December 11, 2015 / 19 Comments

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

sila klik banner untuk jawab soalan

Jika orang tanya "Kau siapa?" agak-agaknya apa jawapan kau nak bagi?Aku pun masih tertanya pada diri sendiri bila orang ajukan soalan ni. Sambil merenung kipas yang berputar disiling. Tangan dibawa ke dagu. [Bagus jugak Kalia buat segmen ni, boleh aku self reflect diri...]

Siapa aku sebenarnya?

Erm, siapa aku...nampak simple tapi rumit...hurm...okay, aku cuba jawab. (tetiba teringat lagu Suki, 'siapa aku'...dah lama tak dengar...cuba dengar sat...kotlah dapat ilham...)

Kalau masa sekolah dulu bila orang tanya 'Kau siapa?' aku akan jawab; "Hamba Allah anak kepada hamba Allah."
'Tinggal kat mana?': "Atas bumi bawah langit"
'Duduk mana?': "Bumi Tuhan.."
[maka silalah terus klik banner join segmen ni daripada baca intro aku yang dah kelaut ni...]

Okay, yang ni serius...serius punya...

Aku sofie. Just sofie. Living with parent at Miri, Sarawak tapi ada hati kata 'Hatiku made in German'. Apa ntah nak diagungkan sangat negara Hitler tu aku tak faham. Sebab bila hati aku kata suka, aku takde alasan untuk terangkan. Macam pyan...maka berkerutlah dahi bertanya siapakah pyan...ala, pyan dalam novel soalnya hati tu...sebab apa minat sangat dengan dia? entah! takde sebab...

Lahir awal disember hari tu. Umi kata aku lahir pada 10 malam. Masih belajar dalam bidang yang buat aku berfikir ribuan kali tentang masa hadapan. Sekarang tengah praktikal. Ada empat bulan lagi untuk habis. [lamanya labu...]. Dulu sekolah merata. Mostly hidup kat semenanjung dari Miri. Duduk dengan sape masa kat semenanjung?- Duduk asrama, rumah sewa...merata- Secara kasarnya, aku dah jejak semua tanah semenanjung. Tinggal Sabah je tak pernah jejak walau satu ibu jari kaki pun....

Aku tak tau kenapa aku lebih suka untuk hidup ditempat orang daripada membuat kehidupan ditempat sendiri...

Balik Miri, hanya balik rumah dan aku tak suka keluar. Nope! kalau takde sebab aku tak keluar. [kata ajelah malas...kan senang?]

Aku ada habit cakap sorang. Iyalah, kalau kita tak cakap dengan diri sendiri, sape lagikan? hahahaha boleh pulak macam tu...suka hidupkan watak dalam lagu, movie dan cerita yang diminat. I wish that I can live a life like Walter Mitty..Suka tulis journal untuk simpanan anak cucu...atau generasi akan datang. Dunia perhubungan? -hitam putih- aku tak suka komitmen dalam perhubungan sebelum masanya...[really?? iya, jujur ni...]

Tu jelah kot. Oh sebelum terlupa aku anak ke-4 dari tujuh beradik. Untung tau jadi anak tengah...hahahah*sambil gelak jahat*

So tunggu apa lagi..jomlah meriahkan segmen Kalia ni...asyik aku je cerita...nak jugak tau korang punya ceritakan? Klik banner untuk join!

Transport wajib since 2004...
Related Posts

19 comments:

  1. Guten Morgen sofie :) Empat bulan tu tak lama sofie. Ce pejam celik pejam celik, sure dah empat bulan. Hihi. All the best for ur practical.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guten Abend Ai!
      thanks for ur wish!
      ^_^

      Delete
  2. Wowww, awal2 lagi dah jadi perantau...=D anyway best of luck yea sis.. ;)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan sofie;).best kan hidup berhijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak BZ!
      kan seronok je sebab banyak pengalaman...

      Delete
  4. Assalamualaikum, saya singgah dari segmen yang sama :)

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete
  5. good luck for you practical ^^
    btw datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete
  6. sama la sofie...lebih suka hdup d perantauan. org kata jauh prjalanan, luas pngalaman kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?
      pengalaman lah guru paling berharga...
      ^_^

      Delete
  7. la sarawakian rupanya . huhu , patutla blog ni pun warna ala-ala bendera sarawak . haha . haritu pernah pergi sarawak , bezanya la rasa banding dengan tempat liyana duduk , jalan tak pernah tak penuh . haha . ithink sarawak seronok la . hiks

    The Talking Diary

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sama ke? huhuhuhu...
      yeah sarawak memang seronok...

      Delete
  8. Singgah :D
    http://theonlygirl98.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    Anak keempat jugak *gelak jahat* hahahahaa :D

    ReplyDelete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery