November 06, 2016 / 8 Comments

Home...

Home.
What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home' and 'House'?

academic height, uitm arau, perlis,

Home dalam melayunya rumah. Home itu rumah, house itu juga rumah. Okay, aku tak nak berbahas pasal home, sebab home itu subjektif. Ada nilai sentimental setiap kali kita perbahaskan beza antara keduanya. 

Teater Home by Anomalist Production.
Semalam, aku tengoklah teater 'HOME' anjuran kelab OIC kot kalau tak silap by Anomalist Production. Adalah dalam dua jam teater tu berlangsung, tapi serius aku rasa macam kejap giler! Sedar-sedar dia habis dah pukul 11. Mak aih! punyalah tak terasa masa tu berjalan. 

Teater 'Home' ni kalau siapa yang pernah tengok mesti tahu perasaan dia kan. Rasa macam otak dok ligat berfikir, fikir balik tentang teater tu. Isi dia...maksudnya dalam! Terkesima, terpana..bukan sebab lakonan mantap lapan orang pelakon tu,..tapi sebab mesej dia...mesej dia aku nak cerna sampai tertidur-tidur. Bukan sebab unthinkable ke apa, tapi sebab...fakta dia. Realiti kini yang tak boleh disangkal lagi. -Nak cerita balik sinopsis dia, aku pun tak reti camane...- 

teater, tiket, home, anomalist production

Tapi serius best! Kalau teater dari production ni ada buat show kat sekitar kawasan korang belajar ke tinggal ke kan, aku recommendkan sangat korang pi tengok. Tiket dia pun murah! Mampu milik dengan mutu lakonan yang diorang bagi. Nak belanja gambar pelakon dia pun, aku takde gambar...segan katanya...

Dan, sehari sebelum aku tengok teater ni, aku lepak dengan dua orang member dari arau. Kitaorang duduk sama-sama kumpul dekat bilik yang sorang ni, Suci (bukan nama sebenar). Masa tu dia CB, semua roomate dia balik. Aku dengan member sorang lagi ni temankanlah dia. Saja...sebab rindu nak gather-gather macam dulu...

Home = Arau
Serius kitaorang semua masih tak boleh move on dengan Arau. Hati masing-masing cuba untuk menerima keadaan sekarang, tapi dalam masa yang sama #rinduarau semakin menjadi-jadi. Semakin menebal! Ah, makanya kitaorang pun belek semua gambar time dekat Arau dulu...gembira tapi sedih...sayu sangat....

Masing-masing tukar cerita, berita hati, perasaan semua usah diperkatalah...

Ya, Arau memang takde apa-apa...tapi dia punya ketenangan, kedamaian yang hutan batu takkan pernah miliki. Walau ditiru dengan penambahan EcoWorld pun, Arau tetapkan menang...Yang dicipta takkan pernah setaraf dengan yang tercipta oleh Pencipta..-terngiang nasyid zaman sekolah rendah dulu...-

"...Ciptaan Tuhan Maha Sempurna, Ciptaan manusia banyak kelemahan...."

Ya, teater tu berbahas tentang golongan cerdik pandai yang berhijrah ke luar negara kerana kecerdikan mereka tak diiktiraf negara sendiri. Berlakulah beberapa pertikaian dan konflik yang berakhir dengan kesimpulan; "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri. Bagus lagi tempat sendiri.." dan juga "Jika semua golongan cerdik pandai mengambil langkah untuk ke luar negara, habis siapa yang akan tinggal untuk mempertahankan negara?"

Ya, memang Malaysia masih aman. - dengan pembuka dan penutup kata, tapi sampai bila semua orang akan ambil langkah begitu?- dan tak pernah tipu yang dulu pun aku pernah berfikir juga nak buat macam tu...hahahaha- biasalah zaman-zaman ritu -__-!

Dia lebih kuranglah dengan keadaan kitaorang sekarang yang, walau seagung dan semaju mana tempat ni, Arau tetap di hati...ya...itulah perasaan home..

Tapi, keputusan tu dah muktamad. No turning back. Nak tak nak kitaorang kena HADAM! Rindu, takkan pernah berkurang..percayalah...Sekali korang dapat jejak ke Arau, korang akan rasa nak datang lagi...dia macam ada 'roh' gitu...

Macam takde kaitan pun kan, tapi sengaja nak buat nampak berkait sebab nak move on tu susah bro...bukan senang macam tolak beban guna troli..

Apa-apa pun, definisi Home takkan pernah terhenti. Ianya akan tetap menjadi perbahasan segenap generasi. Lagi-lagi sekarang ni...yang cerdik pandai semakin ramai. Tapi, satu je aku nak ingatkan...jangan pernah lupa resmi padi...

lepak, uitm kampus arau, jerebu,

-Thanks for reading...-

p/s: sorrylah aku ni sekali sayang tu nak move on memang susah der...susah susah...sedetik cuma pun boleh makan masa beribu tahun, all the memories come in permanently...mungkin aku kena belajar terima 'masa sekarang'...bagi peluang mana tau masih ada ruang...hah hah hah!
Related Posts

8 comments:

  1. Sama . Sangatlah susah untuk belajar move on .. sekali sayang sampai mati sayangny .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...belajar jugak utk jadi seorang yang cepat move on...tp agak susah sikitlah...hu6

      Delete
  2. #deep
    dari perkataan 'home' je pun boleh jadi macam2 bentuk pemikiran kan. kreatif. teringin nak tengok teater T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...betul tu..
      teater? kalau ada peluang pergilah tengok, try dulu..kadang tu ada yang mesej dia padat, tp lakonan tak mantap..kadang tu sebaliknyalah..apa yg penting isi dia..

      Delete
  3. i will encounter this phase soon, Sofie. sekarang pun dah terasa sebak membayangkan nak tinggalkan 'home' kat Czech ni. tapi insyAllah I'm going home soon. Harap2 boleh move on dengan baik.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah! confirm berat giler nak lepaskan kan? if i at your place, mahunya bertahun nak pulih...hopefully, nina dapat atasinya.. ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. tahun depan. bulan 5 kot, kalau tak silap...hehehe..nape, yana nak kasi bunga ke? hahahahahh

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery