February 05, 2016 / 20 Comments

Akim

Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih, tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak 90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa. Tahniah buat Akim dan Stacy.

credit and sumber ig Fadzilzahari
Akim kahwin dah hari ni. Hari Jumaat, 1015; 5 Feb 2016. Okay tak sedihlah. Gembira lagi ada, sebab akhirnya mereka bersatu juga! Yay! [sambil kipas mata]

Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....

sumber IG: Akim & The Majistret
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]

So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga syurga.

video
credit to IG: Hlive

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi! 

Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...

Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]

dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"

Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....

Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy
Related Posts

20 comments:

  1. sobss.. simple jerr baju akim huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? simple tapi still nampak grand...

      Delete
  2. HAHHAHAHA, Sabarr lah akakk. kita faham perasaann tuh. hahaha. tak lama nanti nazimm othman pulakk. T_T me cryyy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob sob sob.....thanx sebab faham aina.....big girl don't cry lah aina....[sambil kipas mata...]

      Delete
  3. kite pun lama dah minat akim , dan harini dia dah kawen TT..TT sobs sobs haha kumbang bukan seekor , akim pun bukan seorang :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah....true bella! setuju sangat...p mana nak cari akim yang seorang macam nih? huhuhuhu

      bertuah stacy...

      Delete
  4. hahaha lol tiba2 jadi sedih pulak dengar although bukan peminat setia akim. hahaha dulu2 je minat time zaman af. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha sedih ek? tersedih pulak..padahal nak buat happy2 tapi tak jadi sebab mood patah hati...

      chey! patah hatilag sangatkan! ^_T!

      Delete
  5. Salam, first , saya pon minat akim, masa dia nyanyi lagi aiskrim connetto haha... makin lama minat lagunya saja

    second,Budak 90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. gulp! oh tua sangat rasa...

    apa apa pun masjid dah terbina syaitan dah menangis lagi .

    sofie , insyaAllah next awak pulak ! Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bersahut TKK,...iyap sekarang cuba untuk minat lagu dia jugak....tapi tak boleh...huwahuwahuwa...[okay ini over dramatic!]

      second, kan....manalah tak rasa tua bila angka injak 25...dan kawan semua dah beranak tiga, empat dan lima....

      iyap setuju tuh!

      yang ini? hurm......insyaAllah....tunaikan apa yang wajib dulu...

      Delete
  6. bila diorang kawin sis... tertinggal keretapi... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhah....sis tak sempat nak kejar macam chennai express ye?

      Delete
  7. saya pon tertinggal keretapi bhahaha... tahu depa kawin daripada mak saya (nampak tak betapa ketinggalannya saya XP)

    huhu, minat sejak af jugak... waktu dia masih jambu2 lagi bhahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh! up to date la mak yoo....^_^!

      zaman jambu akim sudah habis..hahahaha

      Delete
  8. suka tengok Akim dan Stacy :) harap Akim boleh bimbing Stacy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...kita hanya mampu kirimkan doa untuk mereka...^_^

      Delete
  9. Dulu time dinner kat sekolah kitorang panggil Akim. Tapi time tu dia baru lagi so saya pun tak kenal dia sangat haha. Anyway, congrate to mereka berdua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh! untung r dapat tengok live show akim....

      sob3....

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery