Ceritera Ramadhan...

June 24, 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua! 
Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Prof.Izzi yang baru saja pergi tengahari tadi...Al-Fatihah...


Masa awal masuk UiTM dulu, time MDS akan ada satu ujian Matematik. Dimana ia mengasah balik skill matematik kita. Time tu, aku jawab semberono je...sebab of courselah yang banyak guna formula tu aku tak dapat jawab. Even dia kasi berjuta pun formula. Lepas tu, aku fail!

Maka naiklah nama aku dalam senarai pelajar yang mengikuti kelas intensif matematik. Sebelum sesi kelas bermula, Prof. Izzi telah menjadi motivator untuk pelajar lain yang seangkatan dengan aku. Motivasi dari beliaulah yang membantu aku untuk dapat A dalam setiap subjek yang memerlukan kiraan...dan hari ini, beliau telah pergi...amanlah beliau disana....

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali...

Ramadhan tahun ni, terlalu banyak berita sebegini berlaku dikalangan orang yang aku kenal, atau mungkin keluarga aku kenal...terasa begitu dekat sangat dengan waktunya. Setiap hari, bila ada sesuatu ganjil yang berlaku, hati mesti terus berdetak...

Ya Allah, jika ini Ramadhan terakhir kami, Engkau bantulah kami untuk menjadikanNya yang terbaik antara yang terbaik sepanjang hidup kami... -Amin-

Hari Jumaat yang penuh barakah...semua orang impikan untuk 'pergi' pada hari Jumaat. Semoga diperkenankan olehNya...

Salam Lailatul Qadar...

Araustralia dalam kenangan: Part 2

June 20, 2016

Salam Ramadhan kawan-kawan. 
Hari ni, angin monsun dari utagha menyerang Miri lagi. Masa nak mintak alamat korang semua, tetiba rasa macam nak sambung balik cerita Araustralia dalam kenangan hari tu. So, jadilah entri yang panjang berjela nih...insyaAllah kad raya tu, hajatnya aku nak hantar minggu depan. Sebab masa tu kitaorang offday bazaar. (p/s: siapa nak kad raya boleh email alamat...ada empat lagi kad kosong...)

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri sambungan untuk korang, tapi asyik tertangguh je...plus zeby mencari hidup selepas tamat ritu...Tok sah tanyalah gane hidup aku sekarang...gitu jugaklah cerita dia. -Baru nak ambik lesen sambil-sambil tu bukak bazaar-


Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah untuk korang yang dah dapat kerja! Yeay!!! Untung dapat luaskan pengalaman dalam bidang ni... And for this entry, I would like to dedicate this song for you, my friends...

(cover version by Blackray dari lagu asal Sum 41)

Sebelum aku cerita pasal apa yang berlaku selepas route terakahir aku ke Arau, aku naklah cerita tentang geng bangau yang seterusnya. Gila-gila korang memang terbaiklah! Setiap kali sebut geng bangau, aku mesti terbayang si tikus. Adoyai! Part tu memang tak bleh blah.


Orang kelima.
Suci ni bukan nama sebenar dia. Ni nama yang aku bagitau dekat Sir Fad. Mati-mati sir percaya. [maafkan aku Affin..] Adoyai! Dia salah seorang korean lover. Aku tak boleh nak layan sangat fever dorang yang satu nih. Sebab aku Germanian. Hahahahah....choi! tadaklah, zaman kpop sudah habis, sekarang zaman realiti. No ‘baby face’ guys, no more sparkling eyes, tadak juga abang sado, atau apa-apa yang dunia fantasi tajakan setiap hari. 

Aku ingat lagi malam yang korang nak tanya soalan apa tah masa sem satu, kau usha aku tak berkedip sebab tak caya yang umur aku tak sama dengan korang. Bila diorang kenal aku dengan nama sofie, nak tambah pangkal ‘kak’ kat depan tu, tergeliat lidah. Macam-macamlah korang nih. kalau kita tak satu bilik masa sem dua, mungkin sampai sekarang kita tak gila-gilakan? Aku tak tau nak ucap terima kasih macam mana bila kau jadi sponsor besar masa aku pusing langkawi hari tu. Malu gak r sebenarnya...p jasamu kukenang sampai bila-bila fin. 


Sebut pasal Langkawi, aku sampai sekarang tak percaya yang Langkawi tu adalah salah satu bahagian dalam Kedah. Sebab bagi aku, Langkawi adalah sebuah negeri. Kaulah bank aku, kau bagi aku pengalaman yang aku takkan pernah lupa cerita dekat anak cucu. Di simpang itu...aku minta maaf sebab tertarik tudung kau masa tu. Huhuhuhu....first time jatuh, mana tak ketar kaki. Cuak woo....paling sayang, kau tak dapat join masa pi penang hari tu. 

Time final sem dua, kita ulangkaji sambil borak-borak pasal pengalaman, pasal aku, pasal kau...kita semua. Dari sekecil lipatan kertas hinggalah jadi saiz A0. Kalau aku rakam perbualan kita sepanjang sem dua, aku rasa mungkin panjang dia ada lima cerita bollywood kot! Ha, aku dah pi rumah hang fin, hang jangan tak pi pulak rumah aku nanti. Jangan hang mengada datang masa kenduri ja, kenduri kesyukuran okay lagi...kalau kenduri makan tujuh aku tak terima...tapi kalau hang dapat datang masa tu pun, aku kira syukur besarlah. At least hang sudi jugak datangkan, dari tak datang langsung...

Orang keenam.
Ana. Tinggi orangnya. Setiap kali berdiri sebelah dia, terasa kekerdilan aku. First, aku nak minta maaf giler dekat kau sebab pernah buat kau menangis, selalu cakap lepas dengan kau even aku tau kau jenis jiwa lembut. Kau tak suka violence, cerita Conjuring kau menangis tengok. Cerita seram boleh jadi sedih tengok dengan kau..hehehehe. ni pun korean lover. 


Aku tak ingat macam mana sesi perkenalan kita. Mungkin masa pergi stadium malam tu? Atau sebab bilik kita satu lorong? Hurm...sedar-sedar kita dah kerap sekali. Ingat lagi prank PD masa sem satu. Giler sedu kau nangis. Aku dahlah tak leh tengok orang nanges sedu sedan gini. Rasa macam, tercalar sikit hati. Hahahaha...pi kira okaylah lepas tu orang bagi kek. 

Drama sem satu masa kelas pun masih segar dalam minda aku. Nak kata lawak, aku pun tak gelak. Kau mesti ingatkan? Aku tumpang gembira tengok kau makin senior makin matang dan berani. Tahniah weh! Dan tahniah jugak untuk result hari tu! Gempak r ana! #Kipidap

Suka gambar nih sebab dia macam ada cerita kat situ...hehehehe
Korang enam orang adalah manusia yang rasanya paling banyak kenangan dalam memori aku. Baru faham life after school...semua datang dari negeri yang berbeza. Di Arau kita bertemu, berkenalan hingga ke akhir semester. Memang patut pun kalau nak 'terkeluar' air mata masa last day hari tu...mana taknya, lepas tiga tahun kita berjumpa, gelak sakan, tetiba tempoh tu dah habis. Zap! Macam tu je....

Aku rasa naik Arau hari tu, mungkin kali terakhir kita ada masa untuk lepak lama-lama kot. Sebab aku dah decide untuk tarik diri dari kos ni. hahahaha kenapa? Entahlah! Aku dah tak sanggup nak ada rasa berkecamuk macam ni untuk empat tahun akan datang. Aku pun dah tua, plus korang pun tahu yang kos tu perlukan fizikal yang gagah perkasa. Hahahahahahah...(tapi disebabkan nasihat dan pendapat dari Sir Z, kos ni tetap ada masa apply sambung degree ri tu…katanya takdir… T_T)

Till we meet again guys...
Aku kalau bab-bab takdir ni memang kena fikir banyak kali. Sape tahu betul…at last, aku rasa memang aku akan teruskan kos ni…kalau aku dapatlahkan…kalau tak pun kira okaylah…ada lagi manusia macam nih…hidup nak masuk third series pun masih ragu-ragu dengan masa depan. Apa daa!

Cuma harapan aku sekarang, apa yang aku mohon tu dapatlah seperti yang dihajatkan. Kalau tak dapat? There is no ‘kalau’. Banyak lagi plan lain aku boleh teruskan. Perancangan hidup kita tak terikat dengan huruf yang 26 je kan? Banyak lagi huruf Greek yang belum habis kaji.

Thanks for the memories guys! Sebenar macam sayang je kalau nak let go benda yang kita dah attach or hold together, but it’s life dude. You need to move on...takpe aku semat dalam memori semua kenangan tu. InsyaAllah tadak virus yang serang. At the end, kita masih still ingat semua tu kan, even kita tak tau bila lagi nak jumpa.


Alaaa, whatapps kan ada? Twitter ke, insta ke...tanya khabar hujung jari je bhai...tapi, feel dia still tak sama macam berjumpa kan? Semua orang akan hadapi saat-saat ini. Saat sukar untuk keep in touch bila hati kata rindu. Siot! Hahahahahaha...padahal pasni jumpa lagi. Apada!!! Ah, even pasni jumpa lagi pun, tak sama dah weh. Sebab masing-masing dah ada haluan untuk dituju. Mungkin nampak lebih matang dari segi hala tuju. Dah tak kabur-kabur macam cerap matahari masa jerebu.

Pertemuan terakhir kita sebagai satu groupmate, dah tinggal nama je. Serasa macam semua benda terserlah belangnya bila dipenghujung…yeah, manusia mana tak pernah buat silapkan? Atas jaga ego masing-masing, kita dah lupa siapa yang kita kenal dulu. Cepat atau lambat, memang kitakan tak pernah sebulu kawan! Untuk mereka, aku ucap selamat jalan dan semoga impian kalian tertunai seperti yang dihajatkan…tak, aku tak pernah menyesal kenal korang. J (hela nafas berat…)


Lepas habis je hari tu, masing-masing balik dengan perasaan bercampur baur. Entahkan jumpa ke tidak lepas ni kita serah pada Dia. Tapi aku harap, memori kita akan terus setia meneman hingga penghujung usia. Dah nak masuk tiga bulan kita tak bersua. Mungkin genap dah tiga bulan kot! Aku doakan kalian semua baik-baik sahaja disamping Ramadhan dan keluarga terchenta…

Cerita masa sem lima tu, aku rasa biarlah ia jadi cerita antara kita je. Banyak sangat kalau nak diimbau balik dalam bentuk aksara. Aku pun dah mati ayat daa....Kalau aku rajin, aku ceritalah nanti. Jadinya siri ni takkan pernah habis...sebab ia akan ada sambungan setiap kali aku rindukan korang :) Kalau korang rajin nak belek blog aku nih, banyak sebenarnya aku selit cerita korang. Tapi, tadaklah semua...adalah sikit, sikit...

Mana tau, kalau korang pun teringat kat aku...(syukur sangat kalau ada orang nak ingat kat kita..hahahaha) masa aku tadak nanti, bolehlah belek blog nih. Itupun kalau masih available...kalau korang ingatlah yang kawan korang yang sorang ni gila berblog! Kalau dak, kirim salam ajelah....


Bila belek balik semua gambar sepanjang kat Arau, aku rasa macam sikit sangat! Tak padan dengan tiga tahun...lepas kem hydro hari tu, sir Fad terus cop aku macam 'kotak hitam'. Mana mungkin tidak, penyimpan memori setia nih... ^_^

Dahlah kot...rasa macam panjang sangat bebel, korang bukan baca pun! Maklumlah dah kerja...puasa pulak tu...baiklah baca Quran dari baca blog aku....dah r....ada-adalah tu sambungan dia nanti....heheheh

Chio lu! Thanks for reading guys!

bersambung....

The Other Side of Bazaar

June 17, 2016

Assalamualaikum! Kabare kalian semua? Alhamdulillah sihat seiring dengan berlalunya Ramadhan. Harapnya semua begitulah...Pergh! Seminggu zebby-zebby dengan rutin Ramadhan, baru hari ni dapat taip dengan amannya....fuh! (acah-acah tengah lap peluh kat dahi...)

Hari tu, aku pernah cerita yang tahun ni kitaorang (refer kepada aku dan beradik lain) ada bukak bazaar. So, dalam lebih kurang sepuluh hari ni, macam banyak sangat kisah, karenah, pe'el, telatah di bazaar yang buat kitaorang senyum, marah, gembira, muram, sedih...argh! macam-macamlah! (give me five untuk sape yang pernah join bazaar...)


The Other Side of Bazaar.
Bermacam cerita tersimpan yang pembeli takkan pernah faham. Sama macam masa aku jadi pembeli dulu. Aku tak pernah faham peniaga kat bazaar. Kenapa harga sekian sekian yang langsung tak padan dengan makanan sekian sekian....dan begitulah proses jual beli berlangsung hingga ke penghujung Ramadhan...

Bazaar ni dia seronok. Proses jual beli dengan orang. Mestilah dengan orang...adoyai! Kira macam lingkungan sosial aku, tanpa sedar macam dah bertambah...walhal aku takut dengan orang. Spekulasi mainan perasaan yang buat diri sendiri jadi paranoid-sedikit sebanyak dah berkurang. Sekarang aku hidup situasi sebenar. Realiti! Bukan lagi masa silam atau masa hadapan. 

Bila kita dah tahu betapa susahnya membuat sesuatu barang, kita takkan berkira dengan nilai. Sebab kita faham...

Tipulah kalau aku kata tak pernah terliur tengok barang jualan peniaga kiri kanan depan belakang...maunya ikut nafsu setiap hari nak membeli. Dengan air pelbagai warna plus hipster pulak...teringin nak merasa...tapi benda camtu, sekali cukuplah. Ambil syarat merasa...jangan sampai kempunan sudah!

Saingan tinggi woh! Takyah cakaplah...sebab tu kalau betul nak jaga nama gerai...kualiti tu sangat penting. Nak menjadi peniaga jujur dengan kualiti ni dugaan dia tinggi. Kadang terikut dengan emosi...kalau dapat pembeli yang faham, alhamdulillah...kalau tidak....sabar ajerlah....

The Other Side of Bazaar
Untung ke meniaga kat bazaar? -Tertakluk- Rezeki masing-masing sukar ditebak. Saat paling bahagia sepanjang kat bazaar, bila semua barang jualan habis. Happynya sampai senyum ke langit! Terima kasih kerana sudi membeli ^_^

Sorrylah...masih belum ada gambar gerai lagi...nantilah....tak menyempat nak tangkap gambar T_T

Huargh....dahlah kot cerita pasal bazaar ni..chow lu...thanks for reading!

p/s: masa awal taip tadi berlambak cerita nak cerita, bila start taip...puf! hilang terus semua....=_=!...

GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} JUN 2016

June 10, 2016


Yeay! Kim Chaa buat GA buku! suka bangat aih! Then, confuse dah nak buku mana satu...sebab semuanya belum pernah baca atau belek lagi...haish! pilihan yang sukar nih! 

First choice, aku nak buku Anwar Hadi...'Whatever you say I am'. Kenapa? 
Sebab aku nak baca tulisan beliau...plus semua vlogger yang aku minat aku akan buat koleksi buku jugak. Kalau depa ada bukulah...

Contoh dia: Matluthfi, Aiman Azlan...kali ni Anwar Hadi...

Hari tu nak beli...tapi tadak rezeki T_T...

Buku kedua pulak...Dyspnea Kehidupan- Hadi Saharudin.
Most wanted book untuk merawat 'penyakit' aku...I need this book kim chaa....pehlis let me be the new owner of this book....sob sob sob...

All the best untuk semua yang join GA ni! :)

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan...

June 06, 2016

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya diseluruh dunia. Macam mana first day Ramadhan? Sempat bersahur tak? Kalau sempat, alhamdulillah...apa? tak sempat? Takpe, boleh cuba lagi esok. Yang paling penting, niat puasa jangan lupa...


Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini. Dan untuk pertama kalinya selepas 12 tahun, aku dapat puasa penuh dekat rumah. Takde asrama-asrama atau kolej atau rumah sewa untuk masa ni. Fully at home! ^_^

Aku pun tak tau apa perasaan puasa penuh dekat rumah...mungkin jimat sikitlah kot! sebab tak perlu ke bazaar setiap kali nak ber'sungkei' (padah orang sarawak  sungkei ya berbukak puasa...) Kalau puasa kat tempat orang, biasanya aku jadi pembeli ja...tu pun kadang sampai tak tau nak bukak puasa dengan apa walaupun gerai bazaar sampai lima puluh nam puloh...

Masa tu, aku kena planning betul-betul dan tanya perut dengan wajarnya untuk menu bukak puasa. Bajet takleh lebih dari 8 hinggit. Makanan berat: RM5, air: RM2, kuih: RM1. 

Kadang tu datang mood semua benda terliur, mau habis nak dekat 50! Giler punya nafsu makan uncontrollable! Air beli air KKN yang 4 ringgit, nak ayam goreng pulak, kuih kalau boleh semua jenis ambik. Donut lagi...plus kalau hari tu ada kerja site...(ni zaman kat Arau ritulah...) Kadang tu bukak puasa sampai ke KP pun ada...sebabnya, kes cari tapak survey yang tidak diketahui kedudukannya....haila haila, rindu pulak ngan deme-deme tu...huhuhuhu

Kalau masa dekat umah sewa Kelantan dedulu, boleh jimat sikit. Sebab nasi boleh masak. Air boleh bancuh. Jadi beli lauk jerlah. Kalau rasa nak makan kuih muih, share je duit dengan housemate...

Tapi, tahun ni disebabkan puasa dekat rumah, maka kitaorang jadi penjual. Jadi sukalah aku nak menjemput perantau-perantau yang berpuasa di Miri untuk datang ke bazaar dekat stadium Miri. Boleh jumpa kitaorang kat sana...hahahaha =_=!

Menu apa ya? Mana bisa kasi tauk...datang ajalah nengoknya...gerai nombor 112. Bazaar kali ni adalah kali pertama aku join secara penuh. Biasa aku join masa nak dekat-dekat raya...sebab baru cuti masa tu. Sekarang, dari first puasa sampai ke raya dekat rumah. Maka involvement dalam pembuatan menu di bazaar dan hari raya akan ada 60% air tangan aku...mungkin 50% atau 40%....huhuhuhu

Nice to meet you Ramadhan!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada kawan-kawan aku yang di Langkawi, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Sabah, Selamat Menyambut Ramadhan dari Miri. (Aku asingkan Langkawi dengan Kedah, sebab aku masih tak boleh terima hakikat yang Langkawi tu daerah Kedah....T_T) 

Tak lupa buat semua rakan blogger dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, Salam Ramadhan!

Okaylah itu saja short update untuk hari ni. Dah macam ucapan salam perantauan pulak aku rasa...hahahahaha...

So, tahun ni korang sambut puasa dekat mana? 

Ada yang puasa dekat negara yang siang dia panjang tak? Kalau ada, semoga bertabah and all the best for you all.

Last but not least, I represent to you one of my favorite Ramadhan songs...


Thanks for reading and listening!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.