Pyan aka Ammar Sufian

October 31, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"
Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.
Kisah si Pyan ni bermula lepas aku baca novel 'Soalnya Hati' karya Nurul Syahida 


Pyan ni macam satu inspirasi bagi aku untuk teruskan hidup tanpa menghiraukan perkara remeh temeh yang berlaku sekeliling kita. Dia tahu tapi buat tak tahu jer...Senang cerita dia sangat cool!

Aku selalu ceritakan tentang si Pyan dengan member aku. Then, diorang akan tanya;
'Siapa Pyan?' dengan muka penuh kerutan di dahi. Dan aku akan menjawab, 
'Ala, Pyan yang dalam novel soalnya hati tulah..tak pernah baca ke?'
Then, automatik diorang akan cari buku tu kat library dan baca. Semangat!

Pyan yang digambarkan dalam novel ni sangatlah sempoi dan amat simple orangnya. Tak berlagak, tapi boleh tahan kereknya. Tukang masak sambilan, ada cafe sendiri dan paling penting seorang kawan yang setia dan teman paling best.

Wujud ke orang macam ni? Itulah persoalannya.
Aku yakin dalam besar-besar dunia ni, orang macm pyan nie mesti ada punya.  Tapi, susah sikitlah nak cari. Sebab dia macam mengali pasir untuk cari tepung.

Macam nak asingkan gula dan garam.
Bagai nak pisahkan tulisan dan dakwat.
Ahhh,...sudah merapu daa....

Apa-apa pun Good Luck untuk 'pyan'!

to be continued...

Rant on movie

October 30, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"


Semalam cerita Shooter (2007) lakonan  aku baru tengok. Then, ulasan aku untuk penceritaan cerita tu sangat bagus dan amat beraksi!! (wah, skemanya bahasaku!!) Persoalan akulah kan, apa akan berlaku jika dan seandainya kalau Malaysia dibenarkan menerbitkan cerita macam ni? 
Uit, bahaya yang amat oii!!! Kau ada berani ke mahu dedahkan rahsia negara? Sebab, penerbitan atau karya sesebuah negara itu adalah lambang latar belakang negara tersebut. So, kita boleh bayangkanlah latar belakang nagara tu hanya dengan menonton movie, drama dan apa-apa rancangan tv yang diorang buat. sebab tu lah, ada baiknya Malaysia ni tak benarkan cerita macam tu.
Tapi, serius action gilerr r kalau diorang dapat buat drama series novel karya Ramlee Awang Murshid sebagaimana diorang mendramakan kebanyakan novel sekarang ni. itulah, cakap guna mulut memang senang. cuba kalau disuruh buat, menganga kau!
Akulah berpendapat (sebagai orang yang sangat menghargai duit untuk tengok ke wayang), aku hanya akan tengok cerita aksi, thriller dan sains fiksyen je. 
Selalunya hanya cerita yang kita tahu lakonan dia sangat berkualiti dan berbaloi dengan harga tiket kita beli je baru aku akan teruja nak tengok kat wayang. (Nak nak pulak kalau hujung minggu...lagilah kan)
Macam bagi aku, kalau tengok cerita horror kat wayang sangatlah tak berbaloi dan satu idea yang sangatlah tidak bernas! Sebab, aku bukanlah si peminat horror! huhuhuhu
Dan membazir sebab asyik kena tutup mata, Oh come onlah beb, beli tiket mahal-mahal, then tutup mata jer?! aiyooo...
In the end, kalau aku tak berapa teruja sangat dengan cerita tu, aku just tunggu je cerita tu main kat HBO ke FOX ke KIX ke...tambah pulak kartun pun aku rasa tak berbaloi layan kat panggung. Love story? (Geleng kepala....)
Dan biasanya cerita yang nak tengok kat wayang juga akan jadi salah satu koleksi wajib ada dalam simpanan....TEEhee...
http://matcuoi.com

20 facts about me?


  1. Anak ke-4 dari 7 beradik.
  2. Pendiam (seperti yang tercatat dalam rekod sekolah)
  3. Ambil PMR ketika usia 18 tahun dan SPM 20 tahun..
  4. Takut pada kamera...
  5. Tinggi hanya 147cm dari bumi. (dan diakui kerendahannya...)
  6. Peminat makanan Jepun!
  7. Bekas student SK Anchi, ITS@ASBM, SMU (A)Hamidiah, MPI, MAIP, UiTM Arau
  8. Suka berfalsafah dan lebih kepada merapu meraban...tak kira masa.
  9. Suka dengan watak dalam novel soalnya hati karya Nurul Syahida: Pyan, sebab dia adalah dia...dan harap sangat dapat jumpa pyan in real life...hahahahah berangan!
  10. Fashion criminal....
  11. Berimpian nak bekerja di German. (takde sebab kukuh..)
  12. Peminat komik afiq dan nazry.
  13. Tak minat dengan nama sendiri...(entah sebab apa...tiap kali nak introduce diri sendiri, rasa macam...oh God! why my name sound like that?)
  14. Sentimental person. Sebab suka simpan diari dan barang-barang yang dimata orang takde nilai...
  15. Berdarah bidayuh, sebelah umi dan jawa, sebelah ayah - tapi tak pandai kedua-dua bahasa...-
  16. Rekod bersih. (poyo je...sebab tak pernah ada hati nak bagi commitment dekat makhluk lain...)
  17. Minat movie yang boleh buat dia bersemangat untuk jalani hidup. Macam walter mitty, Forrest Gump, Terbaik dari langit, Saving Private Ryan...dan banyak sampai tak tersenarai!
  18. Hantu buku...lagi-lagi tulisan Nurul Syahida, Pingu Toha, RAM, Noor Suraya, Robert T.Kiyosaki...
  19. Ambivert person.
  20. 'Lone wolf'

***THANKS FOR READING!***
© SOFIE ADIE. Design by FCD.