10 Soalan tag by Mimi

November 30, 2015

Hari ni, aku kena tag lagi...(okay, line tengah down..baik aku iron baju ke apa dulu...)by Mimi. TQ Mimi!

Aku cuba rajinkan diri aku untuk menjawab walaupun esok Isnin. Sebab aku tau perasaan kalau kita tag orang, pastu orang tak balas...T_T...iya aku tau...sedih rasanya...jangan nangis okay? Mungkin depa semua busy...diorang pun ada kehidupan yang perlu dihidup....#positif

Meh aku jawab soalan-soalan yang dikemukakan Mimi.
(kalau kome-kome sume rasa bosan dah sebab asyik-asyik aku keje jawab soalan je, dialu-alukan lah untuk tekan pangkah kat atas tu...tak, tak marahlah...pangkah je...)


Surveyor. Depan pangkal nama ada Sr. Kalau tak pun, depan nama ada Pn. (hahahaha...stop dreaming!)

Erm...erm....erm...Zack Zukhairi kot! tapi beliau dah lama tak aktif...maka buat masa sekarang Hanis Amanina...

Semua kot...bukan peminat haiwan...#sorry

Simple, tenang dan ringan..macam planet musytari...*ada kaitan ek?*

Semua (kalau ada line), we chat (masa guna mobile data)...

Pulau Pinang. (buat masa sekarang)

Adi Putra

Tiz Zaqyah

Kain lap speck mata.

Both!

Ok Done!


masa kat Padang Kota Lama zaman ritu...

*Happy Monday!*

Liebster Award #2

November 28, 2015


Holla!
I got Liebster Award for second time!!
Terima kasih Afiffirdaus!
(sebenarnya aku tak tahu nak happy ke sedih..
happy sebab dapat award, sedih sebab takde orang nak jawab soalan kita....sob6 T_T)

Lagi sekali nak pesan, sila tarik nafas panjang sebab entri ni akan ambil masa yang lama macam makan "Kuey teow kungfu tomyam"

Rajin-rajinlah baca sini untuk tahu maksud Liebster Award beserta T&C 
*nampak tak permainan dia?!*

Do have fun while reading my long-long-long 'angela hair' entry.....

Here the Question:


I'm real!

Erm....scare the most ni biasanya masa hadapi baru tahu benda apa..

A. Ha ah...A.

Tv show? Superstar kot!

Ur art? Pretty Nice! Erm...first time tengok rasa macam ada something missing...

Okeh, done!

Kepada

anda sudah di calon sebagai liebster award seterusnya...*Yeay!*
Do have a time to answers my questions...
I will so proud and appreciate with ur warming answers....

The Question is:

Buku atau Movie?
Selalu pergi pasar malam beli apa?
Pernah jatuh motor?
'Cukup rasa' ke 'Pasti Sedap'?
Sejarah atau Sains?
Bila last tengok 'Hagemaru'?

*Have Fun!*

11 Soalan dari Leya

Holla! It's me...againn? 

amboi banyak pulak entri cik pe'ah hupdate kali ni ye?!
Ala, biarlah...weekend kot...senyap sudaa...

Kalau tadi aku yang rerajin jawab soalan dari Mek, #inibarureal aku kena tag by Leya...
Apa-apa pun, terima kasih Leya sudi tag...
(Q:Ada rasa bersalah tak masa nak tag orang?)
*siapa angguk nanti jawab soalan dari aku pulak yer...*

*Here come the devil....hahahahaha*
[sila lempang cik pe'ah ni berjemaah T_T]

Ni soalan dari cik Leya kita:


ehem....aip aip..jangan dok pangkah kalau tak habis baca....aiyokkk...Allah nampak tahu?

Erm....tak tahu nak mula cerita dari mana...*garu kening*
Rasanya boleh tengok kat sini, tak pun sini...

Blog Leya: Lembut, simple, nice...saiz tulisan pun sedap mata membaca...Jujur ni...

Ikut skema; semua yang update la...ikut personal, itu rahsia...hahaha..takut tuan dia baca karang, kantoi aku! tak pasal kena kecam..boooooo

Hitam. Just perfect!

Main 'township'. Jadi gila. Melalak. Kemas rumah.

Masa ini? tak pernah couple! wow..wow...record clean bhai!*okay, ini jawapan noob!*
Dapat dekan untuk result hari tu..

Menjadi blog yang hidupkan senyuman orang yang membaca...

Bloggerkah aku?*seyes la sikit...baik!*2014

PC!

Pieces; Sum41
Best of me; Sum41
The One You Feed; Crown the Empire
*hard decision sungguhla!*

Nah ni pulak soalan untuk kalian yang angguk tadi....naaa....takdelah..lau rasa rajin, tengah free, bosan takde apa nak buat...dialukan jawab soalan ini...dah baca, jawab soalan tu...komen-komenla sikit....dah tak tau nak tag sape...yang hari tu pun ramai lagi tak jawab...sob sob sob T_T
  1. Mana dulu; masak lauk atau masak nasi?
  2. Pernah kena tinggal bas/flight/keretapi?
  3. "Pada angin aku berpesan" atau "Pada laut aku berbicara?"
  4. Kali terakhir cabut gigi.
  5. Kenal 'Weeding Peach' tak?
  6. Air atau Elektrik?
  7. Cerita yang tengok banyak kali, tapi still menangis?
  8. Rajin tulis journal/diari tak? Sejak bila?
  9. Jika warna hanya dua, apa warna tersebut?
  10. Gula batu, gula-gula atau cekelat?

*Have fun and happy weekend!*
(p/s: kalaulah ada yang rajin menjawab, sila-silalah ye komen...teman pun nak tau kome jawab apa...)

11 Question from MekZumbie

November 27, 2015

Holla!
Happy Weekend yo!

First of all terima kasih kepada "MekZumbie" sebab sudi bagi soalan untuk manusia yang rajin macam aku nih dan tengah free sekarang... Harap Mek tak bosan dengan jawapan aku nanti....
Happy reading! 

Soalannya adalah:


Betul nak tahu jawapan? Okeh, alang-alang dah terbaca soalan, sudilah kiranya tuan hamba membaca jawapan hamba yer...

  1. Kalau boleh, hurm...kalau boleh ye, aku nak ambik gambar disetiap tempat aku jejak. kenapa? Kenangan dowh!
  2. PaMa...
  3. Baju kot! Sebab kasut, satu sudah cukup ma....
  4. Kawan baik pertama aku time sk rendah dulu asal Penang. Dia sekolah kat Miri...disebabkan aku kawan dengan dia, satu sekolah kata aku budak semenanjung, dan lepas dia balik Penang, aku dah takde kawan...
  5. Buah dikira makanan kan? kalau ye, buah ceri! kalau tak, none...
  6. Air:Keperluan:Ketenangan:Ketakutan
  7. Rumah! *jawapan salah ek? okay, baikkk* takde! sebab aku asyik merempat tempat orang...
  8. Jahat?? erm...hahahahahah*gelak jahat!* mana boleh bagitau....
  9. Suami soleh...*ouch!*takdelah...menjadi solehah...(sejuk perut umi mengandung...)[kalau benda, takde kot!]
  10. Germany!!!!
  11. Kenapa? kenapa? aku pun tak tau sebab apa orang mesti lawat blog aku...ada sesiapa boleh bantu??
  12. Okeh! da habis jawab soalan suka-suka ni....lagi sekali aku nak ucapkan syukran jazilan khairun jazza' kepada ukhti MekZumbie atas soalan yang diberikan...


Nak baca entri Mek sila klik sini...
*Thanx reading!*Happy Weekend!*

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar (Bang Jatt)

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Day 9: Cerita Telur Ayam

November 26, 2015

Holla!

Disebabkan aku baru je membasuh telur ayam, tetiba ilham untuk update entry tu ada. 
Maka terhasillah satu cerita bertajuk "Telur Ayam"


Umi aku saya ni ada buat bisnes kek. Paling famous kek sarang semut, kek masam manis, kek buah, kek marble...setiap hari umi akan buat beberapa adunan untuk dijual. Maka penggunaan telur ayam yang sangat banyak diperlukan. Biasanya dalam 5 case macam tu lah. Bila umi selalu basuh telur ayam sebelum guna, aku jadi ada satu habit yang akan berkata tidak pada mana-mana peniaga yang masak tanpa cuci telur ayamnya dahulu. Sensitif tahu!

Dan setiap kali kalau aku membasuh telur ayam tu, mesti ada lebih kurang 10 biji yang akan retak, pecah dan sebagainya. Dari 5 case darab 30, tolak 10.....haaaaaa itulah total teluar ayam yang berjaya dibasuh tanpa cacat...

*Cerita tamat*

Maybe kalau aku tak dapat nak update setiap hari, 'entry belacan' akan wujud kot! Ada sesape okay kalau entry belacan wujud? *okay...takde....sob sob sob* berangan je kan ada orang nak baca blog aku...adios!

Hari ni saja, tiga manusia sudah cop aku cikgu...apa ke rupa aku ni ada air muka cikgu?
Chio lu..nak tido awal...tak fokus, seyes tak fokus...
Penangan mereput hari ni...
(nak lari pergi German la macam ni)

Oh, lagi satu...insyaAllah aku akan spent hujung minggu untuk ziarah blog sedara mara maya ni..

*thanx for reading!*

Day 6: Promise huh?

November 23, 2015


Apa cerita nak promise-promise nih?
Okay, okay...aku dah janji nak tido awal hari ni...
setiap hari aku janji macam tu...
Tapi masih jugak tido lambat....
Habit katanya!

Padahal tak sedar yang awak tu sekarang musim praktikal!
Buatlah cara praktikal..jangan buat cara orang cuti sekolah...
orang cuti dia pun sibuk nak cuti...

*Baik-baik*

Okeh, pada semua yang bercuti, 
"Selamat Bercuti"

Pada yang sibuk bekerjaya,
"Selamat bekerja",

Pada yang sedang praktikal macam gua,
"Do ur best!"

Pada tengah final sekarang,
"Fight for the best!"

Pada yang sedang orientasi/MDS dan sebagainya,
"Selamat Datang ke alam fantasi IPTA/IPTS"

terakhir, kepada sesiapa yang tak tersenarai di atas,
"Live ur life, love ur life!"

Promise?

Giveaway Poskad Vintage by Jindrisska

November 22, 2015

German wait for me!!!!!

Holla..eksited dengan German punya pasal, aku takkan lepaskan peluang ni...
I'm begging you Kak Aisya...please and please...let me win...huhuhu
*sila muntah berjemaah...*

Nak join jugak?? klik banner okay...

Tak dapat empat ni satu jadilah...
*hamboi! tamaknya....*


Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan


1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Liebster Award!


"Liebster Award adalah award yang ditujukan untuk blogger yang memiliki follower kurang dari 200 (400) [seperti cik pe'ah ni..] bertujuan agar para blogger mengenali antara satu sama lain melalui award ini"

Sebelum tu, tarik nafas pepanjang sebab entry ini mungkin makan masa untuk dihadam...macam makan mihun...*tetiba*

Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA by MawarAssufi

November 20, 2015

Nak kenal-kenal tak? 
Tak nak?! tak nak takpe...kalau nak, klik banner untuk join!
^_^


Pemilik blog ni dari Miri, Sarawak..
ibu pertiwiku...tanah tumpah darahku oh sarawak...
(ops! ternyanyi pulak!)

Study Geomatics Science at UiTM Arau...dan 
sekarang tengah praktikal at Putra Geomatics Survey, Miri.

Blogging?
*kejap nak makan nasi dulu...perut tetiba lapar...*
@_@
tak membantu ek? okay, baik...
saya blogging sebab...sebabnya...saya suka tulis diari,..
blog make my day...
*membantu tak?*

Kelab Blogger?
*geleng-geleng*
sik pernah agik...
T_T

Kamek mauk tag:

SALAM KENAL untuk SEMUA!
^_^

Week 1: Rasa Tua

Hallo, it's me...
I was wondering if after all these years you'd like to meet..
(Lepas habiskan lagu Adele dalam hati. Miss me? hahahahah perasanlah kau sofie! *abaikan!*)

"Agak-agaknya kalau tua itu berperisa, apa rasanya? -masam-manis-pahit-tawar-payau-kelat??? "
 "Kau dah kenapa keluarkan topik 'tua-tua' ni? sensitif tahu!"
"Terimalah hakikat yang kau sememangnya sudah tua cik pe'ah oiii!"

Sebenarnya dah lama sangat nak pos isu ni, tapi baru ada peluang. Tu pun selepas insiden yang tidak disengajakan pada hari ini. *Apakah insiden itu? sila abaikan....* ceritanya begini.....(sila imagine gaya saiful apek dalam 'lagi-lagi senario' time dia cakap "cuba kau bayangkan....")

Lepas balik dari paper ENT, aku niat nak beli majalah remaja, tapi disebabkan Remaja tak ada...aku main beli jelah majalah Harmoni...Saja untuk bacaan ringan cenggitulah. Start dari 'Nota Editor', aku baca adalah rasa tersentuh  sikit sebab cerita pasal nasib orang Islam di negara luar yang sekarang dah ramai jadi pelarian...memang sayu je rasa... T_T


Then, aku buka muka surat sebelah, cerita pasal cover artis. Oh, okay...biasa ajelahkan? Belek sebelah, cerita pasal Dato'Aliff..pergh! Kaya giler bhai! Pergh! Hebatlah 28 tahun dah ada semua. Macam 'dream come true'! bukan macam, memang dream come true! 

Pastu pergi ke muka surat seterusnya pulak...sekali kau! umur 21 tahun dah jadi usahawan, dah kahwin dan dah ada anak! wow! wow! dan masa tu baru aku sedar....huwaaaaaa aku dah tua rupanya! tak sangka! serius tak sangka! @_@



ni pun usahawan gak, sebaya aku tu... 
Dah! tak mau beli majalah ni lagi...baik aku beli 'Bintang Kecil' lagi bagus! at least, takdelah rasa tua sangat! hahahah

*Mugabe dah pergi...Mugabe kucing milik Kak shai..pencipta watak Pyan dalam 'Soalnya Hati'...(baca sini untuk lebih sedih...)

#lepas tu, disebabkan belakang rumah aku family aku ada kucing, maka aku namakannya sebagai 'Meng'. Bukan 'meng' (meng-harap) tapi M-E-N-G dengan sebutan Ah Meng...tak faham?? takpelah...abaikan...T_T

#First week praktikal, Alhamdulillah...semua lancar...

Day 2: Asing di tempat kedirik..

November 17, 2015


Hallo!

Kitakorang pernah sik lupak siney kitak orang diam? Mun pernah kita geng! Pahal lupak? Yalah masalahnya...kamek tok ingat ajak siney, tapi mun orang tanyak,

"Rumah kitak rah siney koh? area sia ada apa? dekat dengan masjid sia ka?"

Mok dipadah, sik tauk giney...sampe kan kamek rasa 'bena kah aku tok orang mirek?' yalah, masalah paling besar bila kamek balit miri tok...selok-belok tempat dirik mpun pun sik kenal!

Ada sigek gik hari ya, kamek padahlah rumah cat kamek kaler giya, giya...pasya sidaknya padah;
"oh, rumah nok kedak klinik ya ka?" mun kedakya, kamek aok ajaklah...

Ditanyak staff rah tempat praktikal, camya juak sik dapat jawab...kedak orang bisu pun ada...oh, yalah bila jadi orang asing di tempat kedirik...setiap kali balit, mala jak lupak siney jeraya rumah..nama jeraya pun sik diingat..

*Sib bait aghi tok ada keja mok dipolah...sekdalah boring gilak rah praktikal sia...^_^

Day 1: Okay ke?

November 16, 2015

 Holla!
First day practical huh? so, how do you feel? Aigooo....rasa macam nak ketuk je kepala kat dinding. Apasal kau tanya...manalah tidaknya, soalan pasal study sendiri pun boleh lupa bila ditanya encik bos. Nervous tak nervous bila kau jejak kat opis tu, tapi nampak macam kosong. 


Before tu, nak ucap syukran jazilan khairun jazza' kepada semua yang wish dekat sini dan sini! Sokongan dari anda semua buat aku berani untuk membuka mulut yang ada berlian ni...hahahah

Uish, aku dah cuak dah takut salah tempat... kotlah diorang tukar tempat company ke apa tanpa aku perasan...rupanya betullah situ tempat dia, cuma aku yang agak kurang familiar dengan tempat tu...macam orang baru keluar gua pun ada gak aku ni..adios!

Tahap kedua nervous meningkat, bila akak situ kata aku takde hantar sebarang resume...aku dah 'chikuai' tahap petala ke-10...nasib baik aku ada simpan gambar surat jawapan dari company diorang sebagai bukti...selamat! kus semangat...Overall...tempoh nervous dah pun berlalu. Lega!

Apa yang best tentang tempat praktikal aku kali ni, dia dekat dengan segala kemudahan. Contoh macam klinik, masjid, kedai makan, bank, shopping mall...semua boleh pergi dengan hanya berjalan kaki. Lagi satu dekat dengan 'china town'. Plus kat situ malam-malam port buskers...tapi, setakat 23 tahun hidup sebagai anak miri ni tak pernah lagilah lepak kat situ malam-malam. Kenapa? 

Ha,....janganlah cari pasal...kau tu perempuan....

Chiao lu...thanks reading!

10 jam 30 minit...

November 15, 2015

Holla! 
Mood: Nervous....
Background song: Playlist from Crown the empire and Attack Attack! song.
 
Okaylah...mood sekarang sangat-sangatlah tak okay...
 
"you never said that this would be easy...so go on live..."
 
Checklist untuk persediaan esok dah pun aku selesaikan. 
Baju, untuk seminggu dah pun diseterika...borang pengenalan diri pun dah print...apa lagi ek? 
 
Pray for tomorrow... 
Sebenarnya ada apa dengan 10 jam lagi ni?
Oh, esok first day nak praktikal...tapi macam tak bersedia je lagikan? 
May Allah ease our way...
Good luck untuk semua yang bakal praktikal esok!
Do your best and fight for the better! 
 
*sometimes you need to keep it under ur hat...and trust nobody....
 
"every breath you take, I watch u slip away,
you're slowly killing urself....I won't give in..
If my heart could sing, would u stay?
would you stay and listen?
If my soul was torn, would u help?
Would u try and fix me?
Would u help un-break me?"

Okay, yang ni bukan dari CtE or Attack Attack... 

My 2nd Giftaway By Starlavenderluna

November 14, 2015

http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/11/my-2nd-giftaway-by-starlavenderluna.html

Sila klik banner untuk join ya!

#Nov13: Goodbye Part 5!

November 13, 2015

 Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari....



Berita gembira #Nov13
Selain daripada album #Purpose yang akan bersaing dengan #MadeintheAM, aku ada lagi berita yang lebih eksited. 
Tadaaaa!!!!

Alhamdulillah...dah setahun sepi...undescribe feeling bhai...(ala...describe ajelah yang kau tengah happy guling-gulingkan?)
Eh, eh...mana ada...aku tarik nafas lega ajelah...terlepas suatu penantian. Fuh! 

Haa....kepada yang dapat result hari ni, tahniah daku ucapkan! 
Ramai jugak yang dapat AD for the first time selepas menempuh 5 semester...Tahniah untuk kalian! Segala usaha telah berbayar dengan dua huruf ni saja AD!

Ha...sengih, sengih sorang-sorang buat apa....sharelah berita gembira ni...pemangkin hidup penerus masa hadapan ni....selsema yang melanda pun surut tetiba...
Terima Kasih Tuhan!

Dan secara rasminya, Goodbye Part 5! 
Dalam dua hari lagi dah masuk semester akhir...tak cayanya dah nak habis tempoh diploma...padahal detik ni lah yang selalu dihitung-hitungkan saban malam menyiapkan tugasan yang memenatkan...zaman tu telah berlalu...hari yang dihitung telah tiba...dan aku masih tersekat dalam memori semalam...Benarlah pujangga berkata...

"Live for today,
Because yesterday has been and gone...
And tomorrow may never come..."

Selamat berjuang kawan-kawan!





Bila adik-beradik kau ada calon....

November 12, 2015


(aku harap yang ada related family dengan aku tak baca...hahahahah *gelak jahat*) 

Dalam reramai adik-beradikkan,  mesti ada sorang yang 'loneranger'...dan dalam adik-beradik aku..akulah orang itu...(tetiba keluar lagu 'kuhapuskan air mata.....') T__T
 
Dulu, masa semua tengah single mingel...topik pun bebudak aje rasa...tak pasal study, pasal isu semasa...tak pasal isu semasa...pasal impian masa depan....pastu telefon pun jarang kat tangan kalau balik rumah...maklumlah nak borak dengan yang lain selepas berbulan tak jumpakan...tidur pun masih nak berkepit je semua....

Sekarang, macam tak percaya....semua dah bercalon...cepatnyalah masa berlalu...semua yang diatas tadi 70% dah berubah...nak rasa sedih, tak jugak...sebab kalau diorang gembira, itulah yang menggembirakan kita...nak rasa gembira sangat, tak jugak...sebab lambat laun, adik or kakak kau tu bukan lagi milik kau sorang....dan topik antara aku dengan mak aku beza sangat antara mak aku dengan adik/kakak aku yang dah ada calon...
 
Ni yang rasa nak pindah German cepat-cepat ni....sob sob sob...
Dahlah....sabarlah wahai hati, masa kau belum tiba lagi...bagi ada rumah sebijik kat German dulu...haa...baru pikir pasal semua ni okay?

Salam dari Miri...

November 11, 2015

Holla!
Alhamdulillah...akhirnya kami (aku dan adik aku) selamat mendarat di tanah tumpah darahku....ibu pertiwiku......
Rakyat hidup mesra dan bahagia...
Damai muhibah sentiasa....
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai....

Ecececehceh...'termenyanyi' pulak da...hahahah rindu dowh nak nyanyi lagu 'Ibu Pertiwiku'...teringat zaman hingusan ritu-ritu...sebut pasal 'hingusan' (jangan kata aku bukak topik tak senonoh pulak!) dan-dan aku balik Miri, boleh pulak kena selsema...Ini yang tak best ni, sebab minggu depan dah nak start praktikal...tak maulah datang praktikal dalam keadaan melelah, berair mata kan? Mestilah first impression tu kena bagi yang terbaik...

Walaupun dah berjuta kali bertahun-tahun naik flight, tapi kepuasan menjenguk alam yang luas dari atas tu sangatlah menyeronokkan dan tak pernah jemu...dan baru sekarang dapat peluang share view apa yang aku nampak dari atas....
"Aku lebih rela ketinggian pekerti dari kedalaman isi hati..."
*tetiba*
Belon lain tengah limpas dibah flight mek oghang...
Sapa belom pernah nait belon sitok?

 Masa aku dok sibuk tangkap gambar tetiba terlintas, ada ke kamera yang boleh tangkap gambar dengan setiap kerdipan mata? Hurm...

Menu Nasi Kari Ayam..(kot!)
Untungnya kalau naik MAS, ko takyah pikir nak keluarkan duit beli makanan...lepas makan, perut dah kenyang...apa lagi membuta ajelah jawabnya...

View paling best kalau balik Miri...sehijau warna daun, sesejuk salju di kalbu!
and Now, I'm Back!
Dah lama tak merasa smooth landing...last aku ingat adalah sedekad yang lalu...lepas-lepas tu semua rough landing, janji dapat landing...selamat jugak sampai rumahkan? Tapi tulah....nak lah jugak merasa lagi perasaan 'sedar-sedar dah sampai depan terminal'....

Sudah cukup kot aku merapu setakat ni..karang berjela berkajang berdosa aku sebab timbulkan rasa jelous dekat orang yang belum berpeluang naik flight...*maafkan saya...*
 "Awan, kalau dapat ku gapai, maka saktilah hamba..."

Diwali di KLCC

November 10, 2015

Assalamualaikum!
and Happy Diwali Malaysian! Yeay esok cuti...itu yang penting tu...hahahah
sekarang ni aku menulis dari Mantin, N.9 sambil ditemani radio CatsFM. (Ecececeh poyo je nak letak statement ni...) So apa cerita hari ni?

Semalam plan nak jumpa kawan aku dah pun tertunai. Jumpa kat mana? KLCC kau...dah lama tak ke sana...adalah lebih kurang tujuh tahun tak jejak. Semalam pergilah sana, saja nak berjumpa dengan Kinokuniya sambil cuci mata yang berhabuk nih...pun boleh...sempatlah kitaorang berpicnic kat depan air pancut sambil berselfie, welfie bagai. Dari Batang Benar nak ke KLCC tu boleh dikira jauhla jugak...plus hujung minggu memang ramai oranglah cerita dia.

Kebetulan semalam ada persembahan sempena Hari Diwali yang akan datang(esok)...so kitaorang pun layan aje tengok dorang menari. Seronok je rasa...dorang yang menari aku pulak yang rasa penat.Sempat jugaklah ambik sekeping dua gambar untuk tatapan...(tipu..bukan sekeping dua, sampai full storage der!)



 


Till we meet again ya KLCC...
Masa pergi Kino spot utama nak cari novel Kak Shai yang Tiga Hati tu, tapi sayangnya takde...pastu tetiba mata ternampak 'Tora datang lagi'. Laju aje tangan belek. Baru baca sikit dah tergelak! Haish, tak boleh jadi ni kena beli ni...makanya buku tu selamat aku beli. Bolehlah buat peneman time tunggu flight esok lusa..

Buku 'Kite Runner' tu pulak, kawan aku yang lanje. Katanya buku wajib baca untuk orang macam aku..ikutkan dia nak bagi aku buku 1984...tapi aku pilih buku ni...1984 nanti mungkin aku boleh beli sendiri kot...

Kawan aku tu namanya Kay. K.A.Y. Aku kalau keluar dengan Kay, lebih suka jadi pendengar. Suka dengar dia cerita. Rasa cetek sangat pengetahuan yang aku ada kalau borak dengan dia. Topik dia pun tak kosong. Hope dia tak boring sebab aku asyik senyap je (takdelah senyap sangat, macam aku tanya soalan, dia jawab...pastu aku tak menyampuk bila dia cerita) 

The End! 

p/s: aku rasa aku memang ada masalah berkomunikasi kot...sebab selalu sangat cakap sorang-sorang....sampai nak borak dengan orang pun dah tak reti! Teruknya! low self-esteem tahap kritikal betullah aku nih...

GIVE AWAY PARTAY!!

November 08, 2015

http://dont-promise.blogspot.my/2015/11/give-away-partay.html
Klik banner untuk join!
 Kepada Hana yang comel, sudilah terima ucapan yang dicelop dari Mr.Google ini sebagai pengganti hadiah sebenar.


Tag:
KTC
RRai

Argh!!! Fe-me Dup-mup!!!! (FED-UP!)

November 07, 2015

*Amaran!*
*Entry ini mengandungi bahasa rojak yang melampau! Sila pangkah jika tidak mahu pening*


Argh!!!!
Ishfish geferamfam nyefe defenganfan kofotakfak kofomenfen befelogfoh nifi!!!! Pufuwasfah afakufu efeditfit, tafapifi mafasihfih takfak dafa peferufubafahanfan!

Ah! sudah alien sesat mana baru turun bumi ni? Rajin pulak aku taip..wat nyusah  diri ja nya oiii!


Apa kes ni nak fed up-fed up? Cuba cerita sikit...
Cenggini kisahnya...aku nak edit bahagian komen box aku ni bagi nampak kemas, teratur dan sedap mata memandang. Sebabnya kotak yang sekarang ni, apa yang aku reply kat golden readers aku semua jatuh di bahagian bawah dan bukan pada bahagian balas yang sepatutnya...(faham tak, tak faham ea? Ah, abaikanlah...) Tapi tadi masa aku dok main edit-edit...masih jugak takde perubahan...sekali dua kali try, masih dapat bersabar lagi. Next to hundred time try...Hancus bhai gua punya template yang tak lawa nih!!!

Wadoh! Bisa pusing dunia kok gini mbak! Gi mana lagi bisa ku berguru supaya ruangan kotak komenku terus teratur? Guwe sudah ngak sabar mau baling ini laptop ke sungei.

Macam nilah..disebabkan kes itu...aku adalah niat acah-acah nak tukar design blog...malangnya aku dah malas...malas nak usha kod-kod yang aku sendiri masih BUTA untuk fahami...(ai...marah sungguh nampak? Relax brader, brader relax!)

Iya, tengah relaxlah ni..hah tak nampak ke? *tarik nafas, hembus...*


Okey, apa yang susah sangat untuk tukar design blog ni? Acu try cuba jawab ea....
Alkisahnya aku nak kekalkan kaler tema blog aku; hitam dan emas. Setiap kali aku rasa nak tukar, rasa sayang pulak. Tapi dah nak setahun aku pakai tema ni. Keinginan nak tukar tu adalah, tapi selagi yang baru tu tak seklasik yang ini, tak mbohlah tukar.

Dahlah...biar ajelah gini dulu...sebenarnya ada gak idea nak bagi orang bikik, tapi takut orang tak tahan dengan permintaan merepek aku karang...hahahahah (cakap ajelah kedekut pe'ah oi!!!)

Dahlah...bersiaplah packing  sana. Nak ke nogori pulak kita nih esok. Barang satu hapak tak dikemas lagi. Ginilah gayo oghe sokmo derak...baghe pah mano tohok pun dop tau! Habih kuca lembe! 

Bah, apa agik ditunggu kawu sia...pergilah berkemas nu...agik mok bising depan laptop key apa! Kedaklah baghangnya pande kemas dirikpun..

Hahahahahah orang yang tak stress baca entry ni buleh stress! Ha...jangan kata aku tak warning...

Buat semua yang sudi mengomen dan menyokong saya dalam entry minion tercengang ni, terima kasih sangat. Terasa semangat pulak nak praktikal! Yeah, icanduwit!

Kalau adalah yang terbaca ni terrer buat template ke coding ke, sudi-sudilah mengomen, bagi idea ke....kotlah si pe'ah ni terbuka hati nak tukar design baru...yang penting unik...*see takde orang sudi pun dah buat permintaan merapu.mana tak lari orang...*geleng-geleng*

Wokeh dah 800 aksara dah ni...see you at N.9 pulak! 
Ila li qa' Melaka!
Ma'a salamah!

Segmen kembara misteri burung hantu

Klik banner!




Apa!! Tinggal 10 hari lagi?!

November 04, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
 
https://38.media.tumblr.com/4a1750cc9cf2b68c3c58799bcf2f4173/tumblr_inline_nw6s1yhfmV1sqfsm2_500.gif

Whaat?? 10 hari lagi?
Apa yang 10 hari?
Cutilah....

Ceyh! suspen kan gua aje...ingatkan apalah yang tinggal 10 hari tu. Gaya macam kena kahwin paksa pulak...hahahahah

Alah, cuti ni perkara paling besar dalam hidup student tau! Is a big deal! Really!


Pejam tak sedar, dah nak sebulan lepak kat Melaka, minggu depan barulah terbang ke Miri. Then, lepas dalam seminggu macam tu, bermulalah hidup sebagai duta pelajar di tempat praktikal. Ni yang lemah sikit ni. Sebab apa?

Sebabnya aku ni ada masalah sikit berhadapan dengan masyarakat. Dalam kepala ni, berialah berdialog nak jadi peramah dengan orang lah, siap boleh gelak bagai...tapi realitinya..tergagap-gagap kau nak cakap. Sepertinya ada mutiara dalam mulut macam cerita Koyla! 
Lima bulan beb! Lima bulan tu harapnya semua dapat berjalan dengan lancar. Amin!

Nak ceritalah sikit, untuk praktikal ni aku mohon dekat tempat yang dekat dengan rumah, senang dari semua segi. Tempat tinggal, makan, kereta....senang semualah cerita dia...lagipun tempat tu pernah dicadangkan oleh Uncle Ed masa kat JTS dulu. Extra lagi, kat situ pun pernah ada senior yang praktikal. Ceritanya tempat tu bagus untuk praktikal. Extra lagi, bos tempat tu adalah orang melayu. Ha....jangan kata aku racist pulak.

Dalam tempoh lima bulan tu, kami as a student geomatic kena completekan tiga subjek; 
Engineering Survey, Cadastral, dan hydrography. 
Yang engin dengan cadas aku buat dekat Miri, manakala hydro pulak dekat Perlis. Pasal job hydro dekat kawasan pendalaman yang tak menggalakkan pelajar, lagi-lagi perempuan untuk turun site. *Sedih*

Kayu betullah! *tetiba*
banyak betul kes bunuh membunuh sekarang ni, takutnya...-sebab tengah tengok berita suami tikam isteri-

InsyaAllah, Malaysia masih aman....
(German, wait for me!)

"Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal"

November 03, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Klik banner untuk join!

Tag:
kakak tiri cinderella


© SOFIE ADIE. Design by FCD.