Chillax!

May 29, 2016

Dua hari yang lepas, aku ada buat satu entri tentang keadaan aku bila blog hilang kompas. Lepas tu, aku tak taulah perasaan aku atau aku yang terlalu paranoid sampaikan aku rasa yang entri tu macam menyinggungkan perasaan ramai pihak. Oh God! Dosa apakah yang telah aku lakukan terhadap mereka?!! Huwaaa.....

Aku pun macam, "Weh, ko dah buat apa dengan blog kau ni? Adoyai!". Blur sekejap! Dan entri kali ni aku nak mintak maaf kepada korang jika ada yang tersayat jiwa, terguris hati mahupun terobek emosi. Ampuni gua lorh! Mintak maaf banyak-banyak...T^T

So, bila aku dapat komen dari korang, aku pun terfikir jugak. Okay, kita sama-sama fikir...dan itulah faedahnya bila kita suarakan pendapat. Mungkin ada pro's dan con's. Tapi dua-dua takde salah dia. Sebab lain orang lain pendapat. Yang penting aku dah dah bersedia terima sebarang kecaman. (Kalau kena kecamlah....sedih woo...) Takde r...aku chill ja...

Kalau korang tertanya-tanya, kenapa aku buat entri kejam macam tu? Aku pun akan tanya diri aku balik...dan diri aku akan jawab, dah namanya blog hilang kompas, sesatlah jawabnya...T_T

Chillax!
Terima kasih untuk yang sedia menerima pendapat dari aku dan sudi berkongsi pandangan tentang hal tu. Kita sama-sama belajar. Salah dan silap itu semuanya datang dari kelemahan aku sendiri. Yang penting belajar dari kesilapan. *tarik nafas panjang-panjang....lepaskan perlahan*

Sebenarnya aku pun lebih suka baca blog yang ceritakan tentang pengalaman, kisah hidup...apa yang mereka fikir..sebab itu memang genre favorite aku. Dia macam terasa dekat dengan dunia sebenar. Dah namanya hidup dalam satu dunia...adoyai.. tu jerlah kot...kot!

Dan aku pun masih newbie, perlu banyakkan belajar lagi, banyak silap yang berlaku tanpa sedar...mintak maaf lagi sekali. Dalam perancangan akulahkan, blog ni dalam fasa transition. InsyaAllah masih dalam proses. Aku dah berubah angin ke?


Angin? urm...*panas pulak hari ni...tetiba* aku masih dalam plan untuk menaik tarafkan blog sendiri. Scary kan?

Benda yang paling aku takut: Kehilangan pembaca setia macam kim chaa, nina, yana, tashira, numigx, tomo...dan ramai lagilah...fuh!

Perubahan itu menakutkan bukan?

Akhir kata dari aku,

Be yourself. Because everyone is already taken...

Thanks for reading! 

Bila blog hilang kompas...

May 26, 2016

Siapa pernah rasa macam ni? Rasa macam blog korang dah jauh dari motif utama korang cipta blog? Pastu berlakulah peminggiran terhadap blog kerana blog bukan lagi satu keseronokan...huhuhuhu

Aku tak taulah pasai pa dua tiga menjak ni, aku rasa blog aku kind of tersasar dari apa yang aku nak. Dia macam takde jiwa aku dalam blog ni. Rasa kosong gitu! *Tarik nafas, turun nafas....helaan yang panjang!* Tandanya, aku perlu betulkan balik keadaan.

Untuk mencari balik kompas blog aku yang hilang tuh, aku terpaksa buat 'QnA dekat diri sendiri'. Sesi temu bual ni dah bermain dalam minda aku sejak balik dari diploma ri tu. 


Soalan pertama: Apa tujuan blog ni dibuat?
  • Untuk kongsi cerita, pengalaman, hujah-hujah yang tak boleh disuarakan, erm...berdebat dengan hati sendiri...mostly personal thingy...

Kau rasa ada ke orang nak baca cerita merapu meraban kau tu?
  • Erm....agak sukarlah nak jawab. Kadang tu adalah, kadang tu takde. Tapi, tak kisah sebabnya blog suka-suka...

Target utama kau berblogging?
  • Just for fun! Takde target tinggi. Tapi nak jugaklah merasa view beribu riban... $_$

Pernah tak, nak jadikan blog satu platform penciptaan identiti maya?
  • Pernah! Tapi dah macam tak dah, sebabnya maya dah masuk realiti...

Kesilapan yang menyebabkan kau hilang kompas?
  • Bila jiwa aku tak turut serta dalam aksara yang aku taip. Rasa kosong!

Pernah tak terfikir nak jadikan blogging sebagai pasif income?
  • Masa awal aku buat blog ni, aku tak fikir sangat pun pasal tu...tapi kalau ada rezeki tu, aku tak tolaklah...

Percaya tak kalau aku kata, fokus utama kau lari sebab tu?
  • Hurm...maksud kau?

Kau buat blog untuk suka-sukakan? Lepas tu bila kau ada peluang buat duit dengan blog, kau punya fokus utama untuk blog tu dah lari sebab kau lebih teruja nak jadikan blog kau sebagai income. Kau pun cari jalan untuk semua tu...tanpa sedar, identiti kau sendiri dalam dunia blog tu hilang...

Ooh...tapi aku tak rasa pun macam tu...adalah sikit...sikit jerlah rasa gitu.


Habis tu, kau rasa sebab apa blog kau hilang kompas kalau bukan sebab tu?
.....


Dan sesi perbualan tamat begitu saja, tanpa aku tau jawapan dia. Mungkin aku tau...ya aku yakin aku tahu...cuma bukan kompas yang hilang. Aku yang baca kompas terbalik! Dush! 

Antara tanda awal blog hilang arah yang dialami oleh aku adalah bila hilang rasa seronok untuk buat entri dan aku rasa terbeban padahal blog sendiri tuh, bukan blog orang lain...

Memang perubahan itu menakutkan, tapi selagi kita tak berubah, kita takkan kehadapan...

Maka, koreksi diri sendiri balik, lagi-lagi sempena Ramadhan ni...buat blog pun kena reflect balik diri sendiri. T_T Sebab blog tu satu identiti jugak. Bila blog kita hilang kompas, arah atau jauh dari sasaran yang sepatutnya, cuba tanya pada diri;
  • Bermanfaatkah blog aku untuk dibaca? 
  • Berbaloikah orang membacanya? 
  • Jika blog dijadikan satu buku jurnal, agak-agak setimpal tak dengan harga?
  • Friendly user tak blog aku nih?
Paling tidak punkan, aku selalu jugak fikir, kalau aku pergi dulu tanpa sempat pesan dalam wasiat pasal blog ni, agak-agak blog ni dapat jadi jariah aku ke?

Kadang blog ajar aku banyak perkara. Dia buat aku rasa macam "dunia ni ana yang punya!". Tapi dalam masa yang sama macam burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir. Burung unta?

Semakin lama pengalaman kita berblog, semakin kita tahu arah blog kita yang sebenar. Betul dak?

Aku kira newbie what, sebab baru tiga tahun. Kalau ikut tumbesaran manusia, bertatih lagilah aku ni. Tu pun macam banyak perkara dah berlaku. Boleh pulak tersasar. Adoyai! Maafkan saya, budak baru belajar...


Memang kadang tu, setiap hari aku dok cari cara nak improvekan blog sendiri, tingkatkan kualiti entri supaya orang yang baca pun, rasa berbaloi nak spent masa dekat entri kita. Dua tiga minit yang pembaca guna untuk hadam balik apa yang kita tulis tu, cukup berharga untuk aku. Masa tu lagi mahal tau dari emas. 

So, bila aku tengok balik cerita lama-lama aku, rasa macam...agak-agak orang hadam ke mesej yang aku nak sampaikan? ke terlalu tinggi metafora yang aku guna sampai tahap bombastik dan orang kena ulang dua tiga kali baca, dan bila fedup, 'x' lah jawabnya....what a sad ending! T^T

Itulah yang terjadi bila blog hilang kompas...

Kalau keadaan ni pernah berlaku dekat koranglah kan, korang akan buat apa? 

Thanks for reading! :)

p/s: aiyak! mintak ampun kalau entri ni banyak buat korang sentap...ngeeee...

Segmen Zaman Sekolah

May 24, 2016


Assalamualaikum there!
Semalam aku ditagging oleh Yoo untuk "Segmen Zaman Sekolah" yang kalau tak silap aku dimulakan oleh numigx...Thanks to both of you sebab sudi buat segmen ni... ^_^

Huwaaa....zaman sekolah tu! Bukan senang nak imbau balik zaman yang dah lama tinggal kat belakang. Sekolah pulak tu...huhuhuhu..Aku pun tak ingat situasi sekolah tu macam mana, memori dia pun macam dah kabur sangat....tapi aku ceritalah mana yang aku ingat...sayangnya takde gambar...huhuhuhu...

Zaman aku sekolah dulu, aku jenis budak yang tak bergaul sangat dengan orang. Suka duduk tepi tingkap, buat hal sendiri, conteng-conteng buku, baca buku...sampaikan cikgu asyik ingat aku budak baru. Huhuhuhuhu...Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kot macam tu...aku tak suka sangat fokus dalam kelas bagi subjek yang aku tak minat. Apa punya budaklah kan...

Misalnya, aku masa sekolah dulu neutral. Maksudnya semua subjek tu aku layan sama rata je. Takde lebih takde kurang...selalunya aku lost lah...masa cikgu mengajar kat depan, aku sesat kat dunia mana tah! Bukan tidur, dia macam kita sedar tapi kita bukan kat dunia nyata...haaa...

View waktu senja kat rumah sewa, kelantan :)
Dulu, aku takut dengan orang. Kalau aku pergi tempat ramai orang, aku rasa takut giler...tak tau pasal pa...kalau dalam satu tempat awam yang besar tu, korang jumpa manusia yang pegang buku nota sambil conteng-conteng, ataupun orang pakai headphone sambil baca novel ke buku apa-apa ajelah...itulah dia spesies aku...

Aku punya fasa sekolah ada banyak. Lagi-lagi masa sekolah menengah. Aku masuk sekolah normal macam orang lain masa tu agak lambat gak r...aku turun tiga batch lagi muda dari aku. Memang macam tak best sebab kawan semua dok gelar kita 'kak'...terasa tua disitu..huhuhu...lepas tu, masa sambung belajar aku tak suka orang tanya umur. Macam sensitif pulak. Adoyai! 

Masa tu, aku duduk rumah sewa dekat Kelantan. Tiga tahun duduk sana. Kalau dok dengar orang kecek kelate tu pehe lagila...Time cuti hujung tahun je aku balik. Kalau cuti raya, cuti sekolah dua minggu tu, aku lepaklah mana-mana rumah kawan yang sudi tumpangkan. Kalau tak pun, aku lepak sorang kat rumah sewa. Paling pun lepak dekat C.C...lepas tu kalau boring tahap giga, baru aku jenjalan kat KB. Rindu pulak dengan housemate...huhuhuhu

So, say goodbye forever tu zaman sekolah. Takde memori dia yang aku boleh ingat sebagai the best moment ever, tapi terima kasih untuk ilmu teori yang diajar... ^_^~

So, korang punya memori zaman sekolah dulu macam mana? Mesti lagi gempak dan hebatkan? Bestnya.....kalau korang nak join segmen ni dan rasa nak throwback zaman sekolah, aku alu-alukan sangat! :) Free tagging..hehehehhe...

Thanks for reading! :)

p/s: Ngeee....sori sangat, memang takde gambar masa zaman sekolah dedoulu....huhuhuhu..takut kamera...

Maaf, lidah aku berbelit...

May 23, 2016

"Maaf"

Itulah perkataan yang sukar diucapkan jika berlaku perang dingin antara dua benua yang hangat bergolak. Puncanya hanya satu, EGO! Usahlah berkata egoku rendah, egomu yang tinggi kalau tiada yang beralah. 

Ego boleh menghancurkan apa-apa sahaja dalam sekelip mata. Walau setinggi mana ilmu di dada, jika ego yang bermaharajalela, nilainya sudah tiada.

Maaf, lidah aku berbelit.

Dalam hidup ini kita akan belajar, tanpa kisah semalam, tiada hari ini mahupun hari esok. Benar bukan? Tanpa sebarang rujuk kita akan menuding tunjuk. Angguk sambil tertunduk-tunduk. 

Sejuta dosa memang sukar diampun hanya dengan seungkai kata maaf. Ia, itu aku akur. Siapa kita mahu bermuka-muka, jika air ditalam sudah terpercik. Sakit yang nyilunya tidak terasa lagi. Kebal!


Lama-lama menjadi bebal dan sebal dengan definisi yang kian menebal. Satu huruf mungkin ada maknanya. Empat huruf itu jika jujur dari hati, dibaca dengan hati yang suci tanpa sekelumit benci, kau pasti akan mudah menerimanya...Ah! Akukah yang masih ego?

Maaf, aku sudah pening.

Nah...aku tiada tempat langsung untuk sebarang memori didunia ini. Usah risau kerana ini bukan asalku. Habis, kau berasal dari mana? Dunia tanpa hujung jari...(sambil menunjuk tangan yang tidak berjari...)

Hairan? Sebab di dunia kami, jari itu digunakan untuk tunjuk mengaji...Ugh! Double meaninglah kau ni! Sudah aku pergi dulu. Bercakap sama kau seperti orang tak siuman aku dibuatnya. Silap hari bulan, orang kata aku yang gila!

Maaf, jari aku masih menaip...

Damailah kau disana. Moga sejarah semalam tidakkan berulang dimasa hadapan. Jika api pun boleh menyala dalam air, tiada apa lagi yang dapat dikatakan. Setiap penawar, pastu miliki racun. Begitulah tawaran hidup ini.


Maaf, aku undur diri,

Tiada sebarang emosi dalam setiap isi,
Sekadar berbasa-basi,
Jika terasa disudut hati,
Maaf dari diri yang hina ini.

Andai Ini Ramadhan Terakhirku...

May 20, 2016

Ramadhan itu munculnya pasti, 
Kerna tarikhnya kita ketahui...
Mati itu pun pasti,
Tapi tarikhnya kita serah pada Ilahi..

Ramadhan yang kita tahu bila pun masih jua leka untuk bersiap siaga, 
Inikan pula untuk kejadian yang takkan terduga...


Sedih itu milik aku.
Jahilnya dalam mendidik nafsu.
Lemas dalam gelora penuh tipu.
Azam palsu ditahun baru...
Kini hanya tinggal menjadi abu...

Andai ini Ramadhan terakhirku,
Aku rasa takut untuk melihat pada waktu,
Dentingannya membuatku rasa sayu,
Belum bersedia untuk menjadi kaku,

Imbasan kematian seolah berlegar diruang pandangan,
Terbayang satu-persatu wajah teman,
Perhubungan yang berhujung dengan kepahitan,
Tanpa sebarang ucapan...
Sesungguhnya perpisahan sebegini, amat menyakitkan!

Andai ini Ramadhan Terakhirku,
Aku harap kalian terimalah maaf dari aku,
Walau maaf itu sudah tidak relevan untuk manusia semacam aku...
Aku tetap merayu,
Kerna kita tiada jaminan untuk bertemu seperti dahulu...

Captain Philips: Based on true story

May 19, 2016

Captain Philips adalah salah satu movie Tom Hanks yang bermain dengan perasaan penonton. Dalam cerita ni beliau pegang watak utama sebagai Captain Philips. Aku mati-mati ingat captain dalam army ke captain bagi pilot ke, rupanya captain kapal. Kapal kargo tu... 

Nama kapal tu adalah MV Maersk Alabama, tapi nama sekarang dia MV Maersk Andaman... Misi dia adalah menghantar bekalan makanan dan sewaktu dengannya dari Oman dengan melalui Gulf of Eden ke Mombassa Kenya. 


Apa yang bestnya tentang cerita ni adalah, dia based on true story daripada pengalaman penulis novel A captain’s Duty iaitu Richard Philips (Captain Philips yang sebenar). Dan lifeboat yang dinaiki oleh lanun masa culik Captain Philips sekarang ada dekat National Navy SEAL Museum

Debaran cerita ni bermula bila empat orang lanun siap dengan bersenjata berjaya memanjat kapal yang diketuai oleh Captain Philips. Masa lanun tengah sibuk menggeledah pergi kebahagian kawalan kapal, semua crew lain diminta menyorok dekat engine room. Pesanan dari Captain Philips kepada semua crew dia masa lanun berjaya ceroboh kapal diorang;

Remember, you know the ship, they don't...stick together and it will be alright...

Lepas tu, lanun semakin agresif bila diorang dapat tau yang Captain Philips seolah main-main dengan dia. Masa pertukaran antara Captain Philips dengan ketua lanun, diorang lanun ni main kasar. Disitulah tragedi bermula... [The true tale of Captain Philips]

Sangat berinspirasi! Lagi-lagi melibatkan Navy SEAL. Elemen kerjasama, saling memahami dan patuh pada ketua sangat berperanan bila situasi cemas berlaku. Sebenarnya tension jugak dengan dak lanun ni. orang suruh settle cara baik, tak mau…pastu bila orang soh surrender pun degil jugak…haaa…baru tau…

Liputan akhbar tentang operasi menyelamat Captain Philips

Movie Captain Philips banyak dedahkan situasi kerja di laut. Mostly tempat dalam cerita ni adalah atas kapal dan laut. Maka aku sarankan kepada student geomass silalah tengok cerita ni sebabnya dia ada kaitan dengan hydrography, kerja offshore dan sewaktu dengannya. Real life situation gitu! Tak menyesal tengok walau cerita ni keluar pada tahun 2013.

Antara scene dalam cerita ni yang pernah dinaikkan oleh meme...


Lagi satu, kalau cerita tu ada lakonan Tom Hanks, janganlah korang sesekali menolak…sebab mostly lakonan beliau tak pernah mengecewakan. Professional giler nampak! No wonderlah mahal. 

Untuk bagi watak lanun tu nampak real, open audition telah dibuat dekat Minneapolis, Minnesota, tempat paling ramai orang Somalia. Memang real bhai!!!

Masa last cerita ni, aku tak tau kenapa rasa sedih giler…tak tau pasal pa sampaikan aku pun trauma bila tengok reaksi takutnya captain Philips. Mahu tak menangis…nyawa kat hujung tanduk je…
Overall aku rate 4.5/5. Nah trailer…


Kalau korang dah tengok cerita ni jangan lupa komen dan kongsi perasaan korang masa tengok movie ni...Memang terbaik!!!

Thanks for reading! 

p/s: peminat movie based on real experience... :) tu yang suka bagi trivia dan fakta tu...hehehehheheh

Perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam.

May 18, 2016

Holla there!
First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi bertanya tentang perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan juga Sumber Alam. InsyaAllah dalam entri kali ni aku akan cuba terangkan walau aku sendiri pun kabur..hahahahaha…sebab beza dia tak sejauh dari bumi nak ke Pluto. Tapi lebih kurang macam bumi dengan Marikh la kot...Tapi aku cuba jugak mana yang termampu untuk korang faham.

Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang lebih professional dalam bidang ni, amatlah dialu-alukan untuk tampil ke hadapan dan memperjelaskan tentang topic kita pada kali ni. Sebab saya pun baru je habis diploma, masih di alam merangkak kalau dalam 'timeline' tumbesaran. Sudilah kiranya saudara mahupun saudari terima penjelasan yang tidak seberapa ini.

Geomatik secara umumnya adalah satu cabang professional yang meliputi seni, sains dan teknologi. Mudahnya adalah ukur tanah. Tapi disebabkan penaiktarafan beberapa kursus dalam program ni menyebabkan nama ukur tanah tu macam tak bersesuaian.



Sebelum aku terangkan dengan detail lagi, aku nak bagi korang familiar dulu dengan istilah yang aku akan guna nanti.
  • Sain Geomatik (tulen) – AP120
  • Sains Geomatik Geographic Information System (GIS) – AP121
  • Sains Geomatik (Sumber alam) – AP122
  • Program = nama diploma yang kita ambil.
  • Kursus (course) = nama subjek dalam program tu.
  • Kod kursus (cod course) =  Kod subjek setiap semester. Kod ni berbeza setiap kali silibus dinaik taraf. Contoh masa zaman aku, kod SUG [sains ukur geomatik] masih lagi digunakan. Tapi bagi intake selepas daripada kitaorang, dia punya kod tukar kepada GEO. Nombor dia mungkin ada beza sikit tapi dia punya isi, sama je.

Masa belajar nanti, orang tak guna sangat istilah ‘sem’ tu, sebab lebih selesa dengan penggunaan ‘part’. Kalau nak sebut nombor dalam BM, gunalah istilah sem, kalau English guna ‘part’. Contoh: sem satu....sem enam part one…part six. 

Lagi satu, kalau orang tanya korang tahun berapa sekarang, jangan keliru dengan sem atau part korang. Sebab biasanya kalau buat kerja luar kat kawasan rumah orang, diorang selalu tanya; 

“Adik ni tahun berapa?” 

Lepas tu korang main taram je jawab tahun lima…padahal tahun ketiga. Tertukar dengan sem. Faham? Tak faham ek? Takpelah, nanti korang faham-fahamlah…masa tu korang baru teringat…ada ke budak diploma belajar sampai lima tahun??

Okay balik kepada topik asal kita, ketiga program ni kalau dari segi silibus, subjek dia sama dan takde beza pun dari semester satu sampailah semester empat. Kalau korang dah baca entri-entri aku pasal geomatik dari awal sampailah akhir, mungkin korang boleh buat research dengan lebih detail lagi based on kursus tu. Incase nak pupuk minat korang bagi tak goyah macam aku. 

“Lesson learned buddy!”

Untuk nampak lebih jelas beza antara dorang tiga ni, aku buat dalam table. Diorang start beza masa sem lima. Haa....time tulah korang akan kagum antara satu sama lain. Cuba tengok tang mana beza dia... 

p/s: aku dapat tolong huraikan dari segi silibus untuk UiTM saja, sebab based on pengalaman sendiri, kawan dan kenalan. Kalau untuk UTM atau lain-lain tu, maafin saya dong! Saya ngak bisa omong banyak…



TULEN (AP120)
GIS (AP121)
SUMBER ALAM (AP122)






Persamaan


Fundamentals of entrepreneurship (ENT)
Cadastral Surveying III
Industrial Tarining –JUPEM
Survey Project


Perbezaan

Geodetic surveying
Introduction to Remote Sensing and GIS


Introduction of GIS
Spatial Analysis and Management

Remote Sensing
Digital in Processing

Kerja Luar (LP)


Tiga subjek

Dua subjek

Dua subjek





Practicum

Cadastral Surveying
Engineering Surveying
Hydrographic Surveying


GIS (6)
Remote Sensing (3)

Remote Sensing (6)
GIS Special Project (3)
Credit Hour
9 (3 setiap satu)
9
9
Tempoh
18 minggu
17 minggu
17 minggu



Software used

Berbeza bagi setiap company.

Basic software:
AutoCAD
CDS
Terramodel
GDTS (Transformation System)


GIS: ArcGIS

Remote Sensing: Erdas Imagine, Seadas, Envi

* (Seadas = untuk marine purpose)
Software yang dinyatakan adalah basic saja.

Ulasan
(based on sem 5 & sem 6)

Lebih kepada latihan menjadi surveyor, chainman, drafter

Latihan menjadi Carthographer
(orang expert yang buat peta)

.

Konklusinya, diorang tiga ni kalau nak sambung degree semua akan menjadi tulen semula. Sebab UiTM hanya ada AP220 sahaja. So, seri sama…Untungnya, yang 120 ni sebab dia banyak turun site. Kerja di site ni lah yang banyak bagi kita lebih faham lagi tentang teori yang kita dah belajar.

Untuk 121,122, diorang lagi canggih sebab walaupun jumlah turun site dia kurang daripada 120, kerja diorang banyak main dengan data. Diorang boleh dapat data dari satellite, dan mana-mana sumber yang sahih. Mereka akan turun site apabila memerlukan “sampel ground” untuk buat perbandingan dengan data dari satellite.

Beza 121 dan 122 pulak dia stabil. Yang 121 dia lebih didedahkan kepada GIS. Sebab tu dia ada kajian lagi dalam pasal spatial analysis dan management. Geographical Information system adalah satu system yang lebih kepada pengurusan data-data yang terlibat dalam Google maps, waze, sport watch, dan lain-lain. Bila dia system maka banyaklah apps.

Bagi 122 pulak, dia menang kepada Remote Sensing. Dimana fungsi dia untuk mengetahui sesuatu secara specific dengan menggunakan alat tertentu. Contohnya untuk check suhu, monitor kesuburan tanaman, tanah, kawasan tadahan air, chlorophyll dalam laut, oil spill, density, CDOM (colored dissolved organic matter), hakisan batu karang, pelan bathymetry dan lain-lain. Video kat bawah ni tunjukkan secara ringkas macam mana proses remote sensing.


Kedua-dua cabang geomatik ni, banyak aplikasi dari subjek photogrammetry, GIS dan Remote Sensing. Gambar akan diambil dari udara samada menggunakan satellite, kapal terbang, drone atau lain-lain. Then, data tu akan diproses mengikut keperluan tertentu. Sama ada nak buat peta topography, thematic map atau lain-lain peta untuk kegunaan awam. 

*thematic map adalah peta yang mempunyai tema-tema tertentu berdasarkan analysis yang diambil dan dikutip dari pelbagai sumber samada kajian, soal jawab dan lain-lain. Contohnya; Map of AIDS Infection in Peninsular Malaysia during 2007. Dia ada tempoh tertentu. Dibezakan kuantiti samada menggunakan warna, nombor, symbol dan lain-lain.
Contoh Thematics Map
Habis huraian secara silibus dan praktikal… Semua maklumat tu, aku ambil dari student 121 dan 122 sendiri. Sebab aku sendiri tak boleh nak describe secara specific. (penerangan aku mungkin akan ada perubahan bagi generasi akan datang. Mana tau kalau silibus dah kena rombak. Kalau beza pun, korang boleh tahu macam mana bidang ni berkembang…)

Kalau dari segi kerjaya dalam bidang geomatik ni tersangatlah luas. Dia takde beza specific. (mungkin ada...mungkin. tapi, dari pengalaman AP120, senang nak jadi Surveyor freelancer. Kalau lepas degree lah...) Tak terikat kepada ukur tanah saja. Banyak bidang professional yang kita boleh masuk.

Where will your Geomatics career bring you? Geomatics helps you discover the world!

Kalau nak teruskan dalam bidang 121 dan 122 tanpa masuk 120, korang boleh usha dekat UTM atau mana-mana U lain yang tawarkan bidang yang berkaitan. Dia punya fakulti dah tak sama. Sesiapa yang masuk geomatik sebab nak jadi geographer, geofizik atau geo yang takde kaitan dengan ukur-ukur ni, ada baiknya korang fikir masak-masak sebelum ambil geomatik.

Dan lagi satu dalam program ni takde kaitan dengan sebarang Geography masa sekolah.

Geomatik memang banyak ukur, kira-kira, proses, analysis…sebab data dia secara realitinya adalah classified. Kalau dari geomatik nak masuk jadi army pun boleh. Kalau korang tengok cerita army, memang banyak aplikasi dunia geomatik yang mereka guna. InsyaAllah, aku akan buat entri movie student geomatik wajib tengok.

Awesome tak awesome, korang kena fight for your best! Sebab benda yang berharga takkan datang dengan mudah. Banyak benda perlu dikorbankan.

Terjawab tak persoalan korang tentang perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam ni? Kalau masih kabur dan tak jelas lagi korang boleh komen kat bawah ni dan bagitau part mana yang korang tak faham. InsyaAllah aku akan usaha untuk menjawabnya.

Kalau tidak pun korang boleh tanya pada orang yang memang mahir dalam kerjaya ni. Sebab beza tau pendapat student dengan orang yang dah bekerja.

Kalau nak tanya lanjut pasal AP122 Sumber Alam, korang boleh DM sini. Untuk AP121 kalau korang rajin bacalah blog senior ni; Khadijah Nas, Budak bisu nak bercerita.


Last but not least, segala kelemahan dan kekurangan dari semua segi tu harap dimaafkan. Mana yang baik dan bermanfaat tu korang bolehlah kongsikan. J 

Thanks for asking and reading!

*sampai selsema gua cari bahan untuk hurai gini...huhuhuhu..may it worth lah kan...

Praktikal di JUPEM #2

May 16, 2016

Holla there!
First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dapat menyambung ke peringkat pengajian yang seterusnya! Patutlah ramai tanya soalan pasal geomatik…ni mesti dapat geomatik ni Hehehehe…apa-apa pun all the best kalian! Welcome to the university life!

Bagi sesiapa yang nak tambahkan pengetahuan yang mendedahkan pengalaman praktikal di JUPEM ni tanpa sebab, amatlah dialu-alukan membacanya. Mana yang baca sebab memang teringin nak tahu situasi dia, silalah baca setiap bait dengan penuh penghayatan. Ecececeh! Ini pesanan dari senior yang sayangkan juniornya…hahahahahahah *mohon terbalikkan biji mata berjemaah*

Entri kali ni adalah permintaan dari salah seorang junior geomass part 3 dalam entri ini. Terima kasih sebab sudi bertanya. Semoga dengan perkongsiaan ini, adalah manfaat untuk korang yang bakal praktikal di JUPEM kelak.


Secara jujurnya, aku tak pernah buat praktikal dekat JUPEM. Sebabnya untuk orang Sabah dan Sarawak, mereka lebih digalakkan untuk praktikal di JTS (Jabatan Tanah dan Survei). Kenapa? InsyaAllah aku akan cerita dalam entri lain.

So, aku pun mintak tolong dari members yang ada pengalaman praktikal kat JUPEM. Nak kasi feeling tu real sikit. Sebab orang yang alami, cerita dia ada emosi... Sebelum tu, aku nak perjelaskan perbezaan antara praktikal JUPEM dan Latihan Industri (LI);


JUPEM
LI
Nama subjek
Industrial Training JUPEM (SUG315)
Practicum
(SUG396/SUG397/SUG398)
*contoh kod subjek bagi student AP120
Diurus oleh
Pensyarah
Pelajar yang uruskan pencarian tempat praktikal
Tempoh
Lima minggu
(semasa cuti semester 4)
Lima bulan
(sepanjang sesi semester enam)
*tentatif akan diberi semasa sem 5
Credit hour
2
9 / 6
Final Paper
Tiada
Tiada
Viva/Presentation
Tiada
Ada
Jumlah report
Satu
Dua / Tiga
Hardcover report
Tak perlu
Wajib
Markah
Dimasukkan dalam result sem 5
Result sem 6

Cerita pertama adalah dari Afiq. Dia orang Selangor yang praktikal dekat JUPEM Pulau Pinang sebab apa tak tau. Mungkin batch kitaorang paling ramai sampai satu JUPEM tu terhad hanya untuk 20 orang sahaja. Mana yang lebih, terpaksa dicampak ke JUPEM yang masih banyak kosong…ni cerita asal dari dia, kalau korang nak tanya lebih lanjut, korang boleh DM dia kat twitter okay? (tulisan yang ori dari Afiq, korang boleh baca kat sini..)

Masa dekat jupem eh, 1st day memang pehh berdebar gila! Maklumlah 1st time dah la tak de reference senior langsung! Lepas tu tercampak jauh dekat Pulau Pinang...hahaha…1st day tu datang awal, then terus la konfiden gila naik komtar terus tunggu dekat JUPEM..tak tahu pulak kena ambil pass kat bawah nak masuk komtar tu..turun la balik amek pass then baru naik balik..

Mula-mula sekali, kitaorang kena register ‘thumb print’ untuk record kedatangan hari-hari. Then ada briefing sikit bla bla bla… Then, disebabkan JUPEM kitaorang cuma ada 12 orang dan dekat JUPEM hanya ada 4 ‘section’. Maka, kitaorang pun dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap satu kumpulan ada tiga orang.

Kegigihan Afiq mengorek lubang untuk tanam batu...(familiar tak?)
Dua minggu yang pertama, kitaorang dekat section Strata, Stratum & Marine (SSM) dan this section yang paling banyak bagi input dekat kitaorang. Apa yang kitaorang buat dekat section ni, dekat U nanti banyak sangat guna. Korang akan didedahkan dan belajar pasal strata ni masa sem lima. (dalam iklan pun ada juga terangkan pasal strata…kalau korang ingat iklan tu, confirm korang boleh jawab dengan lancarnya apa itu strata…)

Hari yang seterusnya, kitaorang ke section-section lain yang aku tak ingat dah apa nama section tu. Then, untuk last two weeks, kitaorang dikumpulkan balik untuk practical dgn Jurukur Daerah (JUD). JUD ni adalah sebahagian daripada JUPEM jugak tapi diorang cuma terlibat dalam bahagian kerja luar. So, data yang diaorang ambil ni terus hantar ke JUPEM untuk diproses.

Hmm…apa yang boleh aku summerize kat sini, practical JUPEM ni takde benda pun yang korang perlu risaukan. InsyaAllah staff semua terbaik, peramah dan sedia terima korang sebagai student. Dan korang tak payah berharap tinggi sangat dekat praktikal ni. Sebab aku janji yang praktikal ni tak macam yang korang fikir dan jauh dari apa yang korang sangkakan.

Dia santai sangat! Siap korang boleh main ping pong. Main macam-macamlah! Hahaha... Kiatorang keluar minum pagi pukul 9, naik balik pukul 11. Then, duduk depan computer main internet then keluar balik lunch. Lepas tu, jalan-jalan sampai pukul tiga baru masuk balik. Hahaha

Tapi takdela hari-hari. Sebab kadang-kadang adalah jugak kerja. Tapi tengok la jugak JUPEM mana hahah…So, sape yang practical dekat JUPEM Penang tu, korang sebut je nama aku AFIQ confirm diorang kenal…hahah Cakap yang kurus-kurus, tinggi-tinggi…huhuh..lagi-lagi En. Fauzi Strata... 

So, kepada yang nak practical tu, goodluck and All the best! Ambik sebanyak mungkin ilmu sepanjang practical yang boleh dijadikan input sebab tu je peluang yang korang ada. Jangan tangguh-tangguh bab report, nanti korang menyesal! hahah Kalau nak contoh report PM kay ;D
Itu je kot… Sebenarnya takde benda pun nak cerita…serius…hahaha k gerak luuu pape roger! ;)


Kedua ni pulak dari member yang praktikal kat JUPEM Selangor. Dia pesan ringkas je…

Cakap je, nanti kat sana akan dipecahkan dalam kumpulan kecil, kalau ramai sangat student yang praktikal kat situ. Pastu, korang akan pergi setiap section untuk belajar step keje kat JUPEM. Ikut staff kat situ nak bagi yang mana dulu. Elaun pun ikut JUPEM masing-masing. Rezeki masing-masinglah katakan.

Ulasan yang ketiga adalah pengalaman member yang praktikal kat JUPEM Perlis.

Pengalaman yang saya perolehi semasa praktikal di JUPEM Perlis semestinya ilmu. Ilmu yang saya dapat ialah semasa berada di setiap cawangan dalam JUPEM. Bagi JUPEM Perlis, hanya cawangan strata dan stratum yang tidak diwujudkan.  Terdapat sembilan cawangan dalam setiap JUPEM tetapi antara cawangan yang kami lawati ialah cawangan kerja luar, cawangan pendaftaran, cawangan pelan berdigit dan cawanagan semakan kualiti. Proses kerja yang dilakukan bagi setiap cawangan adalah berbeza mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Bagi pendapat saya dan mungkin juga orang lain, cawangan kerja luar yang paling menyeronokkan dan mencabar berbanding cawangan yang lain. Alat yang digunakan bagi kerja luar juga berbeza seperti mengunakan tough book sebagai ganti untuk buku kerja luar. Dengan menggunakan tough book ini, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kerja dapat diselesaikan dengan cepat. Akhir kata, pengalaman yang diperolehi itu yang akan mematangkan kita hari kemudian.  

Geng JUPEM Perlis (Batch Perihelion)
Sebagai konklusi sepanjang praktikal lima minggu ni:
  • Pelajar akan dipecah dalam kumpulan kecil kalau terlalu ramai
  • Akan diberi peluang untuk merasai pengalaman di setiap section JUPEM
  • Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak setiap kali ada aktiviti, tugasan atau kerja yang berkaitan (Sebagai bukti korang buat kerja tu...dan boleh juga diletakkan dalam report korang nanti)
  • Sentiasa update buku log industry korang setiap hari. Jangan tangguh!
  • Boleh start buat report dari awal, sebab masa sem 5, korang akan mengalami situasi lambakan report... (paling banyak daripada semester lain...)
  • Jangan fikir pasal elaun, sebab tak semua JUPEM sediakan. Ada, syukur. Takde pun kena syukur jugak…
  • Jangan terlalu ikut habit pekerja dekat tempat praktikal. Mereka pekerja, kita student…mereka dah ada jaminan kerjaya, kita belum. So, be careful ya!
  • Praktikal ni sangat membantu korang untuk tentukan masa depan korang. Lepas praktikal baru boleh komen. Samada nak teruskan dalam bidang yang sama atau tak.
  • Paling penting, hargai setiap masa yang korang ada untuk bertanya setiap struktur dan fahami proses yang dilakukan dalam JUPEM.
  • Terakhir, ingatlah kereta. Teori yang sama juga boleh diaplikasikan pada kereta yang berbeza.

Situasi lambakan report! Jangan tiru sikap ini!!!
Terima kasih lagi sekali kepada Akram sebab sudi bertanya. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang untuk lebih bersedia jalani latihan industry. Kalau ada orang tanya, “Kenapa student Geomass ada dua kali praktikal ek?” Dengan mudahnya jawablah;

kerana dunia geomatik memerlukan pendedahan yang luas kepada pelajarnya. Supaya mereka tahu, apa fungsi geomatik di mata dunia. 

Gitu! Hahahahahhah...Okaylah aku rasa dah beriban ayat ni. Mana yang kurang tu maafkanlah, mana yang berfaedah tu, sharelah dengan member-member lain. 

Thanks for reading! :)
© SOFIE ADIE. Design by FCD.