Random Entri....

July 28, 2014

Assalamualaikum,
untuk entri kali ni aku nak berceloteh panjang sikit. 
Maybe sebab malam raya yang sangat frust, sebab;

satu: tak balik! 
(walaupun ini bukan kali pertama tak balik raya, bahkan tahun ke-3!)

ke-2; sebab semua yang aku pernah kenal dah bukan yang pernah aku kenal masa dulu.
"Kita hidup kena jadi macam span, kita serap semua benda tapi kita masih yang sama dan tak berubah..."
but, you liar! 
later or soon you will change. not as span anymore! but, as an iguana. you change the colour wherever you are. you WILL! even not now, but someday. and you will forgot the true colour inside you.



"Semakin aku tahu sesuatu masalah, semakin aku lebih suka mengambil langkah untuk 'pretend to be happy and never happen'. 

So, aku akan sentiasa tahu yang sebenarnya aku memiliki kehidupan yang sangat 'bahagia'. 
Bukan alasan untuk aku menjauhi, bukan untuk berlagak yang aku tahu semua masalah, yang pernah dikatakan; 'every people have their own secret.' 
tapi, aku lebih suka jadi observer. 
Pemerhati dari jauh. cukuplah bukan aku yang terlibat. buat apa nak involve? 

Kalau dengan keberadaan aku dalam 'secret' tu nanti akan menjauhkan aku dengan apa yang sedia ada jauh ni? cukuplah, sebab aku bukan nak apa pun. aku cuma berharap yang aku tak suka korang anggap yang aku ni terlalu kesian. dan seperti yang korang kata aku seorang yang 'LOST' dan kurang 'respect'.


Dan, kiranya anda mempersoalkan 'kenapa menjadi pemerhati? dan biasanya pemerhati selalu melulu dalam melakukan tuduhan! kenapa tak nak terlibat?!'
Aku akan menjawab. "Kerana dunia pemerhati dia berkecuali, tidak akan memihak kepada pemerhatiannya. tapi, akan cuba mengambil iktibar dari apa yang diperhatikannya.

Dan sungguhlah, dengan perasaan ini lebih menguatkan tekad aku untuk fly lebih jauh...dan jauh..bukan nak kurang ajar or tak kenang budi, tapi since aku 'lost' (seperti yang korang rasa),


"Masalah bukan penghalang untuk mengorak langkah, bahkan ia adalah pemangkin untuk lebih maju ke hadapan."-Sofi G-kan-
"Jangan salahkan aku kenapa aku menjauhi, tapi tanyalah diri korang yang tak pernah mengetahui."


Cukuplah, dan aku akhiri entri kali ni dengan sebuah lagu dari matisyahu-one day.


Maaf, entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa dan seperti title yang tertera, ia adalah sebuah 'Random Entri'....

ABC=AIS KACANG?

July 12, 2014

Assalamualaikum,
Baru hari ini aku tahu yang ABC tu sebenarnya sama je dengan Aiskacang.

Punyalah selama ni aku ingat yang benda tu berbeza, dan sebenarnya ianya adalah sama!


Credit tu Bazi (Buzz Light Sem)! sebab belanja ais kacang tu!
Alhamdulillah kenyangnya hanya Tuhan yang tahu.

Aku dengan member aku selalu beza banding kapasiti perut masing-masing dengan guna istilah saiz kapasiti storage. Contohnya:
"Berapa GB perut kau?"
Nanti adalah yang menjawab, "2 GB lah, 1 TB lah,..yang paling kecil sekali, 500 MB,.."
Kalau makan still tak kenyang-kenyang lagi tu memang tahap 2 TB kot!

Alhamdulillah juga selama lebih kurang dua minggu puasa nie, tak ada lagi istilah pembaziran berlaku lah. Dan semalam aku berbuka seorang. Sebab?
Dah jemu makan ramai. Just wanna be alone sometime!

Bercerita soal puasa pada tahun ke-2 di Arau ni, memang tak banyak beza. Semua masih sama. Cuma aku dah tak banyak involve apa-apa aktiviti yang dulunya aku 'teruja' nak sertai.
Dan sekarang dah pun pencen.
Tak banyak benda nak dikongsikan, cuma nak berkongsi kisah tentang saudara kita yang sedang dibedil di Timur Tengah sana. Dan inilah kisah paling menyayat hati untuk bulan Ramadhan pada tahun ini.

Terlalu syadid. Tak banyak benda yang dapat aku lakukan melainkan hanya memboikot produk yang sepatutnya diboikot.

Pray For Gaza!
Wallahu'Alam.
MZB!

Ramadhan vs Bazaar?!

July 05, 2014

Assalamualaikum w.b.t...
First of all aku ucapkan selamat berpuasa bagi seluruh muslim di atas muka bumi ni.

Cerita sehari sebelum ramadhan...
Aku dengan member aku dua orang keluar ke Arau maklum nak cari stok untuk bersahur. Sampai je depan C-Mart tu, aku konfius...
"Esok puasa ke raya?"

Mak aih...meriahnya dekat situ macam nak shopping untuk raya je gamaknya. Siap dengan banner bagai dah ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" Amboi!



Habis cerita!

Bazaar di UiTM Arau.
Status: sangat meriah!
Gerai ada lebih kurang 50 macam tulah..
Makanan most wanted: Nasi kerabu!
Makanan paling banyak dijual: Nasi Kerabu, Nasi Ayam
Beroperasi dari 4 petang sampai 7
mailah lambat, gerenti makanan dah habis..hahahahaha

Last sekali nak ucapkan maaf zahir batin semua!!!

*status menaip: lesu dan tak bermaya
*idea: kering dan tak bernas...
© SOFIE ADIE. Design by FCD.