Simple Giveaway : From Bintulu With Love

June 12, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Jom ramai-ramai meriahkan GA!
Klik banner untuk join k!



I Still....

Who are you now?
Are you still the same
Or did you change somehow?
What do you do
At this very moment when I think of you?
And when I'm looking back
How we were young and stupid
Do you remember that?

****************************************


Stop feeling down boleh tak? 
Okay, okay...
Saja terajin update setiap hari memandangkan awal sem yang masih goyang kaki tangan sambil menguap tengok movie dan menghargai masa lapang...hahaha
kalau itulah aku kata mengisi masa lapang dengan bijak, *geleng kepala*
at least banyak perkara jugakkan? (kata kau!)
Selain pada tidur...hah! I will miss this moment! Will be...

Overall dalam minggu pertama kuliah yang lapang ni, soalan masih berkisarkan tentang:
"Macam mana praktikal kat sana? Best tak?"
Dan aku akan jawab dengan jawapan yang sama:
"Hurm, bolehlah..."

Sambil, yeah you know macam mana eksperisi 'boleh lah' itu...
Iyalah, orang lain semua praktikal dalam amount yang ramai, tapi tidak aku...hu hu hu...
Biarlah...benda dah lepas...bukan best pun! hahahah
Takdelah macam tu 50-50...
yeah .

Tadi masa membeli belah makanan aku terbeli tiket 'program bual bicara bersama Aiman Azlan'.
Esok! Malas-malas aku ni nak jugak dengar ilmu dari pakar...
Bukan selalu kan? Kot lah dapat tukar minda senget aku ni...
Dah macam tersesat dalam jala udang pulak rasa....serabut selirat sampai susah nak lepas...
(Jap betul ke jala udang tu berselirat? Entah...bantai aje...ibarat....)

Next monday, speakng MUET! 
Pergh, cuak macam tak pernah cakap pulakkan?
Best of luck la...for every person who taking this MUET...
For what? dunno...just in case if I want to further my study...well said!

Ok...just stop merapu around okay?
As u wish...

Why A?

June 10, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
 

A. Answers for Soalan...
1- Cafe Marooned (Uth...)
2- 1810
3- Jean Sasson

*******************************************************************************
A bukanlah topik utama aku untuk entry ni sebenarnya. 
(Background music by NKOTBSB)
Macam terlambat sangat je nak minat band tu. Tapi takpe...'Music never had an age. Limitless....'
Itu kata aku. Aku yang telah menghabiskan masa dengan movie. Tenggelam dalam dunia layar. Seolah major aku perfileman pulak! Hah, perasan!

Drowning by BSB. 
Tak pernah lupa. Aku tanya: Kenapa minat BSB? "Sebab lirik dia make sense..."(pfthhh...)
Minat lagu sebab lirik or muzik or artis dia? -Tertakluk. First lirik. Second Muzik. Barulah artis..-
(Tak sebenarnya BSB banyak teman aku sepanjang aku kat sini.sini semenanjung...dah nak masuk 12 tahun...)

Menemubual diri sendiri, sebab takde teman nak borak huh? -Sort of-

A.Alone....
Bila kau tengok insan-insan yang membesar bersama kau bukan lagi insan yang kau pernah kenal, apa kau rasa? Dia berubah atau masa yang membuatkan aku terasa tua? 
"Please la kak,...move on...tak habis-habis pakai hitam. Aku dah rasa macam aku jalan sensorang je kalau kau pakai hitam semua ni..."

Adakah 'move on' itu terletak pada pemakaian? Hurm, macam takde kaitan je...
Atau 'move on' tu macam kalau dulu aku layan 'Mayday Parade', 'Memphis May Fire' sekarang pulak aku dengar Maher Zain? Takkan?
Move on. Perspektif yang berbeza setiap yang bernyawa...

A...semua kejarkan sangat dengan A dalam hidup dan meninggalkan A yang sepatunya tanpa sedar A yang mengaturnya...A...

"Kenapa tak dapat A?"
"Sebab aku tinggalkan A..." 
...........
A....selamanya diangkat tinggi. 
A tak pernah serong..

End of A.

Soalan???

June 08, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Q:1. Banyak-banyak novel @ buku yang korang baca, buku apa yang watak dia bersatu dengan diri korang?

Q:2. Kalau diberi pilihan, korang rasa nak hidup zaman apa?

Q:3. Jane Austen atau Jean Sasson?


*******END OF QUESTION******

Penat huh??

June 06, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Penat dah!
(Sambil mengadap SimFreeplay yang tak sudah mintak dijaga...)

Penat?
Entahla...
Mana nak jaga Township lagi, SimCity...
Macam-macam mintak
Mayor itulah, mayor inilah...
(yang ini memang penat yang tak berbaloi...tapi still buat jugak...)

Ni masuk Sem baru, sem terakhir duduk kat kolej, sem yang kau nak tentu dengan siapa kau sebenarnya...
Seorang atau kumpulan?


Aku tak taulah nak rasa malu ke marah ke bengang ke...mix feeling pulak! Aku pun tak tau nak cerita macam mana...takde perkataan untuk didescribe kan..ececeh...

Insiden 1: 180415, Sabtu
Aku dah susun punya cantik perjalanan checkpoint aku. Sepatutnya;

Arau - Alor Setar = 9.00 pagi (budget rm60)
Alor Setar - KL = 1310 sampai 1405 (MH1209)
KL - Kuching = 1530 sampai 1715 (MH2528)
Kuching - Miri = 2020 sampai 2150

(Jangan tanya kenapa rumitkan keadaan bila aku boleh je amek tiket direct KL-KCH)

Disebabkan aku tak tahu menahu yang flight dari AOR-KUL tu dah berubah masa, makanya semua aturan masa aku berterabur cincai barai habis! Aku dah macam salah seorang peserta *TARA dah...yang sepatutnya ada gap sejam boleh jadi takde masa...
Yang pukul satu ke pukul tiga, yang pukul tiga ke lima..maka yang pukul lapan tu bekejaran tak cukup tanahlah aku..sudahlah aku bawak balik segala batu bata. Adoyai...
Tak semena-mena aku jadi kalut + gabra + takut = tak siuman!
Habis semua orang kat Airport Kuching gelabah dibuatnya...Memang tak fikir dah malu..janji flight aku tak terlepas! (tipulah kalau aku kata aku tak pernah miss flight!)
Tepat 11 malam aku selamat jugak akhirnya sampai di rumah,..
Tau tak betapa gelabahnya hidup bila aku sendiri tak pasti yang aku dapat atau tak kejar flight seterunya? Pergh!!! debarannya macam airport yang sejuk tapi kau boleh bermandi peluh...

Insiden 2: 060615, Sabtu

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Dari pukul 4 pagi ke pukul 12 pm. Sampailah aku punya Gate A6 berubah ke A8 baru aku rasa nerves. Sepanjang aku ke Gate A8 tu aku harap sangat tak sama flight dengan bebudak wakil sekolah ni (yang berkumpul ramai dalam ruang yang besar).
Tapi alih-alih impian aku lebur bila segerombolan budak sekolah meluru ke gate yang sama aku masuk. Dan-dan pulak time aku nak masuk tu, ntah celah mana butang lengan baju aku, tersepit dan tercabut terpelanting entah di mana dan aku tiga minit kemudian baru perasan yang butang tu dah tertanggal!
Yang melatahnya bukan aku, geng batalion tu yang melatah...terkejut aku...
Perasaan masa tu? Rasa kecik sangat....rasa macam...'Argh,....menyesalnya balik hari ni...'
Naik je flight, aku terus terlelap. Dihulur kacang, mamai je ambik. Bagi air, terus aku geleng. Serius aku ngantuk giler! (Biar aku dah qada' waktu tidur ni berjam-jam kat rumah, tapi untuk hari ni, terasa macam semua dah habis!)
Penat huh???!


Sesampai je kat lobi kolej, terus cari nombor bilik...Fuh! Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat aras satu..tak payah penat panjat tangga ke langit empat sana. Tapi, roomate? *geleng* aku tak tau siapa.. 
Yang penting sekarang aku selamat sampai...
Penat? sebab asyik bekejaran dengan flight? entah...tak tau....

Sem ni aku jumpa lagi banyak diajar oleh Sir Z...paling banyak masa dengan Sir Z...hurm.....cuaknya....
(Sir Z ni lecturer,..lect. yang buat aku rasa aku lebih kecil dari semut....huhuhu)


Nota:
*The Amazing Race Asia
© SOFIE ADIE. Design by FCD.