Delete Blog???

January 28, 2016

Soalan terbuka ni aku pernah tanya dalam entri minggu lepas.

Delete blog patut atau tak selepas kita takde?” 

Jawapan 50-50. Ada yang kongsi cerita tentang blog-blog yang mereka follow tapi tuan dia dah takde. Masa aku baca semua komen, seolah lagu jaane nahin, denge tuhje terngiang dalam minda. Oh God sedihnya rasakan. Lagi-lagi kalau pemilik blog tu kita seolah  kenal berabad. Mesti rasa sedih triple quad kan? [sila mainkan video dibawah ni sambil habiskan baca entri...^_^]


Delete blog? Ya atau tidak.
Kalau tidak, ada sesetengah perkara kita patut semak dalam semua entri kita yang lepas. Semua segi dan presepsi blog kena jaga. Lagi-lagi bab aurat. Tidak, sebab nak jadikan kenangan pada mereka, mereka dan mereka. Sebab tulisan kita banyak membantu mereka yang akan hidup. Maklumlah dunia semakin dihujung kuku.

Ya, andai blog terlalu banyak kontroversi. Takut salah tafsir padahal pemilik dah lama pergi. Maka jawapan korang? Ya atau tak masing-masing ada sebab. Macam aku, mungkin aku pilih tidak kot. Tapi sebelum tu memang banyaklah entry yang kena kuarintin. T_T Kena masukkan dalam wasiat siap-siap. Takut ajal jemput tidak diduga.

Soalan-soalan jika korang TAK DELETE BLOG:
  • Setting bahagian comment kena ubah tak? Contohnya ‘comment visible after approval’. Kalau kita tak ubah, sapa yang nak approve komen orang tu? 
  • Kalau blog kita ada domain, ada tak domain yang automatik tukar jadi biasa tanpa tunjukkan yang domain tu boleh dibeli bila dah tamat tempoh? Supaya blog kita still available.
  • Wariskan blog atau biarkan tanpa sebarang update?
Kalau delete, mungkin akan backup dulu kot. Tak pun print hard copy. Buat simpanan untuk generasi. Bahan bukti tu! Evidence yang menunjukkan kita hidup dan persitiwa yang berlaku sepanjang kita hidup. [biarpun ada sesetengah entri tu ambil masa yang lama untuk dihadam T_T].

Kalau Horatio dengan Mac Taylor gali ni, 100% for sure semua soalan akan terjawab. Yang mana tergantung akan dicantum macam puzzle. Bila fikir balik, rasa macam bahaya pulak. Hahahahah

Pendapat dan pandangan korang amatlah dialu-alukan. Mana tahu ada idea yang lagi bernas untuk merancang persiapan sebelum pergi.

Perkara paling menakutkan dalam hidup adalah kehilangan. Betul tak? 
*insyaAllah, ada rezeki lebih teringin nak print out blog nih...buat siri macam journal gitu...

Segmen blogwalking and bloglist by Aina Akmal

January 27, 2016

Klik banner untuk join!

Walkman Wednesday#1: Theraphy...



Tawar hati dah...

January 26, 2016

Kenapa kita perlu jalankan latihan industri?
- Sebab nak cari pengalaman dan suasana kerja sebenar.

Kenapa perlu mengalami semua situasi sebenar?
- Sebagai kelebihan kepada pelajar supaya tak terlalu terkejut bila hadapi pekerjaan yang sebenar kelak.

Betul ke semua ni?
- Kadang betul jugaklah. Banyak keleihan sebenarnya bila masa belajar kita ada latihan industri/ praktikal.

Okay itu cerita pasal praktikal yang tinggal sebulan lebih lagi. Sebenar aku cuak jugak nak habiskan praktikal sebab rasa macam banyak lagi benda tak de atau tak tau. T_T


Apa jadi kalau bidang yang kita belajar ni, tak sama dengan bidang yang kita kerja nanti?
Contoh aku budak ukur tanah, tapi aku dapat kerja budak jualan. Kalau korang kat tempat aku, korang akan terima tak kerja tu? Kalau nak sambung degree pun, ada lebih kurang lima bulan lagi. Aku malas nak 'honeymoon' beria sangat sekarang. Dengan keadaan kewangan sendiri masih belum kukuh, memang simpanlah dulu semua impian tu sekarang. 

Target aku sangat besar untuk tahun nih. Sampai aku terpaksa fikirkan masak-masak dan sedalam-dalamnya hingga kerak bumi. Habis je belajar terus kerja. Tak kiralah kerja tu bidang aku ke tak. Tapi, bila aku suarakan hasrat aku...benda pertama yang akan bangkit adalah; 
'belajar jauh-jauh semata-mata kerja macam tu?'
tak pun, "belajar mahal/tinggi tapi kerja lebih kurang macam orang lain yang tak sambung belajar...T_T"

Itulah dia. Itulah perkara yang boleh mengurangkan rasa dalam hidup nih. Semua jadi tawar...entah ikan air tawar pun tak sanggup nak berenang dalam hati ni sebab tawar dia terlalu tawar...sampai takde udara untuk bernafas....


thanx for reading my nonsense entry...
rasa macam nak habiskan praktikal awal je...

p/s: bagi aku peluang untuk buktikan. ~the reason-hoobstank~ 

#Gift4them: Kena return??


Seusai balik dari kerja praktikal petang tadi, aku agak terkejutlah tengok bungkusan yang 'seperti ku kenal tapi dimana ya?'. Lepas tu aku tengoklah maklumat.


Bungkusan tak dikenali?

Apasal pulak tak dikenali? Bukan alamat tulis semua dah betul ke? Pelik berganda pulak aku nih....Pastu aku pun buat semakan maklumat dari sang penerima dengan sang pengirim. Rasa macam dah betul. Tang mana pulak tak dikenali? "Telefon 5 kali tak jawab?" Rasa macam aku tak bagi nombor telefon, nombor mana pulak posmen ni call kata tak jawab? Pelik-pelik!

Oh, mesti korang yang baca lagi pelikkan? Apalah yang aku dok bebel pasal kena reject bagai...

Ingat tak hari tu yang aku kata, aku akan bagi hadiah kepada semua peserta contest [kecil] yang aku anjurkan? Kalau tak ingat, atau confused dengan benda apa yang sedang berlaku. Apa itu #Gift4them semua, rajinkan diri tengok entri-entri kat bawah ni:


Fuh! tak sangka sebanyak itu dah entri yang aku buat sepanjang contest dan proses penghantaran hadiah ni. Tapi dalam 20 peserta tu, ada seorang yang tak bagi respond langsung, sorang kena return balik [gambar package kat atas tadi] dan dalam dua parcel kot yang masih tersangkut kat pejabat pos laju bahagian penerima. 


Aku dah cuba email penerima, tapi senyap takde jawapan....sedih ooo...mungkin dia busy kot. Yang tak bagi respond langsung tu, aku pun dah macam tawar hati...kalau nak soh aku pos lagi sekali mungkin lambat lagi lah jawabnya. huhuhu...tak pun aku simpan je hadiah tu, untuk contest yang akan datang...tapi sayanglah...sebab aku dah target nak bagi semua yang join tu...

Kepada mereka yang dah terima, siap buat entri lagi, ada jugak yang PM aku dan beritahu diorang dah dapat hadiah tu, aku hargai sangat kerjasama dari korang semua! ^_^ Harap sangat korang jangan serik untuk belek laman serba gelap aku ni selepas dapat hadiah tu...

Walau kita tak pernah bersua, tapi biarlah hadiah tu jadi saksi di syurga. Siapa tahu kan?

Aku pun tak pasti apa keadaan hadiah yang masih belum sampai lagi tu. Sebab sekarang ni pos laju macam tengah cuti. So, mungkin ada kelewatan sikitlah. Dan aku rasa orang pertama yang dapat hadiah tu adalah penerima dari Penang. Wow! Sarawak ke Penang, jauh tu! Hari ni aku hantar, esoknya penerima bagitau yang dia dah dapat. Cepatlah tu kan? 

Andaikata, dua peserta tu tak bagi respon jugak, korang cadangkan aku buat apa? 
a) tak payah buat apa-apa
b) hantar email setiap hari kepada mereka
c) tunggu sampai mereka balas tanpa buat apa-apa
d) ....................................


Kalau habis Januari, mereka tak balas jugak...kira expiredlah. Dah hantar, kena hantar balik pastu kalau hantar, posmen hantar balik..macam main-main pulak dengan posmen...sian posmen...penat pusing merata cari alamat. 

Buat mereka yang nak dapat buku-buku comel macam semua peserta, insyaAllah aku akan buat contest secara tahunan sebagai tanda menghargai pembaca di sini.

Secara tahunan pada bulan Disember sahaja. Dan penghantaran insyaAllah pada Januari. 

Okay tak kalau macam tu? sebab aku rasa blog ni takde makna kot tanpa korang. Ha, korang yang tengah baca ni lah...


Terpanjang pulak entri nih!
Thanx for reading and supporting ya!


p/s: untuk Sab, diharap awak bersabar ye. InsyaAllah hadiah tu akan sampai jugak kat awak nanti k?

Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais

January 25, 2016

Klik banner untuk join!

Tag:

Dapat banner dari bajuwarnacoklat.com!!

January 24, 2016


Walawe!!!!
Dapat banner tu...
Untuk korang yang join 'Segmen awak orang mana?' dari Rrai hari tu semua dapat banner seperti yang dijanjikan.

#Gift4them: Mission Completed!

January 23, 2016


Yeay!!!
Alhamdulillah semua dah seronok dan gembira selepas dapat hadiah hari tu. 
Kiranya misi #Gift4them aku sudah pun selesai!

Thanks u'olls sudi terima hadiah kecil ni. 
Harapan aku pada mereka yang dapat tu, janganlah kecewa atau serik-serik datang sini sebab tak dapat buku hitam tu. T_T

Span atau Iguana?

January 22, 2016

Span atau Iguana?


Span [atau ejaan betulnya sponge]
Span sifatnya menyerap. Dia serap dan membersihkan. Dia serap dan dia fleksible dalam genggaman. Dia serap semua. Air, minyak, sabun...tapi takde satu pun boleh ubah bentuk dia melainkan bila terlalu lama. Span adalah kategori benda. Jamadat? Bukan. Dia benda.

Iguana.
Sifat dia berubah warna ikut persekitaran. Kalau dia ada kat daun hijau, maka hijaulah warna dia. Kalau dahan coklat, maka coklatlah warna dia. Kadang mata kita boleh tertipu dengan kehadiran dia. Itu iguana. Dia makhluk tuhan yang bernyawa. Ada semua fungsi untuk hidup.

Span atau iguana?
Masih lagi bahaskan benda yang sama. Okay, aku biarkan tergantung.


Antara banyak benda dalam dunia ni, orang selalu suruh kita hidup seperti ikan. Sebab apa? Sebab ikan walau hidup di laut masin rasanya langsung tak masin melainkan kita yang taburkan garam padanya.

Habis tu kenapa ikan air tawar, rasanya hanyir padahal dia spesies ikan juga? Apa beza ikan laut dengan air tawar? Contoh ea; Ikan laut ni bandar. Ikan tawar ni semi urban. Bandar dia tak rosakkan diri sendiri, melainkan ada yang rosakkan. Kalau semi urban dia ada gaya yang tersendiri yang jadi tanda bahwa dia tu dari kawasan tertentu. Dia ada identiti. Ada janggut, misai sebagai tanda yang dia tak sama macam ikan laut. Nilai diorang pun tak sama. Tapi penghujung diorang tetap sama. Dua-dua akan hanyir.


Apa hubungan span, ikan dan iguana ni?
Dimanipulasikan: Faktor persekitaran/ kategori hidupan atau benda/ sifat
Bergerak balas: Pengaruh terhadap persekitaran
Dimalarkan: Metafora untuk menyifatkan sifat manusia pada sesuatu keadaan.
Hipotesisnya, diorang semua ada sebab tersendiri untuk bersifat begitu.

Kadang, kita hidup seperti span sebab kita nak fleksible dengan keadaan. Kadang kita pilih untuk jadi iguana, kita ikut pengaruh dan arus persekitaran. Dalam masa yang sama juga, kita adalah ikan. Ikan yang tak mudah berubah rasa. Walau kita fleksible dan ikut trend kita masih ada pendirian dan identiti sendiri.

Tergantung mati aksara. Termangu fikir tentang sifat manusia. Kita takkan pernah serupa walau dari sulbi yang sama. Rima tawa pun tak senada, inikan pula hati manusia.

***
Pergi tempat tinggi, cuba bunuh hati. 
Bila teringat Ilahi, tapak undur sekaki. 
Takut dihakimi kerana membuta tuli. 
Tangis bukan simpati. Tangis ketawakan diri. 
Walau belajar setinggi mentari. Otak dibuku lali.

Span, iguana atau ikan?
Okay aku patut stop merapu. Habis semua jamadat dikias. 
Okay stop!

##

#Gift4them on board!

January 19, 2016

Gambar latar hanya hiasan bukan sebenar 
Alhamdulillah atas bantuan jiran yang amat baik hati, akhirnya hadiah korang dah pun selamat dalam perjalanan. Tengah boardinglah kot!  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang pemprosesan hadiah ni...

Siap yang dapat hadiah-hadiah ni?
Oh, mereka yang join contest #Dearsofie hari tu lah. Senarai penerima ada kat tepi belah kanan blog nih. Semua tracking number aku dah roger kepada semua penerima, harap sangat hadiah tu nanti akan sampai dengan selamat ditangan korang. 

Still Alive huh?

January 18, 2016

Holla there!
Miss my entry huh? Dah habis godek semua entry dari 140414? Kalau ya, tahniah dowh! Terharu giler kalau ada orang sudi belek semua entry dari semengarut-ngarutnya sehingga sedalam lowest astronomical chart. Fuh! Ada yang lemas tak setakat ni? Bukan lemas dalam lautan yang takde sempadan ni..lemas dalam aksara yang tak terjangkau...takde kan? syukur!


Still alive huh?
So, as you all can see, aku pun dah update entry, kira masih hiduplah ni. Tapi, kalau tetiba aku buat entry autopublish padahal aku sebenarnya dah takde, korang percaya tak yang aku dah takde? T_T Okay! takmau tau...[tapi, mesti pernah terfikirkan? macam mana aku nak publish entry yang mengatakan aku dah takde bila aku dah takde nanti?....hurm...kena tulis wasiat ni...] oh, wasiat akhir zaman ni kedengaran pelik pulak untuk ditunaikan... 

Pandangan koranglah kan,

patut atau tidak delete blog kalau kita da takde?

Blog kot...blog...blog ni tak macam akaun media sosial yang lain...sebab dia blog. Kind of diari umum. Macam setiap entri ada cerita dan presepsi yang sendiri...Blog, dimana sebuah kehidupan lain bermula. 


Still Alive?
Alhamdulillah. Tak kiralah apa pun yang korang buat, tapi selagi dapat memberi manfaat kepada kehidupan yang lain itulah sebaik-baiknya kehidupan. 

Itulah kadang kita sepi di alam yang lain kerana kita nak memberi kehidupan di alam yang lain...

Kalau istilah lainnya; "Kita semua ada hidup yang perlu dihidup..." Terfikir tak, orang yang hidup di alam sosial ni, dia hidup tak di 'alam sebenar'? Kadang benda tu macam berlaku gak kat aku...aku macam takleh nak stabilkan hidup lagi. Bercelaru bagai rak buku yang tak disusun ikut jenis. Pening nak cari!

Syukur, masih bernafas. Ada peluang untuk perbetulkan semua. Stabilkan semua sisi hidup, stabilkan ekonomi, stabilkan semuanya. Antara realiti, impian, harapan, angan, kewangan...mengejar semua dengan umur yang semakin berkurang....terasa tak terkejar...terasa macam puntung rokok. Walau tau ia berbahaya, tapi untuk kepuasan dan ketagihan semua letak tepi..

Contoh ea...puntung rokok tu umur kita, benda dalam puntung rokok tu pulak dunia, kita adalah bara. Umpamanya kita bakar umur untuk dapatkan semua isi dunia walaupun hujungnya kita tahu yang tinggal hanyalah abu, Berbaloi tak? 


Tertakluk pada kesenian asap yang dapat dihasilkan. Kalau macam tu, apa beza dengan ubat nyamuk bakar? At least, ubat nyamuk tu dia bermanfaat untuk bunuh nyamuk. Maksudnya disini, berbaloilah kita 'bakar diri' untuk dapatkan semua dari kita langsung tak nyalakan api kan? Isi dunia tak dapat, nyamuk pun tak mati...

Syukur masih hidup. Bukan sebagai puntung rokok atau ubat nyamuk. Tapi sebagai seorang manusia yang tak pernah leka untuk merencana. 

Terima kasih sudi baca! 
Jangan lupa suarakan rasa
Dalam ruangan yang disedia...
Akhir kata, salam malam dari hamba...

p/s: boleh terlupa istilah untuk kapal selam yang tenggelam adalah tenggelam, bukan terselam, terendam atau terlemas...^_^! 

Diamuk rasa tak berpenghujung!

January 14, 2016

Assalamualaikum warga bumi yang sedang memerhati dan menilai dari bahasa hati yang tak berbunyi tapi bersuara nyaring dalam kepala.

[Okeh, salam pun panjang kemain kan?] Abaikan semua tu. Seperti tajuk yang tertera, sekarang ni...atau lebih tepat lagi pada detik 23:21 lagi sekali aku diamuk rasa tak berpenghujung! Apakah rasa itu wahai kalian yang sedang tekun membaca? Aku tak tahu...mungkin kalian tahu? Bagaimana?

Begini kisahnya...sebelum itu suka aku pesan agar kalian baca entri ini dengan intonasi cerita lama. Dimana dengan sebutan 'mana' bukan 'mane'. Kalian tak minat klasik? tidak mengapa...boleh terus ke kotak bualan tanda pernah datang ke mari.


Rasa itu tidak mengizinkan aku luahkan dalam bentuk suara. 
Rasa itu seperti rela ditayangkan dalam aksara. 
Rasa itu tidak berperisa
Tapi, cukup derita untuk dicerita,

Nah, kau dapat rasa apa yang sedangku rasa? Belum? Tidak mengapa, kerna aku tak paksa...

Cerita lama berpesan pada aku,
Kalau mahu maju jangan segan silu,
Bertanya bila tidak tahu,
Menjawab bila ada ilmu.

Sudah! Aku berhenti sekerat ini dahulu. 
Biar amukan rasa itu hanya tempias pada aku,
Bukan kamu mahupun kamu,
Risau kelak ia kan ganggu lenamu...


Kalian rasa aku sedang berpuisi? 
Mana ada...aku hanya diamuk rasa yang gila tanpa hujungnya. Mungkin iakan berakhir bila suria menjelma. Tapi kembali menyeringai bila malam tiba. Usah risau! Kerna siang itu lagi panjang dari malam. Damailah rasa itu disana. Sana. Sana...


Selamat malam kalian yang budiman.
Terima kasih sudi meneman
Hingga ke hujung perenggan
Moga kalian tidur dalam Iman (~_~)

Terbang dilangit atau Renang didasar....

January 13, 2016

Aku tak taulah pasal apa ayat aku sejak dua menjak ni macam 'berat' je nak keluar. Bila dah keluar rasa 'dalam' je baca. Macam ada maksud dalam maksud yang dimaksudkan tanpa maksud yang sebenar ingin disampaikan. Fuh! Apakebendanya tu? Aku yang nak tulis pun boleh hela nafas berat, inikan orang yang membacanya. 

Nak baca satu hal. Nak interprets lagi satu hal. Hari ni rabu semua orang ayat kurang, gambar lebih. Yang aku pulak, ayat lebih gambar kurang. Suka hatilah labu....


Apa maksud terbang dilangit?
Terbang dilangit ni istilah untuk sebuah kebebasan yang selalu diguna oleh ramai orang. Asal terbang je, bebas. Asal bebas je, melayang. Satu gambaran perasaan tanpa sebarang rintangan. Padahal nak terbang pun banyak rintangan sebenarnya.

Habis renang didasar tu bebas ke? 
Aku tak pandai berenang. Bagi aku istilah ni seperti bunuh dirilah. Nak kedasar laut buat apa? Boleh pecah kepala dek tekanan lautan dengan kegelapan yang penuh binatang pelik-pelik. Tak maulah!

Sebenarnya kita semua nak terbang dilangit dan takut untuk renang didasar. Sebab apa? Sebab benda dilangit semua orang boleh nampak, tapi benda dalam laut, tak semua berani tengok.


Dasar tu aku boleh samakan dengan sisi-sisi dalam diri seseorang. Ada cantik, ada gelap, ada pearl, ada ikan jerung, ada Nemo, ada spongebob...dan macam-macam! sebab tu ada lagu kata..."Don't get too close, it's dark inside..." 

Langit? Langit itu posisi kita dalam lingkungan sosial. Apasal pulak? Sebab, warna laut datangnya dari pantulan dan penyerapan persekitaran dia. Yang paling memberi impak pada warna dia, adalah langit dan benda yang ada dalam laut tu. Pantulan tu datang dari warna. Warna datangnya dari mainan cahaya. Dan cahaya itu adalah lambang jiwa kita.

So, choose your society wisely because it determine your personality...


Dan lagi sekali aku tertulis entri 'berat' yang mungkin sukar dihadam. Dan aku terpaksa 'kunyah' lebih dari 33 kali bagi senang telan. 'Blender'kan lagi bagus! Jalan singkat tak selalunya berkat. Oh God! aku rasa minda aku dah sesat dalam lautan hingga ke dasar mean lower low water...Dan aku patut hentikan tarian jari diatas papan kekunci ni. 

For those yang baca dengan gigih dan cuba untuk faham, aku ucapkan tahniah dan terima kasih sejauh pluto dipandangan dan sedalam dasar lautan.

Dah...aku dah habis....thanx for reading again!

Bebas berantai

January 12, 2016

Bebas berantai ni dia punya lingkungan tak besar. Radius dia pun tak panjang. Macam sempadan Sarawak kat Laut China Selatan la lebih kurang. Nampak macam besar, tapi tak boleh pergi jauh. Bila lebih dari had, kita kan dipersalahkan kerana melanggar peraturan. Macam zombi yang terikat dengan rantai besi. Dapat bayangkan tak?

Samalah seperti orang yang hidup dia penuh kebebasan, tapi jiwa dia terbelenggu. Boleh jugak disamakan dengan burung merak, bersayap tapi tak boleh terbang. Nak bebas tapi ada rantai yang menjerut. Ronta atau biarkan, tetap akan mati. Jadi jalan selamat, pilihlah bertenang. Seperti dibiarkan tapi dalam minda penuh perancangan. Susun atur nafas dengan perlahan supaya tak tewas kerana putus harapan.


Bebas berantai situasi dia tak sama dengan gantung tak bertali atau layang-layang putus tali. Gantung tak bertali dengan layang-layang putus tali ni, kalau dia jatuh atau terhempas, memang teruk kesan dia. Konsep dimana letaknya rantai atau tali tu bergantung pada presepsi seseorang.

Kadang letaknya di pergelangan tangan seperti gelang, kadang seperti rantai yang memukau tapi bisa menjerut. Boleh jadi seperti gelang besi dikaki seperti banduan merbahaya. Kadang tali itu digenggam oleh kita. Ada masanya jugak tali tu seperti pelampung ketika kita lemas, seperti sayap ketika kita hampir terhempas dan seperti titian untuk kita ke seberang.


Siapalah taknak hidup bebaskan? Bebas dari apa jua segi yang hanya korang sendiri tahu definisinya. Dalam terlalu teruja untuk hidup bebas, jangan sampai tersalah melepaskan tali dalam genggaman atau memutuskan rantai yang diikat. Sebab boleh jadi tali atau rantai itu adalah hidayah dari Tuhan. 

Maka fleksible kan ‘tali hidup’. Supaya ‘tali itu’ dapat membawa kita lebih jauh dan selamat ke destinasi impian.


Fuh! sekarang ni aku pulak yang rasa terpenjara. 
Thanx for reading!

Segmen: Mini Giveaway By 'Si Chubby'

January 11, 2016

Klik banner untuk join!


DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

Klik banner untuk join!

Our Times buat aku tergila-gila!

January 10, 2016


Oh God! Still tersengih sendiri time entri ni ditaip! Cool down jap....Dah okey kot! 

Our Times!
Semalam time aku jenjalan di blog, tetiba nampak blog Laki Terok buat review pasal cerita "Our Times"...aku apa lagi, terus masukkan dalam list cerita nak tengok kalau free nanti. Gedong mata tak ngantok lagi, aku terus layan online. Mula tengok trailer lu...pastu rasa macam; tak boleh jadi ni ada 'Tian Yu' pulak tu...[Tian Yu nama lakonan Joe Chen dalam drama "The Prince Who Turns Into a Frog"] tu yang habis je cerita ni, rasa masih terbayang-bayang sengihan dan air mata Hsu Taiyu dan Lin Truly.

Our Times,
Buat aku keluarkan air mata dan ketawa tetiba. Dalam masa yang sama aku pun mendalami watak lakonan diorang. Rasa macam bodohnya percayakan surat amaran berantai yang kononnya kalau tak disampaikan pada orang lain kita akan ditimpa malapetaka. Pastu, rasa macam aku pun alami situasi tu padahal aku langsung tak pernah berada di situasi tu.


Line Hsu Taiyu yang mungkin akan jadi tagline untuk jadi nakal sekejap;

"If you never done that in your uniform, you will regret it in the future..."

Pastu ada jugak dialog yang rasa macam, betul apa yang dia cakap....

Hsu Taiyu: Let me tell you how not to fall...
Lin Truly: What's the tip?
Hsu Taiyu: Don't be afraid of falling!

Dan banyaklah lagi line-line yang buat rasa cerita ni penuh isi. Plus rating cerita ni pun agak tinggi. Aku rate 8/10 secara keseluruhan.


Iyap! Betulla apa yang ditulis Laki Terok...cerita ni memang sedih....perasaan yang sama masa Layan cerita First Love (thailand movie). Memang lepas tengok, tergila dengan P shone...nanges tu nanges la jugak...adalah boleh dikira berapa kali bunyi sroot-sroot...

Haish...kan tak pasal-pasal angau dengan si Wang Darren ni....aiyooo...yang bestnya, aku tak tau pun ni cerita Oktober lepas. Mati-matilah aku ingat cerita lama. Sebab serius, memang sebijik scene macam cerita lama semua...dengan kaset, kedai-kedai dia...nostalgic giler! Patutlah LT pun boleh tulis dia nak pi layan cerita ni untuk kali kedua. Wajib masuk dalam koleksi movie nih!

Sebelum aku habiskan entri ni, aku tinggalkan trailer untuk bagi korang feel movie ni...

Thanx for reading and watching!

*oh God! takleh nak move on pulak!

Review Blog Pemenang 1st Mini GA by Tashira

January 09, 2016

Notis: 
Kepada semua yang join First Mini GA by Tashira tempoh hari, bolehlah semak kat sini untuk senarai pemenang. 

Jadi entri aku kali ni adalah mengreview blog yang menang dibawah tajaan aku sendiri. Peserta #32 telah berjaya menjadi pemilik novel adiwarna keluaran terbaru! Blog yang bertuah itu jatuh kepada........*bunyi gimik*


Tahniah kepada shawal!

So sebelum aku post hadiah dekat shawal, aku nak review sedikit tentang blog dia...

Shawal guna tema Hitam+Putih untuk blog dia. Umur dia pun muda lagi...dan aku rasa sangat tua bila dia gelarkan aku kakak...[takleh terima hakikat yang diri tu dah berusia...] Dia start blogging pada tahun 2011. Masa zaman blog gilang gemilang dan dipenuhi dengan lagenda otai. 

Apa yang menariknya, blog shawal sedang anjurkan Giveaway sempena tahun baru dimana salah seorang sponsornya adalah aku....[tu yang terkejut bila tahu shawal yang menang...] okeh, kepada yang belum join GA tu bolehlah klik sini...

Kategori blog ni bercampur. Macam-macam ada! Info islamik, tips kesihatan, movie review dan pendidikan. Senang cerita kalau nak cari info islamik dalam masa yang sama nak tahu pasal movie, mungkin boleh jenguk blog ni. Based on archive dia, mungkin shawal termasuk salah seorang peminat k-pop. Dan baru-baru ni jugak dia ada update pasal "2015 SBS Drama Awards". 

Dari segi penampilan blog, blog shawal simple dan teratur. Susunan widget yang kemas, tulisan mudah dibaca dan senang loading. First masa mula kenal dengan blog ni, aku baca "AkubudakInnocent". Pastu bila tengok balik, rupanya "aku bukan innocent"....apa da aku nih..mata juling terbalik sudaa....[sorry shawal!]

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada blogger Tashira sebab sudi anjurkan GA ni dan kepada sponsor yang lain juga sebab sudi meriahkan hadiah. 
Tak lupa juga terima kasih kepada semua peserta yang menyokong mini GA ni. 
Tahniah kepada semua yang menang!!
Yang tak menang pulak, jangan sedih-sedih k? 
InsyaAllah ada rezeki di sumber yang tak diduga....

Thanx for reading!

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-

Simple Segmen Bloglist Nur Najah

Klik banner untuk join!

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflake

Klik banner untuk join!

Panas Otak!

January 08, 2016

Panas otak 
Ia berlaku bila kita ada idea tapi takde ayat nak diluahkan. Boleh jadi jugak dia berlaku sebab kita terlalu lama mengadap PC tanpa mengalih pandangan ke tempat lain. Kalau situasi macam ni berlaku, bilik yang sejuk pun boleh jadi panas. Siap berpeluh lagi!

Macam tadi, tadilah kot...nak pilih rumah sewa untuk duduk masa viva nanti...sampai otak ni panas. Jem sekejap! dengan busy nak tanya sape je yang nak duduk rumah sewa pastu takde respon. Dari panas otak, boleh turun jadi panas hati. Takpelah, mungkin semua tido awal kot! 


Kitaorang tengah cari rumah sewa yang fully furnished kat sekitar Arau, Kalau boleh dekat dengan kampuslah. Harga yang kitaorang [enam ke lapan orang], bajet sekitar paling mahal 2.4k untuk 53 hari. Itu yang pakcik ni bagilah. Memang harga dah okey sebab termasuk semua bil. Kitaorang pun macam, murahlah tu kan?

Tapi, masalahnya belum lagi bagi kata putus, pak cik tu dah siap bagi nombor akaun lagi suruh bank in deposit. Ai, pak cik biar bebenar? Sebab sekarang yang setuju baru empat orang. Yang lain masih belum respon lagi. Tapi aku dah pesan awal la kat pakcik tu supaya bersabar. No need to rush la...Dia pun okay je lah. 

Panas otak sebab tak membaca kot aku rasa. Tepu je otak ni asyik pandang skrin. Itulah biasanya mood membaca ni naik hantu masa kat U...masa ada final sibuk nak baca novel. Bila dah free macam ni, mood dia tersangkut. Macam nak baca, tapi tak nak baca novel. Sebab nak move on selepas baca sesebuah novel tu makan masa ooo...lagi-lagi kalau baca novel RAM. Tak pun novel Noor Suraya. Yang paling susah sekali nak move on, novel tulisan Pingu Toha dengan Kak shai! Sampai tak boleh nak bezakan mana satu realiti.


So, bacaan aku sekarang more kepada motivasi. Tak pun, panduan ke...selain tu macam...buku-buku yang kurang digemar orang. Contohnya, 'Increasing you financial IQ'. Asal aku baca je, bila orang tanya; "Ko baca buku apa?" Aku pun tunjukkan cover. Pastu si tukang tanya tu pun macam; "Oh" So, motivasi aku macam down bila buku yang menarik dan penting orang bagi respon macam tu. Tapi, aku abaikan je perasaan tu sebab janji aku bahagia baca buku tu. 

Bahan bacaan tu depends gak r. Takdelah semua bahan berat aku baca. Ada jugak kadang nak baca yang ringan-ringan, carilah majalah. Tapi, majalah sekarang mahal wo...dulu lima ringat, sekarang sepuluh ringgit...Gila tak gila!

Okaylah, panas dah otak aku bebel pasal panas otak ni. Mentang-mentang esoK Jumaat, sekati je tido lambat! Tak sedar esok kerja...okaylah...aku chiao lu! 

Jangan panas-panas otak baca blog aku...thanx for reading!

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

January 07, 2016

Takdelah teruk sangat sebenarnya...

January 06, 2016

Disebabkan kelmarin dulu aku buat entri yang menakutkan tahap fobia pada waktu yang bergerak perlahan, maka kali ni aku nak memperjelaskan lagi bahawasanya kerja opis ni takdelah seteruk yang aku ceritakan sampai didera waktu bagai..[kesian orang yang nak kerja opis dimomokkan dengan entri mengarut aku. Maafkan saya...] Okay je sebenar kan? Lagi okey kalau kerja tu kita minat dan kita suka. [ni kes tak minat dengan kerja lah sebenarnya ek?]

Apa yang penting, niat semasa pergi kerja. Kalau belum sampai tempat kerja dah fikir nak balik, memang lamalah cerita dia. Cuba kalau niat datang tempat kerja sebab nak tunaikan tanggungjawab (sebagai pelajar) kerana Allah taala. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan kerja akan datang dan dilakukan dengan lapang dada. [Pesanan untuk diri sendiri...]


So, untuk korang yang sedang kerja opis atau baru nak kerja opis ke, sebenarnya kerja opis ni seronok....bila ada banyak kerja. betul tak? Selain daripada tu jugak, kerja opis ni ada waktu yang banyak pada sebelah malam. [tapi still rasa tak cukup masa...] Sebab tu lah dalam entri lepas aku ada tulis yang kerja opis ni, sesuai bila dah ada keluarga atau komitmen. 

Jangan risau, kerja opis ni memang cool macam dalam drama...sebab opis ada sediakan air cond. Jarang jumpa opis guna kipas. So kerja opis memang cool! [kadang sampai perlu bawak sweater ngan selimut lagi...]

Dia cuma tak best bila kita masih baru lagi. Atau kita buat sebab terpaksa. Atau bila kita ada konflik di pejabat. Atau disebabkan kita baru, kita takut orang judge kita. Boleh jadi jugak kita tak minat kerja opis sebab lingkungan dia yang seolah-olah terperangkap dalam ruang kecil. Cubicle misalnya. Tambah pulak takde tingkap yang boleh kita lihat langit di sana....jadi semua benda ni, lama-lama boleh jadi tepu jugaklah....



Overall, untuk hadapi suasana pejabat tanpa rasa bosan, memang kitalah yang kena jadi aktif. Sebab suasana opis dah pasif, kalau kita pasif jugak...tu yang boleh jadi mereput...

thanx for reading!
chiao lu!

p/s: baru habis pulun balut hadiah tadi....

#Gift4them: Dalam proses

January 05, 2016

First of all, aku minta maaf kepada semua rakan blogger sebab dah dua hari tak blogwalking. T_T
[kalau ada yang perasan lah...huhuhu..] komen korang aku still baca dan sempat gak r balas... kalau baca pun as silent reader je sempat. [eceh, acah busy kalahkan retis!] 

Takdelah, buat masa sekarang aku tengah prepare hadiah untuk korang ni..maksud aku yang join contest cikai dari aku tempoh harilah..

Review overall
Secara keseluruhannya, semua peserta aku dah belikan buku dan dah pun khususkan buku mana, buku mana...maaf andai hadiah tu takdelah sehebat yang korang sangkakan..maklumlah masih student. Hanya dapat bagi yang termampu saja...sudilah kiranya saudara/saudari terimanya kelak dengan lapang dada. ^_^

Baru tadi aku siapkan nukilan bagi setiap buku. InsyaAllah esok nak balut. Hajatnya gitulah. Dan pasal postage, mungkin aku terpaksa buat berkala. Maksud dia ada batch, batch lah...[tertakluk pada sponsor dan bajet jugaklah..] rezeki lebih, aku hantar sekaligus..harap sangat korang sabar k?

Kiranya aku memang bajet-bajet dapat selesaikan dalam bulan satu. Dua peserta dah pun dapat hadiah diorang...yang mana dah dapat, aku akan tick dalam ruangan #Gift4them. 

And goodnighT
Chiao lu!
thanx for reading and supporting!

Second Month: Didera waktu...

January 04, 2016

Pergh!
Macam tak caya baru second month. Lama dia aku rasa macam dah nak dua tahun! Lesu, lemau, tepu...semua rasa basi macam pereputan dinasour pun dah aku lalui...


Tapi, bila usha-usha kalendar...baru masuk minggu ke-8, aku macam; "Seriously?!" Apa ke lama benar masa kali ni? Masa ni saja je nak dera emosi aku nih! Bila kat tempat kerja, bukan main lagi macam datuk siput yang tunggu kena pijak...bila kat rumah, ha...laju dia kalahkan buraq! 

Apa yang aku dapat sepanjang dua bulan ni?
Erm...erm...erm...huargh!!! mengantuk lah pulak! Tak payah susah kira guna sempoa, jari yang lima pun bagi aku dah cukup lah kot. Jap, aku kira...

1- Aku dapat belajar guna software diorang...tapi masih diperingkat intermediate sebab asyik merah je setiap kali buat computation...
2- Aku dapat turun site dan belajar erti humble...
3- Aku dapat pengalaman situasi kerja sebenar..
4- erm....aku boleh create pelbagai spekulasi diorang terhadap aku..

Tu je kot! kot...kot la....
Memang sungguhlah aku didera waktu sepanjang dua bulan ni, sebab otak aku pun dah macam tak boleh nak rewind balik apa yang aku buat. Dan sumpah bosan giler! Bosan tahap giga punya datuk moyang! Aku tak dapat bayangkan kalau setiap hari datang kerja, buat perkara sama...hadapi hari-hari yang sama seperti 2016 masih tak menjelma!


Aku pun dah merapu panjang sangat pasal kononnya didera waktu lah...padahal tak delah teruk mana. Cuma minda, emosi dan fizikal bersama kehendak hati ni berjalan tak seiringan...tu yang jadi pemberontakan. Berontak dalam jiwa! Hati merana...perasaan pun entah dibuang kemana...

Padahal praktikal je baru...bukan kerja sebenar pun lagi. Dah bising macam ayam riuh sekampung bila bertelur. Pesanan awal untuk orang yang tak suka duduk pejabat macam aku ni, disarankan untuk kerja shift lagi bagus. Kerja pejabat ni sesuai bila dah ada keluarga, bila ada tanggungjawab...

Kalau tidak, makannya mereput je memanjang..pendapat personal akulahkan, biarlah penat kerja shift dari mereput di opis..

Chiao lu!
and thanx for reading!

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

January 03, 2016


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB

1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/

Jangan lepaskan peluang untuk masuk dalam bloglist blogger otai  ni!

Rant on cermin mata

Cermin mata.
Siapa pakai cermin mata mesti faham semua perasaan yang dilalui oleh setiap yang berkaca mata. Bila hujan, bila sejuk, bila ada wap, bila terpegang cermin dengan jari, dan macam-macam lagilah yang boleh menganggu penglihatan normal.

Kalau dulu boleh fikir orang yang pakai cermin mata ni semua bijak pandai, tapi bila sendiri pakai, kirim salam ajelah dengan istilah tu. Apa bijak tu disimpan oleh cermin mata ke? *sambil betulkan speck mata*


Siapa-siapa pun boleh bijak tanpa perlukan cermin mata sebenarnya. Asal pakai speck je doktor, asal pakai speck je bergaya, asal pakai speck je pandai, asal pakai speck je....dahlah sampai bila pun takkan habis.

Cermin mata.
Satu keperluan bukan kehendak. Keperluan kepada mereka yang rabun jauh, rabun dekat, silau...sebagai perlindungan kepada mata. Cermin mata tebal, power mata tinggi...cermin mata gelap, silau mata tinggi...cermin mata takde cermin...cucuk mata nak? kalau dah jadi trend tu, biar ajelah...asalkan dia tak ganggu sesiapa, sudah!

Apa sebenarnya aku nak cerita ni? 
Oh, terlupa ...awalnya aku nak cerita pasal impian 2016 ni kena lebih besar dari speck mata. 
Kenapa speck mata? Sebab dari matalah kita boleh buat penilaian. Bukan judgemental ek...selagi mata masih berfungsi, dengan bantuan cermin mata, gunalah sebaiknya untuk teroka dunia dan alam dengan bijak. Alang-alang dah pakai speck mata macam orang bijak, tak salah kita berfikiran genius kan? 


Cermin mata lagi....
Setiap dua tahun bertukar. Power pun macam tipu je...makin tukar, makin tinggi...asal tukar je, naiklah power tu. Nak-nak pulak kalau dulu pakai versi besi yang boleh karat telinga pakai...sekarang dah tukar ala-ala plastik. Tak perlu risau nak betulkan nose pads la, pad arms lah...semua dah terlekat rapi hanya pada speck. Mudah!

Dear cermin mata,
Terima kasih kerana membantu aku untuk menghadapi dunia dengan penuh jelas dan bergaya.
[perasan tak sudah!]

Kadang dengan cermin mata pun boleh mengajar kita melihat dunia dengan pelbagai presepsi.

Thanx for reading!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.