Noktah

April 20, 2014

Assalamualaikum kitak orang semua!
Ari tok aku mok berloya pasal 'NOKTAH'.

Apakah itu noktah?

Tanda noktah atau lebih dikenali sebagai TITIK.

Tanda bacaSimbolDigunakanContoh
Titik.Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.Bapa saya pergi ke pejabat.
Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."
Untuk menunjukkan angka perpuluhan.301.5
Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang.Sdn. Bhd.
Sumber Miss Wiki



Tetapi, ini bukanlah perihal pembelajaran bahasa melayu. Ini adalah huraian istilah noktah dalam aplikasi kehidupan harian kita.

Banyak kalau kita google istilah noktah yang akan keluar:
Noktah Cinta
Noktah-Hazama
Bla bla bla.....

Ha...nampak tak betapa 'titik' tu memainkan peranan besar jugak dalam hidup kita.
Sebab setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Macam permulaan ayat orang tak kisah sangat pun macam mana, tapi yang penting mesti ada 'koma' dan 'noktah'. Baru pembacaan kita akan lebih sempurna.

Lagi satu, semua orang dah sedia maklum, suatu hari nanti kita semua pasti akan menemui titik @ noktah kita. Lambat atau cepat itu semua kerja Tuhan. Yang penting kita haruslah membuat persiapan yang sewajarnya.

Contoh, kalau beli novel, kita mesti nak belek cepat-cepat halaman paling belakang novel. Bahagian noktah ayat novel yang terakhir. Sebab kita nak  tahu samada cerita tu 'sad ending' ataupun 'happy ending'.

Seandainya kehidupan kita boleh 'dibelek' segera macam kita belek novel tu, dan kita dah tahu pengakhiran cerita hidup kita macam mana, adakah kita still nak ubah 'jalan cerita' kalau 'pengakhiran cerita kita tak memuaskan'?

Dan adakah kita akan teruskan apa yang kita lakukan, jika kita dapat tahu 'jalan cerita' kita berakhir dalam 'husnul khatimah'?

Pernah tak rasa macam nak tahu cepat-cepat je apa kesudahan kita?
Rasa macam kalau kita buat ni, apa kesan dia?
Kalau kita turut cara ni, apa pulak hasilnya?

Bermacam-macam persoalan mula merangka.

Kenapa banyak sangat tanya, sekiranya jawapan Tuhan dah sediakan sejak azali lagi? Tak malu dengan Tuhan ke, kita banyak sangat mempertikaikan sesuatu yang mudah, sehingga bila Tuhan dah letakkan syarat khusus, mulalah nak mempersoalkan kenapa dan mengapa?

Itulah, suatu situasi yang kadang-kadang aku sendiri alpa. Leka dengan konflik identiti sehingga lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat lebih dari kita.

So, hakikatnya sebagai hamba, sepatutnya ungkapan syukur tak pernah lekang dari bibir. Kerana nikmat Tuhan itu terlalu banyak dan tak ternilai dengan material.

Nikmat yang Allah beri pada kita TIADA NOKTAH, Sentiasa mengalir walau apa pun keadaan kita. Kita bersyukur atau tidak, takde kekurangan satu pun pada Tuhan.

"Serius nampak topik hari ni Yuha? Ada probs ke?"
-"NOPE. I am just want to shared something good for our to thinking.."

Maka, noktah bagi entri aku kali ni, suka aku share kan ayat ke-7 dari Surah Ibrahim.

Selamat 'membelek' surat cinta daripada KEKASIH AGUNG.

Moga 'NOKTAH HIDUP ' kita semua dalam keadaan 'QALBUN SALIM' dan 'HUSNUL KHATIMAH'.

Aamiin..

....THE E.N.D...

"Sains Geomatik?"

April 17, 2014

Assalamualaikum,
Kaifa haluki/ka?
Alhamdulillah ana bi khair.

Baiklah seperti yang korang boleh nampak tajuk post kat atas tu, aku nak share sebab dan musabab dan sedikit perihal tentang bidang pengajian yang aku ambil di UiTM Arau, Perlis.

Sains Geomatik bukanlah satu bidang yang 'alien' sangat. so janganlah buat muka blur pulak ye!
Dalam bidang aku ni dia ada tiga bahagian;
1- Sc. Geomatik tulen
2- Sc. Geomatik (Geographic Information System, GIS)
3- Sc. Geomatik Sumber Alam

Aku ambil pilihan yang pertama.

Memang tak dinafikan lagi bidang ni sangat memerlukan dan lebih menghargai tenaga kerja dari golongan lelaki kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Tapi, perempuan pun sangat berfungsi juga sebab selalunya perempuanlah yang akan menyimpan dan merekod segala data dan maklumat yang diambil oleh golongan lelaki. (itu seperti yang Sir aku katalah..) Dengan erti kata lain bidang ni lebih menjurus kepada surveyor atau bahasa melayunya ukur tanah. (yang buat kerja guna benda ala-ala macam nak tangkap gambar kat tepi jalan tu lah...)

Pertamanya sebab kenapa aku pilih bidang ni?
Sebabnya:

1- satu pengajian yang merangkumi semua situasi pembelajaran. Hall, lab, site dan kelas. So, takde     masalah bosan duduk dalam kelas dan asyik-asyik kena lepak dalam lab.
2- Kawasan pembelajaran yang tenang dan kondusif walaupun suhu Arau tidak boleh diramalkan.
3- Kos sara hidup berpatutan.
4- Adventureos.
5- Main dengan data dan nombor.
6- nak penuhkan kuota merantau satu semenanjung. maka ke Arau lah untuk melengkapkannya.

Apa-apa pun minat yang tinggi. Dalam apa jua benda yang kita lakukan kena ada minat yang mendalam (kalau tak minat pun kena pupuk bagi minat) dan kesungguhan yang tinggi. Kesungguhan tu penting. sangat-sangat-sangat penting.

Antara subjek asas awal yang bidang aku ambil:
1- Consolidating language skills (English asas)
2- Fundamentals of Islam
3- National kesatria (kokurikulum)
4- Pre calculus (asas matematik dan add math)
5- Physics (fizik form 4 dan form 5)
6- Introductry surveying
7- Computer Application 1

Yang nombor 6 dengan tujuh tu mungkin nampak macam susah, tapi takdelah.

No.7 tu adalah asas pengunaan komputer. macam cara nak guna microsoft, format-formatnya, pastu belajar coding sikit time guna VB6 (Visual Basic). Kalau korang student ICT adalah lebihnya sikit. Lagi satu subjek yang ke-7 ni takde final. So, semua markah adalah berdasarkan mid-term dan juga assignment. jadi aku nak pesan, hati-hatilah...

Yang no.6 tu pengenalan asas tentang bidang yang kita ambil ni. Kita akan di dedahkan macamana nak guna instrument, pengenalan kepada traversing dan macam-macam lagilah.



Naik semester kedua, ada "hard core" sikitlah pasal subjek yang kita betul-betul akan serap dalam dunia pekerjaan, start dalam sem kedua ni. Credit hournya pun boleh tahan. Nama course tu adalah....

1- CADASTRAL
2- Engineering Surveying
3- sama jugak still ada kokurikulum wajib
4- pengajian islam dan tamadun dunia
5- Calculus 1
6- Astronomi
7- Intermediate english

Begitulah seterusnya jugak. Minat takde masalah. Course ni perlu kefahaman yang tinggi. dan kena rajin buat tutorial.


Itulah sedikit sebanyak yang aku tahu tentang apa yang aku belajar. Untuk makluman korang dah ramai senior yang kos nie, dan sekarang tengah sambung degree kat oversea...naaaa...jangan pandang sebelah mata tau bidang nie...Antara hasil pencarian Mr.Google aku terjumpa blog senior ni...


Baca setiap entri dia membuatkan semangat nak belajar tu tinggi je...seronok kot, sapelah tak seronok dapat jejakkan kaki kat luar negara time study ni. Masa studylah masa yang paling sesuai untuk mencari dan mengembara.
rajin-rajinlah share kalau korang ada jumpa blog bakal surveyor yang menarik dan mencabar.

#(tetiba teringat dekat jingga; "kerja hari ni kena selesaikan hari ini, esok selesaikan kerja esok.dan seterusnya") entah betul ke idak ayat tu...

***UPDATE.!!!***

p/s: Pengalaman belajar geomatik memang seronok kalau kita suka kepada perkara baru dan mencabar. Kena ingat, pilih bidang yang nak diambil bukanlah perkara  main-main. Sebab ia berkait dengan masa depan dan kerjaya kita.

Disebabkan masa batch aku boleh dikategorikan agak ramai yang 'kantoi', ada sampai 'Quit' dengan alasan 'tak boleh nak carry'. Cuba fikir sedalam-dalamnya, lagi-lagi yang ada buat pinjaman.

So, nasihat aku pada sesiapa yang gigih baca entri ni sebab nak tau pasal Geomatik, rajin-rajinlah belek "Geomatik" kat blog ni untuk baca semua pengalaman sepanjang aku ambil bidang ni. (ayat promote tuu...)

Lagi satu, skop kerjaya bidang ni sangat luas. Maka peluang pekerjaan dia pun sangat tinggi dan besar. Hatta boleh kerja dengan Shell dan Petronas kalau betul-betul korang nak. Sebab dimana ada kemahuan, disitu pasti ada peluang dan jalan.

More about Geomatics Science


Untuk yang bertanya tentang perbezaan ketiga bidang Geomatik ni, boleh rujuk entri ini ya...

Perbezaan antara ketiga-tiga Geomatik

Thanks for reading! 

"AHMAD AMMAR AHMAD AZAM"

April 16, 2014

Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak berdiskusi pasal seorang tokoh yang mengagumkan dan mengetarkan jiwa ramai pemuda. Beliau adalah 
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Sebelum berbicara tentang beliau, baiklah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau...
Al-Fatihah.



"Sebuah kematian yang menghidupkan"

Itulah ayat yang paling aku rasa kagum. Ayat inilah yang berjaya meruntunkan sekeping hati aku yang dah lama mencari idola sezaman. Akhirnya muncul juga. Walaupun beliau sudah tiada, tapi semangat beliau tetap bersemarak dalam setiap pembaca. Walaupun aku sendiri pun tak kenal siapa beliau, tapi insiden pemergian beliau sangat hebat diperkatakan. Malah kisah hidup beliau terus menjadi suatu fenomena yang amat membanggakan sesiapa sahaja yang mengenali rapat dengan beliau. Sangat terharu ni...

Teringat tentang nukilan emak beliau tentang beliau dan nasihatnya;

"Seseorang yang pada pandangan kasar kita itu buruk, tidak mustahil boleh berubah jauh menjadi hamba Allah SWT yang jauh lebih baik daripada kita suatu hari nanti...maka haruslah kita bersangka baik dengan sesiapa sahaja."

Ammar juga disenaraikan sebagai seorang yang:
- sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
- sifat belas ihsan
- tiada sekelumit pun perasaan dendam
- sentiasa tertib dan hormat dalam setiap butir bicara mahupun perlakuan
- memelihara perasaan orang lain.

Sapelah yang tak bangga mempunyai anak yang ulungnya bagai Uwais Al-Qarni dan semangat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dan selepas baca buku ni, aku baru tahu yang 29 Mei adalah tarikh sambutan sempena pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ish, ish, ish...teruknya aku. 

Ammar juga pernah berpesan kepada ayah beliau, 

"Abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga."

Terharunya...
Hati yang sedingin ais di greenland pun boleh cair selepas baca biografi beliau.


Benarlah, perancangan dan jadual Allah itu lebih kemas dan teratur jika di bandingkan dengan rangkaan plan kita. Sangat, sangat, sangat speechless.

Buku yang jika dibaca bergetar jiwa. menusuk kalbu. Terasa macam rohnya sedang memerhati setiap pembaca. Oh, indahnya caturan Ilahi.

Terima kasih Tuhan kerana telah menghantar Ammar sebagai batu loncatan dan pencetus ummah generasi muda yang kian alpa ini. Moga dirimu kekal dalam lubuk hati setiap insan yang inginkan perubahan. Termasuklah aku...sob sob sob...malu dengan diri sendiri.

Kalau korang nak tahu macamana 'soul' tu kenalah baca buku ni, sangat menyentuh perasaan. Kalau yang dah baca tu, marilah kita sama-sama melakukan transformasi secara istiqomah. Walau tak besar macam yang di buat oleh saudara Ammar ni, buatlah apa yang termampu. Mula dari diri sendiri, nawaitu perlu diperbetulkan supaya transformasi berkekalan. Insya Allah, aku pasti kita boleh. Amiin.
***THE END***


"Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman.
JIka engkau mahukan musuh, 
cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai penasihat."
-Ahmad Ammar- 

Apa itu "POYO"?

Assalamualaikum ya akhi dan ukhti sekalian,

Anda masih keliru dengan istilah 'poyo'? Pernah tak fikir apa itu 'POYO'?
hari ini saya aku dengan rajinnya telah bertemu ramah dengan Miss Wiki dan juga bersoal jawab dengan Mr. Google berkisarkan 'apakah itu poyo'?
Ternyata Mr.Google baik hati dan sangat bertoleransi. Maka inilah hasil 'tesis' aku tentang istilah yang semakin 'gah' dalam kalangan anak muda sekarang.
*****************************************************

Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu "Proud of Your Own"
Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari
Perkataan poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu
Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

-Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan  kebodoh-bodohan 

-Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka    temberang dan bercakap luar dari kenyataan

-Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu 'lame'.
(sumber Miss Wiki.)


************************************************************

POYO


1. Most commonly known from the video game character, Kirby. Its a sign of immaturity.


2. Many believe it may also be a form of poyopoyo, which is Japanese for toddling, which suits as Kirby is merely a baby.


1."Kirby is so young, he's just a poyo." 


2. Kirby is a poyopoyo.

poyo, cartoon, japan
Tengok betapa comelnya 'poyo' ni...

(sumber Miss Wiki)


***************************************************************

"Poyo, semua orang ada sifat poyo ni, termasuklah diri aku sendiri tapi poyo tu bertempatlah sikit, takkan habis satu dunia korang nak mencanang kepoyo-an korang tu. Bak orang bujang atau yang dah berkeluarga. Korang tak perasan ke yang kepoyo-an korang tu buat orang rasa jengkel dan menyampah. Tak perlu nak rasa hebat kalau hidup korang tu ala kadar je. "

Poyo orang bujang, bekerjaya dan berkeluarga memang berbeza. Tiga-tiga pihak memang banyak perbezaan tapi punya persamaan


BUJANG

Orang bujang ni poyo nya bila dah ada sesuatu yang dia rasa gempak habis. Contohnya bila baru beli motor/kereta or baru lepas shopping di butik2 yang tak seberapa gah pun nama nya. Habis semua nak di show off nya. Bukan sekadar jadikan barang2 tu sebagai cover photo Facebook, siap tag kawan2 lagi. Bapak jakunnya kalah orang asli Jakun. Yang ada awek sexy or free hair lain pulak poyonya. Bila jalan mata nak menjeling je kat orang ramai, bajet orang tengok awek dia yang sexy bagai tu. Come on laaa, macam la korg je yang ada awek sexy/freehair tu. Yang bujang betina lak duk show off hasil2 masakan di facebook, bajet nak beritahu satu dunia korang tu memang calon isteri yang sesuai coz pandai masak, "dafuq?" Setakat masak pun tengok buku or internet baik tak payah, berguru lah habis2 dengan mak korang tu dulu. Senang cerita jantan betina yang bujang poyo memang tak bertempat, tak pernah sedar or saja2 jadi poyo tu aku tak tau. Tuhan Maha Mengetahui


BEKERJAYA

Golongan ni poyonya hanya bertempat di pejabat tapi impak poyo nya menjengkelkan keseluruhan department or 1 pejabat. Yang jantan bajet "pekerja terbaik bulanan", tunjuk komitmen bagai, bagi suggestion merepek2, janji tunjuk usaha dalam meeting...aduhai, harap mulut je yang bergerak tapi otak tu sengal tak payah lah nak poyo sangat. Bila dateline kerja dah dekat, terkinja2 je aku tengok kat meja duk sibuk pulun buat kerja. Bagi kerja lebih sikit dah merungut, macam tu "fully commitment-nya"? Go to hell lah. Kadang2 siap 1 pakej dengan poyo kasanova, muka pecah pun ada hati nak bergelumang dengan awek2 hot di pejabat, harap ayat manis, tapi pakai kapcai ingat awek hot nak lekat??

Yang betina pulak bajet hot stuff kat pejabat, pakai nak sexy saja...kalau lawa dan sexy sedap gak mata jantan2 tu memandang, tapi lemak spare tire berterabur bagai. Bab2 kipas or aircond jangan cakap, memang sejuk staff2 kat pejabat tu walaupun aircond dah dipasang dengan suhu yang paling rendah sekali. Habis dicanang 1 pejabat macam mana terbaiknya hasil kerja yang di berikan kat dorang. Tapi bila kena tegur ada salah, terus tarik muka. WTF kata terbaik sangat pun still ada salah. Bos oh bos, sedar tak kalian sedang bekerja dengan pekerja pekerja yang poyo dan suka menunjuk2??


BERKELUARGA

Ni memang tahap di mana tahap kepoyo-an akan meningkat ke tahap paling maksimum. Sebelum pakai baju kahwin, tag kawan2 kat baju tu then majlis bermula, update Facebook dan twitter dlu plus tag kawan2, itu still OK lagi, Dah habis majlis, update lagi plus tag suami/isteri (nak tunjuk korang akan menempuh malam pertama la konon). Sewa rumah/beli rumah, tag lagi kawan2 kat Facebook kat gambar rumah, tengah kemas rumah bersama suami/isteri tersayang upload gambar kat facebook/twitter, update status beritahu tengah buat apa dengan suami/isteri, balik kampung or jalan2 pun update status plus tag suami/isteri, upload gambar honeymoon pun tag kawan2, selamat apa dalam kain isteri/seluar suami tak di upload dalam facebook. Come on lah usia perkahwinan korang pun tak sampai setahun, jangan lah show off " kebahagiaan" korang tu, tak elok, macam2 boleh terjadi kalau, jangan rasa hebat lah kalau perkahwinan korang tu, selagi belum capai tempoh 10 tahun. Kalau dah jadi apa yang korang harap takkan terjadi tu, tau lah korang macam mana rasanya nak menghadap kawan2 yang selalu di suap dengan cerita2 "kebahagian" korang tu. Poyo sesangat kalau mencanang kehidupan peribadi secara berlebih2 dan kawan2 yang menjadi mangsa melihat kepoyo-an korang. Tak salah nak berkongsi kebahagian dengan kawan2 tetapi berpada2 lah, pandai2 fikir lah.

Banyak lagi sebenarnya jenis2 kepoyo-an untuk dihuraikan, ini hanyalah sebuah rumusan dari kisah2 kepoyo-an manusia yang sering kita lihat dan dengar.
#adakah penulis artikel ini juga poyo? ya, saya mengaku saya ada sifat poyo tetapi saya cuba mengurangkan dan menghadkan kepoyo-an tu kerana ianya hanya akan mendedahkan kelemahan diri sendiri. Apabila kelemahan terdedah, pada ketika itulah diri korang begitu mudah untuk dijatuhkan.
 sumber copy paste: http://fiveseventhree2n.blogspot.com/

**************************************************
Huwaa....this is really really truely madly deeply meaningly punya orang. Bagi aku ulasan tu dah termasuk golongan bajet bagus dan kerek dah tu.

Tapi, itu pandangan dialah, bukan aku. Kalau aku, yang first tu. Betul apa, POYO is stand for 'proud of your own'. Kita kena berbangga (supposely grateful) dengan apa yang kita ada. Tapi kena ingat jangan overact pulak. 
Kalau tak memang iyalah seperti apa yang bro 5732 ulaskan.

*************************************************
Apa-apa pun, POYO itu hanyalah perkataan sahaja. Konsep pemahaman semuanya atas pandangan masing-masing. Aku tak kisah apa presepsi orang tentang istilah ni, janji korang bahagia dan aku pun bahagia. 

***THE E.N.D***

"Jodoh Itu Milik Kita?"

April 15, 2014

jodoh, milik, drama, novel

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka tersebutlah kisah aku melayan semua cerita 'slot akasia'. Start dari 'Love You Mr.Arrogant', sekarang 'Jodoh Itu Milik Kita'. Dan, hasilnya dok sengih sensorang. Nonsense betullah. Angau entah dengan sape sapelah yuha oii.

Aku pernah bagi tahu member aku sorang, aku cakap yang giler bestlah kalau dapat lelaki sebaik Aariz Daniel tu. Pastu, dia jawab,
'Mustahil lelaki sebaik macam tu wujud!'.

Tapi, aku percaya ianya wujud. Sebab R.A.M cakap,
'apa yang difikir itu ada!' maka, percayalah.
The Power of Believing ni kuat wo...

Back to 'Jodoh Itu Milik Kita', suka sekali aku katakan, aku memang minat giler tengok pasangan tu. Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Sangat comel. Dan bahayanya tengok cerita macam ni, sebab ianya akan mengecewakan aku. Terutamanya. Cerita memang bolehlah happy ending. Tapi,realitinya...

Masuk era umur angka DUA nie, memang banyak dugaan. Dugaan hati. Kehendak atau keperluan. Memang aku akui kadang kala aku sendiri boleh terbabas. Tapi, Alhamdulillah masih boleh diselamatkan. Haish, apa yang aku melalut ni?

Bercerita soal jodoh, (aie, serius nampaknya topik ni...) membuat aku sendiri blur. Umi, akan bagi greenlight selepas semuanya sempurna. (masih belum sempurna...)
Umi, umi, nasib baiklah anakmu yang sorang ini 'loneranger', kalau tidak maunya sakit kepala fikirin. Ah, usah fikirin.

"Kita patut bersyukur, bukan mempertikaikan kenapa itu kenapa ini..."-Jodoh Itu Milik Kita-


Jodoh bertemu Ilahi pada usia muda.
Macam Ammar. Berapa ramai yang sebertuah dia. Sikit je.
Sob sob sob,...sangat gementar.

Dalam 'surat cinta' dah lama tertulis, hanya aku je yang tak baca.
Proses awalnya kita kenalah cintai Tuhan sebagaimana kita angau pada sesuatu yang tak pasti. Mencintai Rasulullah sama macam kita jatuh cinta pada 'crush' kita.
Kita tak kenal tapi suka. Kalau Rasulullah mesti kena lebih lagi. Sebab kita kenal, tapi kenapa masih belum cinta?

Sebab dalam diri manusia akhir zaman banyak dikaburi oleh penyakit al-waham, iaitu penyakit cinta dunia, dan takut mati. Nak kikis dalam masa singkat bukan senang. Tapi, nak semai bukanlah susah.
Hanya nak atau taknak je.

'Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'

Entri kali ini, aku cuma nak share bahawa apa-apa jua sesuatu yang tak pasti itu mestilah dikembalikan kepada sesuatu yang PASTI.

***THE E.N.D***

The New Challenge

April 14, 2014

Kenapa Arau?
*kos hidup rendah
*makanan murah dan sedap
*suasana damai dan tenang
*4 musim
*adventerous

-if you want to be happy in life, stop expecting.-
Dan aku pun teringat Guru Rancho pesan

"ALL IS WELL!!!"



Tempat yang wajib dalam handset mahupun kamera setiap student yang pernah menjejak UiTM Arau.
Academic Height adalah site survey untuk solar observation.
Dan aku telah pun lepas part merelakan diri berjemur di bawah sinar marikh matahari.
Dia jadi insiden Marikh sebab student selalunya keliru, samada tu panas matahari atau sinar Marikh?
(kata je malas turun site, senang!)


Big Bear adalah kedai fast food yang kedua dekat dengan kolej aku selepas Hafa sekarang Izhaton.
Student suka lepak kat Big Bear sebab? pekerjanya hensem cekap dan cepat.
bolehlah...
Makanan kat sini sedap dan BerPatutan. Patut makan hanya bila kempunan. itulah namanya berpatutan.

Group star for this series.
Batch sesi Jun intake, time aku masuk boleh dikategorikan ramai.
(almost like that!)
But, this is not my batch.
cinta mati dengan batch '92 sahaja!
Memang semangat wawasan setia warga UiTM lah time seminggu awal kat Arau.
#akurasakagum

Memori Jun-Okt '13
#timeMDS #KEREKS ke Sedim #bilik aku

#2082 before and after
da bestz room ever.

my sporting Goup APD1Ca
#memoir in our heart.

TO BE CONTINUED...

"Don't read!"

See!!!
Hangpa degil na, aku dah habaq jangan doq baca!
eh, pasai pa pulak kami degil?
Hang cuma tulis "Don't read"
Kami bacalah...mana da salah.
Ah, lantaq pi hangpa lah...
hangpa semua DAH TERKENA!!...



Dan Assalamualaikum bloggerz!

Alhamdulillah, berhasil jugak laman journey aku yang tak semengah ni.
Kredit for Lyssa Faizureen
dan juga tutorialnya...

FYI untuk nuroo, hyun myda, Unidentifiedsapien and Shaq 
ini blog baru gua...
WELCOME TO MY JOURNAL
and FOR THOSE WHO ENTER THIS SITE,
YOU ARE LOYAL READERS!!!
salam bloggerHOOD.
Memandangkan dah terBACA, alang-alang tu bacalah sampai habis!http://matcuoi.com
© SOFIE ADIE. Design by FCD.