November 16, 2016 / 16 Comments

Cerita tentang kamu...

Kepada kamu, 
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^

Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram. 
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja. 
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.

cerita rindu, hanya kamu

Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza

Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu


Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu

Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu

Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka

Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu

Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal

Dari aku untuk kamu,


Malam ini suramnya tidak kelihatan, 
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan. 
Bulan yang terang juga gagal dikesan 
walau direnung secanggih alatan
Related Posts

16 comments:

  1. pengubat hati di kala duka.. :')

    ReplyDelete
  2. Kamu itu pastinya sukar dicari. Dan, jika ditemui hargailah si kamu itu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...saya amat menghargai kamu :D

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah. gembira mengetahuinya.. =)

      Delete
  4. dik.. padat !! KAMU yang kakak ade cuma 4 orang sahaja.. tapi kakak selesa.. kakak gembira.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamduillah! semoga berkekalan ya kakak! =)

      Delete
  5. Kalau aku jumpa 'kamu' yang macam tu, aku takkan lepas. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! susah nk lepaskan...tp 'kamu' yg satu itu masih belum bertemu lagi...

      Delete
  6. Semoga kamu bertemu 'kamu' yang didambakan.
    Singgah dari segmen review blog Safirul Amar.
    What a nice blog yang kamu ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin!
      terima kasih sudi singgah sini :D

      Delete
  7. Replies
    1. boleh jadi ianya kamu..^_^
      setiap orang ada 'kamu'. cuma kamu tidak perasan atau tidak tahu..
      boleh jadi...

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery