#Bertabahlah...

September 29, 2016

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan kata aku yang bakal menyinggung rasa dalam hati kalian. Perkongsian ini, aku harap dapat mencelikkan minda kita semua. Ini bukanlah topik serius, ia hanya satu isu kecil yang dipandang remeh.

Hari tu, aku dah cerita yang aku tukar kos. Bila kita tukar kos, tahu ajelah, cabaran dia memang banyak. Dugaan? tak payah cakaplah. Semuanya tertakluk pada diri kita samada nak jadikan perkara itu sebagai loncatan atau halangan.

Cabaran bila tukar kos masa ambil degree adalah:
Kita akan bermula dari semester satu balik.


Tak buat pengecualian kredit ke?
Ada. Tapi tertakluk pada subjek yang terlibat. Jika ada persamaan sebanyak 80%, mungkin kita boleh kecualikan. Kalau tak, memang kita kena ambil balik subjek tu..walau bunyi dia ala-ala sama.

Maka, nak atau tidak...pilihan tu aku dah buat. #bertabahlah.

Masa perjumpaan dengan semua pelajar baru dari FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur), dia ada tiga kategori:-
  1. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang yang sama
  2. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang lain (tukar kos-ini aku-)
  3. Pelajar Asasi, STPM dan Matriks
Untuk kategori dua dan tiga mereka kebanyakkannya akan bermula dari semester 1 bagi peringkat degree. Dan kategori 1 pulak, akan terus lompat ke semester 3.

Sebabnya?
Subjek tu mereka dah belajar masa diploma dulu.

Beruntungnya calon kategori satu ni, diorang hanya belajar selama dua tahun je untuk degree.

Dalam FSPU, calon kebanyakkan datang dari UiTM Sri Iskandar (S.I) dan juga UiTM Arau. Malangnya, ramai yang tak tahu bahawasanya di Arau ada UiTM! #bertabahlah

Aku ada dapat soalan yang 'sangat cerdik' dari salah seorang kenalan dari kenalan yang aku baru berkenalan. Takpe...pujuk dalam hati, kali ni aku maafkanlah dia. Sesungguhnya dia tidak mengetahui...so, kat sini aku nak cerita, in case masih ramai lagi yang tak tahu.

Arau ada apa ek?!
Arau ada UiTM. Namanya UiTM kampus Arau, Perlis. Ia juga dikategorikan sebagai kampus cawangan yang terbesar. Lagi satu, ada Academic Height! - Tempat lepak paling best! -


Perlis ni walaupun kecil, tapi padat dengan institusi pendidikan. Yang meriahkan Perlis adalah pelajar. Itu fenomena yang tak asing lagi. Di Perlis, masih belum ada lapangan terbang. Walau tiada wayang, Perlis masih mampu menjadi destinasi liburan. Berbanggalah kalau korang dapat sambung belajar kat Perlis.

ni mesti kes tido masa MDS hari tu nih..sampai basic knowledge tentang uitm pun tak tau ni...kan?-

Aku sanggup ambil bidang Geoamtik semata-mata nak datang dan duduk kat Perlis. Alhamdulillah, pengalamannya sangat berbaloi dengan risiko yang aku ambik... ^_^

Awak semua, yang mana dapat sambung belajar di UiTM, janganlah merasa kerdil. Berbanggalah walau sedikit. Tapi, jangan sampai riak. Sifat 'humble' tu silalah semat dalam diri. Jangan terlalu mendongak sampai lupa pandang ke bawah.

Dimana saja kita berada, tanah dan langit tak pernah tinggalkan kita sendirian. Kalau tak ditelan bumi, dihujani batu...

Tak, aku tak marah pun dengan korang...Cuma aku terkilan. Sangat terkilan bila situasi begini berlaku. Kita semua sama je.  -Dari tanah kita datang, pada ia kita kembali.- Cumanya, aku tak mau rasa terkilan tu mencengkam sampai ke sanubari. Cukuplah sekadar atas angin. Sehari dua mungkin aku betah lagi melayan karenah mereka...

Jadinya, untuk mengelakkan peristiwa ni berulang, aku jelaskan lagi disini;-

bahawasanya di Arau terdapat UiTM. 

Kadang benda macam ni, kita tak tahu pun bakal menyinggung mana-mana pihak. Sebab bagi kita, benda tu takde maksud apa-apa. Maka, pesan aku satu je; bertabahlah pabila ia melanda anda semua. Usah melatah atau melenting, mungkin benar mereka tidak tahu. Maka, jalan terbaik; berdiam diri atau perjelaskan pada mereka.

Iya, dulu aku tak tahu pun kat Perlis takde lapangan terbang. Aku tak tahu pun, kat Perlis takde wayang. Tapi, benda ni janganlah kita pertikaikan. Syukur tu penting...#syukurselalu

Masa mula sampai Arau, aku pun terkejut. Maunya tak terperanjat bila kita biasa shopping kat mall, bangunan tinggi-tinggi belaka (takdelah tinggi mana pun...). Tetiba kat Perlis, semuanya nampak klasik. (Tapi sekarang Perlis dah maju wooo..jangan memain tau!) Dengan lampu isyarat setiap lima minitnya. Kadang tu bengkek jugaklah...

Tapi, bila aku dah tinggalkan tempat tu, perasaan aku masih lagi melekat kat situ. Aku rasa rindu giler nak pusing Arau. Rindu tom yam dia. Rindu barangan yang murah. Kedamaian yang dia ada....#rinduarau T^T


Betullah kata orang, benda dah takde baru dirindu. Bila depan mata, serba buat tak tahu...- lumrah -

#Bertabahlah duhai hati. 
Cabaran hari ini, jadikan pemangkin untuk hari seterusnya,
Fahami setiap manusia,
Paling tidak, hormati prinsip mereka.

Last but not least, #bertabahlah dengan karenah manusia. Lagi-lagi sekarang ni aku hidup dalam kelompok yang sangat ramai. Maka, probability untuk menjadi seorang yang 'remarkable' tu adalah sangat sukar. Satu je kunci dia, jadilah diri sendiri...

Maaf dari hati dari saya untuk anda; pembaca budiman semua...

Thanks for reading!

p/s: awalnya aku nak bebel pasal betapa ramainya calon yang ambik kos ni...T__T

Fashion?

September 26, 2016

"Gila!" 
Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion.

"Kau gila? tak pernah selama ni kau pakai fancy, tetiba je nak tukar?"

"Aku tahu, berubah itu memang menakutkan. Lagi-lagi bila ianya melibatkan diri kau sendiri. "

"Selama ni, aku tak pernah rasa insecure bila pakai tudung yang sama selama seminggu. Aku tak kisah pun pasal orang lain...tapi sekarang, aku rasa pelik...aku yang pelik ke, tempat ni yang pelik?"

Ya. Kawasan memainkan peranan dalam mengubah identiti diri. Dulu, kau juga yang berjanji akan belajar perlahan-lahan untuk ubah gaya hidup kau. Sekaranglah masanya...

Takut?
Biasalah. Tidak dinamakan berubah jika kau berani...*ketawakan diri sendiri*

"Kalau boleh, saya nak semua pelajar saya cantik-cantik belaka setiap kali datang ke kelas..."

Gila!
"Nak pergi kelas pun kena melaram bagai ke?" suara hati memberontak. Mulut ikut rentak.

"Alahai, kolotnya cara pemakaian dia..."

"Biar buruk baju dipakai, asal miliki pekerti..." hati cuba menyedapkan pandangan.

Prinsip dia dalam pemakaian hanya satu:- selesa dan mudah dipakai.

T-shirt berlengan panjang dan seluar jean. Paling tidak pun, berbaju kurung. Paling express, sekadar menyarung jubah hitam. Siap! 

Tudung? cukup sekadar tudung sarung. Lima minit sudah cukup untuk bersiap. 

Tapi, sejauh mana warga ini memahami prinsip dia, dia menjadi ragu. Keliru.

"Kau calitlah sikit make-up kat muka tu, kasi tak nampak pucat. Paling kurang, bedak compact dan lip-stick..." 

Ah, mudahnya menjadi penasihat fashion...

Dia lihat koleksi make-up untuk sang pemula. Ah, menakutkan! Terlalu banyak lapisan perlu disalut pada wajah. Dia sendiri pun tak ingat. 


Gila!
Banyak benar barang yang perlu ada. Ini baru untuk pemula. Yang baru untuk berjinak. 

Peneman mukanya selama ini hanyalah bedak bayi. Bila bibir kering, baru dicalit sedikit lip-balm. Itu pun jarang.

Hela nafas berat.
Pujuk diri, yang perubahan ke arah yang lebih bagus dan baik itu tidaklah seseram menonton Nightmare at Elm Street. 

Fashion bukan gila.
Fashion melibatkan keyakinan diri. 
Dari pemakaian orang boleh baca diri kita. Ibarat muka depan setiap buku. 
Bicara kita pula adalah sinopsisnya...

Termangu membelek instagram.
Rungsing memilih warna tudung yang sesuai.

Warna yang dia tahu hanya dua; Hitam dan Putih.
Jika tiada hitam, maka putihlah pakainya.
Jika kerja dilapangan, laju saja hitam disarungnya.

Ah, fashion itu merumitkan kepala saja!

"Benda cantik, semua orang suka..." ujar sahabat.

"Aku cuba..." berat hati untuk mengucapkannya...

"Tapi kau, usah mempersendakan aku bila keadaan sudah tak seperti dahulu..."

Manusia,
selalunya bukan takut pada perubahan. 
Mereka takut pada kritikan...

Keyakinan mereka mudah rapuh tanpa sokongan. 
Mereka takut diketawakan.
Mereka berasa kecewa bila diperkotak-katikkan...
Kerana itu mereka lebih senang menjadi yang malar.

Welcome to UiTM Shah Alam!

September 22, 2016

Holla there!

Seperti yang sedia tahu, aku telah pun tukar kos dari Geomatik kepada Pengurusan Hartanah. Dari AP120 kepada AP225. Berpindah dari Arau, Perlis ke Shah Alam, Selangor. 

credit
Perubahan yang mendadak itu agak sukar ya kawan-kawan. Kerana, selama ni aku selalu pilih tempat pengajian di kawasan yang agak terpencil dari kesibukan kota raya. Alasan:-
  • Ia lebih selesa, aman, damai dan tenang. 
  • Dengan kewujudan udara bersih, tak perlu risau untuk mengambil pelbagai supplemen demi menjaga kesihatan. Memadailah dengan bersenam dan rajin berjalan di sekitar kampus.
  • Kos sara hidup rendah - makanan murah

Tapi sekarang, aku kena bertahan...(#bestrong) sebabnya; di situlah aku akan menetap untuk tahun-tahun yang akan datang. Aku kena biasakan diri dengan; 
  • hiruk pikuk kota raya, 
  • pengangkutan awam, 
  • kesesakan lalu lintas, 
  • keramaian manusia yang berbondong-bondong
  • kos sara hidup agak tinggi
  • dan macam-macamlah!

So, hari sabtu yang lalu (030916), secara rasminya aku menjadi warga kolej Anggerik di UiTM Shah Alam. Sebelum aku mendaftar, aku sempatlah belek dua tiga blog yang cerita pasal pengalaman mereka. Hakikinya, aku tak faham pun apa yang mereka cerita sebab aku tak dapat gambaran tempat tersebut tapi cukuplah untuk aku tahu yang:

"...mana-mana pelajar perempuan dari calon penerapan yang mengambil program di bawah Fakulti Seni bina, perancangan dan ukur (FSPU), mereka secara automatiknya akan menjadi penghuni Kolej Anggerik..."

Kolej Anggerik ni adalah:-
  • kolej paling dekat dengan FSPU. sebab tak perlu naik turun bas untuk pergi ke kelas.
  • Dekat dengan pintu masuk UiTM depan Jakel aka Seksyen 7 
(untuk ke seksyen 7, kalau malas naik bas, korang boleh jalan kaki je...kat situ macam-macam ada! satu je aku pesan; kawal diri k?)

Makanya, aku tersangatlah bersyukur bagi semester ni sebab kelas semuanya dekat. Jarak dia lagi dekat dari masa aku dok Arau dulu. Cuma, dia lebih berbukit cerun gitu.... (rujukan map)

Aku dok sekitar kawasan dalam bulatan hijau tu...
Besar tak besar kampus dia, Masya-Allah....-kalau sesat, memang boleh meroyan jugaklah...-

Kolej Anggerik:
  • Ada dua tingkat sahaja
  • Ada Anggerik dan Anggerik Baru (AB) -aku dok belah Anggerik Baru-
  • Satu bilik ada empat orang
  • Ada satu cafe 

Port aku untuk semester ni...(time ni baru je sampai...)
Masa seminggu kat sana
aku dah habis pusing sekitar situ...(sementara kelas belum start). Saja nak jenguk kawasan dulu...so apa-apa lepas ni takdelah sakit jiwa sangat...hahahaha

First aku pi jalan kaki ke seksyen 7. Esoknya pi  naik bas ke Seksyen 2. Lepas tu, pi beli tiket dekat TBS. Then teman orang beli tiket kat seksyen 13. Habis je pusing, terus demam selsema! Ambek kau!!

Masa raya haji, 
orang cuti seminggu dok relax je senang lenang. Aku? Dok telan segala macam jenis ubat nak kasi kebah. Rasanya, inilah selsema paling teruk aku alami...sebabnya...tonsil bengkak, then kahak pun bertukar kaler dari putih ke merah...T^T 

Pi klinik, depa kasi ubat batuk ja...Plan aku, ingatkan nak balik awal. Tapi, kesihatan tidak mengizinkan. Maafkan aku kawan...lain waktu, ada peluang, insyaAllah kitakan bertemu lagi ^_^

Begitulah kisah aku pada minggu pertama di UiTM Shah Alam....sesat, salah naik bas, #rinduarau memang tak terkatalah....tapi tu lah, orang kata 'Alah bisa tegal biasa..'. Memula je rasa macam ni, lepas sebulan....confirm tak terfikir dah....(harapnya begitulah...)

Maka, aku akhiri entri kali ini dengan ucapan; 

Selamat Berjuang kepada semua rakan taulan dimana jua kalian berada dan Selamat maju jaya dalam semua bidang yang kalian ceburi. Semoga tetap bersemangat hingga ke akhirnya! Ingat daku dalam doamu, lupakan daku dalam solatmu...

Jaga diri, jaga iman,
Bila terasa sendiri, ingatlah kau punya teman,
Jangan biarkan diri hanyut tanpa sebarang pegangan.
- dari seorang kawan yang sentiasa ada walau kita berjauhan...-
insyaAllah....

Thanks for reading!

A note from past me...

September 19, 2016

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri ini, adalah auto publish post yang telah disetkan untuk memastikan blog ini tidak terbiar seperti padang jarak padang terkukur. Oleh kerana itu, aku akan pastikan yang setiap seminggu akan ada dua entri untuk tatapan kalian...

Bila?
InsyaAllah pada setiap hari Isnin dan Khamis. (Mengingatkan aku untuk puasa sunat ^_^)

Maaf untuk blogger yang anjurkan segmen, give away atau contest pada waktu ni..sebab aku tak dapat join. T__T...memang teringin nak join...tapi karang tak pepasal, aku menang..then aku tak tuntut hadiah tu...rugi woo... (berangan macam kau menang je setiap segmen tu kan?)


Ke mana aku menghilang?
Bermula minggu ni, (iaitu minggu depan ketika aku menaip) aku sedang berusaha untuk memberi tumpuan yang sepenuhya terhadap pengajian yang sedang aku ambil. 

Untuk yang bertanya, bidang apakah yang aku ambil selepas beria-ia ucap Sayonara pada Perihelion?
Aku pilih:- Pengurusan Hartanah di UiTM Shah Alam...- (ceritera lanjut tentang program ni aku akan update sejajar dengan waktu yang bergerak... )

So, bermula dari detik itu, aku akan menetap di sana untuk tiga tahun yang akan datang. (Shah Alam, peace yo!)

Best tak?
Yang itu, aku belum dapat cerita sebab masih baru lagi. So far, perasaan aku tersangatlah berdebar. Sebab dia macam memerlukan keyakinan yang tinggi...walhal keyakinan yang aku ada, hanya senipis kertas A4 30gsm. T___T

Ya, ramai blogger yang dapat sambung pengajian jugakkan? Korang lagi hebat. Ada yang sambung di UM (cc for kim chaa), ada yang sambung di UKM, UTM, UTP dan sebagainya...- best kot baca cerita korang! rajin-rajinlah update k? -

Tahniah aku ucapkan untuk korang semua! Dan doa aku;

semoga kita semua menjadi penyambung profesional dalam apa jua bidang yang kita ceburi...-Amin-"

Aku tak janji yang aku akan melepak kat blog korang, tapi selagi ada line internet, aku akan cuba untuk membaca serta mengomen. Paling kurang pun aku merayap kat blog korang sesaja kalau ada masa lapang...(insyaAllah...)

To all my loyal readers, thank you very much for spending your time to read this blog. I wish all the best for your life!

Thanks for reading!

Sadako vs Kayako & Don't Breathe

September 12, 2016

Jujurnya aku bukanlah seorang peminat horror movies atau cerita bunuhan ni...paling pun aku layan Insidious series dengan Conjuring. Itu pun conjuring 2, aku tak tengok-tengok lagi. Yeah, sebab dengar ura kata dia seram...maka, sampai sekarang aku tak berani tengok...(tunggulah kalau ada member yang gila horror teman, mungkin time tu adalah berani sikit...tak pun masa bulan puasa...heheheheh)


(aku tak mboh letak poster cerita, pasai aku pun tak cukup kuat semangat..huhuhuhu)

Macam mana boleh terlayan Sadako vs Kayako kalau tak minat horror?
Oh, ini sebab kakak aku yang belanja. Tips nak tengok wayang tanpa belanja besar adalah...:- tengok pada hari rabu..- maka, setiap hari rabu, kalau ada rezeki, pergilah tengok cerita apa yang menarik....

Sebenarnya, tertakluk pada jam jugak. Kitaorang selalu tengok masa pukul 11:00. Pilihan yang ada masa tu, hanyalah si sadako ni..nak tak nak, cubalah memberanikan diri untuk menontonnya...

Sadako vs Kayako
Aku tak pernah tengok Sadako atau pun Kayako secara solo. Alasan: cerita hantu jepun ni boleh tahan 'kuat'...sama macam horror thailand...(satu je cerita hantu komedi thai yang aku boleh bantai adalah Pee Mak...yang lain...tak berani aih!)

Cerita tu, rating imdb dia takdelah tinggi sangat. Tak tau pasai pa...bagi aku yang tak minat horror, rating aku untuk tahap seram dia 8/10. Sebab...lepas tengok cerita tu aku terpaksa layan mana-mana kartun dulu sebelum tidur. 

Sadako: Video sumpahan- yang kalau sesiapa tengok akan dapat panggilan telefon dan selepas dua hari mereka akan mati tanpa sedar. Dan sesiapa yang menghalang juga akan turut terbunuh. 

Kayako: Aku tak mau hurai pasal Kayako...siapa tahu, tahu...kalau tak tahu anda boleh google...

Pengajaran yang aku dapat dari cerita tu:
Kalau ada orang share video-video seram jangan buka sembarangan. 

Minggu seterusnya, aku yang teringin nak layan Don't Breathe. Pasal rating dia boleh tahan tinggi jugak. (Menurut adik aku yang baru setengah jam tonton dia kata bosan!) Mungkin agak bosanlah...sikit...

Don't Breathe
Cerita pasal tiga orang pencuri yang merompak dekat sebuah rumah milik army veteran. Army ni memiliki tunai yang sangat banyak disebabkan dia dapat pampasan ganti rugi daripada seorang perempuan kaya yang melanggar anak dia sampai mati.


Dah nama pun army, veteran lagi tu...sah-sahlah dia orang yang merbahaya. Tak kiralah dia buta ke, pekak ke, tuli ke apa...army...gerunlah sikit! Silapnya diorang tiga ni tadi, sikit pun tak takut. Adalah sorang tu rasa macam tak sedap hati. Tapi, demi kawan..turutilah jugak...

Tak pepasal, awal masuk tiga, keluar takde sesape...

Dan kitaorang keluar dari wayang dengan wajah blank. Macam tu je? - untuk kedua-dua cerita ni..-

Memang ending cerita horror/thriller selalu macam tu ek?
- selalu buat orang tertanya-tanya; adakah kisah itu akan berulang dan tiada akhir?
- terpana untuk seketika..rupanya kisah tu tak pernah habis pun...

***
Bagi aku, tengok genre horror kat wayang adalah sangat RUGI! Pasal 85% aku tutup mata dan telinga. Baki dia aku intai balik tudung...(Nasib baik orang belanja....kalau duit sendiri...cerita dia memang taklah kan...)

Itu saja bebelan aku kali ni...takde mende pun nak review kalau tuan dia pun penakut 2x5..T__T..Aku memerlukan paling kurang tiga hari untuk menstabilkan otak, minda dan jiwa supaya tidak memikirkan perkara sebegitu...

So, kalau ada antara korang yang lebih kurang penakutnya dengan aku kan, korang rela ke tak tengok cerita horror even orang belanja? Apa cerita paling menakutkan yang korang pernah tengok dan berapa lama masa untuk neutralkan balik perasaan korang lepas tengok cerita tu?

Thanks for spending your precious time to read my entry! :)
All the best with your life!

p/s: orang dah sibuk dengan "Train to Busan" aku baru dok update citer lama gini...apadaa....oh, btw TTB tu pun aku baru je abis tengok...dan sesungguhnya, aku tak berminat dengan cerita zombi dan sekufu dengannya....huhuhuhu (sepatutnya ni post semalam, tapi angin aral lintang celah mana tah, maka aku terpaksa tunda hari ni...)

Penangan Arrow

September 08, 2016

Ianya bermula dari Gotham. Dituruti oleh The Flash. Dan aku tak pernah jangka perasaan aku akan diserap ke dalam watak cerita Arrow sampai teruk macam ni sekali...okay, mungkin aku terlalu letakkan jiwa sampai rasa benda tu real. Sukar menapis mana satu real dan fantasi...(mana taknya dah seminggu-minggu ni aku mengadap Arrow ja...) sampai masuk dalam mimpi bagailah siap berperang dengan League of Assassins lagi..- ini dah memang over dah...-


Patutnya, aku publish entry ni dulu lepas aku habis marathon ri tu...tapi jiwa aku kacau. Aku meroyan sensorang dulu untuk bagi jiwa tu dibawa lari...Disebabkan minggu cuti aku dah habis...

Untuk hilangkan rasa 'takleh move on aku dengan cerita Arrow', aku akan letakkan semua perasaan tu dalam entri ni. Mungkin dengan cara tu aku dapat lupakan apa yang aku rasa untuk seketika. Harap berhasillah...

Bagi aku cerita ni terlalu banyak nasihat untuk diambik. Aku suka cara diorang bertoleransi, kerjasama, persefahaman diorang. Tindakan diorang bila berlaku perbezaan pendapat. Mula aku geram giler sebab Oliver playboy...syukur dia diberi peluang untuk survive kat Lian Yu. Berubahlah sikit tabiat dia tu. -sikit jerlah...-

Sedih; sebab orang pandang Arrow tu penjenayah, pembunuh dan bukan hero. Bengang giler, bila Oliver ni ada satu habit yang menyukarkan benda yang simple. Tapi ada baik dia jugak, cuma tak semua orang boleh tahan dengan perasaan ingin tahu yang kadang boleh sampai syak wasangka...tak pasal-pasal kena fitnah...parah!

Adalah beberapa scene yang buat aku sebak dan mengalir air mata (ayat skema habis...) disebabkan beratnya tanggungjawab seorang Oliver Queen ni yang hanya dia je tahu. Sebagai penonton, aku teringin nak terangkan dekat kawan-kawan; betapa sukarnya hidup dua identiti lebih-lebih lagi dia tu orang famous. 

Kalau dari segi uruskan identiti, aku tabik cara Bruce Wayne lagilah kot... (Oliver Queen, anda harus belajar teknik pengurusan dua identiti daripada Bruce Wayne...)

Bila dapat tahu Felicity break up dengan dia, aku rasa hilang fokus Oliver tu sampai takleh nak bergerak dari tempat duduk. Sedihnya.... T^T...Diorang dah cukup perfect antara satu sama lain kot...dah tempah tempat untuk kahwin bagai..tup tup...cancel. Kena pulak Cupid menggila...memang misi diorang hari tu penuh emosi sampai aku pun rasa patah hati...(sikap over-feeling tak sudah-sudah!)

Alasan lainnya yang menyebabkan aku rasa rugi kalau tak layan Arrow adalah; Deadshot dalam cerita ni lagi 'cool' dari movie Suicide Squad. Aku sanggup rewind banyak kali semata-mata nak dengar dia bersiul...adoyai...parah-parah...(pakcik-pakcik, apasalla pak cik cool sangat...sib baik watak dia dimatikan...kalau tidak...parah dia tahap kritikal mungkin!)


Yang menarikkan lagi cerita ni bila dia ada crossover dengan The Flash dan Legends of Tomorrow. Legends of Tomorrow aku layan...tapi, tak hadam semua episod. (alasan: takleh move on dengan Arrow.. T__T)

Aku sebenarnya masih tak boleh terima yang Olie husband Nyssa. Sumpah aku meroyan bila diorang kena kahwin paksa...huwawawa....tapi kind of cute jugaklah kan bila Nyssa selalu remind kat Olie yang 'you are my husband'...alololahai... 


Ni adalah rough summary bagi ending setiap season dan 'kepala' dia (based on apa yang aku faham...)
Season 1: The undertaking - Malcolm Merlyn
Tommy mati dalam season ni, hasil gempa bumi bapak dia sendiri..

Season 2: The siege - Deathstroke/ Slade Wilson, Mirakuru -kambing hitam: Isabel Rochev, Sebastian Blood
Mak oliver mati kena bunuh Slade yang tak habis dengan dendam lama dia yang dah berulat. 

Season 3: League of Assassins- Ra's Al-Ghul
Sara mati..tapi hidup balik lepas diselam dalam Lazarus Pit

Season 4: Genesis -  Damien Darhk, Ghost
Laurel mati...

Tentera yang paling jahat sekali aku rasa yang kena suntik Mirakuru, sebab dia serbu dan serang tanpa peri. Tapi, aku berubah fikiran bila tahu Ghost tu lagi gila. So, dua bala tentera ni lah yang akan menghantui dalam siri lain...

Antara sebab yang 'jatuhkan lagi hati aku pada Arrow' adalah:-
- Parkour
- League of Assassins
- Arrow tu sendiri...(teknik memanah yang awesome!)
- Plot twist


[Tak taulah ni perasaan aku je ke atau memang hood Arrow dalam season 4 makin pendek? Dia macam dah makin terdedah sikit lah berbanding hood yang awal...T__T ]

Secilik Harrison Wells, cilik lagi Malcolm Merlyn. Tangan dah kena potong pun, ada hati lagi nak musnahkan hidup orang. Memang menjadilah watak diorang. Sampai aku rasa cam nak pecahkan skrin lappy bila tengok muka orang jahat. Lagi-lagi pak cik Damien tu. Menyampah giler!

Aku tahu aku tak patut pun 'jatuh hati' dengan karakter cerita ni. Tapi, nak buat macam mana...huhuhu...Selepas tiga hari, adalah rasa tenang sikit. Dan lepas aku 'membebel' dalam entri ni, adalah rasa lega...fuh!

See you on next season Team Arrow!

thanks for reading!

Summary of my holiday

September 05, 2016

Aku mula cuti hari tu 210416 sampai 020916. So ada lebih kurang enam bulan aku cuti. Wow! aku pun tak perasan selama tu aku cuti rupanya. Maka, sepanjang enam bulan tu, adalah dua tiga benda yang aku rasa bermanfaat dan faedahnya...(kata aku...T_T). Aku cubalah senaraikan aktiviti yang aku buat sepanjang cuti hari tu...

1- Job Hunting
Bulan pertama tu, aku buat job hunting untuk part-time. Tapi, sampai kesudah takde. Mula tu, aku try apply dekat tempat yang aku pernah kerja dulu. Tapi, yang ada hanya sia-sia. Sebab diorang cakap, bila orang lama, nak masuk balik, dia macam susah sikitlah bagi pihak pengurusan. Itu kata diorang.

2- Bazaar

Antara menu bazaar
Tak lama lepas tu, puasa. Atas kebosanan yang melampau, aku turut kehendak umi untuk bukak bazaar. Menurut beliau; "At least, ada jugak duit gaji untuk raya nanti...". Dan aku pun akur, memandangkan berniaga kat bazaar pun dapat kutip banyak cerita, idea dan duit...

3- Belajar memandu

Rujukan litar
Dah lama aku idam nak ambil lesen., baru sekarang tertunai. Sekarang aku dah ada lesen secara rasminya! yuhuu....(aku start bulan lima, tamat bulan 8)

4- Belajar memasak
Tak banyak. Cukup sekadar untuk aku alas perut time mengidam feveret sendiri. Tapi takdelah sampai tahap fancy punya masakan.

5- Marathon movies & tv series
Tak cukup banyaklah aku marathon. Tapi, kalau rasa sampai nak muntah tengok movies tu, kira banyaklah kot...sampai ada fever gila dan angau dengan cerita tu, itu dah cukup untuk aku cover satu pengajian...(harap-haraplah...)

Biasa aku layan online je semua cerita yang lama. Cerita baru, aku layan kat wayang...

6- Baca buku...

Antara novel yang aku pulun...
Aku kalau cuti kat rumah, gila pada novel tu memang jatuh merudum. Ada sesetengah tu, yang betul-betul aku rasa nak baca, aku baca. Ada jugak buku selain pada novel tu aku baca untuk terapi pada otak (Selepas angau setiap kali baca novel...). Dan aku rasa 32% dari cuti aku dihabiskan untuk membaca...iya ke?? hahahaha cam tipu je...

7- Main Game.
Situasi ni hanya berlaku bila line dekat rumah slow giler...adalah satu musim tu, seminggu line mogok...maka, kerjanya main game yang dedulu. Macam burger shop, pizza fenzy, Mystery P.I dan lain-lain lagi...

8- Join webinar
Webinar yang aku rasa menarik untuk join, boleh dibuat manfaat dan yang pastinya percuma memang aku join. Ada sesetengah webinar yang tak ikut waktu Malaysia, maka aku terpaksa hidup ikut waktu diorang...

9- Buat kek

Namanya kek bumblebee...penangan transformer katanya...
Masa raya hari tu, aku cuba belajar buat kek lapis sendiri. Ikut sukatan resepi dia yang betul, alhamdulillah menjadi jugaklah dalam dua biji. Kalau tak silap aku, kek tu masih ada lagi dalam freezer. 

***
Tu je? Tak sangka tak sampai sepuluh pun bila disenaraikan. Macam sikit pulak rasa aktiviti yang aku buat masa cuti. Okay, aku marathon tido...bantai sampai tak ingat dunia. Qada' balik tido yang tergendala dedulu..hahahhaha...(warning: jangan tiru aktiviti ini!)


Agak tak best, sebab tak kerja part-time (takde duit untuk beli tepon idaman...). Tapi, bagus jugak sebab masa last sem hari tu, aku punya muka burn. Bila cuti, kerja asyik dok dalam rumah. Maka, aku tak payah risau nak guna produk apa untuk kasi kulit normal. Cukup habis cuti, kulit dah macam sediakala. Jimat kos, tanpa sebarang rawatan!

Dan aku rasa inilah cuti paling lama yang aku habiskan di Miri. Biasa tak sampai pun enam bulan..paling lama pun dua bulan. Cuti akan datang, tak tau lagi nak habiskan dekat mana. Itu pun kalau ada cuti lagilah...

So, itulah dia kesimpulan aktiviti yang aku buat masa cuti hari tu. Ada sesetengah kawan aku, diorang start je cuti, terus kena panggil kerja...banyak syiok maa! Tapi, tu lah...rezeki masing-masing. (Ni fasa cuti masa habis diploma dan tunggu keputusan penerapan untuk sambung ke degree. Sebab tu cuti dia lama.)

Dan sesiapa yang sama fasa dengan aku, korang buat apa je time cuti hari tu? (time aku publish ni, korang pun sah-sahlah dah mula sibuk...apadaa...)

Last but not least, thanks for spending your precious time to read this entry ^_^. All the best for your life!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.