Moving Forward

January 29, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
Semalam aku berjumpa dengan Sir Z yang mengajar subjek Engin. Surv. 2,..dan dengan penuh ____ (undescribe feeling) aku cuba mintak maaf pasal betapa aku tak perform dengan final paper sem lepas bagi kos tu. Walaweh...betapa kecutnya perut nak kata:
"Sir, saya mintak maaf sebab tak dapat perform final lepas.."
"Ko tak dapat buat pun..."

Hahahahah itu aku tau tu Sir...sebab tu saya spoil tak D sem lepas. Dan aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jer..Bukan senang kan nak buktikan yang kita boleh, selepas kegagalan yang hampir hadir. Lagi-lagi pada seorang yang mulia bernama Pengajar. Oh Tuhan...
Feeling sem ni rasa macam-macam falsafah berlegar di minda...antaranya:
  • "Kerap mendongak, hingga lupa menjenguk, bila terhantuk baru tersentak.."
  • "Tanpa gagal hidup takkkan pernah berjaya.."
  • "Hidup tanpa gagal ibarat kanvas tanpa corak dan warna..." 
dan macam-macamlah yang aku merapukan hanya untuk memangkinkan balik hati yang galau. Dan last sekali, aku BALIK.

Balik kepada Tuhan. Berkat hidup tu kurang sebab mengabaikan Tuhan. Tahu ilmu, tak amal..kau abaikan..dan bila gagal kau salahkan Tuhan? Apa jenis manusialah aku ni?
Dan sekali lagi..ia berulang..
Bagai bayang hitam yang mengekori..samada aku perlu takut atau lawan.
Akhir sekali aku ambil keputusan seperti last word Sir Z semalam;

"Sofi, kau move forward. Semua benda tu dah lepas. Cuba lagi yang terbaik.."

Siapa faham perasaan tu? Seorang Lect. bagi kita peluang dan harapan untuk kita terus bangkit walau kita dah calitkan parut padanya? Terharu. Serius!

Dan Sem 4 ni banyak yang aku perlu langsaikan untuk kebaikan. Come onlah, barang baik mana ada dapat dengan mudah..semua perlukan Mujahadatunnafsi.. Semua senang bila kita selesaikan urusan dengan Tuhan dahulu... (tetiba rindu zaman '04-'09, lagi-lagi '07)

"Kadang bila dah lama sangat berseorangan cuba untuk berkumpulan, kita rasa terbeban..tapi itulah kehidupan..."-sofieadie-

Aku harap kau baca...

January 12, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
(Bebelan seorang Aku, budak tepi jalan...)


Sedih ke bila 'kawan' yang kita cuba untuk berbaik dah tak mahu endahkan kita lagi. Ok itu memang semua salahku...aku yang mulakan perang dingin ni dan aku berusaha untuk tamatkan tapi dah terlambat. Kau dah berpaling pada arah yang bukan lagi boleh aku putarkan masa. Dan aku sangat berharap kau tahu yang aku maafkan dan aku mintak maaf. Maaf dah macam sebati mulut orang lain, tapi bukan untuk mulut aku. Sebab nilai sebuah kemaafan sangat mahal. Dan kau tahu itu.
Aku dan 2015.
Aku dah penat mencuba (oh, mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan istilah penat tu...)
Sampaikan aku pernah terfikir, 'mungkin aku patut cek Rahim aku ni, sebab orang perempuan yang takde sifat belas dan penyayang ni berkemungkinan takde Rahim kot!' #meraputaksudah

Kadang releven jugaklah kan...hurm...tak baik sungguhlah aku ni.
Aku cuba berbaik,
Aku panggil kau lari.
Aku bukan nak bertekak
Aku cuma mahu kau fahami...

Kalau kau boleh bagi ceramah dekat orang awam,
kenapa tidak kau selamatkan secara hemah aku yang sebilik?
Mungkin perkara kecil ini kau tak perasan,
Aku sakat kau baran,
Kau provoke aku diam.
Aku tahu kita bukan sehaluan,

Sebab aku tahu;
'mana ada  kawan di waktu ini, yang ada hanya kenalan....kawan sudah tidak ada lagi...'
(credit nasyid by Qathrunnada: Kasih Sayang Sudah Mati....')


Aku harap kau baca.
Kau tahu siapa...

 *Thanks untuk AcikWatie for birthday present! Dah sampai selamat di rumah...nice Acik....

Reset 2015

January 02, 2015

"ASSALAMUALAIKUM"
  
Sebelum terlambat, suka aku ucapkan disini SELAMAT TAHUN BARU untuk sesiapa jua yang menjengah entry ni!
Cerita tahun baru, cuti midsem diperpanjangkan...
Happy tak Happy?
But is kind of tak best sebab studyweek kena burn.
*_*
 
Cerita pasal Reset

.

Bukan minda je kena reset, habis sampai ke lappy aku pun ter 'reset' sekali pasai overloading sangat sampai pc pun dah hang takmau bukak, then bila terpaksa 'reset' lupa yang ianya akan menghilangkan semua...u know mean by SEMUA...dengan takde backupnya maka segala software yang aku perlu guna untuk siapkan segala assignment sejak tahun lepas juga telah hilang...maka bukan itu sahaja, malah segala Adobe dan juga Office pun turut 'kholas'...termasuklah semua AutoCAD, CDS bagai...

Aiyoo...ni yang terasa macam nak balik Arau cepat-cepat dan install balik semua tu...
Yang 'mahalnya' adalah AutoLips yang diberikan oleh Sir Adhar. Haduih...rajin pulak nak jumpa dia...

Arakian,
aku pun tak dapat nak buat kerja...(tulah masa awal-awal tak mau buat bila dah reset baru ngegeh mok polah...madah...) Nak taknak nampaknya macam kena buat kat Melaka la gayanya..(takpayah nak Melaka sangatlah kat Masjid Tanah je pun...)

Syukur Alhamdulillah cuti panjang...so ada lah masa nak settlekan (Nampak tak hikmahnya...)
Hikmahnya boleh tengok 'Taken 3' sebelum balik Arau...bila cuti terlalu lama virus 'malas' macam dah jadi disease yang dihalalkan oleh mindalah pulak...haila haila...

Cakap, tulis memang senang...Cuba buat sikit. Biar sikit buat asalkan jangan tak buat langsung iya dak? Umur dah menginjak (22 tahun 1 bulan 2 hari 12 jam 34 min..) cukup tua untuk tidak mengulangi perkara dan azam yang sama. Tetiba teringat dialog masa sekolah rendah bila umi tanya;

"Apa motto kau?"
Aku? motor apa pulak ni, aku baru darjah dua manalah tau dan arif sangat pasal motor kan. Maka aku jawablah,
"Moto Suzuki"
umi 'tetak' sambil geleng palak, "Bukan motor, motto...M-O-T-T-O..."

MOTTO??! What is MOTTO? macam motto sekolah anchi tu ke? aiyooo.....tu darjah dua, sekarang dah 2-2 dah...

(throwback 10 tahun yang lalu...ini ke aku yang aku nak masa tu? ini ke aku yang aku idamkan masa tu? kalau tak...sila ubah ye cik sofie...)


***siaran tergendala....***
© SOFIE ADIE. Design by FCD.