#Gift4them untuk peserta contest #Dearsofie

December 30, 2015

 "Dengan tahun baru ni, kita mulakan azam baru, buku baru..." 
Apa? Buku baru?
Kenapa tak caya ek?
Okaylah...buku limited edition yang menjadi impian peserta dah pun sampai....
Tapi sayangnya...hanya tiga orang je dapat buku ni...
Namalah limited edition...
makanya aku kena cari buku yang lagi unik untuk mereka yang 17 lagi...
Harap korang tak marah sebab tak dapat buku tu...huhuhu

Tak mau kecewa-kecewa lagi, for those yang ada nama dekat sidebar #Gift4them, silalah roger aku cepat-cepat....dekat mana?
dekat email:
jade2sofie@gmail.com
nah gambar kalau tak percaya lagi..


 Yang tak perasan bila contest #Dearsofie ni berlangsung, mungkin boleh tunggu hujung tahun depan pulak! [[InysaAllah....]

Kalau cepat dapat feedback, insyaAllah target aku nak settlekan penghantaran serentak sebelum habis bulan satu...maka korang yang ada nama kat atas tadi kenalah bagi kerjasama...

Thanx for meriahkan contest #Dearsofie!!!

[barang dalam gambar yang selain dari buku tu, hanya koleksi hiasan semata-mata...]

Tamat sudah contest #Dearsofie!


As you all can see....contest yang dianjurkan hari tu telah pun tamat!

Danke to all supporters yang join contest nih!
Alhamdulillah kiraan aku tepat...yeay!
InsyaAllah ke-20 puluh peserta ni semua akan dapat hadiah!

Yeay!
suka sikit....
tapi kena sabar sikit tau...
maklumlah...kita ni diseberang laut china selatan...
mungkin proses penghantaran dan pembelian segala hadiah akan ambil masa lama sikit...
sabar tau!
[moga segala urusan dipermudahkan...]



Apa-apa update nanti aku akan roger balik...
Okeh? nak tido esok kerja..,
THANKS AGAIN!

*pemilihan yang sukar nih kita khabarkan dengan berita busyra!*

Pencarian Top 5 Blogger 2016

December 29, 2015

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : 

Nama panggilan dalam blog : 
sofie @ yuha

Tempoh pengalaman berblogging :
main-main, 3 tahun
serius, 2 tahun

Koleksi Beg Sembonia Terkini!

Ada sesape pernah terfikir nak hadiahkan something kat kawan tapi tak tau nak bagi apa? Nak bagi handphone, handphone kita pun diikat dengan getah. Tapi, kita masih nak hadiahkan kawan kita ni something yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas serta alah membeli menang memakai. Masih takde idea nak bagi apa? Meh sini aku tolong korang selesaikan masalah tu.

Tada!!!!

Purses & Clutches
Cantik tak? Of courselah cantikkan! 
Haa..kalau nak tahu beg ni telah dikeluarkan dan direka khas untuk golongan belia remaja dibawah jenama Bonia yang dinamakan Sembonia. Kualiti kulit beg yang sangat tinggi dan mampu dimiliki ni sangat sesuai untuk korang hadiahkan kepada kawan-kawan, adik-beradik atau isteri tersayang! 

Kan lebih baik kalau kita memberi hadiah pada seseorang yang kita sayang tanpa diminta. Sayang dengan perbuatan lagi berharga tau dari lisan! 

[aii...macam ada pengalaman je?..takde r....ayat ni aku amek masa belek majalah remaja ari tu...]

Ai, takkan ni je koleksi beg Sembonia?
Berminat nampak?
Meh aku tunjukkan lagi koleksi beg Sembonia terkini ...

Sling Bag
Sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa bebas. Simple dan bergaya! Macam aku. 
[Ek eh dia ni isi bakul angkat sendiri pulak!] *abaikan!*
Tak nak yang nih?

Takpe Sembonia ada jugak reka style untuk yang allergic pada handbag iaitu:

Backpack


Backpack ni lagi selesa bagi mereka yang “tak boleh hidup tanpa beg dibelakang”.
Ada ek manusia macam ni? 
Ada...mana tau korang punya kawan punya adik punya sedara yang macam nih...sebab tu lah backpack ni tercipta.

Last but not least...
(eh, nak habis dah?)

Tote Bag!



Tote bag ni comel tau untuk si pemakai yang suka pada something yang simple tapi bergaya. Tote bag ni sangat trending dalam dunia universiti dan awal kerjaya. Bersemangat gitu!

Habis!

So, tertanya mana nak dapatkan beg comel bergaya dari Sembonia ni?
Beli kat kedai dialah...alah...itu kalau rajinlah....kalau yang kurang rajin beli online pun boleh!
Suka?

Thanx for reading koleksi beg Sembonia terkini!

Rant on Kawan

Kawan...
Aku tak pernah jemu untuk bersembang dengan diri sendiri. Bukan sebab aku gila atau kurang siuman ke hapa, tapi disebabkan aku nak mengelakkan daripada menyakiti orang dengan perkataan yang bakal meluncur dari mulut aku yang sememangnya dah 'mati insurans' since...entah! aku sendiri pun tak pasti bila expirednya.

Aku selalu ada masalah dalam ber'kawan'. Maybe..tak semua tapi selalu jugaklah. Mungkin sebab bila aku mempercayai seseorang tu, bila aku tengok dia dah macam 'semacam' je dengan aku dan aku jadi 'eh, dia ni dah kenapa? aku ada buat salah apa-apa ke?' dan ianya pasti berakhir dengan kebisuan atau dalam kata lainnya akan tercetus 'perang dingin'! 

Hurm, kadang aku fikir betapa kejamnya aku sebab banyak menimbulkan 'perang dingin', 'genjatan mulut' dan yang menyebabkan aku sendiri jadi awkward balik untuk menyapa orang tu kembali. Entahla...sebab tu lah aku lebih rela 'seorang' daripada terpaksa menyakitkan...hu hu hu..

Majoriti kawan? Perempuan. Sebab aku sekolah tak campur, so aku ni boleh kira dengan jari je berapa kawan lelaki. Mostly, null! Ambil langkah berjaga-jaga, malas nak rapat sangat dengan orang sebab nanti 'sakit' siapa susah? (lebih-lebih lagi kalau ada friendzone ke apa ke, tak ke naya..sebab selalunya kita takkan sedar semua tu until satu masa yang akan datang..nak menyesal ke?) Takkan...

Sebab aku tak berkawan?? berkawan tu aku retilah tapi mostly kenalanlah...kawan satu kelas, still kawan. Kawan satu dewan kuliah? Hurm, tak semua kot..kenal tahu nama tu iyalah kot..tapi tak semua orang aku borak..sebab aku 'berat mulut' dengan stranger. ha ha ha

Kawan dalam satu ayat lengkap?
Mereka yang memahami kita tanpa perkataan.
Boleh ke orang faham tanpa perkataan?
Boleh! Body language describe everything der...more than words!

Tapi, tak semua orang ada 'kuasa' untuk memahami orang tanpa perkataan kan? Semestinya! sebab tu lah orang pesan, 
kalau nak dapat kawan yang memahami, kita sendiri kena belajar memahami orang lain dulu...*angguk-angguk*
Kawan aku ada dua paling setia: Diari + Muzik, dorang dua ni tak pernah tinggalkan aku. Dan aku salute dengan doranglah. Ha ha ha. (memanglah sebab dorang takde hati dan perasaan dan semestinya jugak dorang dikawal oleh aku..) Boleh dikatakan jugaklah yang aku ni kind of person yang suka bagi command. Tak tau genetik tu datang dari siapa, yang pastinya aku cuba untuk tidak terlalu 'memerintah' orang sebab, yeah tak semua orang ingin 'ditakluki' right??

Apa-apa pun dunia tanpa kawan, loner dowh...
so biar kawan sedikit tapi mampu menasihati kita, daripada ramai yang akan membiarkan kita hanyut....

Pilihan yang sukar!

Holla!
Malam ni aku nak celoteh pasal kerisauan yang melanda sejak akhir tahun ni. Antaranya:

"Macam mana nak bagi semua peserta contest #Dearsofie puas hati?"


Berabad jugaklah fikir. Lagi-lagi kalau ada yang komen dengan ayat yang boleh buat tergaru hati ni...seronok tau baca komen dari pembaca ni sebenarnya. Bukan apa...ia macam bagi aku harapan untuk hadapi kehidupan yang penuh cabaran!

Contoh bila aku baca komen dari akak ni, buat aku automatik nak bagi je hadiah kat semua yang join. Oh God! Aku kat padang sahara ke yang pasir banyak sangat masuk mata nih?


Baca komen  ni pulak, buat aku hargai sangat teman alam maya ni. sob sob sob...terharu dowh!



Lepas tu tak lama kemudian, baca komen yang ni membuatkan aku nak pindah pluto cepat-cepat...


Dan banyaklah lagi komen yang buat aku rasa...aku tak nak korang kecewa...kecewa sebab tak dapat hadiah ni. Aku bagi hadiah annualy sebab aku hargai pembaca blog nan tak semengah ni...aku tak nak korang serik datang sini...aku tak nak korang kecam aku...aku takut...macam Athazagoraphobia....memang sukar!

Dalam kiraan akulah kan, yang join contest ni adalah dalam 20 orang. So, kalau kuantiti ni masih sama sampai tarikh tutupnya, aku berkira...kalau ada rezeki lebih nak bagi hadiah kat semua yang join. [InsyaAllah...#pray4sofie]

Tapikan....tapi..aku tak boleh nak bagi dalam tempoh serentak...sebabnya...stok buku + bajet yang ada ni tak selari...kadang bajet ada, bukunya tak ada, dan vice versalah...aku harap korang faham k?

Harap kerisauan ini dapat diselesaikan sebelum penghujung Januari...#pray4sofie...
And harap sangat semua pembaca, pengomen, followers ke stalker semua..tak serik datang sini..hadiah macam ni annually tau...so grab the chance!

Thanx for those yang join meriahkan contest #Dearsofie! Korang memang sporting r!

Jalan cerita setiap orang berbeza...

December 28, 2015

Kau pernah rasa tak? Rasa malu dengan diri sendiri? Pernah?
Samalah dengan aku. Aku kadang-kadang malas dah nak ulang cerita banyak kali setiap kali aku jumpa orang, aku berkenalan dan akhirnya pusing-pusing cerita aku adalah cerita yang sama  pada setiap orang yang berbeza.

"Kau kenapa ek lambat masuk diploma? bukan sepatutnya 21 tahun tu patut dah habis ke? kau repeat SPM ea? ke dari matrik?"

"Takdelah, camni dulu masa aku habis sekolah rendah aku pergi satu sekolah ni, lima tahun. tapi sayangnya sekolah tu takde PMR ngan SPM bagai. So, habis je lima tahun aku pergilah kelantan turun tingkatan tiga ambik PMR sebab nak tukar aliran. Kiranya aku masuk batch '95 lah. Sampailah sekarang...."

"Kenapa kau masuk sekolah tu?"

Angkat bahu...

Jalan cerita semua orang tak sama...
Itu semua orang tahu. Kau tahu aku pun tahu.
Umur bukan kayu ukuran. Tahu tu...

Iya aku PMR umur 18, 
SPM umur 20. dan 
aku belajar kat area semenanjung even aku orang Miri.

Kenapa belajar jauh-jauh?
Sebab masa belajar adalah peluang kau pergi tempat sejauh mungkin.

Mula dulu memang parent aku yang suruh...
Tapi lelama ia macam pilihan...
Tulah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah...

Kalau orang lain ada bestie dari tadika, sekolah rendah sampai masuk U...
Aku pulak, ada kawan yang berbeza untuk setiap sekolah...

Dan aku tak pernah kisah kalau diorang semua bagi alasan yang sama setiap kali aku ajak datang rumah.

"Rumah kau jauh..."

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE

December 27, 2015

Klik banner untuk join!

Mangsa Tag:

Pandangan tentang blog penganjur?
Simple, kemas, cepat nak loading...
saya suka saya suka!
^_^

Tepi Jalan

Siapa tak pernah lalu di tepi jalan? Bahkan jadi wajib untuk kita jalan dan menjadi pengguna tepi jalan. Macam aku, aku bukan budak jalanan dan aku bukan budak urban. Tapi aku budak tepi jalan. Maksud aku, aku bukanlah orang yang menjual burger atau apa-apa di tepi jalan, itu memang konformlah tepi jalankan. Tak, aku diibaratkan macam tepi jalan, orang ramai lalu di situ tapi orang tak kenal pun tepi jalan itu apa sebenarnya. Dia sentiasa ramai dengan orang tapi dia sunyi. Sebab orang hanya lalu sahaja, bukan menetap. Siapa nak menetap tepi jalan tanpa bumbung kan? Aku pun tak nak!

Tapi, di tepi jalan itu ramai berselisih, memberi laluan dan menjadi pengguna setia untuk menuju ke destinasi.
'Aku bukan suka sangat nak bersosial dengan orang bagi aku cukuplah aku hidup jadi sang pemerhati di tepi jalan...'
'Kau silap. Kalau kau tak bergaul dan berkenalan dengan sesuatu yang kau tak tahu, selamanya kau punya ilmu tak akan berkembang. Kau ingat dengan kau jadi anti-sosial dapat selamatkan diri kau dari dibuli dan dicerca orang?'
'Aku bukan anti-sosial tapi aku berhati-hati dengan masyarakat. Sebab masyarakat sekarang sangat menakutkan aku...'
'Tak, sebenarnya kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri.'
Ini jalan aku dan aku pilih tepi jalan. Jalan paling selamat dan tak menghalang laluan orang lain.

Planner 2016 by owndesignbook

December 26, 2015

Holla!
Sempena pre-2016 yang penuh bersemangat ni ditambah pulak dengan hari yang panas*tetiba* aku naklah buat review sikit pasal planner yang mysis hadiahkan sempena befday hari tu. 
Terima kasih bruh!

Buku tu dibalut dengan kotak comel ni...

Blog Review By Beeha Azman for TOP Referral

Klik banner untuk join!
Mangsa Tag:

Rant on Matahari #3

Matahari...

Banyak orang buat lagu pasal matahari. Pelik jugak aku sebab banyak-banyak alam semesta ni, kenapa orang hanya nampak matahari? Kalau tak matahari pun, bulan, bintang, komet...semua yang letaknya diatas kita. Jarang dengar orang buat lagu pasal lumpur, lumut, tanah, kemuncup, rumput ke...yang kita dok pijak hari-harilah senang cerita..kenapa?

Padahal rumput, lumpur semua tu kita boleh pijak, boleh sentuh dan boleh rasa, siap bau lagi...tapi, kita tak pernah ‘ceritakan’ tentang diorang...bahkan kadang kita boleh rasa jijik lagi...

Kita selalu nampak apa yang diatas kita, tanpa sedar kita lupa untuk berterima kasih pada ‘mereka’ yang menampung kita setiap hari.

Apa jadi kalau ‘mereka’ yang kita susuri selama ni ‘mogok’? ‘Mereka’ jua ada perasaan. Yang kita pijak hari-hari itulah nanti akan berada diatas kita suatu hari kelak...


Kalau tanpa matahari, hari kita akan gelap. Tanpa tanah pula kita tiada tempat berpijak. Nak terbang? 

Percayalah, tiada siapa suka hidup dalam ‘awangan’ dan ‘apungan’ dalam tempoh yang lama.

Dulu Ustazah aku pernah pesan; ‘setiap kali nak mulakan langkah bagi salam dulu...’bukan apa, takut-takut tanah tak sudi nak tampung kita...”kun fayakun”


Rant on Matahari #2

Matahari...

Masa aku sem dua, kitaorang ada field site astronomy. Masa tulah aku korbankan mata aku yang sedia rabun+silau tahap langit ketujuh ini demi selesaikan tugasan tu. Habis je semester dua, pergilah buat speck mata baru..mak aih! Terkejut bukan kepalang bila diberitahu yang power aku almost +-900...nganga sekejap....

Dan power tu aku masih guna sampai sekarang...nak turun memang lambat lah..
[even banyak produk mata sekarang ni, tapi aku old school...makan je carrot..tengok benda hijau..itupun jarang buat...sebab tu power lambat turun..]

Takpelah, ni bukti yang untuk meraih sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Aku nak markah bagi subjek astronomi maka aku perlu korbankan mata aku. Adil!



sambungan dari "Rant on Matahari #1"
next series

Rant on Matahari #1

Matahari...

Orang yang baru jumpa aku mesti akan tanya;

Orang baru: Power speck mata kau berapa?
Aku: Adalah dalam 800 kot!
Orang baru: Wow, tingginya! Patutlah speck kau nampak tebal dan besar...
Aku: Oh...ni sebab aku suka tengok matahari...

Sebenarnya aku tak suka pun tenung matahari, matahari tu yang dok tenung aku setiap hari...nanti kalau aku marah, ‘nangis’ je tau...siap cabut semua pokok lagi...’nangisnya’ pulak kalau siap ‘hentak-hentak kaki’ tu yang bahaya..so, untuk elak dari matahari ni ‘merajuk’, aku tak boleh nak komen apa-apa. Aku kena terima seadanya matahari tu. Even sampai boleh menaikkan power mata aku. Pasrah!


sambungan:

Q&A: 10 Jawapan untuk blogger Aishah Qairina

December 25, 2015

Salam satu dunia!
Kita bertemu lagi dalam sesi "Soal Jawab bersama Sofieadie" dimana wartawan kita kali ini adalah calon SPM 2016 iaitu Aishah Qairina. Sebelum saya menjawab soalan dari beliau, suka saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi tag saya. 
[Aduh! sejak bila aku jadi penulis akhbar ni?!]

Okaylah, aku tak nak serius-serius dihari yang panas terik ni...Meh tengok soalan yang ditanya oleh adik manis kita nih.
1) Apa movie kegemaran korang?
Toys Story! [kalau boleh aku tak nak Andy tu besar, sebab bila Andy besar, itu tandanya aku yang dah tua..*sad story bruh!*]

2) Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? dan nyatakan 2 sebab.
Aku tak kisah dengan perangai manusia ni selagi mereka pandai hormat antara satu sama lain. Respect tu penting! [sebab manusia sekarang ramai pelik-pelik...so biarlah mereka begitu asalkan bahagia...]

3) Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu?
Hitam! Just perfect.

4) Berapa orang sahabat korang dan kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?
Biarlah rahsia...

5) Pernah bergaduh dengan adik-beradik? selalunya bergaduh sebab apa?
Alangkan lidah pun boleh tergigit, inikan pulak adik-beradik...tapi air yang dicincang tidakkan putus...sebabnya biarlah jadi memori anak cucu akan datang...[hahahaha]

6) Pilih nak masuk pintu Syurga atau Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? Bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih..
[Bila baca soalan ni, tetiba aku rasa macam seat paper PQS dengan PSI masa SPM dulu...]

Adik, tiada manusiakan pilih pintu neraka untuk mereka walau amalannya tidak kearah itu. Tapi siapa tahu hati manusia bukan boleh ditebak dengan mata kasar...kerana pandangan mata itu selalu menipu. Ketahuilah adikku, amalan untuk ke pintu syurga itu banyaknya seperti garam dilaut mati. Dan kadang menyembunyikan perbuatan baik yang dilakukan itu lebih afdal.
7) Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? senaman apa yang korang buat?
Jarang r....ikut mood. Biasanya jogging, workout...

8) Jika tiba hari jadi korang, apa yang korang inginkan masa hari jadi korang tu?
Ikutlah...kadang rasa nak kek, kadang dengan adanya orang ingat itu hari jadi kita pun dah okay...

9) Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah, siapa yang korang nak dakwahkan dulu?
Diri sendiri...keluarga.

10) Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagilah tahu...
Nope! semua dah ada...Blog Aishah dah cukup semuanya...^_^

***SIARAN TAMAT!***

So korang rasa membunuh tak soalan tu? *sambil lap dahi...*
[panas giler hari ni...]

Semua dah join contest #Dearsofie??
Kalau belum, dijemput untuk meriahkan...
Sokongan dari anda amatlah daku hargai!
^_^

Q&A: Jawapan untuk Farzana Zahari

December 24, 2015

 
Holla!
Hari ini aku menjadi blogger yang sangat bertuah oleh Farzana Zahari
Danke to FZ sebab sudi tagging saya!
^_^

Okay here the Question:


Saya blogging?? Mestilah suka! Kenapa? Sebab blog make my day! ^_^

Sisi terang: Mungkin dia follow privately kot!
Sisi gelap: Eh, eh dia ni...gila followers ke apa? [mohon jangan sentap...^_^!]

Sebaya dengan Josh Hutcherson, Taylor Lautner, Logan Lerman, Freddie Highmore....

Hadiah idaman? Entah!

16:09 on 24th Dec 2015

Simple, old school...eh jap! background diamond ke belakang tu?

Takde..sebab semua sama je...

Takde jugak....

Diari + Music

Economy class.

*****SIARAN TAMAT*****

Okeh! Tamat sudah siaran kita...
Kita jumpa lagi dalam siaran akan datang!

Soalan untuk semua yang rajin:
- Betul ke anda rajin?
- Azam 2015 semua dah tertunai ke?
- Kalau belum, nak jadikan azam 2016 pulak ke?
- Memori 2015 yang gembira untuk anda
- Tragedi 2015 yang menimpa anda
- Status 2015 anda?
- Satu perkataan untuk describe tahun 2015
- Perlu ke azam 2016?
- Movie 2016 yang nak tengok sangat-sangat..
- Anda puas hati dengan 2015 anda?

[Tak tau nak tag sape, kalau ada yang sudi jawab...lagi kita seronok...]

"Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova"

Klik banner untuk join!

Tag:



Memori maulidur rasul


Ingat dulu masa duduk asrama, setiap kali maulidur rasul mesti ada pertandingan perarakan, pertandingan pentomen, sajak dan macam-macam lagi. Maklumlah karnival Maulidur rasul tiga hari tiga malam diraikan. Memang meriah giler! Aku paling suka malam terakhir, sebab masa tu banyak persembahan. Pastu setiap kali habis perssembahan, mesti ada macam-macam bunyi. Srooot srooot lah...snif sniff lah...tengok kawan tu, mata dah merah..kawan tu pulak..hidung merah...sedih dalam gembira...

Gembira sebab hari tu hari jadi baginda...sedih sebab masih lagi tak dapat jadi seperti golongan yang baginda rindukan. Menangis lagi...mulut kata Rindu Rasulullah...perbuatan langsung tak membuktikan...maafkan kami ya Rasululullah...

Dulu, aku selalu impi untuk hidup pada zaman Rasulullah. Dan Ustazah aku mencelah, 

belum tentu lagi kamu hidup pada zaman baginda boleh terima ajaran yang baginda bawa. 

Hakikat yang tiada siapa dapat bongkar. Iya, aku syukur sebab diberi peluang hidup pada zaman baginda walau tak pernah bersua.


“Berbahagialah orang yang bertemu denganku dan beriman denganku,
Berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku, tapi beriman denganku...”


Marilah kita meraih tujuh kali kebahagiaan yang telah dijanjikan baginda.
Salam maulidur rasul...

Jom Meriahkan Contest #Dearsofie

December 23, 2015

!ON GOING CONTEST!
TAMAT SUDAH!!!

contest, segmen, blog

Caranya:
Korang hanya perlu komen dekat entri ni dengan ayat;

“#Dearsofie....” dan buat ayat kenapa korang nak hadiah tu...
(ayat tak kisah panjang mana...janji korang puas hati...)

Lepas tu, klik button vote sini 
[bagi loading sampai habis tau...]

Siap!

Contoh komen:
“#Dearsofie, aku dah lama tak dapat hadiah...tolonglah bagi aku hadiah.. T_T“

Syarat am yang perlu dipatuhi:
Korang mestilah followers blog ni.


Pesanan:
Komen kat entri ni je tau...tak payah buat post...komen di chatbox juga tak leh..
Nak bagi meriah boleh ajak rakan-rakan lain juga...
Klik sini untuk tengok hadiah 

Terima kasih atas sokongan anda!
  

Day 27: Mereputttt.....

December 22, 2015

“Kalau aku nih dinasour, mungkin dah boleh jadi minyak kot!”

Statement ni menunjukkan betapa lamanya rasa masa berlalu bila mereput kat opis. Adik aku cakap tu metafora melampau. Sebab dia hanya guna istilah ‘Lebih masam dari tempoyak..’

Pergh! Kalau hari-hari mereput kat opis, bukan setakat jadi minyak je..mungkin dah jadi asap lah kot! Ikut sisi gelap akulahkan, nak je aku ponteng dari datang opis ni. Korang bayangkan ek;

Aku masuk pukul 8 – melanguk menanti langau bagi idea untuk buat apa- tengok jam baru pukul 9- toleh kiri kanan tengok staff lain- semua dok bercahaya wajah dengan iman IT- adoy....lama lagi ke nak pukul 12 ni..- perut bunyi, tengok lagi jam...baru 10.50...


Tu belum lagi sampai ke petang tu...bayangkanlah kalau aku cerita dari 8-5. Maunya korang pangkah laju-laju...[aih, budak ni takde kerja sangat dah ke dekat opis tu?]
Sebab takde lah aku boleh bayangkan diri ni sebagai dinasour yang mereput untuk jadi minyak. Staff yang datang pun berapa kerat sangatlah. Banyak lagi bilangan keratan pokok kelapa dari staff yang datang! Katanya semua pakat habiskan cuti tahunan...ada yang dah balik christmas. [tong r...]

Yang tak acinya...walaupun benda yang aku buat lebih kurang sama macam staff lain...gaji diorang tetap besar woo...aku nih? Picisan budak praktikal, 10% dari gaji diorang je...tetiba terngiang lagu Yuna; ‘Ini tidak adil, tidak adil...tidak adil tidak adil....’

Sampai kesudah tidak adil tu takkan berhenti...


Korang nak hadiah tak? nak tau hadiah dia apa boleh tengok sini..
InsyaAllah esok aku lancarkan. Sokongan dari korang semua amatlah dihargai... ^_^
[kalau baik hati lagi, tolong klik vote kat sidebar tu k?] Danke!

Review hadiah contest #Dearsofie

Holla!
Ada sesiapa nak hadiah tak? Ada? 
Kalau ada cepat komen laju-laju kata "Nak!!!"

Kalau tahun lepas aku ada bagi hadiah untuk pembaca dengan tagline “Betul nak setia”, tahun ni pulak aku acah-acah nak bagi hadiah dengan tagline #Dearsofie.

Nah aku tunjuk sikit hadiah nanti..


Dulu aku pilih guna nuffnang, sekarang aku pilih ikut..ikut..ikut suka akulah...hahahahhaha 
[lempang jugak makannya]

Takdelah, aku pilih based on kekreatifan koranglah...kalau ramai join insyaAllah, aku akan tambah hadiah.
[Aku bajet-bajet dua untuk permulaan.]

Ni pulak review dari pembaca sporting aku tahun lepas..

Hope lah ada orang sudi terima hadiah ni... 
#Pray4sofie pulak...T_T

Nak bagitau ni...contest ni sedang dibuka...apa tunggu lagi cepat-cepatlah join!
Klik #Dearsofie

Segmen Blogwalking + Bloglist

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015

December 21, 2015


First of all, saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur sebab sudi ajak saya untuk join contest ni...[sebenarnya aku pun dua tiga-dua tiga jugak nak join] sebab baca syarat dia, mak aih! Bapak panjang! Plus aku macam tak confident je nak join...tapi, tuah manusia siapalah yang tahu iya dak?
So here we go....

Untuk nama domain yang bakal dipilih; adalah yuhaadie.com...
Malas aih nak pikir nama lain...boleh pulak camtu kan? sebab dia dah jadi macam identiti saya di alam maya ni. Bertahun tau nak cipta identiti ni dalam google...[padahal baru je start blogging tahun lepas...cyeh!]

yuhaadie ni nama saya jugak..cuma digempa bumikan susunannya hingga terhasillah yuhaadie...(dan biasanya siapa yang kenal saya atas talian, bila jumpa akan guna nama yuha) yuha pun saya pandang, sofie pun saya toleh...jangan risau, itu sekadar nama je...

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Klik banner untuk join!
Holla!
Segmen Encik Kidal kali ni nampak ada kelainan dari segmen yang lain. Kenapa? Haa....kalau nak tau kenapa, kenalah join segmen ni dulu...sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada cik Ros sebab sudi tagging saya untuk join segmen ni.. ^_^

Tiga soalan utama yang diberikan En.Kidal yang wajib dijawab adalah:

1- Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
Saya mula blog secara aktif tahun lepas (2014).
Kenapa? sebab saya suka menulis dan suka tulisan saya dibaca orang...iyalah, nak jadi penulis novel, masih picisan lagi..T_T (itupun kalau ada yang bacalah...hu6)

2- Macamana korang boleh dapat banyak idea untuk diupdate?
Idea? hahaha selalu dapat idea atau ilham menulis bila ada tekanan, atau pengalaman baru. Ha, masa tu laju je menaip...tanpa henti...tapi bila dah rasional balik...memang banyaklah kena tapis...

3- Berapa lama masa yang korang ambik untuk tulis satu entry?
Bergantung! Puratanya dalam setengah jam jugaklah...paling lama mungkin sehari...mungkinlah...

Jadi saya tak nak lepaskan peluang ni untuk ajak rakan blogger yang lain, so saya tag:

Happy segmen! 

Soal tentang lagu kegemaran...

Holla!
Buat masa sekarang aku tak tahulah kenapa aku gila sangat dengar lagu dak Crown the Empire. Lagi-lagi yang Machines tu...pergh! memang awesome giler r...(aku paling suka part first screaming tu...)

Sebelum tu, aku nak bagitau kalau korang tak layan MCR, dinasihatkan untuk tidak dengar lagu ni..T_T


Okay, kalau korang pernah dengar, korang mesti tahu lirik dia? Apa? Tak pernah tau and tak pernah dengar pun...aku sarankan jangan dengar. Aku dah cakap awal ni, jangan kata tak warning pulak... kalau tak nak dengar boleh baca lirik, degil jugak nak dengar nah baca video ni...


Dah dengar? Pendapat korang macam mana? Aip, aip....no judgemental...just pendapat tentang lagu tu... Aku tak tau apa yang terjadi dengan kawan dia...kenapa tetiba dia mati? Sape yang tembak dia? Atau apa sebenar muslihat disebalik semua tu? (video official dia mungkin boleh tengok kat youtube la kot!)

Nah version reinvented (mungkin okay sikit untuk yang tak minat  version kat atas tu...)


Second lagu dia yang ‘The One You Feed'. First time dengar lagu ni, tak tau kenapa aku rasa sedih..[nah lirik] oh God! Dang it sofie...kau tak patut ajar orang dengar lagu macam ni...tapi speaking the truth, lagu macam ni banyak makna kot...

Day 25: Humble!

December 20, 2015

Holla! 
Semua okay tak hari ni? Iya, aku pun tak okay gak sebenarnya dengan isu 'unfollow' yang hangat diperkatakan oleh blogger hari ni...aku ingat aku je yang hadapi situasi tu...rupanya boleh tahan gak ramai yang buat entri...memula baca yang Karimah punya..disusuli dengan Leya, Izyancikpinky... #mohontabah (padahal dalam hati ni panas aje...hahahaha) T_T

Balik pada cerita asal...Hari tu aku ditanya lagi oleh Encik Surveyor. Dialog dia lebih kurang macam ni lah...

Encik Surveyor: Best tak kerja macam ni?
Aku: Best tak?
Encik Surveyor: Entah! Kau rasa?
Aku: Humble...

Sepanjang join diorang kat site, aku rasa banyak benda aku perlu belajar.
Aku rasa aku takkan tukar bidang. Aku rasa aku nak sambung sampai aku dapat pangkal Sr.
Aku rasa aku nak buktikan yang bidang survey ni bukan milik lelaki saja. Banyak perkara yang diorang kongsikan. Tak pernah lokek bercerita.
Aku pun tak pernah jemu mendengar.
Aku rasa, aku nak join diorang lagi. Dan sumpah serius aku rindu untuk bekerjasama dengan diorang....(dan iya aku lebih rela redah hutan, digigit nyamuk dari mati kutu, mereput di office...T_T)

situasi survey site
Seharian buat kerja, meredah hujan, lumpur, nyamuk..aku tak jemu tanya soalan kat diorang...aku rasa tak puas nak korek pengalaman dari mereka. Walaupun kerja aku  kat site jadi tukang pegang payung dan tape je...tapi aku puas hati! Aku puas sebab aku boleh jadi diri sendiri. Lain sangat kalau turun opis. Aku banyak duduk, dijudge orang kat opis sebab tak banyak cakap...dan macam-macam karenah opis yang pffthh!

Adalah dalam dua kali Encik Surveyor suruh aku setup 'kamera mahal'...masa tu boleh pulak aku lupa nak tengok point kat bawah...pakat main center je buble...hampeh giler kot aku rasa! Dush! mana kata nak jadi surveyor ni kalau setup alat pun fail! Rasa nak tukul kepala sendiri je bila Encik Surveyor cakap: "Eh, tak masuk pun..."

Tapi itulah, bila buat kesalahan kita akan lebih cepat belajar...

setup alat
 Apa sebab aku bagi jawapan 'Humble'?
Sebab kerja ni, walau tinggi mana dan jauh mana pun belajar, tempatnya ditepi jalan juga...orang tak tau pun benda apa yang kau teropong. Baju pergi kerja pun lusuh aje. Main dengan hutan, tanah, lumpur, berkasut but, bertopi kebun, peluh, kulit jadi gelap...dan banyak lagi...

Pak cik misteri
Bila berada dalam situasi yang disebut tadi, ada ke orang pandang? Nah! trust me...orang hanya pandang kau sebelah mata je...kadang tak nak pandang pun...so, dari situlah kita akan didik hati kita yang...walaupun kerja aku tak dipandang orang...tapi impaknya besar!

Siapa yang mulakan proses dalam sebuah pembinaan bangunan kalau bukan surveyor yang ukur keluasan tapak? Bukankah bangunan perlukan tanah untuk bertapak?
Maka, disitulah kita tahu..."small things matter" - Be humble...

"Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali..."

 Konklusinya, aku rindu hari semalam.... T_T

Sebab happy, saya nak join segmen!

Klik banner untuk join!

Holla!
Walaupun semalam or hari ni adalah hari se-'frust' blogger sebab kehilangan followers...tapi aku cuba untuk happy dengan join segmen dari bloggerati jejari runcing...
[pergh! bloggerati tu! hebat r...]

So, kalau nak jadi bloggerati seterusnya, apa kata kita ambil aura dari beliau...kotlah lepas ni salah seorang dari kita dapat title tu...sape lah yang tak nak kan? Caranya...jomlah join segmen ni!
^_^


Blog Addicted!

December 19, 2015

Holla!
Korang pernah tak tersengih sendiri bila baca comment dari pembaca blog korang? Atau rasa moody bila takde orang comment, atau rasa kosong bila takde pengunjung? Atau paling sadisnya rasa give up bila takde peningkatan dalam blog...yang paling sedih tahap gaban sekali adalah...blog korang tak pernah menang apa-apa segmen, giveaway atau contest.

Ha, kalau pernah korang mesti berhati-hati sebab mungkin korang dah kena virus blog. Virus ni tiada penawar, melainkan korang ada ubat anti-blogging. Ramai blogger bagi tujuan dia berblogging disebabkan suka-suka, suka menulis, suka membebel, isi masa lapang dan antara paling popular sekali sebab kongsi pengalaman, informasi, tutorial dan isi hati. Isi hati pun ada jugak ke?

Ada....jangan kata takde, Cuma dia macam double meaning la sikit, kalau baca tu kena hadam berkali-kali..dan biasanya entri isi hati ni orang jarang komen, silent reder pun okey. Takut komen karang, tak kena pulak...sape pernah rasa macam ni? angkat tangan sikit....okay kita sama!

Pinjam gambar...
Simptom ketagihan pada blog ni juga berlaku pada semua laman sosial. Ia bergantung atas minat seseorang tu cenderung pada laman yang mana satu. Samada you tube, vine, insta, tumblr, twitter dan banyak lagi yang tak tersenarai. Paling cepat famous selalunya apa korang rasa? Pendapat personal akulah kan,  mungkin youtube. 

Sebab apa? Sebabnya utuber atau vlogger ni confirm-confirmlah memiliki muka yang handsome, cantik, suara sedap dan confidency level yang sangat tinggi sebab berani bercakap dengan kamera. Pergh, kameralah paling fobia nak hadap. (Eceh! Konon....). bila dah famous kat utube, orang mesti cari link yang berkaitan milik si vlogger tadi. Extra bila dia ada blog.

Vlog+blog = artis media sosial. Selalu masuk ‘shout awards’ pulak. Pergh! Memang gempak r diorang...

Antaranya korang mesti kenal punya. Contoh paling besar adalah Matluthfi90 dan Maria Elena

MatLuthfi
Maria Elena
(mungkin ramai lagi, tapi yang obviously depa ni la...) sampai sekarang aku ingat dialog video-video matluthfi....^_^!

Kesimpulannya, kita semua suka bila ada sokongan. Followers, fan dan apa jua gelaran tu semua menunjukkan betapa tanpa diorang, kita takde makna. Takde kot. Null! So disini aku nak ucapkan tahniah kepada korang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog dan masih setia berblog walau busy mencecah sejuta k/j dan terima kasih kepada mereka yang sudi bagi sokongan kepada blog ini. Semoga kekal menyokong walau siapa pun kita.


Besarlah harapan saya, yang dunia blog ini akan terus kekal dalam keadaan aman dan harmoni. And they live happily ever after...the end!

Tetiba aku rasa macam bagi ucapan plus bedtime story pulak! 

Jawab soalan dari 'bajuwarnacoklat'

December 18, 2015

Holla! 
Yeah! it's Friday! Dengan rajinnya aku sukalah nak menjawab soalan dari bajuwarnacoklat..Kenal tak siapa pemilik bajuwarnacoklat ni? Confirm ramai kenal ni...Apa-apa pun enjoy reading ya! Ni soalan suka-suka, maka jawabnya pun suka-suka jugak! ^_^

Soalan dari beliau adalah:


1- Simple dan kemas! sedap mata memandang.

2- Dana Fox! sebab beliau creative giler!

3- Sofarz! Okay...itu band...kalau singer...erm...M.Nasir!

4- Black Gold! Because it's mysterious

5- Tak tahu nak pilih mana satu...sebab banyak sangat! Salah satunya dapat sign dari penulis novel yang saya minat..

6- Semua! sebab tak minat haiwan...

7- Yes! I believe in second chances and I do have a stranger that once called friend....

8- Walter Mitty! It's real!

9- Mana-mana bunga semua okay je kot! Minat tu? erm...tak tau mana satu...

10- Both!

Okeh! sesi menjawab soalan dah pun habis...
thanx for reading yo!

10 Jawapan untuk Sab

December 17, 2015


Holla!
First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada cik Sab diatas 'taging tag' 10 soalan.
Yeah, beliau memang guna peluang yang aku buka untuk soalan sebaik mungkin. So, soalan dari beliau adalah....


1- 'Bombastik tak tahu matematik....balik rumah kena lastik...' T_T
Holla Dunia! (sambil buat lambaian diva dan teriakan Simba) *garu kepala jap...*
[please don't get too close, it's dark inside...]

2- 'Wow! Betul ke Sab ni baru first time buat blog? kemas kot blog,...kalah aku..'

3- Kehilangan.

4- Pernah gak r...masa kecik-kecik dulu..tapi sejak dewasa ini..(ecececeh...dewasa dah ke?) malas nak jealous-jealous, melainkan perkara kebaikan...#syukurselalu

5- Minat, lupa..minat, lupa..minat yang serius, tak pernah...minat untuk cuci-cuci mata, pernahlah kot...[ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka...

6- Kalau rajin, masak...kalau malas...makan luar. Apa-apa pun prefer masak. [tapi bukan akulah yang masak...hahahahahaha]

7- Trauma? hurm...trauma ek? Kemalangan kot! kenapa? Entah! 

8- Dulu suka baca blog orang..blog yang more kepada personal lah..tapi, bila lama-lama jadi addicted pulak..tu yang terjebak tu...

9- Banggalah jugak...kalau bukan diri kita yang bangga dengan sendiri, siapa lagikan? 

10- Pernah! banyak...tapi bila fikir balik, Selalunya apa yang kita inginkan itu bukanlah apa yang kita perlukan...so bila tak dapat, takdelah kecewa sangat...

***Habis suda!! ***

Disebabkan hari tu ada yang bagitau dah lama tak main tag-tagging ni maka naklah aku ajukan soalan jugak...sape-sape free, boleh jawab...dah jawab nanti tinggalkan link..okay?
- Pernah menang dalam perarakan maulidur Rasul?
- Peristiwa Maulidur Rasul paling tak boleh dilupakan
- Biasa update blog, selesa guna apa?
- Kalau internet takde, biasanya buat apa?
- Aplikasi Game wajib ada dalam phone, tab or iPad?
- Left handed or right handed?
- Iklan yang selalu diingat
- Lagu-lagu lama yang paling diminat?
- Pernah tadika tak?
- Buku pertama dibaca masa kenal ABC.
(Hope adalah yang menjawab...)
© SOFIE ADIE. Design by FCD.