Sains Geomatik: Apa tu?

March 07, 2016


Assalamualaikum and hello there,
Kali ni aku akan cerita serba ringkas untuk yang masih belum familiar dengan istilah geomatik. Info ni adalah perkongsiaan dari pengalaman aku sendiri dan juga rujukan dari sumber-sumber yang berkaitan. Buat yang mencari "apa itu sains geomatik" dan inginkan pendedahan yang lebih dekat dengan "Sains Geomatik di UiTM, Arau", korang bolehlah keep on reading this blog.... ^_^ (ayat promote blog sendiri..hahahahaha)

Memandangkan sekarang musim mengisi UPU, maka apa salahnya kita kongsikan juga pengalaman ni kan? Mana yang kurang ke lebih tu harap dapat dimaafkan. 

Sebelum buat apa-apa keputusan untuk ambil sesuatu bidang, korang mestilah buat kajian yang mendalam supaya minat pelajaran korang tak akan tersangkut di pertengahan semester. Tak kiralah bidang apa pun. Cuma dalam entry kali ni, aku akan fokus pada Geomatik. (maaf kalau terdapat kecacatan dalam maklumat :P)

Maksud Geomatik:
Menurut wiki geomatik adalah suatu bidang yang mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat georagrafi atau maklumat rujukan peta. 

Geomatik juga merangkumi seni, sains dan teknologi dalam menguruskan maklumat rujukan geografi. (boleh rujuk sinisini dan sini)

Dalam bahasa mudahnya ia adalah bidang ukur tanah yang merangkumi semua prospek termasuklah penentuan kedudukan, arah kiblat, pasang surut air dan lain-lain.

Antara bidang Sains Geomatik termasuklah: 
-Cadastral / Topografi
-Engineering 
-Hydrografi
-Geodetic
-Remote Sensing
-GIS (Georgraphy Information System)
-Astronomy 
-Carthography (buat peta)
-Photogrammetry
-dan banyak lagi....etc.etc.etc...

Bidang kat atas ni adalah antara subjek yang wajib diambil sepanjang tempoh bergelar pelajar geomatik.
Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut.

Diploma Sains Geomatik di UiTM Arau terbahagi kepada tiga:
1- AP120 : Sains Geomatik tulen
2- AP121: Sains Geomatik GIS
3- AP122: Sains Geomatik sumber alam

untuk Degree hanya ada AP220 sahaja (rujuk sini)

Dari segi kerjaya bidang Geomatik sangatlah luas dan saling berhubung kait. Geomatik juga termasuk sebagai salah satu kerjaya professional. 
  • Isu berkaitan tanah; rujuklah cadastral,  
  • Penentuan arah kiblat,; astronomy (ilmu falak)
  • Tentukan kedudukan tempat secara spesifik; rujuklah GIS, geodesy,
  • Pertanian; GIS, remote sensing
  • Offshore; hydrography
  • Isu strata; cadastral
Isu bangunan senget benget; engineering...dan baaaanyak lagi...

Walaupun bidang ni selalu menjadi kerjaya 'balik tabir', sebab dilindungi arkitek dan engineer... janganlah sedih-sedih...lambat laun semua akan tahu betapa pentingnya geomatik dalam kehidupan.

Contoh kesedaran terhadap pentingnya Geomatik bila isu Batu Putih, kehilangan pesawat MH370 muncul. (sebenarnya banyak lagi, tapi isu ni paling menonjol)

Bidang ni jugak mengajar kita ingat siapa diri kita.
Ya, kita manusia yang dicipta dari tanah, dan kepada tanah jua kembalinya kita suatu hari nanti...
Berminat?
Kalau ya, silalah teruskan membaca...
thanks for reading ya!

p/s: kalau korang tanya aku dalam banyak-banyak subjek aku suka apa, insyaAllah aku akan jawab cadastral. Sebab isu cadastral dia banyak terikat dengan undang-undang dan pekeliling. :D

27 comments

  1. Geomatik,ukur tanah n ukur bahan tu lebih kurang ke Sofie. Adik akak dulu amik course QS tapi macam ni juga time beljar pergi ukur2 dan korek2 tanda2 tanah semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...samal je dorang ni kak...QS kena involve dalam field work jugak ke? huhuhu.xmboh r amek....:P

      Delete
  2. tumpang tanya,
    course tu memang ada future yang cerah tk?
    and Uitm Arau ada sediakan facility yg cukup tk?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada kalau awak dpt score yg terbaik.
      Facility diarau buat masa skrg masih byk dalam proses pembaharuan.

      Delete
  3. sains geomatik sumber alam mcm mana ya?pkerjaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk pada entri perbezaan ketiga bidang ni.
      sumber alam dia mostly kepada data dan banyak guna software remote sensing.

      Delete
  4. sis sofie study geomatik di uitm or utm?kalau semesteer satu,selalunya belajar apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply ^_^!
      saya study geomatik dekat uitm arau dulu.
      semester satu dia ajar semua basic. awak boleh rujuk dalam entri sains geomatik sem 1.

      Delete
  5. Baguslah.....saya terjumpa artikel ni....saya juga ex Dip di Arau, Degree di Shah Alam dan Master di Stuttgart...sekarang bertugas di jupem....kalau nak tanya/bantuan etc mnegenai Geomatic ni...contact saya di armj74@gmail.com

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! a big applause for you sir. i'm really proud to meet a legend in this area. dan terima kasih sudi singgah sini. ^_^

      Delete
    2. Assalam.. Sis.. sya nak tanya.. kalau kita apply kos geomatik ni untuk ijazah. Kita ada masa untuk join palapes tak? Mohon pencerahan ya..

      Delete
    3. Wassalam hel,
      untuk peringkat ijazah kemungkinan kos ni akan menjadi lebih tough dan memerlukan fokus yang tinggi dalam latihan komputer. sbb dia banyak software dan lab yang kena mahir. kalau hel rasa dapat kuasai dan manage masa dengan sebaik mungkin, rasanya xde menjadi masalah. sebab report memang kena submit hampir setiap minggu. (based on observation dan sesi soal jawab bersama rakan fakulti kos geomatik)

      kalau tengok pada aktiviti palapes, saya pun tak pasti latihan dia ada ganggu rutin latihan praktikal (kerja site) atau tidak. apa2 pun kalau hel dapat utamakan study dan stabilkan palapes, why not just go for it?

      itu pendapat hasil dr kaji selidik dengan member geomass. kalau nak tanya lebih lanjut hel boleh email abang ni. armj74@gmail.com mungkin beliau dapat memberi penjelasan yang lagi detail.

      ^_^

      Delete
  6. Assalam.sis.. if kita apply kos ni untuk ijazah. Kita ada masa x untuk join palapes?? Mohon pencerahan sis..

    ReplyDelete
  7. sis nak tanya. dip sc geomatik ni berapa total sem dia kalau tak termasuk intern?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply. kalau tak termasuk intern, 5 sem.
      geomatik ada dua kali intern. satu masa cuti sem 4(lima minggu macam tu. tak ingat dah...^_^!), satu lagi sem 6.

      Delete
  8. salam...nk tnye, geometri nie pekerjaan dye macm mne ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, kerja dia dia ukur tanah- orang yang ambil luas tanah- dan banyak lagi- boleh baca semua entri pasal geomatik dalam blog ni. terima kasih sudi bertanya :>

      Delete
  9. Salam...saya nk tanya saya dpt kos geomatik di politeknik tapi saya memang tak ade pendidikan pasal geomatik ni.. Saya memang tengah buntu sekarang ni...adakah saya patut ambil kos geomatik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tahniah sebab dapat sambung pelajaran!
      takpe, semua orang yang ambik kos ni sebelum2 ni pun memang takde background kos ni. Namalah belajar, jadi bersedialah untuk belajar perkara2 baru. Lebih2 lagi dunia pengajian tinggi yang penuh mencabar.

      All the best!
      ^_^

      Delete
  10. Lepas baca ni terus semangat nak belajar pasal sains geomatik ni. Dulu time isi upu adalah cari pasal ni tapi macam kelam2 je. Tapi sekarang tak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....semoga terus sukses dalam dunia geomatik ya!
      ^_^

      Delete
  11. lepas abis blajar geomatik boleh sambung astronomi ke ? ke lpas dlm course geomatik dh termask bljar astronomi skli ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau minat. ada jugak subjek astronomi yg dibelajar. tapi basic sajalah. kalau sambung degree pun ada penerangan lagi pasal astronomi.

      Delete
  12. Sofie Adie...kalau ada IG dan FACEBOOK saya nak add..sebab saya ingin bertanyakan soalan kepada saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tanya soalan boleh email pada saya melalui jade2sofie@gmail.com
      sebab saya takde kedua2 akaun tersebut ^_^
      insyaAllah saya akan jawab segera.

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.