November 09, 2016 / 28 Comments

Kalau aku jadi penulis...

Orang pernah kata,

You don't write because you want to say something, you write because you have something to say...

takkan pernah ada tarikh luputnya. 
Dunia pembacaan, sentiasa ada pasang surutnya. 

Orang kata juga;
penulis itu anugerah.
Sama seperti melukis.
Tapi tidak memasak.

menulis, diari, penulis, pen, buku

Semua orang boleh menulis, semua orang boleh melukis dan semua orang boleh memasak. Yang bezanya adalah sedap atau tidak, cantik atau tidak...tapi, tak semua orang menolak untuk terus menghukum kita dengan memboikot apa yang kita usahakan. Sebabnya manusia ni unik. Apa yang tak indah di mata mereka, mungkin indah di mata yang lain. 

Seperti juga kesukaan kita pada seseorang. Tipikalnya, ramai orang akan berkata, 'putih itu cantik'. Tapi, bagi aku...sawo matang, hitam manis itu lagi lawa...ya, memang putih itu cantik, tapi hitam itu menawan. Jadi, disini tiada beza. Dua-dua seri. Samalah seperti penulisan seseorang itu.

Dunia pembacaan.
Setengah orang suka bacaan santai, sebab apa? Mudah hadam. Setengah orang pulak hanya membaca cerita berkisar konspirasi, dajjal, dan perjuangan, alasan..ianya lebih realiti, membantu meneguhkan jiwa, memberi semangat untuk hidup lebih bersiaga. Lain orang pula, mereka sukakan sesuatu yang ada lakaran; komik - siapa tak minat komikkan? - Ada juga yang lebih cenderung untuk pembacaan awam, seperti biografi, motivasi, pengalaman, dan lain-lain lagi.

writing quote, anne tyler

Ini baru sikit aku tolong huraikan, Itupun dah rasa teleng kepala ni nak hadam. Kalau ditanya aku suka genre apa? Laju aku akan jawab; konspirasi, sejarah, self-development, biografi dan kewangan. Ah! semualah senang cerita. Buat masa sekarang, novel aku memilih sikitlah. hahahaha

Okaylah, bayangkan kalau aku jadi penulis pulak. Tak terbayang weh!! gelakkan diri sendiri,..ada ke orang nak beli buku kau tu ha? Entah cerita merapu manalah yang kau nak olah..dan seterusnya... idea untuk miliki karya sendiri ditatap umum itu terus tertimbus hingga ke kerak bumi dan dibaling jauh! sejauh planet pluto. 

Dulu, jika disingkap tabir sejarah itu, benar aku lebih cenderung pada seni sastera, tapi kerana percaya sastera tidakkan membantu aku pergi sejauh angkasa, maka aku pilih untuk menutup tabir itu dan dipaku rapat. Malangnya, tabir itu masih kuintai hingga ke hari ini dan sehingga tercetusnya sebuah blog yang kukira tiada orangkan faham apa yang aku sampaikan kerana ideologi yang kubawa terlalu sarat dengan emosi yang tak terluah oleh suara. Aku terlalu banyak bisu dan bermain dengan aksara sehingga orang jemu untuk membaca. - Dan disitulah aku hentikan anganku untuk menerbit walau sebuah buku-

Besar peranan penulis ni. Sampai aku mati pun orangkan tetap ingat. Paling tidak pun seorang. Paling r...

Aku? jadi penulis?
-tarik nafas panjang,... - penulisan aku tiada nilai untuk dibayar dengan wang ringgit pembaca, cukuplah aku mencuri masa orang untuk membaca laman tak bertauliah aku ni pun aku dah bersyukur giler! dapat satu komen pun dah senyum sampai langit. 

Suatu hari suram bersama pelangi malam, aku bertanya seseorang itu tentang terbitan buku hari ini (atau lebih detail lagi tentang puisi)...dan jawapan yang aku terima adalah..."Puisi bukan sekadar medium luahan hati.." Terdiam kau! -akulah yang terdiam- mananya tidak, dah aku macam orang yang disua lada, dah tahu pedas pergi juga makan..

benjamin franklin quote, writing,

Puisi moden. Namalah puisi moden, Tapi jiwa orang yang suka membaca ni, dia macam takkan pernah berkira dengan buku. Sebab setiap buku itu ada isi dia sendiri. Walau satu. Tak mampu beli, sanggup pinjam kat library. Nak, nak pulak library kat sini banyak. 

Aku membaca bukan sebab penulisnya, aku baca sebab tulisannya. Isi. Sebab aku pernah jadikan sebuah buku ni sebagai sahabat aku. Dia ada waktu aku tengah hilang arah, buku tu penulis hadiah kan untuk kawan dia yang telah pergi. Simple but worth. Berjuta kali aku baca, aku akan berakhir dengan persoalan yang berbeza. Buku tu penuh conteng, banyak kena high-light, banyak kena bookmark. Buku tu dah bersama dengan aku since 2008. Sampai sekarang...

Dahlah, aku nak bagi gambaran kalau aku jadi penulis, ada buku sendiri ada kedai buku sendiri...tapi dah jauh menyimpang...cukuplah buat masa ni, aku jadi penulis kat blog dulu...standardlah penulis ada blog kan? hahahah -itu jawapan orang yang takde blog bila dia tahu penulis ada blog-

Aku bukan Hlovate,..yang mencipta Jade. Bukan Nurul Syahida yang menggarap watak Pyan..bukan jua RAM...yang menghidupkan laksamana sunan dalam lipatan sejarah...

Jika aku penulis,
Aku mahu dia jadikan tulisan aku sebagaimana aku menghargai setiap penulisan orang, tapi layakkah aku? 

Kalau aku jadi penulis,
bersediakah aku dengan cabarannya?

sedih, termenung, menunggu, bear,

Generasiku,
Jika kamu menjumpai tulisan aku dicelahan buku mahupun komputer riba setelah ketiadaanku kelak, awalku berpesan, ambillah mana yang jernih...dan usahlah kamu pertikaikan apa yang keruh..kerna boleh jadi, itu adalah luahan emosi aku yang tak terluah pada manusia diwaktu itu. Gusar, kamu tidak mampu mendengar, jadi kutulis sebagai hilangkan rasa...bagiku, tulisan adalah bukti yang aku hidup hingga hari ini...jika ia terhenti, maka tahulah kamu dimananya aku...

-Thanks for reading...
Related Posts

28 comments:

  1. Nice. Saya pun simpan hasrat nak jadi penulis one day. Sekarang tengah usaha antaranya dgn berblog la. hihi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! bagus hasrat tu, samalah mcm saya...semoga keberanian terus mekar untuk terus menulis sehingga terbitnya buku ^_^

      all the best!

      Delete
  2. kita tidak akan tahu dimana tahap kita sehinggalah kita diuji dan mencuba...in sha Allah..boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Makanya, untuk tahu kena mencuba..yang itu masih takde keberanian...huhuhuhu

      Delete
  3. i'm going to write in my blog only for now. haha kelakar rasa sebab I am not even into sharing posts on Facebook. Pernah terfikir nak tulis pasal travelog Czech, tapi not yet kot, it looks complicated T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha...nanti buku nina akan sebaris dengan travelog korea, europe semua tu..mesti menarik kan? sebabnya buku travelog ni, penulis akan letak banyak gambar. dan saya sangat teruja dengan setiap gambar yang nina ambik. macam poskad. serius! kalau nina buat GA, poskad dari gmbr nina, sayalah orang pertama yang join! kalau tak menang, nina jual pun, insyaAllah saya beli.. ^_^

      Delete
  4. Blogger tuh pun penulis. :) Dulu selalu berangan nak jaid penulis, tapi rasa macam tak mampu nak capai untuk jadi penulis, makanya terbinalah blog picisan. Tapi still, sekarang pun masih berangan nak jadi penulis. hahaha , tak sedar diri. fuuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari angankan terbina impian yang kita sendiri tak terbayang cara untuk gapai. sebabnya, belum cukup berani..heheheh..samalah macam saya kim chaa..
      bangga kot kalau kim chaa keluarkan buku, sengih je baca...sebab dpt kenal kim chaa dr dunia blog lagi...

      Delete
  5. teringin nak jadi penulis jugak. tp bkn yg puitis. penulis genre santai mcm tu tapi skill tak ada huhuhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puitis bukan syarat utk menulis. dengan minat dan impian, insyaAllah eeca boleh ^_^
      tulisan santai berharga untuk pembaca :D

      Delete
  6. Bukan mudah untuk jadi penulis yang boleh pikat hati pembaca. Setuju dengan kata2 sis.. Setiap buku ada isinya, ada ilmunya, ada pelbagai pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! tak dapat pikat ramai, 10 pun bersyukur. mana tau akan dikenang bila ketiadaan.:)

      Delete
  7. Dapat satu komen pun dah rasa seronok...memang betul =) seronok rasanya bila ada membaca tulisan kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? senyum tu kalau boleh, memang membantu ceriakan hari yang suram :) terima kasih komen ^_^

      Delete
  8. puitis sungguh bahasa. boleh jadi penulis nie. :)
    ada masa BV suka bacaan santai, ada masa suka yang serius dan puitis. semuanya suka asalkan ada benda yang boleh kita dapat dari sesuatu penulisan.

    kalau nak bayangkan BV jadi penulis, memang mimpi je la. hahahahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mimpi terciptanya realiti ^_^
      setiap tulisan adalah presepsi penulis yang tiada salah tiada benar.

      Delete
  9. Generasi sekarang susah sikit nak membaca, tidak kira apa pun jenis bacaan. Contoh yang boleh aku beri ialah komik. Generasi sekarang tak suka sangat komik yang tulis banyak-banyak sangat. 'Wall of text' katanya. Tapi macam mana kita nak sampaikan mesej kalau dengan melukis sahaja tak mampu nak sampaikan sepenuhnya, kan?

    Kalau kau jadi penulis, harapnya tidaklah jadi orang yang meninggi diri. COntoh meninggi diri? Yang buat puisi dua baris satu muka lepas tu bukukan untuk dijual. Bila pembaca hentam kena dua baris je satu muka, dia akan kutuk balik pembaca kata jiwa tak cukup seni. Itu penulis yang meninggi diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. imagine komik tanpa dialog? uish...kalau kartun tanpa dialog ya, sebab dia ada sound effect dan pergerakan. cabaran dunia komik, susah nak puaskan hati semua orang kan? ada aje tak kena,...

      hahahaha...giler! aku pun pernah terbaca dua baris satu muka. mungkin penulis tu bagi ruang pada pembaca untuk sambung puisi dia. (jika itu dimaksudkan sebagai jiwa cukup seni) boleh jadi jugaklah...sebab aku kalau tgok ruang kosong dalam buku, mesti aku conteng..sambung balik atau garap balik cerita, puisi penulis tu...tapikan,..tak semua org boleh faham seni dengan dua baris empat perkataan...hatta tiga kata pun orang boleh salah tafsir...

      Delete
  10. selamat menjadi penulis yg bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. amin.
      thanks abam kie! =)

      Delete
  11. I think you could make it. I've read your entries and you have your own writing style that solely belongs to you

    ReplyDelete
    Replies
    1. =D speechless! and thank yu rasya! your comment really make my day!
      insyaAllah...

      Delete
  12. Kalau ada cita2 nak jadi penulis buku, teruskan la. Baca entri kau ni pun aku rasa ada sikit bahasa sastera yg kau pakai. Ada style sendiri. Kalau blog aku memang aku hentam je bahasa apa2. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhah..sastera kau! itu pun rasa meraban je lebih...apa2 pun thanks bro sebab support ^_^
      style tu nak kasi kekal, memang kena consistent...

      kau punya ayat pun boleh tahan hebat...serius!

      Delete
  13. terhasilnya blog sebab impian yang satu ni. at least...tercapai di dunia maya even di dunia reality taktercapai :') goodluck Sofie. semoga dapat jadi seorang penulis yg berjaya kelak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kita create dari maya, baru tercipta fizikal aka realitinya...
      thanks fyna! :D

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery