Home

April 20, 2014 / 3 Comments

Noktah

Assalamualaikum kitak orang semua!
Ari tok aku mok berloya pasal 'NOKTAH'.

Apakah itu noktah?

Tanda noktah atau lebih dikenali sebagai TITIK.

Tanda bacaSimbolDigunakanContoh
Titik.Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.Bapa saya pergi ke pejabat.
Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."
Untuk menunjukkan angka perpuluhan.301.5
Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang.Sdn. Bhd.
Sumber Miss Wiki



Tetapi, ini bukanlah perihal pembelajaran bahasa melayu. Ini adalah huraian istilah noktah dalam aplikasi kehidupan harian kita.

Banyak kalau kita google istilah noktah yang akan keluar:
Noktah Cinta
Noktah-Hazama
Bla bla bla.....

Ha...nampak tak betapa 'titik' tu memainkan peranan besar jugak dalam hidup kita.
Sebab setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Macam permulaan ayat orang tak kisah sangat pun macam mana, tapi yang penting mesti ada 'koma' dan 'noktah'. Baru pembacaan kita akan lebih sempurna.

Lagi satu, semua orang dah sedia maklum, suatu hari nanti kita semua pasti akan menemui titik @ noktah kita. Lambat atau cepat itu semua kerja Tuhan. Yang penting kita haruslah membuat persiapan yang sewajarnya.

Contoh, kalau beli novel, kita mesti nak belek cepat-cepat halaman paling belakang novel. Bahagian noktah ayat novel yang terakhir. Sebab kita nak  tahu samada cerita tu 'sad ending' ataupun 'happy ending'.

Seandainya kehidupan kita boleh 'dibelek' segera macam kita belek novel tu, dan kita dah tahu pengakhiran cerita hidup kita macam mana, adakah kita still nak ubah 'jalan cerita' kalau 'pengakhiran cerita kita tak memuaskan'?http://matcuoi.com
Dan adakah kita akan teruskan apa yang kita lakukan, jika kita dapat tahu 'jalan cerita' kita berakhir dalam 'husnul khatimah'?

Pernah tak rasa macam nak tahu cepat-cepat je apa kesudahan kita?
Rasa macam kalau kita buat ni, apa kesan dia?
Kalau kita turut cara ni, apa pulak hasilnya?

Bermacam-macam persoalan mula merangka.

Kenapa banyak sangat tanya, sekiranya jawapan Tuhan dah sediakan sejak azali lagi? Tak malu dengan Tuhan ke, kita banyak sangat mempertikaikan sesuatu yang mudah, sehingga bila Tuhan dah letakkan syarat khusus, mulalah nak mempersoalkan kenapa dan mengapa?

Itulah, suatu situasi yang kadang-kadang aku sendiri alpa. Leka dengan konflik identiti sehingga lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat lebih dari kita.

So, hakikatnya sebagai hamba, sepatutnya ungkapan syukur tak pernah lekang dari bibir. Kerana nikmat Tuhan itu terlalu banyak dan tak ternilai dengan material.
Nikmat yang Allah beri pada kita TIADA NOKTAH, Sentiasa mengalir walau apa pun keadaan kita. Kita bersyukur atau tidak, takde kekurangan satu pun pada Tuhan.http://matcuoi.com

"Serius nampak topik hari ni Yuha? Ada probs ke?"
-"NOPE. I am just want to shared something good for our to thinking.."

Maka, noktah bagi entri aku kali ni, suka aku share kan ayat ke-7 dari Surah Ibrahim.

Selamat 'membelek' surat cinta daripada KEKASIH AGUNG.

Moga 'NOKTAH HIDUP ' kita semua dalam keadaan 'QALBUN SALIM' dan 'HUSNUL KHATIMAH'.

Aamiin..

....THE E.N.D...
Related Posts

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Nice sharing sofea...

    ReplyDelete
  2. insyaallah. cute sharin akceli. suka baca

    simple dot but means a lot..

    ReplyDelete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery