines. So, aku terima tawaran dia. Plus, aku pun banyak lagi benda yang perlu diteroka. Misalnya, menajamkan lagi pemikiran dan mata dengan keadaan sekeliling.

Done! Aku dapat rasakan pengaruh penulisan aku kali ini disebabkan novel 'Awak Sungguh "Perfect"'. Malam tadi, aku khatamkan novel tu, yang sepatutnya aku baca masa cuti sem or mid-sem nanti. Disebabkan curiosity itu membunuh, jadi, aku tewas.

Awak Sungguh "Perfect"


Novel ni jadi peneman boring aku kalau penceramah PDS tu 'agak boring'. (mendengar ceramah untuk dua hari berturut-turut itu sangat memenatkan minda T_T...) Yup! memang semua orang yang baca title tu akan mencebik...dan berkata...

"Uish, tajuk novel zaman sekarang...semua lebih kurang je..." sambil memandang sinis pada novel yang aku pegang. Sungguh, pandangan itu membuatkan aku rasa kredibiliti penulis yang aku sanjung itu bagai dipandang lekeh. Aku kurang gemar rasa tu...dan jika anda bukanlah penggemar novel, atau membaca atau anda gemar membaca tetapi tidak kisah siapa penulisnya, anda tidak layak untuk menilai.

Nurul Syahida aka kak shai adalah satu-satunya penulis yang aku sanjung penulisan beliau selain daripada RAM, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Pingu Toha, Noor Suraya dan penulis otai yang lain. Maka aku terangkan pada mereka.

"Kalau ikut saya, memang saya tak suka semua novel kat pasaran sekarang. Tapi, disebabkan saya dah lama menanti karya terbaru penulis ni jadi bila saya dapat tahu ada novel terbaru dari beliau, secara automatiknya saya akan berusaha untuk dapatkan! Dan saya hanya akan membeli novel dari penulis yang berjaya membuat saya hidup dalam dunia novel mereka..." dengan bersungguh aku cerita.

"Siapa penulis tu?"

"Ala, penulis yang cipta watak Pyan..." lagi berkerut dahi diorang lagi adalah. Mana yang tahu, faham...yang tak tahu, diam dan angguk.

Aku tak rasa orang akan faham. Aku tak minta diorang tahu atau kenal atau paksa diorang baca semua karya beliau. Lain orang lain citarasa. Aku suka penulisan dia sebab rasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Watak yang bukan dipelopori oleh semua bangsawan yang menyebabkan aku rasa rekaan cerita dia melampau-lampau. Tak. Nurul Syahida adalah penulis yang menyebabkan aku minat sejarah, sejarah politik dunia, perang, oldies dan jadi diri aku sekarang. Novel dia, wujud masa aku alami krisis identiti.

Awak sungguh "perfect"
Bukan cerita tentang kesempurnaan. Tapi, kesederhanaan. 

Okaylah, kalau aku tanya soalan kepada para peminat novel diluar sana;

"Watak novel apakah yang berjaya membuatkan korang lemas dalam cerita mereka? sehingga bila dah habis baca novel tu, baru korang dapat udara..."

Jawapan aku: Uth. Aku minat pyan, tapi Uth buat aku lemas dan sesak nafas. Uth buat aku jadi overthinker. Pyan buat aku nak mencari manusia semacam dia. Uth, buat aku jadi macam dia. Uth. Uth watak ciptaan Pingu Toha. Pyan, rekaan Nurul Syahida. Sunan,...idola aku untuk menjadi terbaik...Sunan, buat aku malu sendiri.

Cuti Muharram dan Awak Sungguh "Perfect"

Cuti Muharram aku berjaya habiskan membaca Awak Sungguh "Perfect". Berbaloi untuk dimiliki. Buat aku kurang rasa takut dengan kucing. Entah sejak bila takut kucing tah...Dia bukan takut, tapi geli..teringat zaman dedulu aku pernah tercampakkan kucing bila sorang kawan aku letakkan kucing tu dekat riba aku tanpa aku perasan. Tindakan reflect! Dan kucing tu jadi mangsa keadaan..hahahahhaha kesian kau kucing....-maafkan aku kucing..*_*...

Cerita fresh hari ini. Thanks guys sudi baca walau aku tak sempat lagi balas komen korang. All the best untuk semua dan Salam Muharram 1438H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. ^_^

p/s: yang baru follow blog ni, terima kasih sudi jenguk and follow sini. Korang boleh tinggalkan link untuk aku follow korang balik :)
© SOFIE ADIE. Design by FCD.