Jangan Terpedaya!!!

August 06, 2014

Gambar sekadar hiasan
Cerita 1
Keluar dari library, tiba-tiba mata aku terpandang sekeping 'sticky notes' betul-betul atas beg. Aik, siapa pulak letak nota macam zaman klasik ni? Aku ambil dan baca. Amboi,...ni mesti tersilap letak ni. Tak makanlah ayat macam tu...huhuhu(even pernah berangan gak ada orang buat kat aku macam tu...hahahah) sebab sedar diri, aku andaikan yang letak sticky notes tu member LP aku, sebab dia tu memang suka mengusik tak sudah. 
Then, aku tanya kawan aku, 
"Afiq, haziq ke letak sticky notes ni?' dia buat muka pelik.
"Taklah, haziq mana ada sticky notes bagai ni,..tengok!" Bagilah kat dia, then dia gelak.
Hampeh tol. Aku tanya betul boleh pulak dia gelak ye?Huh, tak terpedaya langsung dengan benda-benda macam tu zaman belajar ni. Habis kelas terakhir aku hari ni, terus aku renyukkan dan buang. Tak kejadah nak simpan. Habis cerita!

Cerita 2
Lepas selamat sticky tu aku baling dalam tong sampah, aku follow lah member aku ke kafe. Nak beli makanan untuk malam. Siap bayar makanan semua tu, aku pergilah beli air kat kedai sebelah. Kedai 'oren' yang aku selalu usha 'pyan' kat situ. Tapi, aku dah lama tak nampak. Masa beli air teh 'o' ais, aku cubalah tanya abang 'na' (aku gelarkan dia abang 'na' sebab setiap kali dia habis cakap mesti ada 'na' tu, slang utagha la...)
"Abang, mana pergi abang yang selalu buat air dulu tu ek?"
"Yang kurus tinggi tu ke? Tak mai ag tu...Ke yang mana satu?"
"Ala yang putih selalu pakai snowcap dengan yang gelap-gelap sikit tu?"
"Yang tu biasa petang ngan malam. Yang besar-besar tu ke?"
"Bukan yang tu, dia dah lama tak nampak.Yang dulu-dulu punya tukang buat air tu..."
"Oh, yang dua orang tu dah berhenti."
"Oh." Dan aku senyap jelah. Na....kan aku dah kata, kalau dah lama sangat tak nampak buat air tu mesti dah berhenti kerja la tu. huhuhu...takdelah lagi air paling sedap dalam U ni...semuanya macam tawar je rasa. Takpun over manis. Hurm.....
Habis cerita.

Sebelum aku berangkat ke Pendang disebabkan menyertai program PPKS anjuran U, aku nak ambillah peluang sebesar jarum yang ada ni untuk ceritakan betapa sibuknya setiap kali lepas cuti mid-sem. Tak cukup otak nak manage mana yang nak kena buat dulu. Berdenyut kepala aku! Haido...
Apa-apa pun aku nak chow dulu, dan Assalamualaikum!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.