Batman vs Superman?

March 30, 2016

Hello there!
Alhamdulillah masa GA MBO Cinema yang lepas, aku dapatlah dikira sebagai salah seorang peserta yang bertuah...che che che....bertuah ke? bolehlah kira nasib menyebelahi aku masa tu. Maka, dengan seluas tadahan sahara, aku menerima dua tiket wayang percuma dari sis Murni yang baik hati. Thanks sis sebab anjurkan GA yang sangat awesome ni! :)

Disebabkan macam dah lama giler tak lepak wayang, memang masa tu harap sangat dapat. At last...dua keping tiket tu berjaya dimiliki...


Memandangkan kat Perglih ni masih belum ada wayang, terpaksalah kami ke Alor Setar untuk tebus voucher ni. Masa tu kitaorang lepas habis lepak minum petang dengan team blogger utara. Habis je balik dari Tea Boss, kitaorang terus gerak pi Alor Setar. Terasa lama giler perjalanan kali nih. Akhirnya sampai jugak ke destinasi....(aku pun da lupa kitaorang tengok kat ne...T_T)

Mulanya aku memang giler nak tengok cite 13 hours: the secret soldiers of Benghanzi. Tapi malangnya, member lak bukan jiwa army or perang-perang. Lagi-lagi lepas tengok citer Alien Outpost hari tu, maunya bosan depa kata. Masa tu hanya ada tiga movie; 13 hours ni, batman vs superman dan Allegiant. Nak tengok Allegiant, Insurgent pun malas nak tengok, so macam tak best lak lau tengok skip-skip. Yang 13 hours ni, awal-awal da kena reject. Alasan; "tak kenal pun pelakon dia sape..." (kecewanya rasa....)


Demi medapat kesaksamaan yang rata, kitaorang tengoklah rating. But, citer 13 hours menang. Diorang still takmau tengok. Mengalah lagi...compare lak antara batman dengan Allegiant, batman menang. Awal aku cakap, aku team batman. Bukan superman. Then, deme kata satu citer dari batman or superman dorang tak pernah layan. Sudah....payahlah gini...kata putus yang sangat tak membantu adalah....
"Ikut ko la...aku tak kisah pun citer apa..." (i hate this kind of answer actually...T_T)

Batman vs Superman: Dawn of Justice
Dalam citer kali ni, watak Batman dipegang oleh Ben Affleck. Dari awal tengok, aku kind of tak suka giler dengan Superman...(maafkan saya team Superman..) plus dalam citer tu, dia menganggu gugat jiwa Batman nih. Padahal dua-dua ni okay ja sebenar. Tapi disebabkan ada batu api (Lex Luthor), dorang jadi salah faham. Sian gak dengan Superman sebab banyak kena fitnah. Memang teruklah dia kena...okay, aku dah mula sokong dia...dan sampai ke hari ni aku masih tertanya-tanya, kenapa ending dia macam tu? KENAPA???

Why Superman? Why?!

Rating: 3.7/5

Kenapa pilih Batman?
Batman dia punya kebolehan boleh diterima dek akal waras. Superman? hurm...nein exist. really. Pendapat personal aku, Batman ni dia ada sedikit persamaan dengan Iron Man. Okay mungkin tak berapa nak sama, tapi dorang dua sama-sama kaya, berinovasi dan suka mengkaji dalam dunia sains dan teknologi. Ni yang tak sabar nak tengok Captain America: Civil War nih...

Superman? aku takleh nak buat perbandingan sebab aku tak follow sangat superman...dan maybe lepas habis sesi belajar, aku akan cubalah mengkaji...hahahahah..itu pun kalau rajin....(tapi Faizal Tahir minat Superman....*_*)


Okay, sampai situ sajalah sesi Batman vs Superman. Buat Team Superman jangan ambil hati k? Dua-dua hebat, dua-dua ada kelebihan dan dua-dua watak komik. Kita yang betul-betul wujud mungkin boleh buat lebih hebat dari mereka. Walau takdelah sampai menjadi superhero pujaan ramai atau diangkat media, tapi menjadi sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain pun dah dikira manusia paling berjasa. 

Thanks for reading!

Sepetang bersama Tea Boss Perlis

March 28, 2016

Assalamualaikum and Hello there!

For the first time aku join review secara bersua muka bersama blogger lain. Pergh! Gempak je rasa kan? Dalam eksited, gembira plus teruja, aku sebenarnya malu gak r nak bertemu secara nyata. Lagi-lagi kitaorang dikira team paling lambat sampai kat destinasi...T_T but at least selamat jugak tiba. huhuhuhu...*sorry gais for been late* Antara blogger yang join adalah; bro Zumalbro pha is, bro Arz dan miss zya. Nice to meet u'olls!

(p/s: entri kali ni banyak menggunakan gambar untuk berbicara...harap maaf untuk pengguna data macam daku ni...)

Logo Tea Boss

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN


Klik banner untuk join!

Segmen: Auto-Blogger Malaysia

Klik banner untuk join!

Fight or Give Up?

March 21, 2016

Sejak dua menjak ni terlalu banyak peristiwa berlaku. Nak kata tragedi pun tidak, nak digelar sebagai moment tu...erm...bolehlah dikategorikan...dan aku rasa macam aku dah lama giler tak share cerita-cerita yang merapu, yang boleh buat orang sesat dalam hutan sampai boleh berjumpa dengan hero Tombiruo...[okayyy...sejak bila aku guna sesat dalam hutan ni? selalunya lemas dilaut, tak pun terbang dilangit....]

Sesat di hutan.
Rupanya ia lebih teruk rasanya daripada lemas atau jatuh terhempas. Sebab apa? sebab kat hutan, pelbagai hidupan yang hidup. Tak, bukan aku nak menidakkan yang kat dasar laut ngan kat langit tu takde hidupan...ada tu memang ada. Tapi hutan ni dia lain sikit. Dia macam ada semangat dia yang tersendiri. Semangat yang memanggil-manggil kita untuk terus meneroka hutan walau kita tau yang kita ni takut dengan semua jenis binatang.

Hutan ni macam diri kita. Selagi kita takde keyakinan untuk menghadapinya, selagi itulah kita akan terus sesat dalam hutan. 


Naa....see! tu baru 'tertulis' pasal sesat kat hutan, aku dah bagi satu perenggan ulasan. Kalau aku bagi tajuk entry ni sebagai sesat di hutan, tak taulah berapa muka aku akan huraikan..huhuhuhu. Maka kalian pun segera muntah berjemaah...T~T

Sebenarnya aku nak menceritakan dan berkongsi sebahagian realiti aku dengan alam maya. Untuk korang yang sudi menatap dan membaca setiap bait perkataan walau hanya sekadar picisan dari seorang budak yang semakin hitam dan tenggelam ke dasar 'lowest astronomical chart'. 

Tadi baru je habis briefing dari penyelaras pasal report-report yang akan dihantar pada hari rabu ni. Kau dengar tu hari RABU! Tapi, satu draft haram aku buat. Apa ke magnet negatif yang ada pada diriku ini semakin negatif sehingga kami tidak dapat bersatu? Jawabnya, aku yang kena beralih kutub. Cakap memang senangkan? nak 'walk the talk' tu yang macam langkah semut. 


Fight or Give Up??!
Tepuk dada tanya iman dalam diri. Teruknya rasa bila terpaksa meluruskan hati yang semakin lari arah sebenar. Aku pernah cakap dekat Sir yang guide kitaorang masa kem hydro hari tu...
"Sir bagi saya C pun saya dah kira bersyukur tu..."
Pastu Sir jawab; "Kenapa nak C? Awak dah datang praktikal, turun site sekali ke dua kali pun dah dikira C tau..."
Masa tu aku macam naikla sikit semangat. Cuba pupuk diri dengan berkata; "Yang terbaik selalu datang lambat..." 

Tapi.....lepas dengar briefing tadi, aku rasa macam kena jerut! Jerut dek kerana terpaksa berubah kutub dari Timur ke Barat! Sampai terteleng jugaklah kepala gua rasa....

Dan aku merasa kecil yang amat! Hanya Tuhan saja bisa mengerti betapa aku sudah hampir mahu berputus asa...tapi bila direnungkan kembali, masa yang tinggal berapa keratlah sangat kalau nak give up pun...macam sia-sia pulak...dan aku bangkit seperti kuih bangkit yang berwarna putih. T~T


Fight or Give Up.
Bukan lagi satu kekeliruan. Tapi sebuah keputusan yang aku harus pilih dengan waras. Ya, waras! Kerna kadang orang bijak jua bisa gila dalam membuat keputusan tika keadaan terhad...'Walk the talk' dude. Macam menyusuri tali tangsi tanpa memakai sebarang selipar. 

Jika kepayahan hari ini bisa memberi kegembiraan pada hari kemudian, aku pilih untuk menjadi gila buat sementara waktu. Ibarat minum air laut untuk hilangkan dahaga. Semakin diminum semakin haus...

Aku tak dapat nak fokus dalam dunia ni buat sementara waktu, kerana ada dunia lain memerlukan perhatian yang lebih besar dari dunia ini even dunia yang lagi satu itu aku berjalan dengan ragu-ragu. Rupanya final exam tu lagi senang daripada buat report. [Sebenar okay je dua-dua...tapi sebab minat tu telah dikambus dengan awan colombus, tu yang jadi macam ni ni....]

Okaylah, tadi bukak lappy nak buat report, tapi terlari pulak ke blog. huhuhuhuhu...Saja nak pesan kat korang yang hidup ni bukan satu pilihan tapi sebuah keputusan. Hidup takkan dapat dimulakan dalam pemilihan, tetapi bermula dengan satu keputusan yang PASTI. Jangan ragu-ragu even itu bukan kehendak kita.

Last but not least, thanx for reading my nonsense story...
All the best semua and never forget to fight for the best!

Get to know me...

March 18, 2016


First of all, I would love to say a thousand thank you to our lovely blogger; Numigx aka IGS for tagging me on this awesome 'Tagging Tagged' segment. Without hesitate your precious time, I will try my best to answers all thirty curious questions ^_^

AVON ONLINE: Produk kecantikan untuk wanita

Wanita dengan kecantikan sangatlah sinonim. Soal tentang wanita mesti ada kaitan dengan cantik. Bila cantik, sama dengan barang make up.

Equation: wanita = cantik = make up.

Ha, sebut pasal barang make up, tak semua orang mampu untuk bergaya dengan jenama yang mahal. Jadi pilihan yang terbaik dia adalah produk kecantikan dari Avon. Berjenama dan mampu milik.
Ada sesetengah dari kita berkemungkinan lebih minat make up yang neutral, simple dan fresh branded. Makanya disini aku nak recommend dekat korang beberapa Avon online beauty product yang akan memikat naluri wanita korang. Ecececeh....let’s we take a look first. Mana tau kalau ada yang masih mencari-cari make up yang sesuai untuk presentation ke, interview ke, atau viva nanti....

Pertamanya adalah lipstick. Ini memang wajib untuk serlahkan lagi keyakinan korang masa interview. Nampak lebih segar gitu! Dia ada macam-macam pilihan warna. Dari nude, pink, bright red to bold colors.

Cabaran belajar Geomatik

March 17, 2016


Menjadi salah seorang pelajar Geomatik memang seronok. Sebab apa? sebab situasi pembelajaran yang berbeza bagi setiap subjek. Ia merangkumi lab, kerja lapangan, dewan kuliah dan kelas. Masa paling seronok dan mencabar adalah fieldwork. Dalam entri kali ni, aku nak share cabaran yang perlu dihadapi sepanjang menjadi pelajar Geomatik. Antaranya:

1- Cuaca

Kadang cuaca banyak memberi pengaruh kepada emosi pelajar Geomatik. Betul ni...Bila terlalu panas, kulit jadi gelap. Bila hujan, satu kerja LP pun takkan pernah siap. Jadi cuaca paling seronok adalah; berangin! Biasanya musim berangin ni hanya berlaku pada tengah tahun. Tertakluk jugaklah...

2- Alat

Isu alat tak cukup memang satu masalah. Lagi-lagi kalau masa giliran kita buat LP, alat takde. Ha...ini memang bikin panas. Tambah pulak banyak lagi kerja yang tak siap. Memang akan angin. Tapi, kalau pandai set masa dan kerja, nein problem bruh! Paling kecoh sekali bila hujung minggu, ramai yang buat kerja luar...memang tak akan cukup alat lah cerita dia...

3- Member LP

Biasanya, kumpulan site akan dikekalkan untuk setiap subjek yang ada kerja site. Sebab, senang nak discuss segala benda yang berkaitan dengan report atau project yang terbengkalai.. Masalahnya adalah, bila kita dapat ahli yang susah sangat nak bagi kerjasama. Memang sakit woh! Dahlah kena hadap untuk tiga subjek, setiap hari...satu semester...bayangkan...sebab tulah kena pilih betul-betul member LP nih..kalau boleh yang kita boleh buat macam family. Bukan apa, karang ada yang merana. tak pasal-pasal.
Be professional in your group..jangan campur aduk hal peribadi dengan kerja LP.

bila kau lapar tengah malam, tapi report berlambak...T~T

4- Report

Ada sesetengah LP group yang expert dengan kerja site, tapi lemah dalam buat report dan sebaliknya. Tapi, lebih baik kalau stabil keduanya. Ini adalah persediaan untuk latihan praktikal sem akhir nanti. Masa tu, semua kerja kita yang akan buat seorang. Jadi, dari sem satu lagi kena biasakan dirilah untuk stabilkan keduanya. Lambakan report memamgakan berlaku pada setiap hujung sem. Kes dia sebab, bila LP tak siap, report tak boleh nak jalan...tapi boleh je, buat yang teori awal-awal. Tdak hallah...

5- Kenderaan

Semakin senior, semakin jauh site yang kita akan dapat dan semakin besar kawasan yang diperlukan. Contohnya masa semester lima, keluasan 300mx300m diperlukan tanpa halangan dan setiap station saling nampak untuk subjek Geodesy. Maka, nak taknak kawasan bendang memang akan digunakan. Letaknya pulak bukan dekat, jauh nu ha...jadi, aku nak habaq awal...siapa yang rasa boleh bawa kenderaan tu, silalah bawak. Boleh tolong ringankan kerja kawan yang takde kenderaan langsung. [lagi-lagi kalau masa tu bulan puasa...pergh...maunya pengsan!]

6- Subjek ENT!

Masa sem lima, akan ada satu subjek keusahawanan yang wajib diambil. Sudahlah masa sem lima banyak kerja site daripada masuk kelas. ENT ni pulak benda yang memang lari jauh dari bidang kita. Subjek memang bagus, sebab dia bagi kita pengalaman uat bisnes plan sendiri. Kalau nak bukak bisnes, kira macam kita tahulah sikit selok belok dia...cabaran? agaklah sebab ada presentation...huhuhuhu.. 

Banyak lagi cabaran dia sebenarnya. Tapi yang paling terasa yang enam ni lah...tapi, Alhamdulillah semua cabaran tu dapat dihadapi walau sesukar manapun. Bila ingat balik, macam tak percaya pulak dah nak habis dah pun...padahal masa situasi tu berlaku, rasa macam diri ni tak boleh buat je...rasa macam nak quit...dan macam-macam lagilah rasa...tapi tulah..hidup mesti diteruskan...


Thanks for reading!
Dan tahniah untuk yang dah berjaya harungi sema cabaran ni!
*Applause....*

HIDUP.MY memudahkan pencarian rumah sewa

March 16, 2016



Dulu masa zaman internet masih kurang dikenali memang susah nak cari rumah atau bilik sewa. Contoh dia macam sekarang kitaorang punya permohonan kolej tak dapat, maka kenalah mencari rumah sewa. Alhamdulillah dengan wujudnya laman Hidup.my, segala pencarian rumah sewa ke bilik sewa semua jadi mudah. Terutama kalau korang yang nak duduk di kawasan Lembah Klang dan kawasan sekitar dia. 

Masa korang cari rumah/bilik sewa tu, korang boleh letak harga yang korang nak. Price range dia dari zero to RM 2 000. Korang jugak boleh pilih samada nak masukkan sekali bil api dengan air dalam harga sewa atau tak. Senangkan? 

Basic Geomatic Report format

Assalamualaikum and Hello there again!
Alhamdulillah penerangan untuk semua subjek sepanjang semester dah pun habis aku ceritakan secara ringkas dalam entri-entri sebelum ni. So, kali ni aku nak terangkan sikit beberapa tajuk utama yang perlu disertakan dalam report LP kita. (masih lagi berkisar tentang geomatic... ^_^!)

masa buat photogrammetry...
Kes entri ni aku buat sebab ada keyword "cara buat report cadastral" dalam blog ni. Masa tu aku fikir, rasanya aku mana pernah letak apa-apa cara untuk buat report lagi...dan terjadilah entri ni....habis cerita...huhuhu

Okay, tanpa bazir masa korang, kat bawah ni aku dah huraikan serba sedikit tentang apa yang perlu ada dalam report, tak kiralah cadastral, engineering, geodetic, hydro...etc..(cuma dia ada beza dari segi isi je lah kot) format dia masih sama, adalah lebih kurang macam tu. Yang aku bagi ni cuma basic saja...

Perkara
Huraian

Cover


- Logo Universiti
- Nama fakulti
- Tajuk report
- Nama pensyarah
- Nama ahli kumpulan
- Nama kumpulan
- Date of submission


Abstract


Penerangan secara ringkas tentang tugasan yang dibuat, cara yang digunakan, hasil keputusan yang diperoleh dengan menggunakan cara yang disebut tadi. Sebutkan juga lokasi. Panjang antara 180-200 patah perkataan.


TOC
[table of content-table of figure-table of table]


Cara senang untuk buat TOC adalah dengan setkan header yang digunakan

Introduction


Cerita tentang penerangan kerja yang sedang dilakukan. Asal, sejarah, teknologi berkaitan.


Objective


Target dalam melaksanakan kerja tersebut. [Kadang   objektif kerja akan diletakkan dalam practial handout]


Study Area


Kawasan yang digunakan sepanjang selesaikan tugasan


Instrument/software used


Alat yang digunakan untuk selesaikan kerja. Sebutkan semua alat yang terlibat serta huraikan kegunaannya.


Methodology and Data Processing


Ceritakan cara kerja yang digunakan secara ringkas. 
-Macam mana korang mulakan traverse? - dari control point ke bench mark?- guna alat apa?- berapa linear misclosure? - accuracy yang korang guna?- etc...
Sertakan dengan cara proses data.
- guna software apa?- macam mana transfer?- etc...

[untuk penerangan proces yang detail, masukkan di bahagian appendix]


Data and Result Analysis


Tunjuk hasil yang korang dapat. Jangan tunjuk je, kena ceritakan sedikit kenapa dan bagaimana boleh dapat keputusan macam tu. Ceritakan juga apa formula yang korang guna...
(kalau ada kira-kira, tunjuk cara kira), kalau kena compare, ceritakan beza dia...


Conclusion


Huraikan secara menyeluruh tentang tugasan yang korang buat. Ceritakan cabaran, halangan sepanjang selesaikan tugasan tu. Kemudian cerita juga macam mana korang atasi semua masalah.


Individual Comments


Komen setiap ahli dalam kumpulan


References


Rujukan yang korang guna sepanjang buat tugasan [samada buku, internet, lecturer, senior dan sebagainya]


Appendix


Letakkan cara atau langkah yang detail yang digunak untuk proses data tadi.


Okeh! Ingat, ni basic report je tau!  (kadang ada jugak beza sikit-sikit...)

Thanx for reading!

Cara memohon tempat praktikal

March 15, 2016

Bagi pelajar Diploma Geomatik, permohonan tempat praktikal akan dilakukan semasa semester lima. Mungkin ada persamaan untuk kos yang ada praktikal seperti pelajar sains polimer, ladang dan lain-lain. Secara ringkasnya memang ada briefing dari lecturer sebelum mohon tempat praktikal. Tapi sebagai persedian awal, kita juga boleh mencari informasi di dunia hujung jari.
[Tapi untuk penerangan ni, aku banyak fokus kepada student geomatik ^_^]




Bila mohon tempat praktikal?
  • Sepanjang tempoh semester lima. 
  • Selepas mendapat briefing dari pensyarah.
Apa yang kena buat selepas briefing?

1- Call company yang korang dah research pada sebelumnya.
Tanya jika mereka ada ketiga-tiga bidang yang kita perlu ambil. Sebab biasa ada yang tak ada job pada salah satunya. (cadastral, engineering dan hydrography)

2- Selepas dapat company yang terima, dapatkan tandatangan penasihat pada surat permohonan.

3- Proses penghantaran kepada syarikat yang dimohon

  • Hantar resume, 
  • surat permohonan yang ditanda tangani (disahkan) dan 
  • skop praktikal kepada company tersebut.
Boleh guna email, faks atau pos. Untuk cepat; faks, biasanya orang email sebab murah, jimat dan cepat.

4- Selepas dapat respon dari company; 
boleh ambil tanda tangan seterusnya untuk surat pengesahan dan hantar pada company tersebut. 

Pada penghujung semester lima, ada briefing kedua pulak yang terangkan tentang apa yang kena buat kalau fail masa sem 5, atau yang sewaktu dengannya...

5- Akhir sekali, kita akan berjumpa dengan penasihat untuk finalize kan tempat praktikal kita dan ambil buku log. Pensyarah akan beri korang ‘kit’ untuk praktikal. Dalam tu akan penuh dengan maklumat, peraturan dan informasi tentang semester enam.

Sebenarnya, tugasan sem enam banyak makan masa sem lima. Sebab dalam kita sibuk dengan sem lima, kita kena cari tempat praktikal. Aku cadangkan untuk tak alami situasi kelam kabut macam ni, korang boleh buat research awal-awal tentang company masa cuti sem atau waktu sebelum sibuk. Kalau boleh masa part one dulu lagi dah cari..

Cari company --> Dapatkan pengesahan supervisor / lecturer --> Hantar permohonan ke company --> tunggu feedback dari company --> Dapat feedback, hantar maklumat pada supervisor / lecturer --> Hantar maklumat penuh sepanjang praktikal yang telah disahkan ke company --> Datang praktikal!

Thanks for reading!

Fail sebelum praktikal

March 14, 2016

Selepas korang mohon tempat praktikal, dah dapat tempat, siap hantar borang pengesahan semua, tiba-tiba result sem lima keluar dan tak mencapai seperti yang korang impikan...apa yang korang perlu buat?

Kalau subjek yang gagal tadi ada final paper, korang boleh mohon untuk supplementary paper. Tapi ingat sup-paper boleh bagi C je paling tinggi. Syarat dia kalau tak silap takleh lebih tiga paper kot....Kalau tak kena extend.. (aku tak pasti sangat pasal sup-paper ni, mungkin korang kena tanya uncle Google)

Kalau subjek tu takde final?
Memang akan extend. Samada korang nak pergi praktikal macam biasa baru ambil subjek tu pada sem tujuh juga boleh ataupun vice versa, dua-dua boleh. Tertakluk pada nasihat pensyarah koranglah. Because they know better...^_^

Kes ni pernah terjadi kat salah seorang kenalan aku. Subjek masa sem 5 (Survey Project) Tapi, diorang pulun jugak ambil subjek tu masa tengah jalankan latihan industri. Kira masa sem 6 lah. Total report yang dia kena buat masa tu adalah lima! (3 report untuk sem 6, hard cover. Dua untuk sem 5) 

Selalunya yang sup-paper tadi, kalau lebih dari satu eloknya ambil semula. At least korang boleh capai lebih dari C dan ilmu pun korang dapat. Kalau korang ada paper-paper yang sebelumnya kurang bernasib baik, memang kena tangguhkan praktikal dulu. Kalau dapat selesaikan sebelum sem enam lagi bagus. At least dapat grad sama dengan member class.. ^_^


Thanks for reading!

GIVEAWAY by RosNordin

March 13, 2016


Klik banner untuk join!

Sains Geomatik: Sem 6

Semester akhir paling seronok dan tinggi cabarannya. Pasal....
  1. kita tak payah masuk kelas atau takutkan test dan final.
  2. Dua, kita dapat duit elaun. Iya memang jumlahnya takdelah gempak, at least adakan? #syukurselalu
  3. Tiga, walaupun takde final tapi ada ‘viva’ dan kena buat report tebalnya 20 marhalah. Okay tipu..
  4. Empat, disebabkan takde final semua markah bergantung pada report dan viva tadi...yang kita sendiri tak tahu adakah progressnya baik atau tidak
  5. Lima, tak tau apa yang berlaku pada sem enam jika result sem lima kecundang. T^T
Bagi semester 6 Geomatik tulen (AP120), subjek yang terlibat dalam practicum adalah:
  • Cadastral Survey
  • Engineering Survey
  • Hydrography Survey 
*(Mungkin ada yang berubah.)



Untuk pelajar lelaki, dorang beruntung giler sebab secara langsung boleh terlibat terus dengan kerja lapangan tanpa risaukan ada ‘town survey’ ataupun tidak. Masalah ini selalunya dihadapi pelajar perempuan...T_T

Sudahnya, pelajar perempuan tadi hanya duduk di pejabat untuk memproses data dan membuat pelan. Melainkan, melainkan..... ketika itu syarikat ukur yang korang praktikal merupakan company besar dan selalu dapat town survey job.

Bagi pelajar Geomatik, yang biasa ada kerja lapangan akan cepat rasa bosan kalau duduk kat pejabat dalam tempoh yang lama. (Aku tak taulah samada aku sorang je rasa macam ni...tapi memang akan wujud rasa ni walau sikit...sikitlah..takyah nak tipu...)

Macam mana nak mohon, bila nak mohon semua tentang pra-praktikal punya info, aku akan terangkan kemudian...so keep reading on my blog gais! ^_^

Tahniah untuk korang yang dah berjaya tanpa sebarang masalah dalam kos geomatik! Kasi tepuk sikit.....^_^

Thanks for reading!

Sains Geomatik: Sem 5

March 12, 2016

Subjek:
  1. Fundamentals of Entrepreneurship
  2. Cadastral Surveying III
  3. Industrial Training
  4. Geodetic Surveying
  5. Intro. to Remote Sensing and GIS
  6. Survey Project
Pemandangan tapak subjek geodesy
Oh, sebelum terlupa; 
yang nombor tiga tu kita buat masa cuti sem 4. Kira macam praktikal pendeklah kat jabatan kerajaan (JUPEM/JTS/JTU) dalam lima minggu. Masa ni semua lecturer yang akan uruskan penempatan praktikal. Kita hanya bagi maklumat, lapor diri dan hadir pada tempoh yang ditetapkan.

Markah 100% dari report, buku log dan penilaian majikan ditempat praktikal. Takde Final. Maka, kalau korang takde report, tak datang tempat praktikal...cerita dia memang "see you next time"lah kan...

Preview:
  • Untuk ENT tugasan kita adalah untuk mencipta atau menginovasikan produk/barang/servis dan juga buat plan perniagaan. Dalam plan tu nanti kena tunjukkan semua maklumat tentang produk kita tadi bermula dari A - Z. Markah banyak pada 'business plan' tersebut. Subjek yang membina sikap usahawan dalam diri belia.
  • Cadas III banyak ceritakan tentang Stratastratum dan beberapa pekeliling yang diguna pakai dalam survey.
  • Bagi geodetic pula, penerangan dan pendedahan dalam triangulationtrilateration dan precise traversing. Semua topik dan kiraan berkaitan dengan tiga perkara ni. 
  • Remote Sensing dan GIS bagi pelajar Gemotik Tulen adalah penerangan secara ringkas. Maksudnya tak mendalam macam student AP121 dan AP122.
  • Survey Project takde final. Semua bergantung pada report, markah kumpulan LP dan presentation. (tertakluk pada lect.)
Pesanan:
  • Masa sem 5, kerja LP terasa banyak sangat. Memang banyak LP dari masuk kelas. Lagi-lagi survey project, totally LP (namalah survey project kan?) Untuk elakkan daripada buat kerja luar waktu, silalah buat LP pada waktunya dengan sebaik mungkin.
  • Study dulu cara apa yang digunakan sebelum buat LP (Surv.project, Geoid dan Cadas)
  • Kalau tak faham atau tak tau macam mana nak guna software, bolehlah rujuk pada yang tahu. Contoh staff kat stor ke, lect. ke, member yang pro ke etc. Sebab masa sem ni banyak guna software yang tak diajar secara khusus dalam kelas, so pandai-pandailah explore.
  • Guna peluang sebaik mungkin untuk melibatkan diri dalam report, data dan LP.
  • Kalau korang nak sambung degree, jangan lupa ambil MUET. 

*maaf kalau maklumat tak lengkap. Mungkin ada perubahan dari segi silibus dan kod subjek.
*masa sem 5 jugak kita kena cari tempat praktikal untuk semester 6.
*JUPEM= Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JTS= Jabatan Tanah dan Survei, JTU= Jabatan Tanah dan Ukur

Thanks for reading!

Sains Geomatik: Sem 4

March 11, 2016

Tahniah sebab korang dah berjaya ke tahap ini dan selamat menjadi senior! ^_^

Gambar masa Hydro camp di Lumut, Perak
Subjek dalam semester 4:
  1. Introductory Hydrographic Surveying
  2. Principles of Carthography
  3. Survey Computations
  4. Geodetic Studies
  5. Fundamentals of Land Laws and Regulation
  6. Fundametals of Photogrammetry
Huraian:
  • Hydro adalah main core bagi semester ini. Ada camp, jangan risau..tiba masanya untuk korang berwajah 'seri geomatik'. Masa pergi camp, semua kerja LP akan terlibat. Bermula dari calibration, traverse, levelling, tacheometry etc. Senang kata semua control terlibat, *(x,y,z).
  • Cartho subjek yang paling banyak teori...ada lab jugak...kena buat map. Sila skor untuk map, sebab seronok...terasa macam budak art pulak! Untuk subjek ni korang akan didedahkan guna software ArcGIS dan Erdas.
  • Survey comp. subjek yang paling banyak kira...namalah computation kan? Markah banyak kepada tugasan kita..iaitu pre-comp. plan....ia memerlukan kreativiti yang tinggi jugak sebab kita kena design dan reka satu kawasan perumahan yang lengkap dengan fasiliti (drainage, shop lot  etc. *tertakluk kepada lect. korang)
  • Geoid memerlukan nombor yang sangat panjang. Sila fahami keywords dalam geoid sebab ia membantu untuk lebih faham subjek cartho. Kedua subjek ni saling berkaitan dalam projection dan datum.
  • Land Laws; Walaupun korang boleh bawa buku law tu masa final korang tetap kena alert dengan keywords yang penting. Misalnya beza antara subdivision dan partition, beza pengunaan form dalam sesuatu task, etc... Cara mudahnya, buatlah nota ringkas tentang topik yang selalu keluar. 
  • Photo; Ada dalam lima report. Setiap tugasan memerlukan daya imaginasi yang tinggi...so selamat berimaginasi! Dalam photo jugak korang akan diajar jenis-jenis pandangan dari udara, turut dikenalkan dengan *UAV etc. 
Pesanan:
  • Sem 4 adalah sem yang paling sedikit *LP, tapi jangan ambil mudah sebab semua teori sem empat akan diaplikasikan masa sem 5.
  • Masa cuti semester 4, kita kena buat praktikal pendek untuk subjek sem 5 dekat JUPEM/JTS
  • Kalau nak sambung degree, (tak kiralah nak sambung ke bidang yang sama atau tak) jangan lupa daftar untuk MUET.
  • Masa sem 5 nanti, ada beberapa perbezaan subjek antara AP120, AP121 dan AP122.
  • Mungkin ada perubahan dari segi kod subjek dan silibus untuk mempertingkatkan kualiti pelajar. Maaf diatas segala kekurangan maklumat. ^_^
*LP- kerja lapangan
*UAV- Unmanned Aeriel Vehicle
*(x,y,z)- x=Horizontal control, y=Vertical control, z=Heighting


Thanks for reading!

Sains Geomatik: Sem 3

March 10, 2016


Antara subjek yang terlibat:
  • English for Academic Purpose
  • Islamic Property Management
  • Kokurikulum
  • Further Mathematics for Engineers
  • Engineering Surveying II
  • Cadastral Surveying II
  • Computer Application II
Huraian:
  • Untuk English sem ni, tugasan dia adalah 'term-paper'. Term Paper ni, kita kena cari satu topik atau isu yang menarik untuk diulaskan. Yang penting semua isu tu kena ada bahan bukti, rujukan atau yang seteru dengannya dan akan disertakan dalam 'term-paper' tersebut. Contoh rujukan tu boleh didapati samada dari internet, majalahsurat khabarjurnal atau sesi soal jawab. Apa yang paling penting, kita boleh garap isu tersebut dengan menarik. 
  • Untuk CTU262 (kod untuk islamic property management), ia ada tugasan khusus. Di mana pelajar akan ditugaskan untuk buat satu video tentang topik yang diberi oleh pensyarah. *tertakluk pada pensyarah tersebut*. Kiranya ada presentation video, slide dan handout dari setiap kumpulan.
  • Math Engins pula banyak kiraan matrik. Totally matrik. Sampai kadang boleh terkeliru nak guna formula mana satu, sebab nampak sama tapi sebenarnya bukan. Haa...kena berhati-hati ye...serius ni...
  • Engins II  pulak agak tough sikit dari yang pertama. Kerja LP pun agak mencabar dan dinasihatkan untuk beri kerjasama yang penuh masa buat LP dan juga report. Sebab ianya akan membantu kita untuk lebih faham dalam teori.
  • Topik utama dalam cadas II adalah kiraan dan perbazaan antara *CSR 2002 dan CSR 2009 (dalam BM KPUP'02 dan KPUP'09). *Cadastral Survey Regulations. Semuanya tentang third mark, baseline dan refixed. 
  • Untuk Comp. II pulak takde final. Tapi ada Lab test. Dua software yang akan digunakan adalah CDS dan juga AutoCAD. Semua basic kedua-dua software ni akan diuji dalam lab test. Maka, berhati-hatilah dan banyakkan praktis keduanya kalau kita rasa lemah untuk skor teori.
Pesanan:
Ramai pensyarah akan ingatkan; 
'student yang biasanya dekan untuk sem 1 dan 2 akan terkantoi masa sem 3, maka berhati-hatilah ya'. 
p/s: Mungkin ada perubahan dalam silibus atau kod subjek bagi mempertingkatkan kualiti pelajar. Segala kekurangan maklumat harap dimaafkan.

Thanks for reading!

Sains Geomatik: Sem 2

March 09, 2016

Forum bersama Ally Iskandar
 Subjek semester dua:

  1. English
  2. Islamic thought and civilization
  3. Kokurikulum
  4. Calculus 1
  5. Engineering surveying 1
  6. Cadastral surveying 1
  7. Field Astronomy
*yang bold kena berhati-hati

Huraian:

  • English macam biasa. 
  • CTU aku malas nak hurai. Sebab dia lebih kurang macam kita belajar masa SPM.
  • Koko ni pun rasa macam tak perlu hurai, sebab  koko ni memang wajib. 
  • Calculus 1; masa ni banyak formula macam add math. Cuma lagi advance sikitlah...lagi senang. Tapi, still kena buat tutorial banyak.
  • Engin. antara subjek dalam engin termasuklah tacheo, levelling etc. Kalau korang dapat score untuk semua ni, insyaAllah korang senang nak faham untuk kerja-kerja seterusnnya. Sampailah bila-bila....
  • Cadas 1; banyak memperkenalkan beza antara conventional method dan juga NDCDB. Kira-kira pun boleh tahan gak, tapi cadas banyak terikat dengan pekeliling.
  • Astro; perkara yang berkaitan dengan bulan, matahari etc. Subjek ni ikutkan ada camp jugak. (Tertakluk pada lect.) Kalau masa aku dulu, astro ada LP solar observation, tapi sekarang aku jarang nampak junior buat 'soob'. Mungkin silibus dah ubah kot...
Cabaran semester dua:

  • kerja lapangan lebih banyak berbanding semester 1
  • ada cerapan matahari yang bakal menaikkan silau mata dan juga 'power' mata (ini berlaku kat aku.. T_T)
  • formula lebih mencabar...
  • credit hour paling tinggi
Cara skor:
- banyakkan buat tutorial untuk semua subjek kiraan.
- Sentiasa terlibat dalam kumpulan LP
- Jangan tiru data atau copy paste report.

Thanks for reading!

Sains Geomatik: Sem 1

March 08, 2016

Assalamualaikum and hello there!
Dalam minggu ni aku akan ceritakan semua pasal geomatik. ^_^! Maklumlah bulan mengisi UPU pun sedang hangat sekarang...so, aku takmaulah orang pilih kos ni kerana alasan tak logik macam aku..huhuhuhuhu...


Antara subjek yang akan korang ambik masa semester satu adalah:
- Asas pendidikan islam
- Consolidating Language skill
- Kokurikulum
Pre calculus
Physics
Introductry Surveying
- Computer Application I (takde final)
(mungkin ada berlaku perubahan dari segi silibus dan code subjek)

Cara skor semua subjek:
  • Betulkan niat belajar.
  • Rajin tanya pensyarah (terus tanya kalau tak faham, jangan bertangguh-tangguh nanti jadi beban)
  • Pinjam buku kat library pasal semua subjek yang berkaitan untuk lebih faham
  • Jaga 'carry mark'
  • Untuk subjek yang takde final, sila buat sebaik mungkin
 Pesanan ringkas:
Biasanya lain kelas, lain pensyarah. So, ikut cara pensyarah korang sebab merekalah yang akan semak kertas korang bukan pensyarah kelas lain.

Maaf kalau aku ada kecacatan maklumat ke salah silibus...yang aku cerita ni version 2013 (batch perihelion)

Thanx for reading...keep on reading untuk subjek semester seterusnya...

p/s: huraian bagi subjek aku ada terangkan dalam entri "Sains Geomatik"

Sains Geomatik: Apa tu?

March 07, 2016


Assalamualaikum and hello there,
Kali ni aku akan cerita serba ringkas untuk yang masih belum familiar dengan istilah geomatik. Info ni adalah perkongsiaan dari pengalaman aku sendiri dan juga rujukan dari sumber-sumber yang berkaitan. Buat yang mencari "apa itu sains geomatik" dan inginkan pendedahan yang lebih dekat dengan "Sains Geomatik di UiTM, Arau", korang bolehlah keep on reading this blog.... ^_^ (ayat promote blog sendiri..hahahahaha)

Memandangkan sekarang musim mengisi UPU, maka apa salahnya kita kongsikan juga pengalaman ni kan? Mana yang kurang ke lebih tu harap dapat dimaafkan. 

Sebelum buat apa-apa keputusan untuk ambil sesuatu bidang, korang mestilah buat kajian yang mendalam supaya minat pelajaran korang tak akan tersangkut di pertengahan semester. Tak kiralah bidang apa pun. Cuma dalam entry kali ni, aku akan fokus pada Geomatik. (maaf kalau terdapat kecacatan dalam maklumat :P)

Maksud Geomatik:
Menurut wiki geomatik adalah suatu bidang yang mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat georagrafi atau maklumat rujukan peta. 

Geomatik juga merangkumi seni, sains dan teknologi dalam menguruskan maklumat rujukan geografi. (boleh rujuk sinisini dan sini)

Dalam bahasa mudahnya ia adalah bidang ukur tanah yang merangkumi semua prospek termasuklah penentuan kedudukan, arah kiblat, pasang surut air dan lain-lain.

Antara bidang Sains Geomatik termasuklah: 
-Cadastral / Topografi
-Engineering 
-Hydrografi
-Geodetic
-Remote Sensing
-GIS (Georgraphy Information System)
-Astronomy 
-Carthography (buat peta)
-Photogrammetry
-dan banyak lagi....etc.etc.etc...

Bidang kat atas ni adalah antara subjek yang wajib diambil sepanjang tempoh bergelar pelajar geomatik.
Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut.

Diploma Sains Geomatik di UiTM Arau terbahagi kepada tiga:
1- AP120 : Sains Geomatik tulen
2- AP121: Sains Geomatik GIS
3- AP122: Sains Geomatik sumber alam

untuk Degree hanya ada AP220 sahaja (rujuk sini)

Dari segi kerjaya bidang Geomatik sangatlah luas dan saling berhubung kait. Geomatik juga termasuk sebagai salah satu kerjaya professional. 
  • Isu berkaitan tanah; rujuklah cadastral,  
  • Penentuan arah kiblat,; astronomy (ilmu falak)
  • Tentukan kedudukan tempat secara spesifik; rujuklah GIS, geodesy,
  • Pertanian; GIS, remote sensing
  • Offshore; hydrography
  • Isu strata; cadastral
Isu bangunan senget benget; engineering...dan baaaanyak lagi...

Walaupun bidang ni selalu menjadi kerjaya 'balik tabir', sebab dilindungi arkitek dan engineer... janganlah sedih-sedih...lambat laun semua akan tahu betapa pentingnya geomatik dalam kehidupan.

Contoh kesedaran terhadap pentingnya Geomatik bila isu Batu Putih, kehilangan pesawat MH370 muncul. (sebenarnya banyak lagi, tapi isu ni paling menonjol)

Bidang ni jugak mengajar kita ingat siapa diri kita.
Ya, kita manusia yang dicipta dari tanah, dan kepada tanah jua kembalinya kita suatu hari nanti...
Berminat?
Kalau ya, silalah teruskan membaca...
thanks for reading ya!

p/s: kalau korang tanya aku dalam banyak-banyak subjek aku suka apa, insyaAllah aku akan jawab cadastral. Sebab isu cadastral dia banyak terikat dengan undang-undang dan pekeliling. :D

Nota untuk Pembaca...

March 06, 2016

Minggu depan aku ada hydro camp. Subjek terakhir dalam sesi praktikal. Dalam tempoh tu, aku dah buat siap-siap semua entri yang berkaitan dengan Sains Geomatik. Iyalah, sekarang ni musim sesi soal jawab dengan google untuk lepasan SPM. So, apa salahnya aku berkongsi sedikit sisi cerah dalam Sains Geomatik ni. (^_^)

Mana tahu ada yang berminat nak jadi future land surveyor ke apa....aku cadangkan, kalau sesiapa yang ambil kos ni kerana "tak kisah pun sambung apa", tolong buat dengan serius. Betul, aku cakap serius ni. Khusus yang perempuan. Lagipun peluang kerjaya untuk bidang ni sangat luas. Paling kurang pun jadi drafter.

Aku rasalahkan....(perasaan aku mengatakan), adik-adik yang baca blog aku mesti fobia tengok nama kos ni masa pilih UPU kan? hahahhahahha....jahat pulak aku rasa...takdelah dik, kos ni best sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba letak kos ni dalam lapan pilihan tu...nanti kalau dapat jangan lupa bagitau ek? mana tau, adik nanti jadi junior kami...huhuhuhuh

Dalam blog ni, kalau korang nak tahu pasal geomatik, boleh pergi "Info"


Ni aku kongsi beberapa blog dan link surveyor/juruukur tanah yang mungkin boleh digunakan sebagai rujukan kepada junior akan datang:
(ada yang dah lama tak update...maklumlah surveyor siang malam sibuk...pagi turun site, malam buat calculation...)


dan banyak lagi yang korang boleh cari. Yang aku boleh kongsi yang ni je lah kot....

Untuk yang biasa baca blog aku (yang biasa dengan penulisan merapu...), aku minta maaf banyak-banyak sebab slot rant terpaksa bercuti sementara waktu. Kalau korang nak baca entri pasal geomatik ni pun apa salahnya. Kotlah ada sedara mara ke, sepupu sepapat yang dok tanya; 
"Sains Geomatik tu benda alah apa?" korang bolehlah jawab sikit-sikit kan....

Sains Geomatik tu, ukur tanah...

"Ukur tanah tu apa pulak ?"

Ukur tanah ni orang yang dok sukat tanah untuk buat geran tanah tu lah...yang dok teropong-teropong tepi jalan tu....(ni jawapan mudahlah...)

Okaylah...terpanjang pulak nota aku nih...padahal nak pesan yang seminggu ni aku tadak...toksah sedih na...nanti aku share pengalaman pergi kem hydro pulak. (Confirm muka terbakar punya, balik karang...)*pasrah ajelah...*

Last but not least, I would like to share my favorite quotes during hydro camp;
"Jika MSL pun diukur selama 18.6 tahun untuk mendapat accuracy yang tepat, inikan pulak hati manusia....."-sofieadie 'penangan hydro'
Thanks for reading! 

The Secret Life of sofieadie

March 05, 2016

The Secret Life of sofieadie....
Entri ni adalah bukti yang aku masih tak boleh move on dengan cerita The Secret Life of Walter Mitty. Iya, semua orang ada secret life...semua orang ada satu sisi yang tak semua orang boleh tahu/nampak/rasa...kecuali Dia...dan semua orang sedia maklum tu....so, sambil layan entri ni, kalau quota korang laju, bolehlah dengar lagu yang aku tujukan khas untuk hidup aku yang sekarang ni...


44 hari lagi sebelum aku unofficially tamat Diploma. 24 dan diploma. Terasa macam dah tua sangat. Macam lambat untuk segalanya dan hampir untuk tarik diri...jika undur rugi, teruskan mungkin mati...nein!!! Siapa kata macam tu. Aku kata. Cyeh! Percaya lagi pada suara yang demotivated kau...
Daripada hari tu aku sampai Arau, sampai sekarang aku hanya menjeling pada report nan tiga tu. Nak buat, tadak hati, tadak mood, protes....tak buat, nanti tak pasal gagal. 

Gagal?
Semua orang takut dengan gagal...kata senanglah, "gagal itu pemula bagi hidup baru"...tapi, bila dah lalui...apa yang aku plan dulu, 360 darjah kena cipta baru. Sebab aku sendiri yang bina tembok dalam putaran normal tu. Dan mencari alternatif itu rupanya tak seindah apa yang mimpi taburkan. Berhujah tentang mimpi, dah lama lenaku tak berwarna. T~T 


Nak tau apa "secret life of sofieadie"? 

Ignore everything that does not impact your life...

Macam kejam je bunyi dia. But, it's true bruh. Nay....tadaklah itu hanya kata-kata yang kejam untuk jiwa yang kering. Jangan simpan dalam hati. Itu pesanan untuk aku. Aku sendiri. T~T

How to live a happy life without use any manual?
Dulu kawan aku pernah cakap; "Aku peliklah dengan manusia yang baca buku tentang 'How to live a life', 'How to manage your life', 'How to complete your daily life without procrastination' dan etc... Buku macam tu tak sepatutnya ada pun..." Dan aku hanya senyap. Sebab masa tu aku tengah baca salah satu buku, 'How to...' (aku tak ingat tajuk dia...)

Nak kata masa tu aku sentap, tak jugak...sebab betullah apa yang dia kata. Tapi bro, tak semua manusia ingat apa yang dia perlu lakukan tanpa sebarang rujukan. Kalau tak, kenapa Tuhan tinggalkan Al-Quran untuk umat Nabi Muhammad? Memanglah kita boleh kata; dari kau baca buku tu, baiklah kau baca Al-Quran, dalam tu lagi banyak panduan, pahala pun dapat. Iyap, memang betul. Tapi, mempelbagaikan bacaan kita tu bukan satu kesalahan pun. Biarlah orang nak baca apa janji dia tak kacau hidup kita. 

Sebab manusia semakin dewasa, semakin perlu kepada bacaan "Bagaimana...."


The Secret Life of sofieadie..."Do whatever just to stay alive..."

Thanks for reading! 
© SOFIE ADIE. Design by FCD.