Busy ke?

December 15, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"

Fuh! Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 kuliah dan tak lama lagi cuti mid-sem...
Nampaknya aku dah lama sangat tak berblogwalking sejak dua menjak ni sebab???
Busy ke? (maaf ye...)

Hahahaha mana ada,..sibuk join pogram usahawan muda dekat KUIS. 
Then, quota internet kena jimat punya pasal, so tak dapat nak update selalu.
Ceritanya aku dah lama tak mengomen kat entry orang...
sedih...
(ni pun pinjam pc kat makmal comp. hehehehe)

Sekarang ni aku bakal menyertai satu akademi yang digelar LDM atau nama panjangnya Lion Dream Maker. Di bawah syarikat PPRC (perfect profit reward and charity)

Okaylah...apa-apa pun semoga berjaya untuk rakan blogger di luar sana.
Sampai bertemu kembali!!!

Lone Survivor

December 09, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"

Cerita hari tu...

Mark wahlberg!!!!
Cerita dia memang buat aku rasa bersemangat, terharu...
Start je cerita terus rasa macam semangat kenegaraan.
Rasa macam: "wah aku nak kawen dengan army boleh tak??!!!!"
Sebab? Tengok semangat juang diorang sangat tinggi.
Sanggup berkorban, sanggup segala-galanya lah..

Setia...hurm..
Buat aku terfikir, apa yang aku telah buat untuk negara selama ni?huhuhu

Sedih! Cerita dia sedih lah...
Uish,...bukan senang nak jadi pengorban ni..
Hatta nak bagi setitis sabun basuh pinggan dekat orang yang bukan kita kenal pun rasa macam...pergh!
Inikan pulak nyawa.
(Jap!kenapa sabun basuh pinggan ek?!)

Sejak dua menjak ni aku layan citer genre thrill macam ni jer lah..
Bagi semangat katanya, semangat berkorban!
Aku ni, nak angkat selimut bangun sembahyang subuh pun masih berkira dengan lima minit,...huwawawa

Mana nak jadi isteri army?
Hahaha ok stop! Ini dah merapu sangat!
Dah pergi isya' sana, kata nak jadi pejuang,...
berjuanglah dengan hawa nafsu sendiri dulu Iya dak?
Baru boleh tau sehebat mana perjuangan kita...

Bak kata Ah Suan dalam buku 'Towkey Ho Seh Boh',
"Don't estimate the small things. Small things kill!"

Ok, selamat berjuang semua!
Semoga perjuangan kita semua dalam redhaNya..
Amin.

Segment Let's Inspire Others!! by Kyna

December 08, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"
Hola! Jom meriahkan segmen ni!
Klik banner untuk join k..
My inspiration quotes:
Fight For The Best!

1st Anniversary Giveaway Mind Meld

December 06, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"

Klik Banner untuk join...


TAMAT: 27 DIS 2014

Alamak Confius!!!

"ASSALAMUALAIKUM"

Nak tukar ke tak nak?
Nak biar ke tukar?
Macam gelap tapi okeylah kot!
Hurm, confiuslah....aiyoooo
Belek lagi, jenguk balik, try preview...
Apa yang tak kena dengan blog ni ek?
Hurm,..(cuba tengok blog cikiman tu simple jer kann...)
Korang rasa elok blog gelap ke cerah?
Rasa macam nak bagi cerah, tapi tak yakin pulak..
Kalau gelap, kesian pulak orang nak baca 'gelap mata' nak baca...

Hurm...
Sambung nantilah kot...Encik internet pun tak bagi chan nak join Segmen Sekolah...
Sebab tadi asal bukak je chrome crush..pastu malas dahlah..
Sejak dua menjak ni kijoannya crush semedang ye?
Rasa patut tukar ke tak?

Header akan datang...


p/s: jangan lupa 14 disember ni...ada hadiah untuk pembacalah..
sampai bertemu kembali!

Most Welcome!

December 04, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"
Alhamdulillah, selesai sudah proses penghantaran hadiah kepada pembaca.
Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima hadiah kecil dari saya...
Maklumlah hadiah dari seorang student ni tak seberapa sangat.
Oklah, sampai bertemu lagi!
p/s: Jangan serik jenguk sini k...
Semoga semua pembaca terus sukses dalam blogging!

*patut ke tak bagi hadiah dekat pembaca ni diteruskan?
hurm...
Kalau ya, kenapa?

GIVEAWAY JOM SIHAT BERSAMA HAZAMIE SOUQ

"ASSALAMUALAIKUM"

 Nak sihat?
Klik banner untuk sihat..
taklah...klik banner untuk join...
Jom sihat!


Saya mahu sihat kerana....
kesihatan adalah kekayaan yang tak dapat dibeli dengan mata wang.

MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

"ASSALAMUALAIKUM"

 Adik kakak abang manis semua jom meriahkan 
MANIS GIVEAWAY by Mama Darwish...
Klik Banner untuk join ya!


 Saya nak hadiah kerepek ubi cheese!
Sedapnya...

p/s: kalau nak semua perisa boleh ke? hehehe

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman

"ASSALAMUALAIKUM"
Jom Join!
Klik Banner ok!
Rakan blogger:
Ayuni Sara
Leyha
KameqDeanna
Muhib Yang Masyghul
Thank you Cik Iman!

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha

"ASSALAMUALAIKUM"

Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.

Terima Kasih Sudi Review #2

"ASSALAMUALAIKUM"
Jutaan Terima Kasih untuk semua...


http://andisakinah.blogspot.com/
http://yoorinmelacolea.blogspot.com/
http://thelittletinypalmtree.blogspot.com/
http://bilaakutravel.blogspot.com/
http://www.blogparihh.com/
http://nadialadzim.blogspot.com/
http://munsikettod.blogspot.com/
http://kakaktiricinderella95.blogspot.com/
http://cikgufarha.blogspot.com/
http://budaksukavanilla.blogspot.com/
http://syaza-applemints.blogspot.com/
http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
http://www.schanazri.com/

p/s: jangan serik jenguk sini ok...

Tak Nak Cakap

December 03, 2014

Aku Tak Faham!

December 02, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"

Cerita lepas zohor tadi.

Aku jadi 'posmen' untuk member aku yang befday hari ni. Yeah, right aku ingat 'posmen-posmen' ni takdelah berlaku dekat aku..Tapi, nampaknya watak tu jatuh kat aku pulak!
Nasib akulah 'posmen'!

Hantar apa? Ok, bunga ros merah hidup...hanya bunga tanpa si bear..(sebab ramai orang tengah jual bunga sempena konvo lah katakan...)

Macam klasik pulak. Ok, itu tak klasik sebab ajak 'kawan perempuan' beli bunga untuk 'teman wanita'. Aku tanyalah dia, apasal tak ajak member laki? 
Segan katanya...pulak!!! Habis dengan aku tak segan? Tak!
Dia tanya aku; ' Ko malu ke nak bawak bunga yang besar tu nanti?'

Oh, of course not! sebab apa nak segan? (habislah aku...kalau secret-secret admirer aku nampak nanti kecewa pulak diorang...jatuh reputasi single aku...Oh,...tolonglah aku masih single...chit! perasan lebih! eh, tak-tak dia muda dari aku okey! aku tak berkenan sangat dengan orang muda dari aku..hahaha janganlah time ni pulak crush-crush aku lalu...amiin) takdelah aku gurau jer...sapelah nak jadi SA aku kan?

Okey, untuk member merangkap befday boy aku tak berkira..ini masa dia...mungkin time aku pulak nanti aku boleh mintak tolong dia pulakkan? yeah you can count on me...No offense!

Dan dan pulak time jalan nak balik kolej hujan gerimis...haila, dah macam drama melayu pulak aku rasa...At last bunga tu dah pun selamat bertapak di atas meja si penerima sjam yang lalu.
Fuh! mission complete!

Dan aku terfikir sepanjang perjalanan aku menghantar bunga tadi..
'Apa yang orang fikir bila tengok seorang perempuan membawa bunga?' Aku malas nak fikir apa yang diorang fikir. Sebab aku just 'posmen' bukan ada kaitan dengan si bunga pun!

Happy Old Days to you!
Harap ko berbahagia dan sentiasa berada dalam naungan rahmat Ilahi, Amiin....

Si bunga.
Kabur sebab fon cikai je...Gold, hijau,tambah ros 5 kuntum..huish, pelaburan yang sangat besar tu...

Nak je tanya si penerima; 'Apa perasaan bila dapat bunga?' Tapi, aku abaikan je soalan tu. Dah aku malas nak masuk dalam hal 'personal' orang..kalau nak cerita, ceritalah...tapi aku takkan tanya..

Sebagaimana aku pun tak suka ditanya tentang hal yang berkaitan dengan personal aku. Itu hak masing-masing dan ianya bebas tanpa paksaan. Janji korang bahagia..

Ok frenz...sori sebab buat entry pasal si bunga ni...apa-apa pun aku konfom yang diorang takkan rajin punya nak main baca blog ni...hehehehe
Habis cerita.......

Aku Kecewa Dengan Kau

"ASSALAMUALAIKUM"

Semalam hari pertama kuliah. Tapi seorang lecturer pun masih belum masuk sebab busy nak handle dengan konvo.
Bestnya dah konvo kan...
Tengah lelepak dengan member, maka lalulah seorang lecturer yang mengajar subjek yang aku kantoi hari tu. 
Dia nampak aku, aku sengih jerlah, nak buat macam mana bukan rezeki aku..

Pastu Sir kata: 'AKU KECEWA DENGAN KAU...'

Then, kata-kata tu masih lagi terngiang-sampai saat ini..
macam mana nak ubah benda dah lepas?

Tak de jalan dah kan melainkan hanya memperbaikinya dengan masa sekarang.
Sedih, terkilan, rasa macam nak quit je...

Tapi, semua tu takkan membantu aku ubah perkara tu.
Tapi, takpe...sebab aku masih berbaki TIGA sem lagi untuk merubah spekulasi tu.

And tahniah buat member aku yang julung kalinya mendapat 'Dean List' untuk semester lepas....
Macam ni rupanya feel tak DL...

Yeah, roda ingatlah roda.

Loya Ari Tok! #1

"ASSALAMUALAIKUM"
Cerita 1

A: Ish, orang tak sukalah hingus ni..selalu ada setiap kali lepas masak, mandi, bangun tido...rimas dah nak buang
B: Oii, hingus tu bagus apa.
A: Apa yang bagusnya?
B: Dia tu sebagai penapis habuk daripada masuk hidung kita. Kira dia tu macam pelindung kita dari kumanlah.
A: Ya ka?
B: Yalah...
A: Oh...macam tentera marinlah 'diorang' ni..sebabkan 'dia' sanggup berkorban untuk melindungi kita tapi kita buang dia..kesiannya kat 'diorang'..
B: Kan? Sepatutnya kita simpan 'diorang', dapat pakai buat cendol...
C: Apa dipadah kitak duak ya?! Ceridak alu eh!
A&B: HAHAHAHA logik jugakkan!
(301114)
Cerita 2

Aku tak nak kawen.
Sebab orang selalu kata pasangan kita adalah pelengkap hidup kita. 
Tak. Itu tak benar.
Sebab dia adalah 'EXTRA LIFE'!
Macam game!
(050614)
Cerita 3
A: Cinta pandang pertama tu macam mana ek?
B: Entahlah! Tak pernah pulak rasa..
C: Dia macam kalau kita tengok orang tu kita terus sukalah!
B: (dalam hati..kalau macam tu banyaklah cinta pertama aku...hahahaha)
*Cinta pertama ke, kedua ke, terakhir ke, semua sama...
yang penting nilai kesetiaan...
(220814)

Hadiah Untuk Pembaca #1

"ASSALAMUALAIKUM"
Alhamdulillah, 
saya baru selesai membalut hadiah-hadiah untuk dua orang pembaca saya yang sangat sporting!
1- Fina 
2- Yana
Untuk Fina dan Yana sila melapor diri untuk proses pemberian hadiah.
***THANX FOR READING!***
p/s: next hadiah at 14/12/14

Happy Birthday To Me...

December 01, 2014

"ASSALAMUALAIKUM"

Cerita kek tahun lepas punya..
Soundtrack: If you're not the one by Daniel Bedingfield and The Reason by Hoobstank
Mood: Undescribe
Status: Siapa nak hadiah??

Tak bangga pun jadi tua..#22
Sape kata best bila hari lahir kita disambut?
Okey ianya memang best...cuma ia membuatkan aku terasa macam 'kubur kata mari, rumah kata pergi...' sob sob sob...
Tolonglah aku nak statik je nombor umur aku oleh tak? hahaha berangan benda yang MUSTAHIL, memang takkan pernah tertunailah kan?

Seperti yang aku dah janji dalam dua entry yang lepas (1, 2)
(sebelum aku datang Arau hari tu...) yang katanya aku akan bagi 'tandamata' kepada pembaca setiaku yang setia...
Dan pembaca setia yang dapat hadiah untuk idea 'Betul Nak Setia' itu adalah milik 
dong dong dong dong.....
Fina dan Yana!!!!
Yeay! Tak payah post jauh-jauh sebab kita boleh jumpa kan Fina? Angguk-anggukhttp://matcuoi.com
Bestnya feel bila nak bagi orang hadiah...(sebab dah lama tak buat..huhuhu)
Okey hadiah tu juga bersempena hari jadi aku hari ini.
Sebab aku pernah terdengar yang 'pada hari lahir kita, kita sepatutnya bagi hadiah dekat orang bukan mintak hadiah.'
So, aku nak guna peluang ni untuk mereka yang sudi menjenguk blog aku yang gelap ni...
Terharu ni...http://matcuoi.com

Okeylah, nak hadiah jugak? Tunggu 14/12/14 pulak la..
sebab aku buat dua minggu sekali...(kalau ramai-ramailah dapat...)
Tak kiralah pembaca tu yang sama ke...rezeki...
Kalau dia setia...aku pun setia memberi...iya dak?

Hadiah dia takdelah gempak sebab aku pun masih student yang tak berkerjaya lagi so mana yang mampu aku akan bagilah ye...
Ok...nice to meet ya new friend!

Terima kasih untuk yang sudi review, jengah, jenguk, lepak, singgah dan juga datang dari segmen yang sama...
Komen, shout korang semua aku sangat hargai...
Korang memang sporting....
Korang telah membuatkan hidup aku lebih ceria..http://matcuoi.com

Sorry kalau aku dah jadi chips more nanti..
Al-maklumlah..

***to be continued***

p/s: Kuliah masih belum start sebab semua sibuk nak konvo..

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

"ASSALAMUALAIKUM"

Nak hadiah buku....
Klik banner kalau nak join....


p/s: join segmen before kuliah start...
© SOFIE ADIE. Design by FCD.