Berubahkah aku?

August 12, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
Hello there!
Aku just nak tanya...
Kalau kawan lama korang, datang jumpa korang yang sekarang...
Tapi korang dah tak sama macam yang diorang kenal masa dulu,
korang rasa serba salah tak?
Masih 'menanti sebuah  jawaban' (lagu Padi)

Saving Private Ryan

August 10, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Sejak 'jatuh hati' dengan cerita-cerita army, aku dengan rajinnya pergilah mencari 'Top 10 Best Army Movie'. Maka 'Saving Private Ryan' ni tersenarailah. Pergilah search kat IMDB, apa yang menyebabkan cerita ni best siap 90 metascore semua dengan rating yang tinggi. Bila tengok senarai pelakon ada Matt Damon, Tom Hanks...naa....no wonder lah kan! Dorang memang terkenal sebagai pelakon yang hebat.

'Saving Private Ryan'  adalah sebuah misi yang perlu dilaksanakan oleh squad Captain Miller. James Francis Ryan ni ada tiga orang abang yang semuanya dah KIA. So, bahagian jabatan tentera ni tak sampai hati nak hantar telegram terakhir kat mak dia. Sebab tu lah kena selamatkan Ryan. Tapi, bila dah jumpa dan bagi tahu kat Private Ryan tentang misi diorang, dia pulak tak nak balik. Sudahnya, squad Capt.Miller terpaksa bersatu selesaikan misi Ryan baru Ryan nak balik. Tu pun dah berapa ramai yang terkorban, termasuklah Capt.Miller. sob sob sob...

Antara scene-scene dalam filem yang aku terpaksa repeat banyak kali sebab suka tengok aksi diorang. 



(Suka dengar suara si Private Reiben. Macam familiar somewhere aje kan...rupanya si bos yang diminat oleh heroin dalam cerita '27 Dresses'. Patutlah dia minat...hahaha lambat betullahkan...)


Ni statement Private Reiben masa Ryan bagi alasan tak nak balik. Terkejut dia dengar, tapi dia berkeras jugak tak nak balik sebab katanya misi dia belum selesai mana boleh tinggalkan medan perang.

Keseluruhannya, cerita ni memang terbaik. Aku rate 10/10 dalam IMDB.

Sampai sudah aku tertanya apa yang berlaku dengan Upham dan Reiben, sebab diorang je antara squad Capt.Miller yang selamat sampai akhir. Bayangkan...

Sebab tu pesanan terakhir Capt.Miller kat Ryan; "Earn it"

Spare Part by Sean McNamara Film

August 02, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
Spare Part movie adalah cerita yang terbaik untuk menaikkan balik semangat yang hilang. Alkisahnya aku tengok cerita ni sebab tajuk dia; 'Spare Part'. Kalau korang lah baca tajuk ni, korang terbayang cerita ni berkisarkan tentang apa?

Kalau aku, aku ingatkan cerita pasal penggantian teman istemewa something like that lah. Tak pun pasal kereta secondhandd yang menang time pertandingan akhir ke, apa ke... rupanya pasal 'Cerita macam mana sebuah sekolah tinggi yang terpencil dapat mengalahkan MIT dalam Fifth Annual Underwater ROV Championship.'



MIT memang terkenal dengan sebuah institusi pengajian paling hebat dalam dunia kejuruteraan. (Even Gunner dalam filem 'Expendable' pun secara realitinya dia alumni U ni.) So, imagine macam mana diorang boleh kalahkan MIT. Paling best tentang filem ni sebab dia based on true story dan watak diorang dilakonkan semula untuk dijadikan teladan bagi orang yang cepat putus asa macam aku..hahahahah

Macam ni lah eksperesi diorang masa diumumkan sebagai juara untuk pertama kalinya. Bestkan? Aku yang tengok pun boleh menangis terharu apatah lagi yang berada kat sana kan...


Pada penghujung filem barulah ditayangkan kisah sebenar beserta gambar diorang. Siap Barack Obama pun hadir masa konvo . Pergh, hebat je rasakan?



So, macam mana? Ada rasa kembali tak semangat yang hilang? Hahaha...kagum siot! The end of entry, sukalah nak pesan pada diri aku ni, semua orang ada kelebihan masing-masing dan stop judgemental (seperti yang dipesan oleh heroin English Vinglish).
© SOFIE ADIE. Design by FCD.