JPJ Story from Miri

August 30, 2016

Alhamdulillah tamat sudah sesi belajar memandu aku tepat pukul 12:50 tadi. Syukur sangat ditemani hujan rahmat, akhirnya aku LULUS!!! Yeay!

Aku tak tau pulak bila kita lulus JPJ, dia semacam ada satu feeling. Happy! Ya, happy giler sampai rasa macam sengih dia tak habis...(even time aku taip ni pun dok sengih semedang...) Macam tak sabar pulak nak pergi buat lesen P nanti. Memandangkan esok cuti umum, maka tunggulah keesokannya pulak...Hajatnya biarlah urusan tu sempat diselesaikan sebelum bertolak ke 'halaman buku kehidupan' yang seterusnya...


Aku ambil lesen kat tempat sendiri. Kos dalam RM 1 545++ jugaklah untuk manual (D). Ianya macam agak lama untuk aku selesaikan pembelajaran, sebab aku tak belajar sepanjang bulan puasa ritu. Aku busy dengan bazaar lepas ujian komputer. Markah dia cukup untuk aku lulus ke fasa seterusnya. Ada tiga soalan aku tak jawab betul. (otak celaru sebab time tu selsema....T__T)

Cukup dua minggu lepas raya, baru kaki aku ni berkenalan dengan pedal clutch, brek dan minyak. Hari pertama cikgu terus suruh aku drive. Mak aih! Yakin benar cikgu dengan muridnya nan sorang nih...

Disitulah bermulanya kisah aku dan kereta pertama untuk dapatkan lesen. Masa ontheroad pada hari berikutnya, aku bawak dalam keadaan hujan. Redah sampai tak cukup tangan nak kawal wiper punya pasal. Maklumlah gelabah tak tentu hala! Nasib baik radio jadi penghibur suasana. 

Hari ni bukan kali pertama aku ujian. Sebab first hari tu, aku gagal bahagian bukit dan lulus ontheroad. So, hari ni baru official lulus. Lega! 

Macam mana boleh gagal?
- Sebab aku press minyak tak cukup kuat masa nak turun bukit menyebabkan kereta terundur ke belakang. Secara automatiknya, aku GAGAL! 

Perasaan masa tu?
- Of courselah rasa macam dunia dah berakhir. Putus asa sikit pun adalah. Fobia. Rasa macam tak boleh dan tak yakin dengan apa yang dah dibelajar. 

Tapi, perasaan tu tak lama sebab memang standard lah kalau gagal bahagian bukit tu. Pujuk hati; yang hari tu bukanlah hari terakhir untuk aku lagi. (Lega sebab ramai kawan ulang dua kali jugak...hehehehe...so rilek brader, brader rilek...)

Calon Mengulang?
Menjadi calon mengulang ni seronok. Seronok sebab aku boleh bertukar cerita dengan mereka yang turut mengulang. Macam mana diorang boleh gagal, kereta nombor berapa dan apa pesanan cikgu diorang lepas gagal. Disamping itu juga, dapat berkenalan dengan diorang dan bertukar nombor. InsyaAllah kalau takde aral, bolehlah bertemu di Lan Berambeh 15/10 nanti...

Pesanan akhir cikgu aku:
"Jangan lepas clutch mengejut. Bahaya! Dan buatlah seperti apa yang selalu kamu buat..."

Cikgu yakin dengan aku, takkan aku tak boleh yakin dengan diri sendiri...itulah menjadi pemangkin untuk lulusnya aku hari ni..hahahahahah....terima kasih cikgu! jasa dan baktimu sungguh ku hargai.

Kali kedua?
Kali kedua ujian bahagian bukit, jujur aku cakap calon-calon lain memang sportinglah. Sebab diorang yang menjadi pasukan sorak untuk aku. Samada tayar tu dah masuk dengan sempurna kat bahagian kuning atau belum. Thank you gais!

Siapa tak eksited dapat turun bukit tu dengan jayanya?? Tipulah aku tak bersorak masa tu...alhamdulillah! (kalau dapat menari, time tu jugak aku dancing in the rain...sebab masa tu memang hujan..)

Nightmare?
Iyap! untuk bulan pertama, aku asyik mimpi dan dihantui dengan kereta. Setiap kali aku lalu jalan yang selalu diguna untuk belajar, aku mesti lakonkan balik cara cikgu aku. Punyalah berkesan cara dia ajar sampai moment tu dah terpatri dalam hardcore memory...

Tiada ujian yang tak boleh diredah walau hujan membasahi. Hati yakin, minda positif dan sokongan dari rakanlah yang menjadi pemangkin untuk hari ini terus hidup dalam senyuman ^_^

Pesan aku, berani gagal. Biar lambat asal selamat dan seboleh-bolehnya, jangan nervous. 

So, sesiapa yang bakal ambil lesen kelak, sediakan jiwa dan raga anda. Yang dah ada lesen, ingatlah peraturan yang dipelajari. Pandu cermat jiwa selamat. 

Aku yakin, semua orang ada JPJ story yang lagi menarik dari aku...yeah, aku pun dok mencari cerita macam ni masa first time ujian hari tu. Siap bookmark lagi blog yang ajar step by step...kelakar pulak rasa...Biar entri ni menjadi saksi yang aku officially dah lulus JPJ...hahahahah

Thanks for reading and all the best for your life!

Selagi cuti masih ada...

August 21, 2016

Dalam debaran persiapan untuk ke fasa kehidupan seterusnya, ada satu benda yang aku agak sukar untuk lepaskan. Dan aku ada lebih kurang dua minggu untuk tinggalkan zon hidup selesa. Maka, selagi cuti masih ada, ceritanya aku kena pulun semua aktiviti yang tak dapat dibuat bila sambung nanti. Bukan tak dapat, cuma nak kasi lebih fokus dengan pengajian dan otak pun dah boleh move on...kot dengan semua temporary addiction ni - Layan Movies + Series -


Selepas cik tashira kita membuat satu review yang sangat tepat pada masa yang sesuai tentang cerita Age of Youth (terima kasih tashira ^_^), aku pun dengan segera terus layan. Dan tidak semena-mena cerita tu membuatkan jiwa aku dekat sangat dengan jalan cerita dia. Akhirnya, aku tersangkut...ahh! tak percaya betullah.. dan bagi aku cerita tu lagi  menarik untuk aku layan berbanding W. Haa..W ni pun satu...aish! 

W punya cerita dia unik, misteri dan diluar imaginasi. Aku ingat penembak dari Rusia yang bunuh family dia..tu aku ingatlah masa episod awal. Mana tau dengki, sebab dia menangkan. Tapi tak... Sepanjang tengok cerita tu aku rasa macam tak habis-habis tanya, 'what if...benda macam tu real?' cuma kita tak sedar. Mungkin satu dalam trilion yang alami...Lepas tu, untuk neutralize-kan balik otak dengan melayan satu cerita Jepun.

Kisah pasal seorang perempuan yang terperangkap dengan cinta suami orang. Ikutkan 'suami orang' @ VP tu duda, tapi disebabkan kemalangan yang berlaku sebelum diorang sempat bercerai, maka fasa penceraian tak berlaku. Selepas insiden tu, isteri dia koma, maybe hilang sikit ingatan. Awal cerita, aku rasa heroin dia 'dah macam takde lelaki lain kat dunia ke, sampai pilih laki orang', tapi selepas beberapa episod, aku rasa 'masakan bertepuk sebelah tangankan berbunyi'. Lagipun, masa dia tersuka laki tu, dia tak tahu pun VP tu dah berkahwin. Kalau dari pemerhatian rawak akulahkan, ending dia mungkin si VP dan heroin tu bersama selepas isteri dia kena cerai. Plus, isteri dia yang curang dulu sebelum accident tu. Tapi...tak taulah...mungkin tetiba sebaliknya ke..(based on manga)

Okeh! dek penat layan cerita cintan cintun sedu sedan ni, aku pun beralih tengok superheros series. Mana tau dapat naikkan semangat ke apa ke kan. Gara-gara tak puas hati dengan Suicide Squad, (sebab pendek sangat movie dia) aku pun layan Gotham. Belum terlambat sangat kalau nak layan, sebab da baru nak masuk season 3 September ni nanti. Last season 2 dia, buat aku tak sabar pulak tunggu apa yang berlaku. Gotham city adalah antara tempat paling bahaya kalau nak settle down. Kalau aku pi melancong sana, sah-sah sehari semalam pun tak tahan. Kalau dapat tengok Batman pun, rezekilah...Dan bila tengok series ni, aku teringat kat Kang-Chul. Mungkin macam tu kot feel jadi watak komik, Kot... 


Dalam Gotham, aku paling kesian dengan Penguin aka Oswald Cobblepot. Sebab dia tahu semua agenda sebelum orang lain tahu dan dia terperangkap untuk bagitahu orang lain semata-mata sayangnya dia kat mak dia. Malangnya, mak dia tak dapat diselamatkan. Dan bila dia dah pulih jadi lebih optimis dan tinggalkan dunia gelap dia, orang sekeliling dia buli dan underestimated dia. Kejahatan dia bermula balik bila ayah dia dibunuh. 

See, aku takleh move on dengan Bruce Wayne. Gara-gara Dr. Hugo Strange buat klon dia. Dan aku cuba cari series lain yang boleh legakan sikit rasa hati. Beralihlah aku pada The Flash. Silap aku, patutnya marathon Arrow dulu, baru The Flash. Tapi, semangat ingin tahu pada Barry Allen tu buat aku takleh nak patah balik dah...yang paling excited dia bila Arrow muncul dalam The Flash untuk beberapa episod. Ahh!!! rasa macam nak ketuk kepala sebab salah list marathon!

"My name is Barry Allen and I am the fastest man alive. When I was a child, I saw my mother killed by something impossible. My father went to prison for her murder. Then the accident made me the impossible. To the outside world I am an ordinary forensic scientist but secretly I used my speed t fight crime and find others like me. And one day I'll find who kill my mother and get justice for my father. I am The Flash!" 


Dan dialog tu, sampai terbawak ke dalam mimpi. Tak bleh bla betullah! Dan aku tak sabar tunggu Season 3 Oktober nanti. Aku naik geram dengan si Barry ni sebab dia ni susah betul nak move on. Mentang-mentang boleh time travel, suka hati dia je nak ubah. Kind of ubah takdir mungkin. Susah nak terima hakikat macam tulah. Macam geram tapi dalam masa yang sama kesian. Kesian sebab memang 'peel' orang ada power kot dia rasa semua benda tu salah dia. Come onlah! Dia dah rosakkan timeline kot! Bila tahu yang earth ni infiniti (based on cerita tulah kan), aku wonder jugak apalah doppelganger aku kat earth-2 or earth-3....wujud ke laluan tembus untuk ke dunia lain? Dan aku suka cara team flash kerjasama.

Aku suka dengan watak Harrison Well, muslihatnya sukar ditebak. Cakap jerlah nak balik rumah terang-terang. Masalah betullah... (Nak dijadikan cerita....) Suka dengan gila-gila Cisco dan eksperesi dia..


I can't never forget this expression when Zoom killed his father. Terimalah hakikat Barry, semua hero diuji dengan kehilangan orang yang mereka sayang...

Tapi, bagi aku so far Central City lebih aman dari Gotham. Kalau nak lepak kat Big Belly Burger or Jitters pun okay. Dan banyak lagi series yang berkaitan dalam waiting list. Takleh nak teruskan sebab nak bagi neutral dulu feeling ni. Kecewa dengan The Flash, gerun dengan kegilaan yang bakal melanda Gotham. Macam manalah nak pergi ke Star City...

Konklusinya, ada lima cerita yang aku summarykan kat sini. Age of Youth, W, Seisei Suruhodo Aisheteru, Gotham dan The Flash. 

Aku suka jalan cerita Age of Youth, keunikan W, penyelesaian masalah VP, kegilaan villain Gotham dan semangat Barry. Buat tidur tak lena. hahahahaha...itulah reason aku tak aktif sejak dua menjak ni...

Excuse me readers, I have a lot of date in this week. Probably I would disappear...again....and thanks for reading!

Sayonara *Perihelion!

August 11, 2016

*Perihelion adalah nama batch kitaorang sebagai student Geomass 1316
Dalam istilah Astronomi, Perihelion adalah "the point in the orbit of a planet, asteroid or comet at which is closest to the sun."

Aku bukan nak hurai pasal Perihelion dari sudut astronomi, maka kalau terasa berminat untuk tahu lebih lanjut boleh layari laman sesawang atau buku rujukan yang berkaitan dengannya...okey?

So, dua hari lepas..seperti yang korang semua maklum dan alami..ia adalah hari yang paling (acane aku nak describe ek?) paling mendebarkan lah jugak. Sangat!!! Sampai aku rasa macam tidur pun tak lena dowh. Bila nak tido pun tak dapat, aku cubalah hiburkan diri ni supaya fikiran tu tak fokus pada 'kebarangkalian itu'....

1500 090816.
Konon buat hati kental. Tak nak semak...takut! Tapi cuba jugak semak. and...

"What? Tak dapat??!"

Mak aih! sodih eden ginie! kena buat rayuan lah gamaknya...

Dalam sedih begitu, baru aku perasan...nombor ic yang aku masukkan SALAH! hahahahahahha...Bismillahirrahmanirrahim.....puh!

"Alhamdulillah!!!"

Dan bermula detik itulah handset aku yang selama ni tak pernah riuh, boleh riuh seharian suntuk! Hebat! 

Tahniah semua!!! 


Tapi....tapi aku tak pi dah Araustralia....T^T...(bajet sedih konon! padahal dalam hati teruja nak melampau!)...taklah! aku serius sedih ni...mana lagi nak cari makanan murah dan kos sara hidup rendah macam kat Arau tu? Dan untuk seketika (sekejap dua macam tu jerlah..) aku teringat yang lepas ni, aku dah tak perlu susah payah angkat tripod bagai. Kena turun site, bergelap semua pun dah tak payah...dan aku...akan berpisah dengan the best group LP ever! okay...sedih sikit...sikit je...

Lima orang: dua masih setia bersama. Aku dah curang dulu. Sorang lagi QS. Dan seorang lagi bawak diri...ke mana? aku pun tak tahu....(lara benar nampaknya...)

Dan...this is the goodbye for Perihelion! Thanks for everything! Tiga tahun bhai...lama tu! (ala...tiga tahun je pun...sentimental betullah aku nih....T_T)

Disebabkan penangan AnoHana yang masih menampar diri ni, time aku dok layan semua karenah kat phone, aku dok repeat lagu ni sampai tak tau dah kali ke berapa. Dan mungkin ni lagu yang sesuai untuk tema entri kali ni.. ^_^...terimalah lagu ini dari saya untuk anda semua yang pernah hadir sepanjang tiga tahun di Arau. 


Tipulah kalau aku kata takde 'somebody I used to know'...boleh jadi, orang itu aku. Boleh jadi jugak dia. Ah! sebolehnya aku tak mahu berperasaan begini. Untuk mereka, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana pernah menerima aku suatu ketika dulu. Biarlah perkenalan kita singkat, tapi cukup bermakna...Maaf saja mana pernah cukup. Tapi, mendengar lafaz "aku terima maafmu" itu lebih bahagia dari "aku terima nikahnya..."

Sayonara Perihelion!!!
Wah!! tak sangka dowh aku kata macam tu. Macam mimpi pulak dah....semoga perjalanan baru kita semua nanti diberi ketenangan dalam diri. Amin! 

Haa...nampaknya lepas ni, aku tak boleh nak hurai panjang dah pasal Geomatik...pasai..pasai aku dah 'cerai' dengan dia. (jangan risau, entri-entri geomatik yang lama tu aku takkan buang. Korang boleh buat rujukan) tapi fakulti aku masih sama. Cuma lain dah lah...aku takleh nak riak angkat total station da, aku dah tak perlu pakai baju merah tu (mungkin...) Aku dah tak perlu jadi tukang pegang payung yang sentiasa menyayangi dan melindungi total staion lebih daripada nyawa aku sendiri...

Bos! Aku da resign jadi assistant kau. Lepas ni kau bolehlah cari asssistant baru yang lebih hebat dari aku...Korang dua hiduplah baik-baik kat Arau nanti. Kalau makan kuey teow kungfu tomyam tu, jangan lupa kitaorang....rajin-rajinlah ziarah tempat lepak kitaorang dulu. Kirim salam kat kedai Oren juga. Entah masih sama ke tidak pekerja dia..*_*

-'Once surveyor, selamanya surveyor'- itu korang...

Rezeki masing-masing. Adalah tu hikmah dia....aku dah kena buat kajian untuk kos akan datang ni. (Tolong naikkan views blogger yang berkaitan...haaaa....)

Kalau takde permintaan, memang tiadalah entri pasal geomatik lepas ni...cuma bab-bab throwback tu, aku rasa mesti ada punya nanti....insyaAllah...

Aku rasa banyak lagi entri untuk Geomatik yang aku belum kongsi. Hurm....kena buat ni sebelum daftar nanti. And aku tak perlu MDS!!! yeay!!! Bahagianya rasa!

Siapa daftar 3 - 4/9/16? 
Kita geng! Mungkin takda MDS. Sebab 5/9 tu dah start kelas. Siapa yang daftar awal pada tu, mungkin adalah kot...kot...kot...(ini perasaanku saja...)

Sayonara Perihelion!!

Okay...wa gerak lu, pape roger....and see you when I see you...


Thanks for reading and all the best semua!

Orang

August 03, 2016

Dalam penggunaan kata ganti nama diri, aku selalunya bahasakan 'orang'. Digunakan dengan campuran bahasa melayu sarawak miri dan bahasa baku. Tak semua orang aku gunakan kata ganti nama diri ni. Hanya orang tertentu. 

Dengan member, aku guna aku kau.
Kawan sekolah, saya kamu..
Orang asing, saya awak. Atau panggilan yang sopan...

Orang. 

"Bukan orang yang ambik benda tu. Tadik orang nampak ada orang 'limpas' situ yang ambik..."

"Bah...kenapa dia tak pergila?"

Orang. Dia. Orang. Dia....


Sampailah suatu hari aku ditegur oleh seorang yang sangat sensitif dengan isu penggunaan kata ganti nama diri...

Menurut beliau; "Orang yang membahasakan diri mereka 'orang' adalah orang yang merasa dirinya does not belonging to them...dia rasa diri dia adalah asing untuk diri sendiri..."

Orang tak bermaksud pun macam tu sekali. Orang cuma terbiasa.
Orang rasa, lebih selesa dari nama sendiri. 
Orang lebih suka macam tu.
Orang...orang tak pernah terfikir pun nak tukar...

Dan orang rasa bukan orang sorang je yang guna nama orang untuk gelarkan diri mereka...

Orang tak rasa pun nak tukar. 

Ini bukan isu psikologi. Ini hanya kata ganti nama diri. Why take it serious man? 

Dah r, orang chow dulu...nanti dia marah kalau orang cerita kat orang lain pasal dia...
© SOFIE ADIE. Design by FCD.