Satu ≠ Pertama

July 30, 2016

Satu tak sama dengan Pertama.
Satu adalah satu dan pertama adalah pertama. Apa yang membezakan nombor ni?

Satu.
Satu orang yang lahir setiap hari adalah bukan orang yang pertama lahir didunia. 
Satu orang yang pergi, juga bukan orang yang pertama tinggalkan alam fana.
'Satu hari' juga bukan 'hari pertama' untuk kita jadikan ianya adalah 'satu hari'...


Pertama.
Pertama hadir sebelum satu wujud.

"Kiranya kau cuba katakan yang Pertama dulu, kemudian baru satulah?"

Habis, kalau macam tu pembelajaran nombor kita selama ni, silap bukan?

Zero. Pertama. Satu. Dua...begitu maksud kau?

Bukan. Pertama tiada dalam senarai digit number. Ia adalah nombor dalam bentuk tulisan. 

Jadinya jika satu = 1, maka pertama = ? 
1 = satu, dalam ayat. Tapi pertama = apa dalam digit?

Kalau kau cakap, pertama dulu baru satu, ada lagi satu ke belakang satu? Ah! Pening aku!

'Pertama' digunakan untuk menyedapkan bunyi kepada nombor satu...(kedengaran relevan untuk logik akal...)

Selalu orang rebut menjadi yang pertama, berada di nombor satu...kalaulah satu tu bukan letaknya dihadapan, barangkali nombor apa yang akan layak didamping oleh zero dan dua? 

Jika Zero ada kosong,
Satu ada pertama,
Maka dua......

Abaikan hujahan mengarut aku yang boleh bazirkan karan orang yang membaca...aku pun dah naik gila mencari teori jika satu tidak sama dengan pertama, kenapa pertama boleh jadi nombor satu? Adakah ianya sama atau beza dari segi bahasa? Mungkin! 

Usah dihujah jika belum habis selidik...maka, aku pilih untuk berhenti berhujah tentang topik yang 'satu' ini...berhenti sebelum akidah terpesong. Mengucap....


Cerita disebalik satu dan pertama.
Aku bawak kereta selalu mati enjin masa gear satu. Bukan pertama kali. Bahkan berkali-kali. Ah! Practice makes perfect huh? Alright...aku cuba untuk 'satu hari' tu aku bawak enjin stabil...kadang hari tu bertuah, aku lega....kadang aku hilang fokus...All is well!

Dan semalam, aku rasa hari itu semacam teruk. Tiada 'Bismillah' barangkali. Bukan barangkali...acap kali...Maka, esok aku mesti cuba yang terbaik! Harus!!!

p/s: Satu lagi, aku kurang gemar digit jam ditulis 130, melainkan kalau 1300 atau kau cuba maksudkan dengan 1:30 pm...rasanya lebih senang kalau ditulis 1330? 

0128 dari otak yang bercelaru....

The Other Side of Open House...

July 28, 2016

Holla there!
How your normal life going? Adakah menarik seperti majlis pembukaan SUKMA di Kuching tempoh hari atau seperti cuaca di Miri yang sentiasa hujan mendung setiap hari? 

Hujan? - Alhamdulillah. Syukur atas rahmatMu - 

Sebenarnya dari hari tu lagi aku nak cerita pasal open house...tapi penat dia semacam belum pulih. Penat fizikal, minda, mental, emosi....kalau boleh ditulis semua, memang semualah penat! Padahal sekarang bukan ada buat apa-apa pun...kerjanya, belajar driving. Tu je...yelah tu je...(kerja naip artikel tak bertauliah dari aku pun terbengkalai since ramadhan hari tu...teruk punya perangai tak boleh kasi komitmen langsung!)

Okaylah...back tu other side of Open House...
Kitaorang buat majlis open house plus majlis doa selamat pada raya ke-17. Masa tu, Sarawak PH. Maka, rata-rata tetamu yang hadir adalah orang masjid. Kawan aku? Macam biasa, takde langsung pun yang datang...but aku still boleh bersuka ria dengan kazen mazen yang kiut miut ^_^!


Majlis makan-makan tu berlangsung sepanjang tiga hari. Satu hari tu, baru makan besar. Seminggu awal tu, kitaorang pulun buat kek lapis. Tiga hari tu, penyediaan makanan berat macam: rendang, bihun sup, kelupis, sushi, ayam masak merah, ayam masak kunyit, bubur pedas, sayur masak lemak...lepas tu buah oren dan kek raya...

Gambar makanan hari tu, tak sempat nak tangkap...sebabnya penyediaan meja agak lambat sikit dari yang diduga. Sebab tetamu pun datang awal. Maka, berperanglah kami didapur.....Fuh!

Habis sesi menghidang, sesi menyambut tetamu...sampailah pukul 12 malam...lepak sat sambil habiskan makanan mana yang berbaki, barulah kitaorang ke fasa mengemas...

Dan untuk malam tu, semua benda yang tak pernah keluar masa hari biasa, keluar untuk dibasuh...basuh kuali, bekas, tray, bekas air, bekas kuih, bekas, senduk, senduk nasi, belanga, kuali lagi...papan, pisau, eh, eh...sunlight dah habis... Bukak lagi sunlight baru...basuh kain, susun pinggan, simpan balik ke tempat asal...

Sampailah ke pagi...habis sesi basuh dan kemas! Tinggal sesi sapu dan mop. Yang itu kita tukar shift...ayam berkokok baru masuk tido....

Tiga hari berturut-turut macam tu...dan sekarang kembali normal...ahhh...normallah sangat! 

Normallah jugak...kan? - Thank God! -

The Other Side of Open House,
Ada kawan yang datang (kawan pada beradik yang lain...) tapi tak terlayan sebab sibuk didapur. Maklum, topup makanan mana yang dah habis. Macam terkilanlah jugak sebab...ada yang tak makan. Katanya malu nak ambil makanan...man??? kalau malu, sah-sahlah laparkan? 

Nak buat macam mana...
(Time aku nak update ni jugaklah karen buat hal T_T ) Ish lah....


Konklusinya...(apa yang aku dah taip tadi...semua hilang... T_T dan aku lupa apa yang aku tulis... ) time open house ni, dia seronok bila tengok makanan habis. Tengok orang makan, makan dan makan....ah! kan best kalau kawan jejauh semua datang...syoklah nak borak....

Okaylah, mood open house aku dah campak jauh ke laut. Ntah bila akan datang balik, aku pun tak tau...mungkin time raya je datang, atau mungkin setiap kali perayaan...mungkin...sekarang ni totally having fun dengan masa lapang. Cuti masih ada tu hargailah sepenuhnya! hahahahaha...

Chiao lu!

Thanks for reading..

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

July 23, 2016


Klik banner untuk join!

Tagged:

Tashira
Ni hadiah dia nanti.... 

(Tersilap copy banner pulak... T_T...sorry eeca....)

Minda vs Hati

July 19, 2016

Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh merasa.
Hati itu kalau tidak dipelihara, boleh membuatkan minda/akal kita lumpuh bersama...

Ah! Usah kau berfalsafah tentang hati, jika hati sendiri pun tak pernah dijaga.

Kau tak pernah ada masa aku perlukan. Kau selalu menyepi bila aku ajukan soalan, dan bila aku kian berjauhan dari apa yang kau mahukan, kau mula berhujah yang aku seperti orang tidak bertuhan! Kenyataan kejam apakah itu?

Minda berceloteh tanpa menoleh pada agama. Hati ditahan daripada mengata perkara yang sia-sia. Diikat oleh Ammarah dan Ego yang kian menuntun jiwa nurani yang dulunya seperti salju. Dulu...itu dulu kawan...


Dalam satu jasad, mustahil tiada perbalahan. Hati, raja dalam diri dijadikan tawanan oleh Minda. Minda yang dikatakan tidak percaya pada Tuhan. Minda yang menyerap ucapan luar.  Minda terus menghukum Hati. Lantas Hati dipenjara dari memiliki rasa. 

Minda vs Akal.

Akal merencana untuk menumpaskan Minda yang sedang menghukum Hati tanpa diselidik. Minda keliru...hampir Minda melarikan Akal waras bersama jauh kedasar hempedu. Kalaulah boleh...kalaulah boleh. Tapi, Akal memihak kepada Hati. Ini bermaksud, gelodak perang dalam diri mula tercetus sama seperti situasi yang melanda Turki. Bahkan lebih dashyat dari itu. 

Itu dari presepsi Minda yang telah diselaputi Ego. Ah! Ego dan Nafsu sedang mencuba untuk merampas kuasa raja dalam diri! Mangsanya adalah Fizikal dan jasad lahir yang luarannya nampak sempurna tapi dalamnya teruk binasa...


Hati.

Hati meratap dalam penjara ciptaan Akal dan Minda yang bersengkongkol untuk menumpaskan kerajaannya. Dari sistem beraja kepada sistem liberal. Dia tewas. Tewas dalam kejayaan yang menjadi topeng manusia. Manusia yang tiada peri. Dia benci! Istighfar bukan lagi untuk menyucikan ammarah, tapi untuk menipu diri. Hipokrit! 

Ego.

Ego menepuk dada bagi meredakan kekusutan yang melanda Hati. Dia tahu Hati sedang gelisah. Dia tahu Hati sedang resah. Kacau dibuatnya. Gara-gara ucapan yang mengatakan jasad mereka hidup serupa tidak punya agama, kerajaan mereka goyah. Ingin Ego memainkan peranan dan menyebarkan unsur nasionalisme dengan mengambil langkah yang lebih agresif...

"Jika dunia luar katakan kita jahat, mengapa perlu sajikan kebaikan pada mereka? Mereka tidak tahu apa yang kita hadapi, mengapa kita yang harus tunduk dan menyerah tanpa sebarang bukti dan saksi?"

Ammarah memainkan lagi peranan.


"Mereka harus dihukum! Sama seperti apa yang mereka telah lakukan pada kita. Kami mahu adil dan saksama! Hukum mereka! Hukum mereka!"

Sorakan gila Ammarah menutup Minda dari mendengar tangisan Hati. Hati tewas. Untuk kesekian kalinya hati dipenjara oleh Minda. Minda yang taksub pada 'kebebasan'. 


Minda kalah dalam menang...
Hati dalam tawanan...
Menanti askarnya yang lena...
Bicara sepi tanpa suara jua bisa timbulkan suasana yang tiada siapakan suka.

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip

July 17, 2016


Klik banner untuk join ya!

tag:

A letter to my best friends

July 16, 2016

Holla there my friends! 
Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun...kabare kalian semua? Aku harap korang semua sihat dan sejahtera hendaknya bersama keluarga tercinta....

[Entri kali ni adalah untuk mengembalikan mood menulis yang sudah kelaut. Sebagai langkah pertama, aku cari challenge yang betul-betul aku rasa macam nak buatlah. Disebabkan petang kelmarin, tadi or semalam, salah sorang member aku bagitau yang dia dah terima kad raya, maka aku tetiba rasa maam nak tulis surat lagi....Tapi, versi 'e-book' jer lah...]

 
Dear HSMS, Aina, N, F, A, K...dan aku rasa lama kelamaan jarak mula menyusutkan perkenalan kita selama lima tahun. Aku harap, memori itu takkan dilupuskan begitu saja. (Ah, harapan aku saja!) Korang semua dah berkeluarga...harapnya sentiasa ceria...Kenangan korang aku tetap akan simpan dalam diari, ingatan dan juga lagu. Oh, plese jangan invite aku dalam group lagi k? sebab zaman kita dah habis. Atmosfera kita dah berbeza yang kadang buat aku rasa....ah! biarkanlah aku terus lesap...rindu itu aku sandar pada gambar. Kena pada waktunya, insyaAllah kitakan bersua seperti dulu kala....

Zaman 2014...
Dengar cerita masing-masing dah ada anak? Apa? nak masuk anak kedua dah? Tahniah weh! Gembira aku dengar bila korang bahagia gini...oh! lupa pulak...hai ayuni! Apa kabar kamu di sabah sana? Kamu pun bukan hebat jadi cikgu mendidik generasi bangsa untuk negara. 

Buat Nadhirah yang sibuk menyambung pengajian di UPSI, (hurm....aku tak tau bila last aku KIT dengan dia...tapi adalah nak dekat tiga or dua tahun?...) saya harap kamu berjaya dunia akhirat. Amin! Doakan untuk saya jugak ya! Ni confirm student dean every sem kan? Alah, takyah nak tipulah....erm, gambar dengan kamu? serasanya macam takde pulak. Apasalla tak ambik masa zaman ritu kan? 

Untuk semua penghuni rumah pink
Alhamdulillah, so far kita masih lagi KIT dekat insta...hari tu korang tanya bila saya nak turun sana lagi? Saya pun masih takde jawapan tepat. Ada rezeki, adalah....buat apa sekarang? erm....baru nak hayati kehidupan penuh masa lapang tapi tiada uang....korang pun, saya harap bahagia jua hendaknya....(jangan sedih pulak kalau aku tak mention nama korang...korang tau aku tengah tuju surat ni untuk korang...kalau korang bacalahkan...kalau tak sampai bebila pun takkan tahu....)

Dear roomate 2082,
Terima kasih untuk memori sepanjang semester satu. Urm, sebenarnya aku dah lama nak mintak maaf pasal insiden 3043. Tapi, tulah...kau buat tak dengar dan aku pun dah malas nak ambil tahu, maka haluan kita mula bercabang. Silap aku...menyesal? tak jugaklah....pengajaran untuk hidup aku. Terima kasih :) Aku rasa, mungkin masa sem lima kot kita last jumpa. Harapnya, cerita kita akan setia dalam helaian memori... (tipulah kalau aku kata aku tak rindu zaman tu, sebab koranglah first 'partner-in-crime' zaman U...


Kenangan bersama korang, terlalu banyak aku kongsikan dalam catatan, blog dan gambar...korang pun taukan....setiap kali kita lepak jumpa balik...mesti ambil masa seminggu untuk move on....lepas tu masing-masing tak nak berjauhan bila depan mata...sekarang semua dah jauh. Nak harapkan dapat mesej wasep tanpa sebab...memang tadaklah cerita dia....maka, semua hanya dapat berita melalui insta, twitter tak pun fesbuk je...dapat 'like' dari korang pun dah cukup buat aku happy tahu...


Surat ni aku tak spesifikkan untuk individu, sebab semua situasi ni aku ditemani best friends yang berbeza. Semuanya sangat penting untuk menyerikan lagi kisah hidup aku. Garapan yang sangat halus dari Dia. Semoga kalian semua tidak melupakan kenangan kita bersama seperti memori Riley yang melupakan Bing-Bong...selama-lamanya....

Thanks for reading this letter.

Regards,
Sofie...

Salam AidilFitri dari Miri

July 14, 2016

Holla there!
Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahkan. Yelah, mana ada kelam kelibut nak balik kolej dah...oh, ada jugak ek yang exam sebelum raya? bertabahlah :)

Sebelum terlambat, aku sofieadie dari Miri, ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua warga muslim yang menyambutnya pada tahun ini. Semoga bulan Syawal kalian tetap meriah dan ceria hendaknya....Maaf zahir batin dari saya, andai ada yang tersinggung sepanjang mengenali insan kerdil ini....



Apa cer, dah lama tak update blog, lepas tu lip-lap-lip-lap...dah raya....oh, kemalasan apakah yang melanda jiwa ini? Oh, rezeki bulan ramadhan hari tu, aku belanjalah blog aku 'baju baru'. Patutnya hari tu lagi aku patut cerita. Tapi, masih 'tak berkesempatan' aka MALAS! huhuhuhu

Start puasa hari tu, faktor kekangan masa yang sampai tak ber-update blog ni. Ni time raya, tadak buat apa-apa pun masih jugak tak ber-update. Masa mood nak update datang, blog buat hal. Tak boleh bukak bagai. DNS error katanya...lepas tu aku try bukak tempat lain. Sama jugak. Last-last aku adu dekat tempat aku daftar domain. Lepas tu, mood nak nulis pun dah merajuk....adalah dalam dua tiga hari takleh bukak...sedih wooo!

Untuk pujuk balik mood menulis tu, aku belanjalah 'baju raya'....tadaaaaa!


Begitulah kisah penuh emosi raya sofieadie....

Raya tahun ni, kitaorang buat open house lambat sikit...nextweek baru open house. Mana yang ada sekitar Miri pada 22 Julai 2016 nanti, (sila masukkan tarikh penting ini dalam jadual anda...) kalau rasa nak makan free, jemputlah maghi ke rumah. Menunya masih belum diputuskan lagi. Tapi, yang pastinya...sushi memang ada. Oh, tak lupa juga pelbagai aneka kek lapis sarawak homemade! Tabiklah kalau yang jejauh sanggup datang... kalau rajin, aku updatelah situasi open house tu nanti...(kalau rajinlah....)

Tu je kot cerita raya untuk hari ni...Thanx for reading! 

p/s: awak yang dapat kad raya dari Miri tu, dah dapat ke belum? 
© SOFIE ADIE. Design by FCD.