Rindu Rumah

March 19, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"

(Coretan dari utara...kemerapuan yang tak pernah habis....)

Petang yang damai macam ni, kadang buat aku terfikir dan mengingatkan aku pada petang petang yang sebelumnya. Lagi-lagi teringat masa petang kat rumah. Rindu rumah.....
nanti habis final, cuti sem pun ada praktikal. Tak dapat jumpa rumah. Paling pun dalam hujung bulan lima je dapat balik, itupun kalau DAPAT BALIK lah...
Kalau tak, hurm tunggu raya nanti ajelah kan. Praktikal nanti aku amek kat Kuching. Sebab mati-mati ingatkan hanya kat HQ negeri je boleh praktikal, rupanya yang cawangan dia boleh untuk pelajar dari borneo nih...huhuhuhu

Semalam, terlalu banyak sangat pressure sampai rasa macam, bilalah aku nak habis dari semua ni??
'hey, please lah..talk less do more...'
' tak payah itu dan ini...'
'at least kalau aku bertindak ada hasilnya...'
bla bla bla blah...

Dan rasa macam kalau aku kat rumah tak perlu lalui semua ini. Tak perlu nak ada rasa fed up dan bengang dengan orang itu dan ini dan tanpa sengaja 'termarah' orang yang tak bersalah. Oh, stop being so childish sofie! Now you are TWENTY THREE! (nope I'm only twenty-two and three month...) oh sooowhatever! 
Dan angin masing-masing sekarang tak berapa nak stabil disebabkan report...betul ke??
entah! No comment! 
normal dunia belajar program yang memerlukan ketiga-tiga elemen pembelajaran ni....biasalah...tak boleh guna sebelah otak je, semua kena aktif. Dari semua sudut. Even kau tak faham kena juga fahamkan. Ini tak termasuk lagi minggu viva...
okeh, breath in breath out....cool down...everything will be okay as long as you want it to be okay....

Nak Balik...
'don't get too close, it's dark inside....it's my demon hide....'
minda cuba menenagkan hati yang dah bukan lagi di sini...selalukan macam tu..
Dugaan final orang cakap...maaf dari hati kata Sofarz...bukan sengaja..(apalah minta maaf kat sini memang jalanlah maafnya kan..(ikatan 'politik' kena profesional...tetiba)
Dah stop merapu around la....bukan, sebenarnya hati ni nak balik de...umi nak balik boleh tak??
apa ko ingat miri dengan Arau tu jaraknya sekangkang kera??
kalau dia sekangkang kera, memang taklah aku nak dok sinikan....semua dari rumah...

Belajar jauh-jauh memang best, dapat jumpa orang baru, kenalan atas angin, dasar bumi, kerak bumi semua macam orang baru aku jumpa...
tapi, yang sakit tuh disini...hahahahah (habis masuk semua tajuk lagu lirik bagai...)
itulah,...setiap kali kononnya nak berubah kalau tukar tempat-tempat baru, tapi macam 'HARAM' apa jer...

Status beradik aku sekarang ni, semua nak balik. Ha,...nampak tak disitu sehati sejiwa orang kata...mood balik mai dah...har har har...(hambar..)
situasi yang paling aku tak suka itulah yang akan menghampiri, kenapa ek macam tu? kesian orang lain terasa memanglah kan, everybody have their skeleton, their  demons and black side...
nak bebel panjang-panjang pun macam tak kena je...okeylah...yang penting semuanya berjalan dengan lancar...amin....

*****TUTUP KES!*****

'kan best kalau pyan ada kat sini,...' (cara cakap macam pernah jumpa pyan...cheh...)
'tak mustahil orang macam pyan tu wujud...hanya yang percaya je yakin dia wujud...' (teori tak boleh blah..)
'pyan, itu pyan ini....' (nampak sangat macam orang gila, rindu pada yang tak pasti..)
'at least yang 'sakit' aku sorang je,...if lah pyan tu wujud dan hadir depan mata aku sekarang, kemungkinan aku pun tak perasan...sebab aku bukan jenis berani nak ekspresikan peasaan..susahkan...'
'dulu aku selalu cakap, asyik aku je minat orang padahal orang tak-tak pun minat kat aku...tapi, bila aku tau, aku sendiri yang takut...takut pasai pa aku sendiri tak tau...'
'pendapat aku, kalau kita nak jadi yang pertama untuk sesorang, kita pun kena letakkan seseorang itu sebagai yang pertama dalam hidup kita...sebab tu sampai sekarang aku tak pernah terdetik nak mencemar prinsip tu...'(kalau setakat suka secara random tu lainlah...ini yang serius...)
'dan pyan...percayalah dia ada....cuma aku je tak tau...'(tak habis-habiskan...)
'garang sangat, sape berani...'(hahahaha ini kelakar...kisah pulak akukan...)

stop merapu around okeh!!! aku memang macam ni, selalu cakap sendiri bila rasa sedih, down, iyalah nak cakap dengan orang pun, nanti terbanyak cakap pulak an(sapelah nak dengar orang cakap banyak musim busy ni kan???terabai jer)......sebab matluthfi pernah tulis, kita kena cakap kurang daripada yang kita baca. Then, bila aku fikir, aku ni baca pun tak banyak, apa celah nak cakap banyak-banyak iya dak?? (nanti buat nangis anak orang jer keja....)

'hatiku ini hanya untukmu, cintaku ini milikmu untuk selamanya...'hingga hujung pernafasan langitku -Sofarz-

okey, wake up sofie..sebab awan tak pernah statik pada satu tempat yang lama kerna angin sentiasa ada untuk meniupnya pergi...so smile while you have a teeth...okay??

'Bila terbiasa sendiri kadang aku terlupa yang banyak hati perlu dijaga..'- sofieadie-

Semangat setiakawan

March 16, 2015

Dengarlah daku berceloteh;

Dua malam berturut-turut aku ngan classmates berhabis kerat tulang nan 14 nih demi 30 markah. Uit, 30 markah tu sangat besar untuk carry mark der..mana nak gali markah banyak tu?
Task dia? Kita orang kena buat satu pre-comp plan dengan skala sebenar siap dengan design sekali...complete pre-comp...mak aih, sape yang tanah dia besar memang sangat-sangat perlukan kudrat semuanya untuk design lot tu..(dan aku pun da guna istilah yang orang tak faham..)
Ah, abaikan semua tu...(pre-comp plan ni macam kita punya proposal untuk buat satu tapak perumahan atau kawasan yang nak dimajukan dan di bahagikan lot dia ikut standard area tapak pembangunan..dan plan ini digunakan sebagai reference oleh engineer dan arkitek...*huraian sesimple mungkin...)

Lastly, kitaorang berjaya submit semua report tu dalam masa yang ditetapkan...Alhamdulillah lepas satu tugasan. At least......, walau sebenarnya lambakan lagi report kena buat....
Memang sakit sikit lah semester ni...sebab? Sebab report banyak GILER tapi kerja kat site tak banyak pun padahal. Penat buat report dengan penat buat kerja luar nisbahnya macam 1:4
Nampak tak disitu...sebenarnya kerja ngadap lappy nie lagi restless dari berjemur bawah matahari.
Kena pulak kalau musim submit report dan assignment dan juga test dua dan final dalam tempoh yang terdekat...mak aih,...terasa macam robot da...tido entah kemana makan pun ikut suka...
(Ini bukan kes suka buat kerja last minit ea, ni kes lambat memproses data dan maklumat...) hahahahaha dah macam cuba bersembunyi di belakang cahaya matahari da...(abaikan peribahasa tu...) 

Sebut pasal peribahasa, teringat masa kirim nasi goreng kat member nie, masa tu dalam keadaan tengah lapar giler (lepas skip berapa kali makan sebab nak siapkan cepat atau kata lainnya malas nak turun beli makanan). Dengan terujanya bukaklah polistrin tu nak makan, sekali nasik dia bapak ciput! Bukan tak bersyukur, tapi sangat tak berbaloi dengan harga 7 ringgit untuk nasi yang kalau istilah mengarutnya ayam berak pun besar lagi...(sangat tak senonoh...masa bengang macam-macam istilah mengarut terkeluar...)
Then, daripada mood marah tu member tanya...
"Hang rajin tengok ke ayam berak? Banyak mana, besaq mana..." Dan....hahahaha hahahaha pecah perut kau gelak.... 
Dan aku terpaksa order makanan lain sebab tak memenuhi percentage kekenyangan perut aku...tak pasal-pasal aku black list kan kedai tu...dengan alasan harga tak berpatutan...apa ke dia guna beras emas?!

Macam-macam ragam dorang sepanjang berkampung kat bilik aku. Dah macam hotel da dorang cakap...semua disediakan, maklum kolej masing-masing bukan dekat. 
Masa nilah nak tengok semangat setiakawan kata orang. Susah gelabah kita bersama. Seronok pulak rasa..itu lah hikmahnya report berlambak nih...dan tetiba rasa macam "lumut fever" pulak...rindunya masa tu...
(Lumut fever adalah hydrography camp kat lumut, Perak)
Oklah, best of luck untuk semua yang sudi belek entri ni...sape yang final dengan finalnya...dan apa yang penting;

Kejayaan itu bukan diukur dengan berapa markah kau dapat, tapi berapa banyak usaha kau untuk tolong orang lain dapatkan markah tu...-sofieadie-



rindu zaman lumut....huhuhuhu
© SOFIE ADIE. Design by FCD.