Sains Geomatik?: Kenapa ambil kos ni?

September 09, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

sambungan dari 'Sains Geomatik?'

"Kenapa ambil kos ni?" 
Soalan tu masih lagi ditanya oleh Sir Z even aku dah pun semester 5.
Jawapan: 

"Sir, saya ambil kos ni sebab saya nak sempurnakan jelajah saya di semenanjung ni. So, sebab kos ni gerenti dapat kat Arau ni berdasarkan carian saya, saya pun pilih kos ni sebagai pilihan pertama. Dan akhirnya misi jelajah saya tertunai...."

Dan Sir hanya mencebik tak percaya. Ah, lantaklah nak percaya ke tidak. Tapi, semestinya kos ni buat sesiapa saja akan fikir tentang hidup berjuta kali. Sekejap rasa macam nak sambung dan teruskan sampai ke akhirnya dengan kos ni. Dan terkadang rasa macam nak keluar bidang lah...memang berkecamuklah minda dan perasaan bila dikaitkan dengan prestasi pelajaran plus masa hadapan. 

Tapi, serius tak rugi kalau belajar kos ni. (memang belajar semua jenis kos tak rugi...) tapi kalau dapat kos ni, silalah cuba dulu. sebab mana tahu, peluang kerjaya dalam bidang ni sangat luas...sebab skop bidang kerjayanya sangatlah banyak dan kalau dapat conquer semua kira expert lah.

Silibus kos ni sudah pun berganti sejak junior intake Jun 2014. (bagi uitm Arau) So, sedikit sebanyak penerangan aku dalam entry sebelum ni agak berbeza. Dari segi kod subjek, penambahan silibus dalam satu-satu subjek dan pengurangan....memang ada yang dah berubah. Sebab tu lect. kami banyak nasihatkan supaya jaga semua paper tu leklok sebab silibus dah berbeza. 

Tiga cabang utama dalam bidang AP120 (Sains Geomatik Tulen)
  1. Cadastral
  2. Engineering
  3. Hydrography
So, tiga benda ni lah akan dilakukan sepanjang praktikal akhir nanti. Tapi, silibus baru, yang ketiga itu optional. tu dari apa yang sir aku sampaikanlah.

Antara tiga ni, mana yang paling penting?
-Semua penting. :)
(Tapi bab engine ni aku lemau sikit, p kalau cadas okaylah...)

Okaylah, itu aje yang dapat aku sharekan as a part of geomatics student at UiTM Arau ni. Maaf kalau ada apa-apa kekurangan dalam informasi...

Next entry - - - -> Sains Geomatic (Diploma Holder): Persiapan setiap semester.

UPDATE!!! ---> semua entri pasal diploma sains geomatik di uitm Arau boleh baca sini.

p/s: sori sebab entry ni takde gambar, sebab ada masalah teknikal.... :p
© SOFIE ADIE. Design by FCD.