Praktikal di JTS Miri #1

April 27, 2015

Long time no story huh? Too busy to manage the messy life huh? No lah...too lazy too typing lorh...Dan salam sejahtera ke atas sekalian pembaca yang budiman for viewing my nonsense entry.
Cuti semester dah mula seminggu yang lalu. Itu semua tahu...tapi sem ni aku and seangkatan 'tentera' geomatik ada mission yang perlu dicompletekan. Dan cuti dua bulan kami (lebih kurangla..) akan hanya berbaki dua minggu jer...dua minggu pun dua minggulah labu....ni pun dah seminggu dah aku praktikal kat JTS (Jabatan Tanah dan Survei) Miri ni. Huh, nasib baik kat tempat sendiri, so takdelah rungsing sangat pasal makan minum duit belanja bagai...maklumlah ekonomi tengah tak berapa nak stabil ni banyak aje alasan pasal harga..(no comment!)
Oh, mission kitaorang adalah menjalani latihan praktikal di JUPEM untuk bahagian semenanjung dan JTS/JTU untuk bahagian Borneo. Itulahnya misi untuk DUA kredit hour bagi course sem depan. 

Bangunan tempat praktikal
Tempoh praktikal adalah dalam lima minggu. Start dari 20/04-22/05. Yang peliknya boleh pulak orang cakap sekejap sangat praktikal ni, aku punyalah terasa macam seabad...ish6 hairan pulak aku..(dan terasa macam lidahku berbelit untuk menaip...ayat da macam keling da...itulah kesan bila terlalu lama duduk tempat orang lebih dari tempat sendiri kan? padah orang mok berloya pun sik bersuara...)

Iyap! even seminggu pun aku masih 'berat mulut' nak 'berkelakar' dengan staff kat situ. Janggal! Tapi, aku rasa biasa je..sebabnya aku ni memang stok pendiam kat tempat orang, cuma tanya dan bercakap bila perlu jer...macam tanya soalan macam mana nak kira segala masalah shooting line ke, sub-close line ke dan segala istilah yang aku sendiri agak blur sedikit mendengar pada awalnya...

Tapi, Alhamdulilah aku dapat catch-up dengan semua tu. Dan aku rasa macam betapa jauhnya beza cara yang aku belajar dengan diaplikasikan dalam kerja ni. Kenapa begitu???? (adalah sikit sama dari basic nya, cuma dari keseluruhan macam tak banyak....)

Dan adalah hari tu aku pernah terfikir; "sampai bila kita nak belajar sesuatu yang tak diaplikasikan?" 
Aku macam tak fahamlah dan aku just telan je semua tu even aku dah tak lut dah nak telan semua benda ni...Tambah-tambah lagi bila aku start praktikal hari tu aku terfikir lagi: "Betul ke aku nak end up life aku macam tu je?Senangnya..."
Entahlaa...

Masuk minggu kedua aku da start balik mati kutu kat situ..weh, what am I doing here?? Aiyoo,..Nak tak nak aku terpaksa 'killing the time' dengan melambat-lambatkan kerja...Agak bosan jugakla..pastu dalam berapa jam lagi nak balik akak-akak dan abang-abang situ pun ajakla makan...sempena??

Sempena hari terakhir aku di bahagian comp. (Survey computation)..Aku macam blur jugakla.."Aik, baru seminggu dah kena rai?? Huwa...bestla macam ni..hahahahah..bak kata orang, rezeki jangan ditolak bhai..."

Dari kiri: Kak Umi, En. Lennis, En. Bindang, En.Simon, En.Jene dan Kak Azah.
(sorang lagi kak su tak de gambar sebab teman anak dia ambik darah...)
Apa yang aku mampu ucap hanya jutaan terima kasih untuk mereka sebab sudi terima kebisuan aku sepanjang seminggu kat bahagian diorang..Ayat klise habis der.... (Padahal esoknya pun aku still sama level ngan dorang cuma bahagian lain tu aje..macam lawak pun ada gak..tapi orang nak raikan...bersyukurla...bukan senang nak makan free kan...)

Boleh dikatakan tak banyak langsung aku berborak dengan dorang. Nak kata aku ni bukan peramah, tak jugak...nak kata aku takde topik, hurm banyak jer...cuma tulah aku tak tau nak cakap...ahh....janji aku tak menyusahkan orang suda....

Samada aku nak sambung bidang ni atau keluar sikit ke bidang sama tapi cabang lain sikit tu, tak pasti lagi...dah macam separa give-up pun ada gak..tapi...wise people once said...benda yag tak pasti positifkan lah...or better say nothing right?!huhuhuhu

Oklah, cukup sampai di sini saja kemerapuan daku di sini...hope semuanya bakal berjalan dengan lancar dan aman sejahtera mengikut kehendak-Nya..Amin....Best of luck for all the readers! Apa pun yang kalian hadapi pasti ada penyelesaiannya...

"Dengan hidupnya kita sampai hari ini pun dah melambangkan suatu kejayaan..."-sofie adie-

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

April 26, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Jom meriahkan GA dari Luarteko!
Klik banner untuk join...


Lepak Ahad

April 06, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
Iyap! lusa paper Hydro...dan aku boleh lagi pergi lepak-lepak di tempat wajib pelajar uitm Arau...mana lagi kalau bukan Academic Height (A.H.). Bertemankan dua 'sahabat'ku yang setia (muzik + diari) aku pun santai petang sambil qada' makan di bawah pohon yang amat rendang...

pergh! bahagia giler...only me and my imagination world...
nikmat angin Tuhan lagi damai dari kipas kat bilik...feeling giler...
ceritanya aku lepak hari ni bukan apa, aku dah jauh sangat lost...dah nak tenggelam lemas dah pun...but, bangun jer hari ni aku tetiba terdetik,

"kalau musim final semua orang lepak kat library bersama geng or gf/bf, kenapa tidak aku pun lepak dengan Tuhan kat P.I dan alamNya?" 

Maka, aku pun terus bersiap nak bertemu janji denganNya...seorang pun takpa...(pernah pulak aku berteman, iya dak?) dan aku hanya follow je mana arah kaki aku nak tuju.
Follow the flow...no need to stress...just be myself. Dan pada alam aku berbicara. Alam yang tak pernah mengeluh...yang tak pernah jemu memuji Tuhan...buatku terfikir dan terfikir...termenung sampai lupa, maghrib dah menjelma...dan aku pun pulang...

Iya, memang susahkan kalau aku kata, aku ni yang taknak bergaul dengan orang...bukan orang taknak bergaul dengan aku...sebab?entah! kadang aku perlukan suatu hari yang aku perlu menjadi bisu. Tutup mulut dan buka minda. Banyak benda baru aku akan belajar. Lebih dari biasa.

Tipulah kalau aku kata aku boleh hidup seorang atas dunia ni,..nonsense betullah! 
Bukan macam tu...aku cuma perlu ruang untuk diri sendiri...ruang yang orang lain tak perlu faham pun takpa..janji aku ada alam semesta yang memahami. Jiwa damai, tenang...dan bebas dari kekusutan yang tak pernah selesai..dan berharap sangat hari-hari seperti ini tak akan berlalu...
Sedih jer nak berpisah....
Dan masa aku lepak, adalah kelas lain tengah beriadhah...diorang ajak, tapi aku tolak. Yang tak boleh blah, ada ke depa kata aku  putus cinta...haih, cinta pun aku tak kenal, celah mananya nak putus la hai...aku sengih jerlah...geleng kepala...budak-budak...(hahahaha macamlah aku ni tua sangat...)
Aku bukan jenis yang main-main dalam hubungan yang melibatkan masa hadapan aku..sebab aku fikir panjanglah, aku tak pernah terdetik nak bercinta masa belajar. siapa boleh guarantee yang cinta tu kekal? *geleng kepala* naa....see..sebab aku sayang parents aku, aku sayang pada generasi aku yang akan datang, aku sayang diri aku...aku taknak jadi pencinta yang tipikal...paling penting dengan Tuhan sendiri pun aku tak dapat nak Cinta, inikan pulak ciptaanNya...aish..memang susahlah aku nak tangkap cintan an...nak wat macam mana...cintaku limited edition! #perasantakhabis
ok stop-stop...ni topic dah over sangat nih...mana pergi lepak ahad aku da...
(habis pyan tu apa? oh...pyan tu just imaginary je...macam imaginary line untuk selesaikan missing line dalam masalah survey computation or offset untuk sambungkan traverse lama dengan traverse baru...*falsafah budak geomatik*)
**intermission**

sebenarnya nak jugak post gambar nasi goreng kampung 'emas' aku and latte, tapi takut tercicir air liur orang yang baca nanti berdosa pulakkan...huhuhuhu...
ok, thanks for spend time to reading my nonsense idea...sampai bertemu kembali!

 "Kita akan mula menghargai hidup bila 'kematian' menghampiri..."-sofie
Soundtrack: pieces-Sum 41

Contest Buy AVON Online.

April 05, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

Jom meriahkan contest ni ramai-ramai. 
Syarat dia pun senang...tunggu apa lagi??
Klik banner untuk join!

"Terbaik Dari Langit"

April 02, 2015


Bila tengok je preview cerita tu masa awal keluar dulu, terasa macam nak sangat tahu cerita ni pasal apa ek? Then, bila aku ada peluang tengok cerita tu, mau nak pecah perut gelak. Kelakar, deep, and banyak pengajaran orang kata. Uish, sumpah kelakar...terasa macam, hurm...undescribe feeling lah lepas tengok cerita ni...memang TERBAIK DARI LANGIT la...puas hati...

Tak banyak yang aku dapat ulaskan, tapi memang deep la mesej dia...tak payah faham pun kau boleh rasa dalam diri kau..memang serius sampailah...part yang paling best time si Ijam tu cakap dia tak faham dengan konsep filem si Berg, sebab dia takut orang tak faham. Pastu Berg pun cakaplah;

"jam, kalau kau baca buku sekolah tak faham, buku bodoh ke kau?" (berguling gelak part ni, serius tak tipu...)
"Kita ni asyik buat benda untuk orang jer faham, tapi kita sendiri tak faham...."

And the best message is;
"Hidup bermula dari kesedaran. Bukan dari mimpi dan angan-angan. Dan bila kau tahu diri kau siapa, hari itu hidupmu baru bermula. Pandang langit, jangan lupa tanah. Hiduplah dengan sehidup-hidupnya..." -Berg
Memang salute la cerita macam ni..Serius terbaik!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.